Assalamualaikum.
Minggu ini di kk setiap pagi hujan. Rahmat Allah SWT.
Tapi bila hujan, malas pulak badan nak kerja.
Mau saja habiskan masa di rumah bersama-sama baby Izul.
Tapi kerja itu satu tugas, tanggungjawab juga ibadah.
Harus dilakukan jua.
Buat masa ini belum ada cerita menarik yang ingin aku kongsikan.
Hanya rutin harian seorang wanita bekerja + bf mother ;)
Bangun pagi sebelum subuh wajib. Kalau tidak merasalah drama pagi-pagi.
Untuk mengelakkan drama pagi, aku cuba bangun sebelum subuh.
Memasak bubur untuk baby Izul, kejutkan my Iful etc.
Aku rasa lega bila baby Izul bangun, aku dah siap masak buburnya.
Tinggal nak suap je.
Kalau belum, alamat kelam kabutlah aku dibuatnya.
Bangun baby Izul bawa dia main-main kejap then makan bubur.
Lepas makan baru bagi dia mandi dan tidurkan kembali.
Bila dia tidur, senang sikit aku bersiap.
My Iful senang. Lepas mandi, dia bersiap sendiri sudah.
Pandai dah nak pakai baju sekolah, tie dan sisir rambut sendiri.
Masa darjah 1, kalau aku tak bebel. Dia berdiri je tunggu aku pakaikan dia baju segala.
Syukurlah bila dah ada baby Izul, dia makin berdikari.
Kurang sikit keribut aku pagi-pagi. hehe
Kadang time bagi makan baby Izul, aku nda sedar pun my Iful bersiap.
Tahu-tahu nak salam dah :)
Baby Izul sekarang paling susah nak bagi tidur.
Coz dia bukan mahu berbuai macam dulu-dulu lagi.
Dia mesti tidur sambil direct latch.
Bila dia kenyang / tidur nyenyak, dia lepas.
Then, baru aku rush bersiap dan ke tempat kerja.
Sejak penutupan Terminal Wawasan, perjalanan aku makin jauh.
Kalau dulu-dulu, turun bas, naik bas. Sedar-sedar mahu sampai tempat kerja sudah.
Sekarang kena turun di depan Marina Court kemudian berjalan kaki ke wisma bandaraya / Shangrila.
Sebenarnya boleh saja aku naik City Bus ke sana, tapi City Bus lambat + jalan sesak.
Berjalan kaki lebih cepat sampai.
Tapi-tapi aku tetap juga lambat sampai ke tempat kerja.
Kadang lambat 10 minit, 20 minit. Tapi belum pernah lagi lambat sejam. hehe
Bye.
Take care.
Tuesday, 8 October 2013
Rutin harian
♥ Blog Disclaimer
Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.
Pukul berapa rinah kuar rumah nak pegi keje? Siap suap baby izul makan, siap tidurkan semula baru bersiap pegi keje. Tertanye2 ni.
ReplyDeleteselalu keluar rumah jam 715pagi. paling lewat 730pagi.
ReplyDeletememang dah fixed waktu ini coz nak ngam timing bas.
senang nak dapat bas.
kalau keluar awal dari rumah, jenuh juga menunggu bas.
tapi bila keluar ikut waktu, selalu dapat je bas terus.
kadang tak sampai perhentian bas. dah ada bas. hehe
Abis tu rinah banguntido kul brp? Tido kul brp? I think i need help on managing my time bile dah ada 2 org anak ni.
ReplyDeletebangun tidur jam 440am plg awal. plg lewat jam 510am. tidur awal, jam 10 slalunya tidur dah. 930pm memang dah ready nak tidur.
Delete