Assalamualaikum.
15 hari lagi sebelum tahun masihi 2014.
Dan juga tahun melawat Malaysia ;)
Tahun masihi 2013 penuh dengan suka, duka, pahit, manis kehidupan.
Yang banyak mengajar aku menjadi insan lebih baik walau bukan sempurna.
Apa pun aku berharap tahun masihi 2014 menjadi tahun terbaik dari tahun-tahun sebelum ini.
Year 2014 please be nice to me! :P hahahaha
Weekend, menerima berita yang menyedihkan :(
My one and only grandma is sick :'( T__Tskkk
Mak akan balik ke KK esok dari Bintulu.
Petang tadi mak dah bertolak ke Miri.
Pagi esok baru bertolak dari Miri ke KK.
Mulanya, mak nak balik on Christmas naik flight.
Tapi lepas dapat berita about grandma condition.
Mak terus nak balik this week juga.
Settle segala urusan dan bertolak ke KG untuk jenguk nenek. InsyaAllah
How I wish I can join too :(
Tapi memang takkan dapat ikutlah. Jauh tue!
Dengan baby Izul lagi, takkan dapat punya. huhuhu
Happy news, baby Izul tumbuh gigi lagi :D
Gigi atas dah keluar 2 batang.
1 batang dah nampak habis. 1 batang lagi still sembunyi-sembunyi. hehehe
Total gigi baby Izul now dah 4 batang <3
Kalau tergigit nipple time breastfeeding, oh my punyalah sakit.
Seriau aku. Kadang sampai terjerit aku dibuatnya :P
Baby Izul pun dah pandai berkomunikasi dalam bahasanya sendiri.
And please be careful with him ya. Kuat memukul muka. #pap
Aku dah berapa kali kena. Semuanya gara-gara tertidur time menyusukan dia.
Dia dok panggil-panggil dalam bahasa dia, tapi aku tak layan coz mata berat sangat.
Tiba-tiba #pap sedas pukulan kena muka aku.
Pedih ya ampun. Nasib anak :P hehehe
Kalau dia tengah main-main dengan kau dan tiba-tiba kau tak response.
Sedialah, bakalan di-#pang sedas.
Laki dan my Iful selalu kena. Mereka balik-balik cerita tapi aku tak percaya.
Kena kat muka sendiri baru tahu percaya. hahaha
My Iful susah nak cakap pasal dia nie.
Dok mainnnnnnnnnnnnnnnn je dengan kawan baru.
Nasib baiklah tahu bezakan waktu.
Kalau tak, merasalah cubitan berhantu mamanya. hehehe
Luka jatuh my Iful waktu jalan-jalan dengan SIL hari tue makin membesar plak.
Nasib baik dah kering luka tue.
Kalau tak memang merisau aku.
Bye.
Take care.
p/s:: patung Hello Kitty Fairytale collection belum sampai ke tangan aku lagi :-S
Monday, 16 December 2013
15 hari
Wednesday, 11 December 2013
11.12.13
Assalamualaikum.
Cantikkan date hari ini?! hehehe
Minggu lalu, join contest di fb McDonald's Malaysia.
Sharing the Singing Bone Hello Kitty wall post.
And guess what? I'm won it :D
Hadiahnya adalah 5 patung Fairy Tale Hello Kitty collection.
Hadiah akan dihantar dalam 4-6 minggu lagi.
Harap-harap cepatlah McDonald's Malaysia hantar.
Aku excited nie ;P hahaha
:: Winner announcement ::
Bye.
Take care.
Friday, 6 December 2013
Giveaway Simple-Dimple
Assalamualaikum.
Minggu lalu aku join Giveaway Simple-Dimple di facebook.
Share dan komen untuk dapat Bear Bouncie Series Shield Diaper Bags.
Aku share banyak-banyak, spam family fb dengan harapan dapat menang.
Tapi aku tak menang sebab kecuaian aku juga :X
Cuai sebab share bukan untuk public tapi friends je.
Pihak Simple-Dimple tak nampak apa yang aku share, jadi tak dapatlah peluang nak menang.
hahahaha
Apa pun aku gembira sangat walau tak menang coz family ok je [baca :: redha] walaupun aku spam timeline dorang dengan gambar Bouncie Series Shield Diaper Bags ;D
Terima kasih family ku <3
Bye.
Take care.
Wednesday, 4 December 2013
WW:: Family outing
Bye.
Take care.
Tuesday, 3 December 2013
Gigi
Assalamualaikum.
Aku sedikit pelik bila mana baby Izul yang dah 11 bulan hanya mempunyai 2 batang gigi bawah.
Serius, aku memang pelik.
Kadang-kadang pandai risau. Kadang-kadang, fikir positif je. Redha.
Perkembangan dan tumbuhbesaran anak-anak memang berbeza.
Macam baby Izul dan my Iful walaupun adik-beradik.
Memang jauh berbeza.
Ada yang my Iful lambat kuasai masa seumur dengan baby Izul, baby Izul dah kuasai sekarang.
Terus rasa teruja dan di samping keterujaan itu terselit juga kerisauan.
Takut something terrible happens.
Pasal gigi ini buat aku risau sangat. hahaha
Entah apa-apa kan. Padahal mama malas sudah mo blend bubur.
Itu yang nda sabar-sabar mo baby Izul tumbuh gigi atas :P
Bye.
Take care.
Thursday, 28 November 2013
Happy 11 months baby Izul
Assalamualaikum.
Our little baby is 11 months today!
Mama, Papa & Abg Iful love you so much.
Wednesday, 20 November 2013
Rezeki mak
Assalamualaikum.
Tadi pagi browse tiket Kota Kinabalu ke Miri di Air Asia untuk mak dan adik bongsu.
Browse punya browse dapatlah date yang mana harga tiket murah.
Tapi masih mahal bagi aku coz harga tiket tue untuk separuh perjalanan je.
Mak dan adik bongsu sebenarnya nak ke Bintulu.
Tapi Air Asia takde direct flight ke Bintulu.
Kalau ikut plan, mak dan adik bongsu naik flight ke Miri.
Kemudian, kawan abang sepupu akan pick up mak dari airport Miri dan hantar ke Bintulu.
Masa buat panggilan untuk bagitahu mak date yang mana harga tiket murah.
Terlintas di hati check website Mas.
Dan tak sangka ada tiket harga murah + direct flight ke Bintulu.
Aku terus inform mak bagitahu date sekian-sekian, mak setuju, terus book.
Alhamdulillah, mak tak perlu pening-pening nak fikir transit mana-mana lagi.
Tinggal nak fikir muka abang sepupu macammana je.
Fyi, ini adalah pertemuan kali pertama untuk mak dan abang sepupu lepas lost contact for almost 20 years++.
Mak pun sedikit risau nak cam-kan wajah abang sepupu macammana.
20years++ muka mesti berubah banyak dari dulu.
hehehe
Bye.
Take care.
Monday, 18 November 2013
Begedil daging
Assalamualaikum.
Weekend baru-baru ini, aku gunakan untuk mencuba memasak begedil daging.
Aku guna bahan-bahan simple sahaja.
First time masak katakan.
Kalau letak macam-macam dan tak menjadi. Tak ke rugi? >.<" hahaha
Nak resepi? Korang boleh google.
Cari mana resepi yang sesuai dengan tekak masing-masing.
Aku cuba resepi yang cuma menggunakan 3 bahan je iaitu kentang, corned beef dan bawang besar.
Malangnya, aku tak ingat langsung nak capture sekeping dua gambar untuk tatapan korang :(
Next time buat, akan capture sebagai kenangan. ahakz
Untuk Izul plak, aku masakkan dia bubur + bayam.
Ini kali pertama aku introduce dia dengan bayam.
Kalau ikut umur 6-7bulan dah boleh makan bayam kan.
Tapi aku tak bagi coz laki marah.
Dia pelik tengok aku masak bubur untuk Izul campur macam-macam.
Bila weekend je, aku boleh intro new food coz dia tak check :P
Laki selera dia terhad. Tak suka makan makanan yang dia tak pernah makan atau tak biasa makan.
Tak adventurous betul selera dia. haha
Iful plak, cuti sekolah ini dia sibuk main je dengan anak jiran.
Musim persekolahan memang takdelah masa nak main.
Dah cuti begini terus pulun main sampai makan pun tak ingat kalau tak panggil dia =.="
Aku suka je dia main-main dengan kawan-kawan dia daripada dok hadap tab main game.
Tapi kena pantau jugalah coz anak jiran ini kadang cakap bahasa pasar yang over.
Takut nanti Iful pun join juga cakap bahasa pasar / mencarut.
Aku plak rasa nak cuti panjang yang amat.
Bosan kena hadap kesesakan jalan raya untuk ke tempat kerja.
Ingat dah cuti sekolah begini tak sesak.
Tapi tetap juga sesak. huhuhu
Apa pun, hidup kena teruskan.
Cuti dah nyawa-nyawa ikan, baik simpan in case ada emergency apa.
Kita tak tahu kan.
Bye.
Take care.
Wednesday, 13 November 2013
Serabut
Assalamualaikum.
13 hari telah berlalu setelah aku update A piece.
Maaf, aku tidak mungkin akan dapat update blog sekerap dulu.
Update hari ini pun kerna aku tidak akan tenteram selagi tidak mencoret. haha :P
Masuk bulan November, sepatutnya aku gembira sebab tidak akan keribut kejutkan my Iful untuk ke sekolah. Cuti sekolah katakan.
Tapi tidak ya! Itu hanya tinggal mimpi saja.
Aku serabut plak. Memikirkan baby Izul.
Ya, baby Izul.
Tahun depan pasti lebih mencabar dari tahun ini.
Aku sebenarnya sedang memikir pilihan terbaik untuk baby Izul.
Adakah perlu hantar ke taska? babysitter? SIL jaga?
Aku belum buat pilihan dan masih mencari-cari pilihan yang lain.
Arrangements yang aku buat tahun ini tidak akan dapat direalisasikan lagi.
Bila begini, membuak-buak perasaan aku untuk resign dan jadi suri rumah.
Tapi, aku tahu itu mustahil bagi keadaan aku sekarang.
Apa pun aku harap dapat jalan penyelesaian secepat mungkin agar aku tidak serabut lagi.
Bye.
Take care.
p/s:: doakan aku ?!
Wednesday, 30 October 2013
A piece
Assalamualaikum.
Bila kita rasa susah.
Ketahuilah ada orang yang lagi susah dari kita.
Bersyukur dengan apa yang ada.
Janganlah membandingkan diri kita dan orang lain.
Kadang kala luaran itu tidak mencerminkan dalaman.
Cubalah untuk memahami daripada menghakimi.
Tegurlah secara berhemah / beradab.
Janganlah jatuhkan air muka mereka.
Bye.
Take care.
Monday, 28 October 2013
Baby Izul Officially 10 months
Assalamualaikum.
Wednesday, 16 October 2013
WW : baby Izul expressions
Assalamualaikum.
Gambar pagi kemarin :)
Sebelum beraya ke rumah SIL.
Hair stylish :: mama
Romper :: baby kiko
Teether :: nokia 101
hehe :P
Bye.
Take care.
Wednesday, 9 October 2013
Makanan baby Izul
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setakat ini aku masih boleh menyediakan makanan fresh untuk baby Izul.
Walaupun hanya bubur sahaja. hehe :P
Hari-hari aku memang masak bubur untuk baby Izul.
Sekali masak 60ml beras.
Cukup untuk baby Izul makan 3 kali sehari.
Antara menu baby Izul :-
- bubur + kurma
- bubur + lobak
- bubur + jagung [frozen]
- bubur + kismis
- bubur + brokoli
- bubur + peas [frozen]
- bubur + egg tofu
- bubur + telur kuning sahaja
- bubur + brokoli + ikan bilis
- bubur + brokoli tumis dengan unsalted butter
Bila disenaraikan baru 10 jenis rupanya bubur aku kenalkan dengan baby Izul.
Bubur baby Izul masih dikisar tapi tidak ditapis sudah.
Pernah bagi dia makan bubur yang tak dikisar, tapi dia hampir tercekik plak makan.
Terus takut nak bagi dia makan bubur yang tak dikisar.
Buah-buahan plak aku baru bagi dia makan pisang, pear, oren, apple, avocado dan betik.
Biskut untuk snack, aku bagi dia makan baby bites original atau baby bites pisang.
Nak juga introduce menu lain untuk baby Izul tapi aku takut coz baby Izul belum tumbuh gigi.
Agak susah disitu. Atau aku saja yang fikir susah? :P
Nestum pernah bagi dia makan juga. Pernah cerita disini kan.
Tapi aku tak beli lagi. Hanya setin kecil itu je.
Susu, masih fully breastfeed walaupun stok aku cukup-cukup makan.
Dah pernah bagi try minum susu formula, tapi dia lebih rela minum air dari susu formula.
Sebab itu aku cuba pastikan stok susu baby Izul mencukupi walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Janji dia dapat minum susu.
Eh, out topic plak. Ingat nak cerita makanan je :P haha
Korang pun masak hari-hari ke?
Kongsi cerita korang juga ya.
Bye.
Take care.
Tuesday, 8 October 2013
Rutin harian
Assalamualaikum.
Minggu ini di kk setiap pagi hujan. Rahmat Allah SWT.
Tapi bila hujan, malas pulak badan nak kerja.
Mau saja habiskan masa di rumah bersama-sama baby Izul.
Tapi kerja itu satu tugas, tanggungjawab juga ibadah.
Harus dilakukan jua.
Buat masa ini belum ada cerita menarik yang ingin aku kongsikan.
Hanya rutin harian seorang wanita bekerja + bf mother ;)
Bangun pagi sebelum subuh wajib. Kalau tidak merasalah drama pagi-pagi.
Untuk mengelakkan drama pagi, aku cuba bangun sebelum subuh.
Memasak bubur untuk baby Izul, kejutkan my Iful etc.
Aku rasa lega bila baby Izul bangun, aku dah siap masak buburnya.
Tinggal nak suap je.
Kalau belum, alamat kelam kabutlah aku dibuatnya.
Bangun baby Izul bawa dia main-main kejap then makan bubur.
Lepas makan baru bagi dia mandi dan tidurkan kembali.
Bila dia tidur, senang sikit aku bersiap.
My Iful senang. Lepas mandi, dia bersiap sendiri sudah.
Pandai dah nak pakai baju sekolah, tie dan sisir rambut sendiri.
Masa darjah 1, kalau aku tak bebel. Dia berdiri je tunggu aku pakaikan dia baju segala.
Syukurlah bila dah ada baby Izul, dia makin berdikari.
Kurang sikit keribut aku pagi-pagi. hehe
Kadang time bagi makan baby Izul, aku nda sedar pun my Iful bersiap.
Tahu-tahu nak salam dah :)
Baby Izul sekarang paling susah nak bagi tidur.
Coz dia bukan mahu berbuai macam dulu-dulu lagi.
Dia mesti tidur sambil direct latch.
Bila dia kenyang / tidur nyenyak, dia lepas.
Then, baru aku rush bersiap dan ke tempat kerja.
Sejak penutupan Terminal Wawasan, perjalanan aku makin jauh.
Kalau dulu-dulu, turun bas, naik bas. Sedar-sedar mahu sampai tempat kerja sudah.
Sekarang kena turun di depan Marina Court kemudian berjalan kaki ke wisma bandaraya / Shangrila.
Sebenarnya boleh saja aku naik City Bus ke sana, tapi City Bus lambat + jalan sesak.
Berjalan kaki lebih cepat sampai.
Tapi-tapi aku tetap juga lambat sampai ke tempat kerja.
Kadang lambat 10 minit, 20 minit. Tapi belum pernah lagi lambat sejam. hehe
Bye.
Take care.
Wednesday, 18 September 2013
WW : Push Car Ride
Baby Izul dengan Push car yang asalnya kepunyaan my Iful.
Push car ini dihadiahkan oleh kakak ipar aku pada 1st birthday my Iful [2006].
Nda sangka oh, baby Izul boleh guna juga Push car ini :D
Tuesday, 3 September 2013
8 months :: Baby Izul
28/8 lalu genaplah baby Izul 8 bulan. Alhamdulillah.
Review di KKIA pada 26/8.
Berat 8kg dah. Tinggi 70cm.
Sebelum ke KKIA review, bawa baby Izul ke klinik dulu.
Demam on off. Suhu badan dia tinggi pada sebelah malam.
Siang kadang-kadang je. Walaupun begitu, dia tetap aktif, makan minum ok.
Taklah risau sangat aku dibuatnya.
Pernah sekali suhu badan dia tinggi, aku dan suami mandikan dia dengan air paip sahaja.
Alhamdulillah, lepas mandi suhu pun turun dan dia dapat tidur lena sampai ke pagi.
Masa baby Izul demam, ada juga jiran yang suggest bagi dia minum air kembang semangkuk.
Tapi aku tak bagilah. Coz sendiri pun tak berani minum.
Apa lagi nak bagi baby minum. Memang taklah.
Jiran tue cakap nak bagi hilang panas dalam.
Tapi memikirkan risiko yang 'mungkin' berlaku, aku cuma bagi baby Izul minum air masak banyak-banyak.
Aku syak baby Izul demam nak tumbuh gigi.
Apa tak, asal nyusu malar menggigit. Belum tumbuh gigi pun dah sakit kalau dia gigit.
Kalau ada gigi lagilah bertambah-tambah sakit.
Apa pun demi mu anak, mak rela :P [relalah sangat. haha]
Setakat ini, baby Izul dah boleh duduk sendiri, merangkak dan sedang belajar berdiri sendiri.
Berjalan dalam walker dah boleh ;P Berjalan sendiri belum lagi. hihi
Makanan belum semua aku berani sumbat / bagi dia makan.
Setakat ini aku cuma bagi dia makan bubur+kurma, bubur+lobak, bubur+kismis, epal, pear, oren, pisang, biskut baby bites perisa lobak / pisang dan nestum beras.
Nestum beras aku bagi masa balik kampung beraya hari itu.
Dah habis pun setin kecil.
Ok, itu je kot perkembangan baby Izul setakat ini.
Jumpa next entry ;)
Bye.
Take care.
Tuesday, 27 August 2013
Cerita raya 2013
Raya tahun ini paling simple bagi aku.
Takde theme color bagai.
Pakai baju recycle je.
Family potrait pun tak ambil.
Gambar dengan ipar duai pun takde.
So sad :(
Apa pun kami happy dapat beraya tahun ini dengan orang baru iaitu baby Izul.
Raya pertama, pagi beraya dengan mak dan adik beradik aku.
Tengah hari, ke rumah SIL 3 beraya dan sedia untuk bertolak ke Sandakan.
Malam, bertolak ke Sandakan bersama-sama keluarga SIL 2.
Raya kedua, sampai ke bandar Sandakan dan beraya di rumah mertua hingga raya keenam.
Raya keenam, petang bertolak dari rumah mertua ke Telupid rumah BIL.
Malam, sampai Telupid rumah BIL.
Raya ketujuh, tengah hari bertolak dari Telupid ke KK.
Malam, sampai Tanjung Aru dengan selamat walau perjalanan balik diuji sedikit. Alhamdulillah
Raya kelapan dan sembilan, sepatutnya aku kerja.
Tapi terpaksa ambil leave sebab kesihatan tidak mengizinkan untuk bekerja.
Balik beraya dari Sandakan terus sakit.
Mungkin sebab cuaca, perjalanan jauh kot. Itu sebab sakit.
Penutup, aku selit gambar kami bertiga yang diambil sebelum bertandang ke raya open house kawan aku.
:D
Monday, 19 August 2013
Salam lebaran 2013 / 1434H
12 syawal.
Masih belum terlambat kan untuk aku wish selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin ?
Jika ada terkasar bahasa dalam penulisan di blog aku ini dan lain-lain.
Ampun maaf dipinta. *sekali lagi
Wednesday, 31 July 2013
Persiapan Raya
Sekarang blog-blog yang ku baca dah mula cerita persiapan raya.
Paling tak tahan kalau cerita kuih raya.
Omg, aku apa pun tak ada lagi.
Baju baby Izul je dah prepare, itupun baju melayu belum beli. Tengok keadaan nak beli ke tak?
Baju bajan my Iful nan hado beli lagi.
Omg, kenapalah raya tahun ini semuanya macam last minute.
Aku blame on my salary. Lambat sangat nak clear/ masuk.
Dah tahu nak dekat raya haruslah guna duit.
Kuih kena buat dalam hujung minggu nie juga.
2 jenis ja aku buat. Lain, cukup bajet kita beli kuih tunjuk-tunjuk.
Kalau tak, hadaplah kuih 2 jenis tue. huhu
Bye.
Take care.
Friday, 26 July 2013
Perkembangan baby Izul dan my Iful
Sempena mood ber-blog ada jom update ;P
Lama tidak bercerita tentang perkembangan baby Izul dan my Iful.
Mula cerita baby Izul dulu ya. Aku buat point-point je. Mau kaedah ringkas. hehe
- Sudah menguasai kebolehan bergolek. Bahkan pernah bergolek sehingga terjatuh dari katil dan buaian. Amazingly, dia nda nangis T_T Kalau aku yang nampak tue, suara ku mesti kedengaran 1kampung. Panik katakan :P
- Menjelajahi menggunakan tangan pun sudah boleh. Apa ja dia pegang. Paling dia suka main air. Time mandi mesti dia tepuk-tepuk tue air. Comel.
- Pandai menarik perhatian. Samaada menangis manja-manja, atau menggeliatkan badan dia. Nda pun baring mengiring dengan muka monyok / sedih. lol
- Pandai moody. Serius kadang ko tengah main-main dengan dia tetiba terus moody. Muka blur tiada perasaan. Kami kelucuan tengok. haha
- Tidak takut orang. Kalau jenjalan, orang / strangers agah-agah dia bawa main. Punya dia suka.
- Susah mo tangkap gambar dia sekarang, semua gegar. Ada ja dia buat. Paling cantik gambar dia haruslah time dia tidur ja. hehe
- Independent. Kadang letak dia dalam playpen dengan sun bear pun terus tertidur sendiri. Biasanya waktu pagi selepas dia makan / mandi. Dalam buaian, kalau dia sudah bangun. Selagi ada orang dia boleh nampak. Dia duduk je dendiam dalam buaian. Kami kadang nda perasan pun dia bangun kalau bukan dia buang patung sun bear dia. Ya, kalau dia bosan sudah dalam buaian. Pandai dia tolak / buang keluar sun bear dia. Kami pun terkejut hari tue, tetiba terkeluar sun bear dari buaian. Rupanya dia buang. hahaha
- Tengah asah-asah gigi dia. Belum keluar lagi.
- Suka makan bubur + kurma.
Sekarang my Iful plak.
- Nda tau kenapa tahun ini my Iful sangat liat mo bangun pagi. Sudah dikejutkan boleh lagi minta extra time mo tidur. Pagi nda sah kalau kami nda bergaduh. Ada-ada ja. haha
- Minta berhentikan dia dari sekolah agama. Aku dengar dia cakap gini, punya melenting aku. Kalau ikut hati, ya memang aku berhentikan. Tapi ikut logik akal memang tidaklah sampai darjah 6 dia mesti sekolah agama. Bukan apa, aku nie pun bukannya banyak masa / ilmu mo mengajar dia. Lagipun result exam penggal pertama dia baik. Lagi baik dari darjah 1. Padahal kalau ikut mesti exam darjah 2 lagi susah dari darjah 1 kan. Tapi boleh plak dia pass. Alhamdulillah.
- Hari-hari dok sound-sound "mak mo main game. mak mo main tab" Aku kalau hari biasa / sekolah bagi dia main 1 jam ja. Kalau weekend baru main lama-lama sikit itupun mesti kerja rumah siap etc.
- Badan dia maintain kurus. Kalau makan banyak baru nampak perut buncit. Itupun once in blue moon. Mood memilih makanan ja. Pening aku memikir.
- Abang penyayang. Tapi bikin takut bagi dia dukung baby Izul. Keberatan dia. Sampai termiring-miring dia demi mo mendukung baby Izul. hehe
Cerita tentang aku nanti-nantilah.
Mood raya belum mari. Barang-barang baby Izul je aku dah prepare kecuali baju melayu.
My Iful, aku dan hubs still zero. Gaji pun masuk jumaat depan.
Weekend tue baru sibuk nak membeli kot.
Kuih raya langsung takde :(
Tak tahu cukup ke tidak bajet. huhuhu
Bye.
Take care.
Wednesday, 24 July 2013
Dukacita
Wednesday, 3 July 2013
contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com
Tuesday, 2 July 2013
My Iful 8th birthday
Jatuh pada hari ahad lepas 30 Jun.
Friday, 28 June 2013
Kalut seorang ibu
Check up kemarin berjalan lancar.
Part suntik baby Izul tue je aku rasa tak smooth.
Punyalah kuat dia melalak. Sampai mata ke atas sudah, nangis tiada suara.
Nasib tak lama juga dia begitu.
Aku dan hubs decide tunggu di klinik sampai baby Izul berhenti nangis.
Kot-kot berlaku sesuatu di luar jangkaan.
Hampir sejam juga kami di klinik tunggu baby Izul berhenti menangis.
Aku seriously sudah blur / blank mo fikir apa-apa time tue.
Aku takut!
Seingat aku, my Iful dulu nda pernah nangis sekuat macam baby Izul nangis kemarin.
Itu yang buat aku scary sampai blur / blank mo fikir apa.
Semalam pun tetiba juga menangis kuat macam di klinik tue.
Aku blank juga. Hubs yang tolong handle.
Seriously, ibu apa aku ini! T_______Tsskk
Semoga baby Izul sihat walafiat. Amin
Wednesday, 26 June 2013
WW : Baby Izul dan mama
p/s:: baby Izul 6bln sdh friday nnti. esok clinic appointment. hrp semuanya berjalan lancar.
Take care.
Thursday, 20 June 2013
Jerebu
Tengok cuaca pagi tadi, rasa seronok.
Ingat mendung, rupanya jerebu :(
Risau plak dengan anak-anak terutama baby Izul.
Korang time-time jerebu begini eloklah dihadkan aktiviti luar rumah.
Minum air banyak. Seeloknya mandi sekira terdedah.
Apa pun harap jerebu ini tidak lama.
Jaga diri.
Wednesday, 19 June 2013
Dove Deo Amelia
Terima kasih.
Tuesday, 18 June 2013
Bapa
Al Fatihah untuk arwah bapa.
Bapa pergi meninggalkan kami sekeluarga ketika aku di tingkatan 2.
Bapa pergi genap umur adik bongsu 2 tahun.
Bapa pergi tanpa pesanan.
Hari bapa pergi sepatutnya kenduri cukur jambul untuk anak abang sepupu.
Sempat melihat wajah terakhir bapa yang gigih menebuk corak di buah kepala.
Aku dan mak adalah orang terakhir yang bapa lihat sebelum bapa koma dan pergi.
Bapa berpendapatan rendah.
Kerja sebagai buruh kasar.
Tapi masih mampu memenuhi keperluan anak-anak.
Setiap hari raya Aidilfitri, bapa mesti bagi duit dengan mak untuk beli baju raya kami adik-beradik.
Setiap awal tahun persekolahan, bapa tidak lupa sediakan duit yuran dan barang-barang keperluan sekolah.
Dari kecil kami nda pernah rasa susah.
Bapa tidak mahu kami susah, biar dia yang susah.
Maaf, aku tidak dapat sambung lagi. T_Tskkk
Apa pun, bapa memang terbaik dan telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan ayah.
Kami adik-beradik takkan pernah lupa bapa.
Biarpun daddy ada, bapa tetap di ingatan.
source :: ierahanna.blogspot.com |
p/s:: post ini ditulis dengan deraian airmata T_Tskkk dan aku tidak meminta simpati. ok
Friday, 14 June 2013
Man Of Steel
Showing now in Golden Screen Cinemas.
Thursday, 13 June 2013
Mix feeling
- Excited
- baby Izul nda lama 6 bulan. mo start solid betul-betul ;)
- nda lama Ramadhan.
- Curiosity
- Tired
- Sad
- Happy
Wednesday, 12 June 2013
CPUV Campaigns June 2013
Untuk bulan Jun ini, ada 3 kempen CPUV beriklan di blog.
GSC Summer Blockbuster - ini kalau aku tidak silap movie yang awesome dan harus ditonton. Betulkan aku kalau tersilap :P
Digi WWWOW 2013 - siapa yang tak tahu ini memang jarang online lah :P
"WWWOW Awards is Malaysia's and only Internet for All Awards. It is based on 100% user-generated entries to showcase the incredible creativity, ingenuity and entrepreneurialism of ordinary Malaysians using the Internet in extraordinary ways to inspire others. It is Initiated by DiGi but supported by 19 partner brands and companies who believe in the power of the Internet to transform collaboration, community & commerce."
MDEC IPCC - ini pertandingan yang dianjurkan oleh MSC Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, korang boleh klik link yang telah aku bold-kan.
Sekian, perkongsiaan kempen CPUV yang sedang berjalan di blog aku.
Korang rajin-rajinlah jenguk blog aku, dapat juga aku menambahkan jumlah pengunjung blog aku.
Kalau ikut stats, sehari tak sampai pun 10 orang view blog aku.
Tapi bersyukur juga coz sekurang-kurangnya ada juga orang view dari tiada kan ;)
Take care.
Tuesday, 11 June 2013
Cemburu si abang
Maaf, lama tidak meluahkan perasaan disini.
Otak buntu. Tak tahu nak tulis apa lagi.
Tapi hari ini tetiba nak share about cemburu my Iful pada adiknya baby Izul.
Akhir-akhir ini aku perasan betul yang my Iful jealous sangat dengan adiknya.
Tapi cara dia tunjukkan tue buat kami ketawa. Lucu!
My Iful sedang cium-cium pipi baby Izul. Tetiba dia cakap "comelnya adik ini, comel dari abang lagi. abang dulu masa baby nda comel macam adik pun". Padahal lebih kurang ja muka my Iful masa baby dengan muka baby Izul sekarang.
Aku sedang menyusukan baby Izul. Tetiba my Iful datang cakap "bagusnya adik dapat minum susu mama. abang nda minum pun." haha. Ini buat aku ketawa. Boleh dia mahu minum susu macam adik!? Aku jawab je "eh, dulu pun Iful minum susu mama juga bha. ada kan gambar Iful nyusu tue." tapi boleh plak dia jawab "sekarang nda boleh minum lagi ka?" aku ????Banyak lagi perangai my Iful yang buat kami ketawa.
Kadang kesian juga dengan dia.
Lama baru dapat adik, umur pun jarak jauh sangat.
Mungkin kadang dia rasa janggal kot.
Tapi sekurang-kurangnya my Iful faham jugalah tugas dia sebagai abang :D
Paling tak boleh blah, bila adik tidur. Dia plak mo bermanja-manja.
Minta peluk segala. Padahal aku punya banyak kerja mo dibikin.
Kadang dilayanlah, kadang tidak.
Bila nda dilayan tue, merajuk terus ke rumah mak[nenek].
Kadang pandai juga complaint sama nenek.
Oh my Iful, sayang mama dengan bapa nda pernah luntur biarpun dengan kehadiran baby Izul!
Ketahuilah anakku :)
Take care.
Thursday, 6 June 2013
Quarter of a century
Congratulations to myself, you've made it to a quarter of a century.
Wednesday, 5 June 2013
June
Its June already!
Tuesday, 28 May 2013
5 months
Today baby Izul turning 5 months already.
Time seem flies so fast.
Can believe he grown up now. I'm consider 5 months as grown up. LOL
Miss his chubby face when he still baby :)
:: 5 hours after birth :: |
Today we were supposed to bring baby Izul to clinic for his monthly check up.
But I re-schedule it to 29 [tomorrow].
Hope tomorrow check up will run smoothly.
Coz baby Izul have to get 2 immunization.
Sure, will be drama. Baby Izul crying?! Can't stand it too.
Me will cry also. huhu
Bye.
Take care.
p/s :: blog again on June :P
Monday, 27 May 2013
Blogging skills course
Yesterday, I'm attending a "Blogging Skills" course at AMC The School Of Business.
We learn how to make a blog, naming URL and etc.
I learned a lot from this course.
Glad I'm join this course.
Also I meet a new friends who I consider as auntie but they look so young.
Can believe they already 40++.
Wish when I'm old, I can be like them.
Hello Auntie :) Its nice to meet you! "if you happened to read my blog"
That's all for now. I'm gonna continue my work.
See you next post :D
Bye.
Take care.
Tuesday, 21 May 2013
GST
Tak tahu nak komen apa pasal GST.
Setuju? Tentulah tidak.
Kesian rakyat yang berpendapatan rendah macam aku :P
Kalau kerajaan nak laksanakan, harap-harap berperingkatlah.
Jangan sekaligus. Mati rakyat ohhh.
Yang kaya mungkin nda terasa sangat tue.
Tapi untuk yang berpendapatan rendah memang terjejaslah.
Nda lama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Erkkk... Tetiba update pasal GST plak. hohoho
Apa-apa pun kerajaan kena telus kenapa perlu laksanakan GST.
Supaya rakyat boleh terima.
Pengumuman pun kena buat terang-terang macam kempen pilihan raya.
Nda lah rakyat terkejut tetiba semua barang pun ada GST :P
Sekian, itu sahaja bebelan aku
Bye.
Take care.
Monday, 20 May 2013
Milestone Chart Four months
Mastered Skills (most children can do)
Holds head up steadily -yes
Can bear weight on legs -yes
Coos when you talk to him -yes
Emerging Skills (half of children can do)
Can grasp a toy -yes
Reaches out for objects -not yet master
Can roll over -yes
Advanced Skills (a few children can do)
Imitates speech sounds - baba, dada -yes, when he crying for attention [sounds mama]
May cut first tooth -not yet
source :: milestone chart
Friday, 17 May 2013
Nokia Asha 310
Really love this phone.
Nokia Asha 310
The specification :-
GENERAL | 2G Network | GSM 900 / 1800 - SIM 1 & SIM 2 |
---|---|---|
SIM | Dual SIM (Mini-SIM) | |
Announced | 2013, February | |
Status | Available. Released 2013, March |
BODY | Dimensions | 109.9 x 54 x 13 mm, 67 cc (4.33 x 2.13 x 0.51 in) |
---|---|---|
Weight | 103.7 g (3.63 oz) |
DISPLAY | Type | TFT capacitive touchscreen, 65K colors |
---|---|---|
Size | 240 x 400 pixels, 3.0 inches (~155 ppi pixel density) | |
Multitouch | Yes | |
Protection | Scratch-resistant glass |
SOUND | Alert types | Vibration, Polyphonic, WAV, MP3 ringtones |
---|---|---|
Loudspeaker | Yes | |
3.5mm jack | Yes |
MEMORY | Card slot | microSD, up to 32 GB, 2/4 GB included |
---|---|---|
Phonebook | 1000 contacts | |
Call records | Yes | |
Internal | 20 MB, 128 MB ROM, 64 MB RAM |
DATA | GPRS | Up to 85.6 kbps |
---|---|---|
EDGE | Up to 236.8 kbps | |
WLAN | Wi-Fi 802.11 b/g | |
Bluetooth | Yes, v3.0 with A2DP | |
USB | Yes, microUSB v2.0 |
CAMERA | Primary | 2 MP, 1600x1200 pixels |
---|---|---|
Video | Yes, 176x144@10fps | |
Secondary | No |
FEATURES | Sensors | Accelerometer |
---|---|---|
Messaging | SMS, MMS, Email, IM | |
Browser | WAP 2.0/xHTML, HTML | |
Radio | Stereo FM radio with RDS, FM recording (in select markets) | |
Games | Yes | |
GPS | No | |
Java | Yes, MIDP 2.1 | |
Colors | Black, White, Golden Light | |
- SNS applications - WAV/MP3/WMA/eAAC+ player - MP4/WMV/H.263/H.264 player - Organizer - Photo viewer/editor - Predictive text input |
BATTERY | Li-Ion 1110 mAh battery (BL-4U) | |
---|---|---|
Stand-by | Up to 600 h | |
Talk time | Up to 17 h | |
Music play | Up to 54 h |
MISC | SAR EU | 0.93 W/kg (head) |
---|
♥ Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.