Saturday 29 December 2012

Baby boy arrival

Alhamdulillah.. Finally i meet my baby boy after carrying it in wombs for 37 weeks 5 day.
Deliver at Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas on 28th December 2012, 516pm with weight 2.95kg.

Bye.
Take Care.

Tuesday 25 December 2012

Beli barang sekolah

Beli barang sekolah

Siang tadi gigih aku berjalan ke KK untuk beli barang-barang sekolah my Iful.
Jalan dari rumah jam 2 gitu sampai jam 7.
Lama juga padahal dah bajet tak nak lelama.
Shopping complex sesak sesangat.
Rasa nyesal juga jalan hari ini. Tapi kalau tak jalan hari ini,alamatnya takde dah masa sesuai untuk beli barang sekolah.
Rabu next week sekolah start dah.
Nak jahit lencana kat baju lagi.
Makan masa juga bagi aku yang lembap dalam bab jahit menjahit nie.
Dah boleh bernafas lega lepas dah beli barang sekolah my Iful.
Esok kena gi sekolah kebangsaan untuk ambil buku teks.
Dan esok juga aku ada review di KKIA.
Harap result paras hb aku normal dan ada peningkatan.
Jumaat kena gi sekolah kebangsaan lagi untuk beli buku kerja.
Minggu ini kira minggu paling sibuk bagi aku.
Kerja opis aku dah tak risau sangat.
Dah serahkan kepada pengganti aku.
Alhamdulillah.

Bye.
Take Care.

Monday 24 December 2012

Selamat hari krismas

Selamat hari krismas

Selamat hari krismas buat yang menyambutnya.
Ketika ini aku di dapur menanti kek kukus oren aku masak.
Harumnya oren semerbak.
Harap rasanya pun tidak mengecewakan ;P hehehe
Ini kali pertama aku try kukus kek oren.
Guna resipi kek oren yang sebelum ini aku bakar.
Ala yang berkerak tue sampai naik segan aku nak tangkap pic. hahaha
InsyaAllah kali ini aku nak share pic kek kukus oren ini.
Tak cantik pun takpe. Janji rasa sedap.
Eh eh puji diri sendiri plak.
Yang pasti bukan malam ini aku share pic dan resipi ya.
Tunggu hari rabu, update kat phone ja nie.

Bye.
Take care.

Sunday 23 December 2012

23.12.2012

23.12.2012

- Hari ini 37 minggu dah usia kandungan aku. Belum ada tanda-tanda baby nak keluar. Maybe dia nak keluar on new year's kot ;) hehe

- Semalam first time try baking orange cake. Jadi! Tapi berkerak, maybe terlebih bakar :P Apa pun habis juga dimakan. Kerak pun dimakan juga. hahaha
Nanti nak try kukus punya. Mesti lagi moist.

- Rasa penat sangat. Tapi tak boleh tidur di siang hari. Nak tertidur dah, my Iful kejutkan. Nak sambung balik tidur dah tak boleh. huhu

- Esok nak kerja lagi. Kalau ikut hati,nak je apply leave awal. Tapi nanti tak puas plak bermanja dengan baby time cuti berpantang nanti.

Bye.
Take care.

Tuesday 18 December 2012

18.12.2012

Tajuk aku letak date hari ini ja.
Tak tahu nak letak tajuk apa lagi.
Lagipun aku mahu update random ja nie ;P

1- hari ini aku dah masuk 36 minggu 2 hari. serius rasa scary plak. kawan sekolah aku yang sepatutnya due date 16 Feb dah selamat melahirkan pada 16 Dec yang lalu. dapat tahu pun melalui fesbuk. aku plak belum lagi. huhuhu

2- kemarin aku ke KKIA untuk temujanji dengan doktor. doc scan bagitahu baby dah turun ke bawah. bila rasa fetal movement kurang, ada tanda-tanda bersalin kena gi hospital. sekarang nie aku dah mula rasa ngilu kat "bawah" bila berjalan. malam plak, perut mengeras semacam je. nak tukar posisi tidur pun payah. nasib baik my iful ada jadi pembantu untuk tolong bangunkan aku. hehehe. doc bagitahu berat baby 2.6kg, lagi berat dari my iful. terus seriau bila dengar.

3- barang-barang baby untuk newborn aku beli sedikit ja. nanti baby dah keluar baru tambah lagi mana-mana yang kurang. ada lagi barang yang aku belum beli. coz rasa macam tak perlu. tapi hubs nak juga beli. so, tunggu income masuk baru beli. breast pump pun belum beli lagi :(

4- beg untuk ke hospital aku dah packing. tapi belum semua lengkap. ada benda yang aku kena tambah dan kurangkan. nak bawa 1 beg je. tak nak asing-asing, campur je barang baby dan barang aku.


++ 36 weeks. photo taken on 16 Dec ++

Bye.
Take care.

Friday 14 December 2012

35 minggu 5 hari

Lamanya tak update blog. Last update pun 7 Dec lalu.

Rindu nak coret-coret kat blog.
Tapi tak tahu nak update apa?! 
Asal buka "new post" terus lupa nak update apa. Otak pun blank :'(
Anyway, my baby dah masuk 35 minggu 5 hari hari ini :D
Berdebar saat menantikan kelahiran.
Tapi beg ke hospital pun belum packing lagi :P

12/12/12 rabu yang lalu aku ke KKIA untuk antenatal check up.
Paras hb aku still low lagi. 10.7 je.
Tak tahu nak buat camne lagi untuk bagi paras hb naik.
Fed up dah jaga makan/ minum. Lantaklah, nak jadi apa.
huhuhuhu

Isnin nie kena jumpa doc. Harap bila scan nanti, kepala baby dah engaged.
Sekarang nie pun rasa macam tak larat dah. Tapi masih gigih berjalan ukur mall :P
Berjalan pun boleh cepatkan proses pelahiran kan?! [betulkan saya kalau silap]
Braxton hicks contraction pun dah mula aku rasai. 
Bila berjalan rasa sakit kat ari-ari. Tapi masih boleh tahan lagi.
Harap-harap sangat baby keluar bila aku dah siap sedia barang-barang sekolah abangnya [my iful].

Bye.
Take care.

Friday 7 December 2012

37 days to go

How time flies fast, its December already.
And 37 days to go until my due date. #nervous
hahaha.. tetiba introduction english plak :P
Sebenarnya rasa berdebar sangat, 16 nanti aku dah 36 weeks aka 9 bulan.
Pengalaman bersalin dulu memang awal.
Hope baby kali ini juga awal dan cepat proses kelahirannya macam my previous experience.
Jantina belum conform 100%. Ada cakap boy, ada cakap girl.
Mine, mana-mana je janji sihat walafiat, cukup sifat. Alhamdulillah. Amin.
Happy weekend. Enjoy your weekend with loved ones and family.
Most important stay healthy and be grateful for who you are, what you have etc.
Appreciate everyone in your life ;)
#tetiba mood bersyukur

Bye.
Take care.

Wednesday 5 December 2012

Malware detected

Apakah?
Tak boleh buka blog yang ada pasang iklan nuffnang.
Semua pun kena bagi warning "Malware detected".
Oh,  untuk pengetahuan korang aku guna browser Google Chrome ya.
Tak tahulah kot kot Google Chrome nie yang bermasalah ke apa?!
Ada juga blogger-blogger yang lain kehilangan gambar.
Harap blog aku pun tak gitu.

Bye.
Take care.

Wednesday 28 November 2012

Review 33 weeks

Tadi pagi awal aku bertolak dari rumah.
Sebab nak sampai awal kat KKIA.
Tapi sama jugalah. Sampai pun dah ramai orang.
Nasib tak lama juga aku tunggu dah kena bagi nombor.
Sebelum tue, aku dah siap-siap buat urine test untuk kandungan gula dan protein.
Alhamdulillah, dua-dua ok. Result negative.
Berat plak dah 67.4kg :P Naik 1.2kg dari review 31 minggu yang lalu.
Tapi paras hb aku plak buat hal.
Boleh plak turun 0.2 dari review yang lalu. huhuhu :(
Siap jumpa doktor. Kena bagi ceramah. Amalkan pemakanan seimbang etc.
Aku pun blur juga bila check up kali ini turun.
Padahal aku dah ikut nasihat nurse / doktor tentang pemakanan segala.
Nescafe, kopi, teh pun aku tak sentuh langsung.
Sedangkan itulah minuman favorite aku. huhuhu
Tak tahu nak buat camne lagi.
Hope nanti aku bersalin tiada apa-apa komplikasi.
Paling buat aku serabut. Dedulu time mengandungkan my Iful.
Tiada plak masalah paras hb rendah.
Cantik je bacaan paras hb aku. Padahal aku bukannya amalkan pemakanan seimbang pun.
Kandungan kali ini, aku dah berhabis jaga pun masih boleh turun lagi paras hb aku.
Pening guwe T______T

Bye.
Take care.

Tuesday 27 November 2012

Rasa nervous

Rasa nervous

Seriously aku rasa nervous sangat untuk review esok.
Nak pejamkan mata pun tak dapat.
Walhal aku dah standby kat katil nie untuk tidur awal.
Bagi hilangkan rasa nervous semacam nie, aku update lah blog.
Hope lepas post kat sini, rasa nervous berkurangan.
Badan aku penat sangat hari ini. Kena buat keja yang patutnya aku siapkan esok.
Tapi aku terpaksa siapkan hari ini juga supaya esok kalau pun aku terlambat sampai ke opis.
Keja semua beres. Taklah aku kelam-kabut, baru terhegeh-hegeh nak siapkan kerja.
Oh ya, aku tak sabar nak terima gaji. Nak beli barang-barang baby mana yang kurang.
Playpen lagi. Aku juga merancang nak beli tilam baru.
Tapi still dalam perancangan lagi.
Hope tercapailah hajat aku nak beli tilam baru ;)
Eh, dah lari topik cerita aku. haha
Korang doakan review aku esok berjalan lancar ya.

Bye.
Take care.

Monday 26 November 2012

33 minggu

33 minggu

Alhamdulillah, kandungan dah masuk 33 minggu.
Tak lama lagi boleh ulit baby dah. InsyaAllah.
Time taip entry nie, baby aktif bersilat kat dalam perut. hehe :'')
Last update rabu minggu lalu.
Hari-hari rajin je aku buka blog tapi tak tahu nak update apa. haha
Lebih suka blogwalking tapi tak semua blog aku tinggal komen.
Mana yang aku rasa patut komen, aku tinggal komen.
Banyak juga jumpa blog mother to be baru, ada yang aku follow terang-terangan, ada yang aku jadi silent reader ja.
Suka baca cerita-cerita menarik mereka. Pengalaman check up, scan jantina bayi dan macam-macam lagi ;)
Berbalik pada tajuk.
28hb nie aku ada review.
Hope review kali ini, paras hb aku naik dan tiada masalah apa-apa.
Sekarang nie aku dah tak selesa tidur. Macam-macam posisi aku cuba before dapat tidur lena.
Perut pun dah makin bulat. Ramai cakap baby girl. hoho
Aku iyakan je. Malas nak cakap lebih-lebih.
Tunggu je baby keluar nanti ;)
Scan 3d atau 4d pun aku tak buat.
Scan kat KKIA je. Biasa scan kat klinik gov nie, dorang tak bagitahu pun jantina.
Kalau dapat doktor sempoi, bestlah. hehe

Bye.
Take care.

Wednesday 21 November 2012

WW : The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2

Wajib tonton. No matter what.
hehehe ;)


Bye.
Take care.

Monday 19 November 2012

Barangan baby

Hasil shopping-an pada sabtu lalu.
Sikit je. Plan asal hanya untuk survey barangan baby yang akan dibeli pada hujung bulan nanti aka tunggu gaji keluar. 
Tapi plan asal hancus :P
Bila mak buyung ini tidak tertahan godaan dek kecomelan barangan baby.
Ter-beli juga. Apa lagi dengan my Iful punya pujukan. 
Sikit-sikit "Ma, ini cantik! Beli untuk adiklah" :)
Kalau ikut je cakap dia memang habis 1 kedai nak dibeli. hahaha ;P




- Baju pasang lengan pendek + mitten & booties
- Baju pasang lengan panjang
- Baby bip "I love papa!" [nak ambil hati papa dia kan ;P]
- Topi
- Diaper pants
- Baby blanket with hooded
- Baby socks

Sikit-sikit lama jadi bukit ;)
Hujung bulan nanti kena beli bedding set dan katil/ playpen lagi.
Aku lebih prefer playpen dari katil coz dah jumpa playpen pilihan.
Katil belum lagi survey-survey.
Hope weekend nanti boleh jalan-jalan survey cari katil baby ;)

Bye.
Take care.


Friday 16 November 2012

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua umat islam dan juga follower-follower blog aku yang dikasihi.
Harapnya masih belum terlambat untuk aku me-wish korang.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.
Semoga tahun ini amalan-amalan mulia kita bertambah.
Dan semoga rezeki kita pada tahun ini diberkati Allah SWT.
Amin..

Kemarin aku memang nak update blog.
Tapi cuaca kemarin membuatkan aku malas untuk update blog.
Baik tidur, bersantai dengan my Iful dari update blog ;P

Bye.
Take care.

Wednesday 14 November 2012

Review 31 weeks

Pagi ini aku ada review 31 minggu di KKIA.
Start hari ini, aku kena review ke KKIA 2 minggu sekali.
Dalam erti kata lain, sebulan 2 kali kena gi KKIA lah.
Hari ini, klinik penuh disebabkan kemarin dan esok holiday.
Ok, back to the topic!

Usia kandungan aku pada hari ini dah masuk 31 minggu 4 hari :)
Berat naik 300gm je dalam 2 minggu. Total berat 66.2kg for today ;P
Tekanan darah normal. Gula dan protein[urine] negatif.
Paras hemoglobin [Hb] 10.6 je. Naik 0.6 dari review yang lalu.
Nurse dah bagi nasihat mengenai pemakanan etc.
Hope bila aku datang balik review on 28/12 nanti, paras Hb aku naik dah. Amin.
Tinggi rahim baru 30cm. Naik 1cm dari review yang lalu.
Ermmm.. Itu je kot.
Ubat kena bagi yang 4 biji sekali makan. No more Obimin. huhuhu

Bye.
Take care.


Monday 12 November 2012

Baby stuff

Kalau ikut my mak memang masih awal untuk prepare barang-barang keperluan baby nie.
Tapi aku takut juga kalau tak prepare sikit-sikit nanti kelam kabut plak bila beli last minute.
Jadi aku ikut je naluri aku untuk beli sikit-sikit dulu. hehehe
Ibu-ibu blogger yang lain, seawal 13 minggu usia kandungan dah prepare barang-barang baby.
By the stage 31 minggu, barang-barang dah lengkap semua tinggal top up apa yang perlu je.
Aku plak baru terhegeh-hegeh nak beli/ sedia :P


List barang-barang baby yang baru aku sedia beli :-


Clothing 
Baju pasang lengan panjang
- Baju pasang lengan pendek
- Rompers
- Binder/ Barut
- Mitten & Booties
- Bonnet / Cap

Diapering
- Napkin/ Lampin
- Diaper Pants

Baby Bathing & Health
- Changing mat
- Bath towel

Bedding
- Baby swaddle
- Blankets
- Mosquito net [tiada dalam gambar]

Pelan-pelan akan tambah list ini before bersalin. Kalau ikut nafsu, mau je aku borong online. 
Tapi postage buat aku fikir berkali-kali. huhuhu

Bye. 
Take care.

Saturday 10 November 2012

10.11.12

10.11.12

Hai! Ini short update pada sabtu yang mana date-nya sangat unik ;)
Aku pun tak nak ketinggalan tarikh ini, so update-lah blog. hehe
Hari ini aku bizi sekali mengemas buku-buku my Iful. Asingkan mana yang perlu disimpan dan yang perlu dibuang.
2 plastik sederhana besar penuh kertas-kertas yang tidak perlu lepas diasingkan.
My Iful yang tolong buang ke rumah sampah.
Kalau tunggu aku, esok baru aku buang. Dah tak larat nak turun lepas kemas-kemas.
Cuaca hari ini pun terik sangat. Biarpun dah tala kipas kat aku still juga panas.
Apa lagi mak buyung nie belasah makan aiskrim batang oren buatan sendiri. Yummy yummy yummy...
Lebih 10 batang mak buyung nie makan.
Kalau hubs tahu memang kena sound kaw-kaw. ngeee
Bye

Wednesday 7 November 2012

Bersenam

Aloha :) Ada juga ke baca blog aku yang entah apa-apa hari ini?
Hope adalah ya :D

Tajuk post bukan main "Bersenam". hahaha
Tapi bukan bersenam gi taman jogging ataupun gi gym ya. Harap maklum :P
Hari ini pecah rekod aku bersenam dengan berjalan kaki dari rumah ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 kemudian ke Sekolah Menengah La Salle then ke bus stop Pekan Tanjung Aru untuk naik bas ke Terminal Wawasan.
Penat giler kaki aku! Sampai melecet oh. Malam nie kena buat foot spa jawabnya.
Pepagi lagi aku kejutkan my Iful untuk ke Dewan Wisma Muis, tapi liat nak bangun.
Merasalah lambat sampai ke sana. Nasib baik hubs free pagi ini dapatlah temankan dia.
Aku plak ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 untuk ambil rekod prestasi my Iful dan sijil tamat sekolah adik bongsu.
Settle urusan di Sekolah Kebangsaan, kena gi temankan my mak ke Sekolah Menengah La Salle untuk register adik bongsu ke tingkatan 1.
Kalau ikut badan, memang tak larat nak berjalan dah lepas balik dari sekolah kebangsaan.
Tapi kesian plak dengan mak yang tak biasa berurusan hal pendaftaran sekolah nie, apatah lagi mak buta huruf. Memang wajib temankan juga. 
Masuk kerja pun dah hampir jam 11. Nasib baik bos takde ;P
Oklah, nanti update lagi. Aku nak membizi kerja. hehehe

Take care.


Tuesday 6 November 2012

Settle yuran sekolah agama 2013

Alhamdulillah.
Kemarin berjaya juga aku settle-kan bab yuran sekolah agama my Iful untuk tahun depan 2013.
Itupun setelah aku datang buat kali kedua ke sekolah agama.
1st datang masa pagi, sekali boleh plak ustazah sesi pagi dan sesi petang berlainan.
Aku fikir sama je. huhuhu -.-"
Terpaksa datang balik petang. Petang tue plak, babu bas sekolah cakap dah takde sekolah.
Padahal ada lagi. Merasalah my Iful bersekolah berpakaian baju biasa. So ganjil. hahaha
Dengan takde bawa beg etc. Tapi dia apa kisah. Janji sekolah.
Tanya ustazah, ustazah pun cakap ok je.
My Iful balik dari sekolah agama siap bawa baju melayu sekolah dengan sampin 2pasang dan kasut 2pasang. Lucky untuk dia. Kalau tak hadir kemarin, memang tak dapatlah jawabnya. hehehe
Fyi, tetiap tahun memang kerajaan Sabah akan bagi murid-murid sumbangan baju sekolah juga kasut :)
Tak tahu kalau sekolah di negeri lain pun begitu juga.
Total aku bayar kemarin RM133 termasuk buku teks dan latihan untuk darjah 2.
Kurang sikit beban aku lepas settle yuran sekolah agama nie.
Tinggal yuran sekolah kebangsaan, stationery, barang keperluan sekolah dan barang baby lagi belum settle.
Hope by this end of the month settle-lah semuanya. #pray



Friday 2 November 2012

Exhausted


Lama tak update blog. Tetiba update tajuk bukan main.
Exhausted. Ko boleh?
Akhir-akhir ini aku memang rasa exhausted sangat.
Rasa macam masa 24jam ini tak cukup. huhuhu
Bangun pagi jam 5am, buat kerja rumah yang tak tersiap malamnya.
Kejutkan my Iful, tolong dia pakai baju segala etc.
Lepas tue aku plak kena get ready ke tempat kerja.
Tunggu bas ke terminal, sudahlah bas makin lama makin lambat.
Dari terminal naik bas lagi ke tempat kerja.
Balik dari kerja pun gitu.
Kat tempat kerja, walaupun tak banyak kerja. Masih rasa penat juga.
Coz kalau boleh aku nak baring je, tidur.
Cuma aku tak boleh plak tidur kat tempat kerja. Padahal bukan juga orang/ boss tahu.
Kiranya aku boleh je curi tulang kalau nak :P
Tapi tak sanggup plak aku. Lebih rela main game di facebook dari tidur.
Sebab aku tahu, kalau aku terlelap sure bukan sekejap. hahaha
Bila mengadu kat hubs, badan rasa penat sangat.
Takde kata-kata semangat yang aku dapat. Sebaliknya hubs suruh aku plak cuti awal.
Apakah? Kalau cuti awal, nanti cuti bersalin sekejap je.
Tak dapatlah nak bermanja-manja lebih dengan baby. huhuhu
Nak tak nak kena gagahkan diri juga.
Esok, sabtu kena attend mesyuarat PIBG sekolah kebangsaan Iful, lepas tue kena gi sekolah agama untuk bayar yuran dan ambil rekod prestasi.
Ingat weekend nak tidur lebih, tapi tak dapatlah plak. T________T

Selamat bercuti hujung minggu :)

Bye

Thursday 25 October 2012

Salam Aidiladha


Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua umat islam, pembaca blog aku dan follower-follower aku yang dikasihi.
Rindu dengan arwah ayah. Al Fatihah
Masa arwah ayah masih ada, setiap kali menjelang raya mesti arwah ayah masak dodol.
Terasa sangat excited mengacau dodol sambil dengar laungan takbir. Kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Memang kenangan yang patut aku cherish sampai bila-bila.
Persiapan biasa-biasa sahaja. Tidaklah sampai nak tempah/ beli baju raya baru ;P
Kuih-muih pun takde buat. Ada bagi mak belanja sikit untuk beli lauk raya.
Tak tahu mak beli lauk apa lagi. Belum jenguk lagi rumah mak.
Hope adalah lauk sedap-sedap. hehe
Kalau nak harapkan aku masak-masak untuk raya memang taklah. Aku nie bukannya reti sangat masak-masak lauk bagai. Kalau untuk family, bolehlah :'')
Sebab tue aku lebih suka bagi mak belanja untuk beli lauk bila raya. Senang! Tak payah pening fikir nak beli lauk apa?masak apa?
Cuma tolong mak apa-apa yang patut dah boleh makan puas-puas pagi raya nanti. hahaha
Eh panjang dah entry aku nie. Tadi ingat nak wish je. Tup tup dah panjang cerita aku.

Ok. Bye. Take care!

Tuesday 23 October 2012

Low Haemoglobin


Jumaat lalu [19hb] aku ada check up dengan Doktor di KKIA Pekan.
Berat bertambah tapi paras hb aku turun plak.
Drop dari 11.1 ke 10.1
Lebih rendah dari 1st low hb aku. Ini kali kedua hb aku low :(
Doktor pesan suruh makan makanan yang kaya "iron" macam sayur hijau, buah epal dan lain-lainlah.
Hope masa check up 1hb nanti, paras hb aku naik kembali.
Risau plak bila memikirkan yang nanti aku bersalin kena tambah darah. huhuhu

Monday 15 October 2012

Latest photo of me - 27 weeks


My latest photo with my son, Iful.
Taken on yesterday evening at Tanjung Aru Beach.
While we enjoying the breezy wind, the sound of waves and beautiful beach scenery.

:: Am I too chubby? yay or nay?! ::

Regards.

BluInc Bumper Rewards 2012


BluInc Bumper Rewards 2012 yang berlangsung pada 12-14 Oct yang lalu.
Dapat tahu pasal event ini dari facebook 1Borneo Hypermall.
Event yang semestinya tidak boleh dilepaskan!
Padahal mau bubut itu Goodies Bag ja. hahaha :P
Tapi memang nda rugi pergi. Beli satu majalah dapat satu goodies bag. Lain lagi kopun dalam majalah.
Kalau beli semua majalah, berapa banyak ko dapat goodies bag?!
Goodies bag dia bukan alang-alang punya isi. hehehe
Aku pergi hari jumaat tue 12hb. Balik dari kerja terus direct p 1Borneo.
Padahal dekat ja tue 1Borneo dengan tempat kerja aku :P
Aku beli majalah Female, habis aku suka tengok-tengok fashion, barangan make up yang dorang feature dalam majalah tue ;)
Dapatlah satu goodies bag. Nanti aku share pic goodies bag di akhir sekali. Ok
Sempatlah aku tunggu sampai pengumuman Lucky Draw.
Tapi aku takde lucky plak untuk hari itu.
Gara-gara excited pasal lucky draw, boleh-boleh aku lupa mau redeem kopun yang dalam majalah.
Rugi aku T___________T
Rawatan tangan dari marie france, make up, shopping, eye test dan lain-lain. huhuhu
Tapi never mind lah, think positive kunu. Yang penting goodies bag dapat macam-macam barang ;')
Check it out the content of my goodies bag :-

:: banyakkan? ::


Paling aku suka itu Palmer's Skin Therapy Oil :D


p/s:: kenapa page view tetiba restart ah? terus clear bha page view yang dulu-dulu. dei =,=" 

Edit:: ok masalah page view dah solve :)


Friday 12 October 2012

Baby check list


Baby check list dari fiffy.
Semua lengkap. Kuantiti je tak lengkap. Itu korang sendiri yang tentukan.



Wednesday 10 October 2012

WW : Blast from the past


Lapan tahun yang lalu.
Cuba teka yang mana satu aku?




p/s: Tiada hadiah buat yang berjaya teka. hehehe :P

Tuesday 9 October 2012

Sakit gigi


Sakit paling tak boleh tahan adalah sakit gigi :X
Ingat hari tue dah sakit gigi, stop sudah.
Tup tup datang balik.
Jumpa dentist belum tentu boleh cabut.
Coz gigi masih sakit kan.
Hope esok lusa, gigi ini tak sakit lagi. Baru boleh jumpa dentist.

Monday 8 October 2012

26 weeks/ Kerenah bakal abang


Kandungan aku dah masuk 26 weeks.
Berat naik bukan main. Bikin stress. Mau cakap kuat makan, nda juga. huhuhu
Tiada masalah kesihatan. Alhamdulillah.
Masalah emosi, ada :P

Bikin geram apabila anak bujangku tidak lagi ambil berat akan diriku :(
Aku bagi makan pun, dia tak makan habis dah.
Selalunya siap bertambah.
Tapi bila kat rumah mak, dia plak yang selongkar dapur cari makanan. Haish!
Bikin geram. Padahal aku dah berapa kali panggil dia makan, dia boleh buat tak tahu je :S
Malam pun tak pandai tidur awal dah. Main je kat rumah mak.
Aku panggil, siap jerit sampai terkeluar anak tekak dia boleh tak endah.
Last option, aku biarkan je dia. Peduli ko tidur lewat ka tidak, yang penting pagi ko kena bangun awal gi sekolah. Tak cukup tidur, salah sendiri.
Tak tahu kenapa perangai dia begini? Adakah sebab dia nak jadi abang dah?
So, sekarang pulun habis-habisan main.
Hari tue lagi bikin geram. Segala toys nya yang aku simpan dalam kotak nun tinggi atas almari, dia boleh turunkan. Siap berhamburan dalam bilik toys nya.
Aku balik, terkejut tengok bilik penuh dengan toys. Dehem2 dengan dia, signal suruh susun.
Dia buat don't know je. Ambik ko kena cubitan berbisa :P
Tapi lepas tue aku plak yang menyesal cubit dia. Boleh?! huhuhu
Apa-apa pun harap my Iful kembali pada perangai dulu, yang mendengar kata. Tak perlu nak terjerit-jerit sampai keluar anak tekak untuk panggil dia je. hahaha





Friday 5 October 2012

Melenggang perut


Tak lama lagi kandungan aku masuk 7 bulan.
Semalam borak-borak ngan mak. Tetiba keluar topik Melenggang perut.
Korang rasa perlu ke buat?
Kalau tanya aku memang tak perlulah kot.
Coz, dedulu time aku mengandungkan my Iful.
Aku takde buat gak. Alhamdulillah, aku dapat juga lahirkan my Iful tanpa apa-apa komplikasi.
My Iful pun membesar dengan sihat.

Bila cakap dengan mak, aku tak nak buat. Dia diam je. No response.
Kakak dan adik aku memang buat. Mak suruh kan.
Cuma aku rasa tak confident je buat.
Bukan apa, tue kan cuma adat.
Apa-apa hal semuanya dalam kekuasaan Allah SWT.
Tak kira ko melenggang perut ke atau tak.
Kalau Allah SWT dah tetapkan something terjadi. #Nauzubillah min zalik.
Kita pun tak boleh buat apa-apa.
Apa-apa pun minta dijauhkan lah.

Korang yang ada pengalaman, sila share di ruang komen kalau sudi.
Terima kasih.

Wednesday 3 October 2012

Insurans AIA


Terkejut aku tetiba dapat call dari pihak Bonuslink. Konon lah.
Yang sebenarnya dari syarikat jual insurans.
Berhabis suruh aku sign up. Aku cakap tak nak.
Still gak paksa, nasib baik lama-lama dia beralah.
Kalau tak, terpaksa lah aku hang up sahaja. Tapi macam rude plak. huhuhu

Yang buat aku pelik, camne dorang boleh dapat nombor hp aku ya?!
Full name lagi, tapi yang tak best sebut nama arwah ayah aku salah lagi. Apakah?

Out of topic. Last night aku masak kek coklat kukus.
Guna periuk nasi as kukusan.
Memula keluarkan dari kukusan, cantik, gebu plak.
Tapi bila dah sejuk, kat tengah-tengah kek mendap plak. huhuhu
Entah apa yang aku terlebih ke or terkurang?

Apa pun, kek tetap sedap {sendiri masak sendiri puji :P}
Moist memang moist. Lunch hari ini, aku makan kek coklat kukus je ;") hehehe

Bye.

Tuesday 2 October 2012

Kek Coklat Kukus

السلام عليكم & Hi :)

Kek coklat kukus ini dah lama aku buat. Baru hari ini teringat nak kongsi gambar kat sini.
Aku pun sebenarnya lupa dah ambil dari mana resipi nie. Tapi memang mudah sangat nak menyediakannya.
Kalau takde periuk kukusan pun boleh. Kukus je kat periuk nasi.
Apa pun enjoy the photo! {tak letak topping, coz makan begitu pun dah sedap ;) hehehe}


My kek coklat kukus :"D






Swaddle Pod by GuGu


Apa itu Swaddle Pod?
Swaddle Pod adalah bedung moden untuk bayi yang praktikal. Tak payah nak berlilit bagai.
Masukkan je baby dalam then zip. Siap. Semudah ABC. hehehe
Paling best sekali, siap ada 2 zip lagi. 1 kat atas, 1 kat bawah untuk memudahkan penukaran lampin, diapers. Tak payah susah-susah nak buka semua bedung. Tidur baby pun tak terganggu.
Actually, aku nampak kat blog Ceeramoon. Dia pakaikan untuk baby Yunnan.
Terus tertarik. Aku dah pun usha-usha kat online butik.
Kiranya nak beli nanti gaji. hehehe
Tapi tak sangka plak, time Sabah Parenting Expo yang berlangsung baru-baru ini di 1Borneo, ada butik jual.
Aku apa lagi belilah. Kalau ikut hati nak beli semua color yang ada.
Tapi aku beli satu dulu. Bajet tak cukup kan :P
Nanti tambah lagi bila gaji dah masuk. hehehe
Beli kat butik ini ---> https://www.facebook.com/GuguProduct.
Nak tahu color apa yang aku beli ;). Klik sini ---> pilihan aku.



Monday 1 October 2012

1st October

السلام عليكم & Hi :)

Hari ini dah masuk bulan baru. Tak lama lagi tahun baru plak.
Memang aku malas dah nak update blog nie. Rasa nak tutup pun ada.
Tapi tak nak lah. Selagi boleh update, sedikit pun jadi lah.
Janji ber-update. kan kan kan.

Jumaat, balik dari kerja aku sempat ke Sabah Parenting Expo di 1Borneo.
Time jalan-jalan pusing-pusing tapak expo. Nampak Dynas di booth susu ibu.
Tapi tak ambil gambar, malu aku :P
Kat booth nie aku sempat beli swaddle pod sehelai 35rm.

Kemudian aku ke booth Anmum plak, beli susu Anmum Materna 33rm.
Dengan setiap pembelian susu Anmum, boleh join contest.
Aku join je. Isi borang dan jawab soalan. Then, masukkan dalam peti.
Guess what? Aku menang plak. Petang sabtu tue aku terima 2 sms suruh aku datang collect hadiah.
Tak plak dibagi tahu hadiah apa. Tapi aku memang jangkakan dapat susu je.
Tup tup betul plak jangkaan aku. Aku menang susu Anmum Essential langkah 3 500gm.
ok lah, dari tiada kan ;P





Wednesday 19 September 2012

Hubs 28th and Weds Anniversary 8th

السلام عليكم & Hi :)

Syukur Alhamdulillah. 8 tahun dah kami melayari bahtera rumahtangga.
Banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuh demi kebahagiaan rumahtangga kami.
Kadang-kadang aku macam tak percaya je kami boleh bertahan.
Tapi memang bukan senang nak jaga rumahtangga!
Teringat dulu-dulu aku hampir nak give up, tapi tak give up bila memikirkan perjalanan yang telah kami tempuhi. Macam quote di bawah nie.



Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin
Untuk hubs "Cayang abang <3" Doakan abang panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk kita sekeluarga. Amin


Tuesday 18 September 2012

Random

السلام عليكم & Hi :)

Seriously aku makin hari makin malas mahu update blog.
Tiada mood mahu cerita-cerita. *pembawaan baby kot :P
Sampai aku berkira-kira mahu tutup blog. Boleh?
Tapi macam sayang plak. So, aku biar ja ini blog tidak ber-update.
Harap ada jugalah reader yang singgah walau tidak ber-update sekali pun.

The Random

  1. Ahad lalu, aku jalan-jalan dengan adik dan my Iful p makan steamboat di 1borneo. Lamanya kami makan. Hampir 3 jam oh. Tapi puas hati kenyang. My iful pun sendawa bukan main, kenyang punya pasal. hahaha ;)
  2. Tetiba je tadi pagi masa otw ke tempat kerja teringat tentang buaya peliharaan arwah ayah. Serius! Aku tak tipu punya. Memang peliharaan arwah ayah! Buaya tue dah diambil oleh Jabatan Hidupan Liar selepas arwah ayah meninggal. Kalau tak silap, buaya tue ditempatkan di zoo Lok Kawi. Tak tahu betul ke tak? Coz belum pernah lagi p check sana zoo Lok Kawi.
  3. Kandungan aku dah masuk 23 minggu. Kawan aku cakap, perut aku besar dah. Dia siap pesan jangan banyak sangat makan, nanti baby besar, payah nak keluarkan. Rasa takut plak T_T
  4. Tengah memikir siapa akan menjaga baby bila cuti bersalin aku habis. Belum juga dapat jalan penyelesaian. Hubs siap offer nak jadi Mr Mama. #sosweet hehehe
  5. Minggu ini boleh bersenang-lenang, my boss outstation ;P
  6. Khamis ini, aku kena datang Kempen Penyusuan Susu Ibu untuk menyertai kuiz, sebagai wakil bagi Tanjung Aru. Hope dapat info yang berguna dan menang kuiz :) InsyaAllah. Amin.
Baiklah. Sekian sahaja update random dari aku.
Rasa dah banyak nie. hehehe

Thursday 6 September 2012

Salam 19 Syawal

السلام عليكم & Hi :)

Salam 19 Syawal buat pengunjung blog aku yang beragama Islam.
Dah setengah bulan raya baru ter-update blog aku. Dei =.="
Aku tak tahu nak update apa sebenarnya.
Tapi memikirkan blog aku yang makin hari makin usang.
Gigihlah juga aku meng-update.
How's your raya? Kebanyakan entry blogger-blogger yang lain semua happy sambut raya tahun ini.
Tapi lain plak dengan aku. Serius aku rasa raya tahun ini biasa sangat.
Tidak happening pun untuk aku. My Iful je yang excited.
Hubs pun tak fikir sangat, apa tidak kena kerja lagi dia time raya. NO CUTI! Ko ada? huhuhu
Apa pun kena jugalah bagi muka nampak happy, nanti lain plak orang tengok kalau muka muram di hari raya. Kan kan kan... hehehe
Family photo untuk raya tiada :X Tidak terlintas langsung aku mahu take photo.
Tak macam family kak Jemah. Acara wajib untuk mereka.
Banyak blog yang aku kena terjah selepas lama menyepi! Fesbuk aktif.
Aktif main game The Ville. Serius aku addict dengan game The Ville ini.
Kalau boleh hari-hari aku nak main. hahaha
Salam takziah juga untuk kak Filla atas pemergian adik bongsunya. Al Fatihah.
Baiklah, aku rasa cukuplah update ringkas dari aku.
Bukannya ada orang rindu pun :( kecuali Uncle Lee. hehehe
Hi Uncle Lee, if you happen to read this :D


Peace


Monday 13 August 2012

Diari Ramadhan

السلام عليكم & Hi :)

Apa khabar semua?
Sepanjang Ramadhan ini, aku memang sangat liat nak update blog.
Tak macam blogger-blogger lain. hehehe

Impian aku untuk berpuasa full pada tahun ini punah.
Ada 10 hari ++ aku tinggal bukan dengan sengaja.
Tapi disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan apabila diserang gastritis + demam + batuk yang berpanjangan.
Sampaikan Doc suruh aku buat pemeriksaan tibi. huhuhu
Aku diberikan 3 botol untuk diisikan kahak dan disuruh hantar semula ke klinik, tapi aku tak hantar :S
Langsung tidak berkesempatan menghantar kerana sibuk. #alasan
Tapi yang sebenarnya aku takut.

House chores kembali menjadi tugas aku full time coz hubs dah start kerja malam.
Tak dapat membantu seperti biasa. Walaubagaimana pun, laundry masih menjadi tugasnya :')

Hari raya dah makin dekat. Tapi aku apa pun takde prepare lagi.
Kuih/biskut pun baru start mahu buat. Batang buruk baru siap gulung belum goreng lagi.
Percubaan pertama aku untuk membuat biskut susu resipi merpati66 menjadi.
So, malam ini dah boleh start buat biskut susu khas untuk raya nanti. hehehe
Baju melayu untuk my Iful dah ada. Hubs plak nak recycle pakai baju melayu tahun 2010.
Aku juga recycle pakai kaftan yang aku beli khas untuk menghadiri majlis perkahwinan my friend atau pun pakai kebaya yang baru aku jahit sebelum aku tahu aku pregnant.
Harap-harap pinggang boleh lepas. hikhik

Sekian.




Monday 6 August 2012

Ramadhan 17

السلام عليكم & Hi :)


  1. Happy birthday to my adik bongsu yang ke-12 :") Birthday gift belum beli + tak tahu nak belikan apa :P
  2. Al-Fatihah to arwah bapa. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin
  3. Salam Nuzul Al Quran 1433H.

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan

السلام عليكم & Hi :)


Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak dan juga selamat berpuasa kepada semua yang sudi singgah blog aku yang entah apa-apa ini.
Semoga Ramadhan kali ini kita diberkati dan diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa. InsyaAllah. Amin.



Nak minta maaf kat korang kalau kalau ada terkecil/ termakan/ terasa hati dengan segala penulisan aku di blog ini.
Sesungguhnya aku memang tak berniat untuk membuat korang terkecil/ termakan/ terasa hati!



Tidak lupa ucapan terima kasih kepada my boss kerana approve aku untuk balik awal pada bulan Ramadhan nanti ;)
Jasamu sangat dihargai boss. Harap-harap dapat bonus raya tahun ini. Amin.
Sempat lagi. hehehehehe

Isnin aku datang office lewat sedikit. Aku ada check up di Klinik Kesihatan Ibu&Anak.
Hope takde apa-apalah yang membimbangkan. Doakan aku ya.

Last, happy weekend :"D

Sekian.

Wednesday 18 July 2012

Skuad Era KK, Potato Spring

السلام عليكم & Hi :)

Termiss nak dapat free gift/ stuff dari Skuad Era KK :(
Depan mata aku bha, tapi sayang time itu aku tengah tunggu makanan aku sampai.
Yang sebenarnya, boleh saja aku pigi. Tapi seganlah aku dengan my boss dan mr manager.
Sudahlah dibelanja makan, boleh lagi pigi jalan tinggal makanan yang belum sampai. huhuhu
Hope ada lagi next time dia pigi ronda-ronda sini :) #thinkpositive


Potato spring lama sudah aku mahu makan.
Akhirnya hajat aku tercapai!
Balik dari kerja isnin itu, aku nampak ada gerai baru di kawasan kampung tempat tinggal aku.
Balik rumah cepat-cepat hantar beg, then keluar dengan my Iful nak pi check it out gerai baru itu.
Tak sangka plak dia ada jual potato spring.
Aku apa lagi terus beli. Aku dan my Iful sangat suka kecuali my hubs.
Nda berapa dia suka, dia makan sikit ja. Terus bagi my Iful habiskan. hehehe





Monday 16 July 2012

16th July

السلام عليكم & Hi :)

Jumaat lalu kiranya aku nak update coz Friday 13th kan.
Tapi boleh plak lupa nak update. Haish~
Dah half month July, next week Ramadhan akan bermula.
InsyaAllah, aku nak puasa full untuk tahun ini :D Amin

Pagi ini terbangun dengan sedikit rasa ketidakselesaan di perut.
Aku takut my Iful tertendang perut aku time tidur semalam.
Coz bangun tadi pagi, kaki dia dah melebihi bantal yang aku jadikan sebagai penghadang.
Ya Allah, minta dijauhkan perkara buruk pada kandungan aku ini. Amin
Hope tiada apa-apalah. Kalau rasa ketidakselesaan/ sakit itu still sampai aku petang.
Memang kena jumpa doktor nie!

Kandungan aku minggu ini dah 14 weeks.
Macam lama betul aku rasa dia membesar. hahaha :P
Weekend dia sangat aktif, tendang sana sini.
Aku, hubs dan Iful teruja habis!
Bila dia tendang, terus panggil dorang suruh tengok dan rasa.
My Iful siap tanya, kalau baby tendang sakitkah perut mama?
Aku senyum sambil explain dengan dia.
Best juga kalau anak sulung dah besar nie, sangat concern ok.
Siap tegur kalau aku tak makan, cakap nanti baby dalam perut lapar dan etc lagi.
Suka sangat :"D

Aku tak tahu Ramadhan aku nanti camne?
Dapatkah aku handle puasa + kerja + preggy + mother + wife!?
Kalau puasa + kerja + mother + wife aku dapat laluinya. Hope dengan pertambahan preggy pun begitu!
InsyaAllah, doakan aku lalui Ramadhan aku dengan lancar ya :)
Nanti nak bincang dengan my boss agar bulan Ramadhan nanti aku diberi pelepasan pulang awal.
Tak payah tunggu sampai habis office hour.
Harap-harap di approve lah. Kalau tak memang kena berbuka dalam bas jawabnya. huhuhu

Aku selesa kerja di office aku ini. Walaupun gaji kecik, banyak benda kena handle sendiri.
Tapi aku rasa sangat selesa coz tak banyak staff dan boss juga concern.
Cuma kadang-kadang rasa gaji tue kecik sangat macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang :P
Tapi aku pujuk hati, lebih baik ada yang ditunggu daripada tiada. hehehe

Macam panjang plak sudah aku taip nie.
Campur-campur punya cerita ja.
Jumpa lagi di next post ya :)

Sekian.

Wednesday 11 July 2012

Bual kosong

السلام عليكم & Hi :)

Sekejap lagi aku nak pulang. Tapi tangan ini tetiba TER-klik new post.
So, mari kita update bual-bual kosong. hehehe :P
Tadi pagi, aku awal-awal dah bersenam.
Bersenam dengan jalan kaki menghantar my Iful dan adik bongsu ke sekolah.
Boleh plak bas sekolah rosak lagi hari ini.
Lucky, kakak tue call aku awal-awal. Kalau tak, memang my Iful dan adik bongsu tak ke sekolah jawabnya.
Hari tue rosak juga, tapi tak inform awal-awal. Dah tengah hari gitu baru kakak tue call.
My Iful dan adik bongsu seronoklah, dapat cuti 1hari extra ;P
Oklah tue je bual kosong untuk hari ini ya.
Nak balik dah nie :)

Sekian.

Friday 6 July 2012

Sakit kepala

السلام عليكم & Hi :)

Tak tahu kenapa dalam minggu ini aku asyik sakit kepala.
Nak makan panadol pun tak boleh coz aku takut effect dengan baby.
Cara nak hilangkan sakit kepala tue, aku tarik-tarik rambut sampai berbunyi bagi keluar angin dan tidur.
Kadang-kadang sampai keluar air mata tahan sakit kepala.
Tapi yang pelik sakit kepala aku ini selalunya pada waktu petang.
Kalau sampai rumah terus tarik-tarik rambut dan tidur, bangun nanti ok dah.
Adakah aku stress?
Adakah kerana cuaca?
Aku pun tak tahu. Kalau weekend ini still juga sakit kepala.
Isnin mesti ke klinik. huhuhu

Sekian.

Thursday 5 July 2012

5th July

السلام عليكم & Hi :)

Wah! Lamanya aku tak update blog. Dah masuk bulan July pun.
OMGosh! Punyalah cepat masa berlalu.
Salam Nifsu/ Syaaban kepada follower-follower blog ini juga pembaca yang sudi membaca coretan aku yang entah apa-apa =.="
Last aktiviti aku untuk bulan Jun adalah piknik di First Beach Tanjung Aru bersama my Iful bagi meraikan birthday ke 7 nya. Ya Allah, dah bujang anak mama nie :D
Photo langsung tiada kerana semua sibuk bermandi-manda dan berseronokan di laut dengan aktiviti yang boleh menggelapkan kulit kecuali aku yang bertugas sebagai penjaga pondok aka pemberi minuman aka menyediakan makanan untuk mereka-mereka yang sibuk bermandi-manda bagai. hahaha
Cake cutting untuk my Iful plak diadakan pada siang 1/7 kerana pada malam 30/6 semua tertidur awal dek kerana penat bermandi-manda. hikhik
Photo ada. Tapi malas nak upload. Boleh?!

Cerita pasal kandungan plak ya, sudah masuk 12 weeks, my preggy bump haruslah makin ketara.
Dan saya perasan my preggy bump berbeza dari bump time mengandungkan my Iful.
Adakah benar baby saya kali ini girl? Hanya Allah SWT yang mengetahuinya.
Sejak masuk 12 weeks ini, my hubs telah melarang aku i} makan makanan yang pedas dan ii} minum minuman yang sejuk aka berais.
Memang tidak puas hatilah. Tapi untuk kebaikan baby kena tabah hadapinya.
Larangan no ii tue memang susah sangat nak praktikkan kat rumah.
Coz kat rumah, panas bukan main. Kalau kat opis, ok je coz sejuk dah dengan air cond. Tak minum sejuk-sejuk pun tak kisah. Tapi kalau kat rumah, memang tak boleh tahan. Mesti ngelat.

Ok itu sahaja update untuk hari ini. Jumpa minggu depan :P

Sekian.

Thursday 28 June 2012

Tudung bawal

السلام عليكم & Hi :)

Setelah lama tidak memakai tudung bawal, aku sudah tidak pandai menggayakannya lagi.
Paling fed up sekali. Bila aku mahu pakai, tapi tidak boleh adjust ikut muka aku.
Damn! Buat aku mengamuk depan cermin pintu almari aku.
Last-last tudung bawal tue aku campak balik ke dalam almari.
Dan end up memakai shawl je. Lilit-lilit siap.
Damn! Kenapa aku nda pandai sudah nie?
Rindu oh mau pakai tudung bawal macam dulu. Lihat photo di bawah.


Sweetkan aku di sini :P
This photo capture by my bff Ema at 1Borneo Hypermall. #IMissYouDear
My first time jejakkan kaki ke 1Borneo walaupun telah lama dibuka secara rasmi. Pity me :(
hahaha. Tapi sekarang bosan sudah di 1B. Kalau aku rajin check in di four square boleh jadi mayor sudah. hahaha. #JustKidding :P


Sekian.




Wednesday 27 June 2012

11 weeks

السلام عليكم & Hi :)

Isnin aku ke KKIA untuk regular check up.
Timbang berat badan, urin test dan ambil ubat.
Takde prob kesihatan buat masa ini. Cuma kadang-kadang mengalami sakit pinggul.
Maybe aku terlalu duduk lama kot. huhuhu

Selasa, kemarin. Aku dah order birthday cake untuk my Iful.
Chocolate moist cake macam tahun lalu. Design aku bagi kebebasan sepenuhnya kat baker.
Lantaklah design apa. Yang penting nampak untuk budak 7 tahun punya. hehehe
Bukan apa coz my Iful tiada plak mahu request apa-apa biar aku hint-hint sudah.
Yang dia minta kek coklat sahaja ;)

My iful request nak ke beach pada hari jadi dia iaitu hari sabtu.
So, plan nak piknik reramai dengan my family.
Nanti ajak my sister dan anak-anak buah aku join sekali.
Hubs time tue, keja kot. So, tak dapat nak join piknik kami tue.
Tapi never mind lah, boleh aja lain kali kan.

Last week, aku super duper tired.
Kat opis tak juga sibuk melampau.
Tapi entah kenapa aku rasa penat sangat.
Rata-rata house chores semua, my hubs yang buat.
Terus rasa macam derhaka plak.
Ada gak tanya hubs kalau dia kisah.
Dia cuma cakap tidak apa, lagipun ayg kan mengandung.
Serba salah gak aku dibuatnya. huhuhu
Lain lagi permainan emosi, kalau dilayan boleh jadi perang dunia.
Alhamdulillah bersyukur sangat dapat suami macam hubs walau banyak kekurangan di mata orang lain tapi dimataku dia tetap sempurna :D

Perkembangan perut, makin ketara.
Kadang ada yang perasan, kadang tiada.
Tapi yang aku tahu, 12 weeks nanti tiada sudah seluar boleh muat sama aku kecuali legging.
Aku kalau boleh tak nak pakai legging, tapi seluar tue je yang selesa untuk perut aku. huhuhu
Oklah itu sahaja yang aku nak update.
Photo memang tiada. Hubs tidak galakkan aku bergambar.
Tapi biar dia suruh pun, aku tidak mahu juga.
Benci tengok muka sendiri. Ada ke macam nie? hahaha

Sekian.

Friday 22 June 2012

Samsung Smart Camera DV300F or Samsung Smart Camera WB150F

السلام عليكم & Hi :)

Akhir-akhir ini aku selalu update tanpa gambar atau pun gambar yang diambil oleh hp murah aku =.='
Kualiti gambar yang diambil oleh hp murah aku plak memang sangat low quality.
Jadi aku nak penuhi wish list aku iaitu membeli sebuah kamera baru ;D
Bila ada kamera baru mesti syok nak bergambar. hehehe
Survey-survey di pasaran, aku tertarik dengan [2] dua kamera keluaran Samsung iaitu :

1. Samsung Smart Camera DV300F 

DV300F
DualView™ Digital Camera
  • Wireless-Enabled
  • 16MP CCD Sensor
  • 3.0" TFT Back LCD Screen
  • 1.5" LCD Front Screen



2. Samsung Smart Camera WB150F


WB150F
Long Zoom Digital Camera
  • Wireless-Enabled
  • 18x Optical Zoom
  • 14MP CCD Sensor
  • 720p HD Movie Recording


Antara kedua-dua kamera ini, korang rasa mana yang lebih menarik?
For me, cukuplah Samsung Smart Camera DV300F  :'D
16 Mega pixel tue!
Harap-harap dapatlah tertunai wish list aku nie ;P


Image courtesy of Samsung. TQ


Tuesday 19 June 2012

Boy or Girl?

السلام عليكم & Hi :)

Nak tak nak kena update blog gak! Dah lah last update khamis lalu. huhuhu
Tittle post Boy or Girl? Kenapa?



Coz rata-rata kawan, mak cik, strangers yang nampak perut aku mesti cakap baby Girl.
Sedangkan hati aku cakap baby boy. hehehe
Tapi aku nda kisahlah baby boy ka or baby girl, janji sihat walafiat, cukup sifat/ akal.
Kalau my Iful dia memang mahu baby girl sebab dalam family aku belum ada baby girl.
Anak kakak [2] dan adik [1] aku semua pun lelaki. {no dlm kurungan jumlah anak ;)}
Sebelah in law pun begitu 5 girl je. Starring banyak.
So, kalau dapat girl lagi boleh lawan starring sudah. hahaha
Oklah entry ringan-ringan je.

Sekian.

Thursday 14 June 2012

Anmum Materna

السلام عليكم & Hi :)

Kemarin update bagitahu belum start minum susu Anmum Materna kan.
Balik dari kerja kemarin, tetiba hubs suruh beli susu Anmum Materna.
Aku memula tak nak coz kiranya 4month nanti baru aku start minum.
Tapi hubs dah paksa beli. Haruslah dengar kata suami dan beli susu Anmum Materna perisa coklat ;)
Mesti perisa coklat ya. Kalau perisa asli susu tue, tak lalu kat tekak aku.
Sia-sia je nanti minum tapi muntahkan balik. Tak ke membazir tue :P

Mak semalam masak rojak ayam :D Ya Allah, sedap sangat! Tapi aku tak makan banyak coz nak makan telur tomato masakan mak. kalau tak, memang aku bedal 2piring bagi licin. hehehe
Dan semalam adalah paling lewat aku tidur. Serius lewat, hampir 12am baru tertidur.
Dah lah pagi jam 5am kena bangun sediakan bekal my Iful.
Alhamdulillah dapat gak bangun walaupun mata sangatlah mengantuk. huhuhu

Oh lupa plak. Yesterday sempat singgah kedai mama Syaffieq.
Tak sangka dia prepare birthday gift untuk aku walaupun dah terlewat.
Serius terharu sangat T_T
Buat mama Syaffieq terima kasih sudi bagi hadiah untuk aku. Walaupun ko rasa hadiah tue tak seberapa tapi aku suka sangat dan bermakna untuk aku :"D
Nak tahu hadiah apa mama Syaffieq bagi aku? Baca di bawah.

Mama Syaffieq hadiahkan aku selendang tokyo dan brooch comel.
Actually aku memang mau juga beli nie selendang tokyo. Tapi tiadalah aku berkesempatan untuk survey diluar. Kalau survey butik online, memang hari-hari. hahahaha
Syok borak-borak dengan mama Syaffieq tentang pengalaman bersalin sampai hubs bagi signal balik.
Coz dah lambat. Macam tak puas plak berborak dengan mama Syaffieq.
InsyaAllah 20hb nanti lepas balik dari KKIA jumpa Doc singgah kedai dia lagi :)

Sekian.

Wednesday 13 June 2012

9weeks

السلام عليكم & Hi :)

Aku dah boleh cope sebahagian morning sickness aku.
Tak macam dulu. Rasanya makin berkurangan kot.
Food cravings makin bertambah-tambah.
Ikan adalah favorite aku sekarang. Tapi mesti yang panas-panas atau baru masak.
Kalau sudah sejuk tue tidak juga aku mahu makan.
Belum lagi start minum Anmum Materna. Minum susu coklat biasa sahaja.
Perut semakin ketara. 2 jeans je yang still muat aku pakai coz getah, boleh regang ;P
Yang lain bye bye. Mau cari dress nanti untuk dipakai ke tempat kerja!
Kalau ikut Tips Mengetahui Jantina Bayi besar kemungkinan 2nd baby aku ini baby girl.
Tapi tak tahu betul ke tak. Nanti besar ckit baru aku scan betul-betul untuk confirmkan jantina baby.
Kalau my hubs punya instinct baby girl coz dia cakap aku punya perangai lain dari time aku mengandungkan my Iful ;P Lain je maksud my hubs kan.
Adakah lain perangai tue kebaikan or keburukan? Itu aku tak tahulah.
My hubs je yang boleh jawab soalan tue. hehehe :P
Lately, my Iful manja semacam je. Kejap-kejap cranky. Kami tercakap kuat dengan dia terus nangis.
Dah tue siap merajuk. Kena pujuk manja-manja. Bingung aku terus =.='
Tapi sayang adik sangat. Excited dia. Siap suruh cepat keluarkan adik :P hahaha
Aku bagitahu my Iful yang adik dia keluar bila dia darjah 2, adakah terus dia nak register darjah 2 plak. hahaha. Lucu aku dengan celoteh anak bujang aku nie.
Then, dia suka usap-usap perut aku cakap sama baby :D
My SIL cakap, maybe aku lambat dapat 2nd baby coz my Iful belum sedia.
Kalau aku belum rezeki, but now ada sudah :"D
Ok tue saja perkembangan aku setakat nie. Berat badan memang tak boleh cakap. Membesar bagai juara oh! Kalah berat badan time aku prengnant kan my Iful. huhuhu

Sekian.



Friday 8 June 2012

Morning sickness

السلام عليكم & Hi :)

Seriously 2nd pregnancy aku kali ini over sangat morning sickness-nya.
Kadang-kadang sampai aku nak absent je dari datang kerja.
But cannot lah nanti takde maternity leave, dapat notis pembuangan plak. hahaha

Paling aku tak boleh tahan is sakit kepala. Ya Allah, betul-betul aku tak tahan.
Kedua is bau-bauan. Aku ke tempat kerja kan guna pengangkutan awam, so korang bayangkanlah berapa banyak bau-bauan yang aku terhidu. But for now, aku dah dapat penawar iaitu tutup hidung dengan tisu yang dititiskan minyak kapak. Alhamdulillah, berkesan.
Ketiga is rasa lapar padahal baru je makan. Then, bila makan sesuap tup tup dah kenyang plak.
Sayang makanan aku terpaksa dibuang, tapi kadang aku simpan jugalah. Cuma aku tak lalu makan balik makanan tue. Kalau kat rumah senang, ada my Iful tolong habiskan. hehehe

Buat kerja-kerja rumah pun malas. Tapi gigihkan diri juga buat.
Nanti hubs fed up plak. Dah lah baru balik dari kerja, kena buat house work lagi.
Tak pasal-pasal meletus perang dunia. hahaha
Paling best ada anak besar macam my Iful is senang nak minta tolong dia buat kerja-kerja rumah yang ringan like sapu bilik, susun barang mainan dia; pinggan mangkuk dan lain-lain lagi.
Kadang-kadang tue suruh dia masak nasi, tapi sukatan air aku yang sukatlah.
Kalau ikut sukatan dia, tak pasal-pasal makan bubur plak untuk dinner. hahaha
Tapi masak nasi nie kadang-kadang je, macam tak best plak suruh my Iful masakkan nasi. Giler kentang pemalash mama dia. hahaha
Sedikit perkembangan dari aku yang morning sickness. huhuhu

Sekian.

Wednesday 6 June 2012

WW : My 24th birthday cake

السلام عليكم & Hi :)



A rainbow cake.
Cutting session tonight ;)
Happy birthday to me, myself and I.

Tuesday 5 June 2012

Telur masin

السلام عليكم & Hi :)

Kemarin petang balik dari opis, aku singgah Pekan Tanjung Aru.
Hajat dihati nak beli minyak masak.
Tapi entah kenapa, tetiba plak teringin nak makan Telur masin.
Terus cepatkan langkah kaki menuju ke Wholesale supermarket.
Malangnya kat wholesale, stok telur masin dah habis.
Aku masih gigih juga mahu mencari telur masin, maka aku ke pasar.
Tup tup stok telur masin di pasar pun habis juga.
Kira-kira mau surrender sudah, tapi teringat plak Kedai Lai Yaip.
So, aku pun ke sana. Alhamdulillah ada. Terus beli 4 biji :)
Hari ini lunch aku telur masin + nasi putih = marvelous, yummy
Ok itu sahaja cerita telur masin.
hahahaha :P

Sekian.

Monday 4 June 2012

4th June

السلام عليكم & Hi :)

Tiada bha cerita menarik yang aku mahu kongsikan di sini.
Bukan apa, sejak berbadan dua ini malas betul aku berjalan kemana-mana.
Bahkan ke toilet pun malas :P bhahahahaha
Tapi macam nda best plak kalau aku biarkan blog ini tidak ber-update.
So, update cincai sajalah. Janji ada orang bilang[kata]. hahaha
Besok aku dapat sudah my rainbow birthday cake :D
Memandangkan sis homemade bakery tue hantar sebelah pagi, maka aku terpaksa tugaskan my adik bongsu untuk ambil kek itu.
Dan aku juga kena pinjamkan hp untuk my adik bongsu supaya senang mahu dihubungi. hehehe
Aku sangat excited dengan birthday cake aku kali ini!
Sebab lama sudah aku teringin mahu rainbow cake as my birthday cake. hehehe
Minggu ini last sudah school holiday, tapi aku masih hutang Fun Fair lagi dengan my Iful.
Bukan apa, malas bha aku pi sana, terlampau ramai orang.
Mahu pigi time awal, yang baru buka baru ngam. Tapi tue lah belum dapat kasih conform time & date sama hubs. Nanti kalau aku berdua je dengan my Iful pergi, dia kecil hati lagi.
So, ini kena tunggu kata putus dari hubs lah.
20hb nanti aku ada appointment dengan obegyn. Hope tiada apa-apalah teruk nanti.
Bukan apa, aku nda sedap hati nie. Beberapa hari ini, aku mimpi buruk. huhuhu

“Rabbanaksyif ‘annal ‘azaaba innaa mu’minuuna”

Sekian.

Friday 1 June 2012

1st June

السلام عليكم & Hi :)



1st day month of June.
My favorite month.
My birthday will be coming soon! Can't wait to see my rainbow birthday cake :D
And my baby bump is 2months on my birthday ;P
My son 7th years birthday :)
And so much happiness, good news etc! #pray





Tuesday 29 May 2012

Loya nampak blog, boleh?

السلام عليكم & Hi :)

hahaha.
Apa punya tajuk aku letak :P
Seriously, aku malas sangat nak update blog.
Nak story wedding yang aku attend on Sunday tue pun malas. Boleh?
Maybe lama-lama nanti hilanglah rasa loya nampak blog nie kan. hehehe
My pregnancy sudah masuk minggu ke-7.
Dah daftar kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak [KKIA].
1st daftar pun dah ambil masa 5hours.
Bayangkan sampai kat klinik around 740am, daftar etc, dapat nombor giliran 759am.
Nombor giliran dipanggil 930++am. Gila kejung aku duduk.
Nasib baiklah ada hubs peneman. hehehe
Dia plak yang tension menunggu giliran. hehehe
Sementara menunggu tue buat urine test sedia dan timbang berat badan.
Bila nurse panggil tinggal bagitahu je butir-butir.
Kalau tak timbang awal-awal, nanti kena marah plak. huhuhu
After selesai segala check up, terus ke opis.
Sampai opis pun dah kira half day. Thank God my boss faham.
Kalau tidak ada juga kena potong gaji :P

Sekian.

Monday 28 May 2012

Finally

السلام عليكم & Hi :)

Finally,


Selepas bertahun lamanya menunggu. Alhamdulillah.
Baru tahu on Friday tue. Siap dapat MC lagi. hikhik

Sekian.

Thursday 24 May 2012

School holiday

السلام عليكم & Hi :)

Esok adalah last day persekolahan my Iful untuk sekolah kebangsaan.
Bagi sekolah agama plak, kemarin adalah last day persekolahan.
Hari ini dah start cuti bagi memudahkan guru-guru dia mengemaskini barang-barang sekolah sebelum berpindah ke bangunan sekolah agama Toh Puan Sembulan.
Nanti lepas cuti sekolah, sekolah agama my Iful akan mula sesi pembelajaran di bangunan sekolah agama Toh Puan Sembulan.

Aku sedikit kusut memikirkan hal perpindahan ini.
Bukan apa, aku rasa macam terlalu jauh plak untuk my Iful.
Yang sekarang, ke sekolah agama my iful berjalan kaki sahaja.
Kalau dah pindah ke Toh Puan Sembulan, kena naik bas sekolah dah.
Yang ini susah sikit coz sesi persekolahan sekolah kebangsaan berbeza-beza waktu.
Aku takut my Iful tak sempat catch school bus atau terpaksa rush lunch/skip lunch sebab takut lewat.
Jalan "jam" lagi. huhuhu

Kalau my hubs, dia suruh my Iful berhentilah. Masuk je kelas mengaji.
Tapi aku tak nak coz aku rasa my Iful cepat tangkap apa yang diajar kalau ramai-ramai dari dia sendiri-sendiri belajar.
So, aku nak juga dia terus belajar di sekolah agama.
huhuhu

Harap dapatlah aku settle perkara ini sebelum persekolahan penggal kedua start.

Last, a latest photo of my Iful. Our bundle of joy :D



Have a good day.
Sekian.


Wednesday 23 May 2012

Hasil

السلام عليكم & Hi :)

Ini photo perfume yang aku order hari tue. [baca sini
Tapi perfume JPG yang dalam photo ini salah hantar.
Sepatutnya perfume JPG Classique Jewel Edition. Yang datang JPG Classique X.
Aku pm owner Lulu Collections di facebook dan bagitahu mengenai kesilapan ini dan beliau berjanji akan hantar perfume JPG Classique Jewel Edition. 
Manakala, perfume yang salah hantar nie dia bagi free je kat aku. hehehe
Fyi, perfume JPG Classique Jewel Edition telah pun selamat sampai di tangan aku.
Photo belum ada. Nanti lain kali aku baru share di sini. 
Oh, sikit lupa! Sebelah perfume JPG tue adalah free gift: 30ml perfume Versace Yellow Diamond.
Free gift ini owner sendiri yang bagi. Tidak boleh pilih-pilih.
Tidak tahu kalau beli sekarang ada lagi free gift 30ml perfume?
Aku mau ucap TQVM kepada owner Lulu Collections atas segala-galanya ;'D


Photo ini adalah tudung yang aku dapat free dari Kedai Kak Siti
Tudung LSC Mini saiz L yang berharga 49rm.
Photo di bawah contoh tudung apabila dipakai.

Courtesy of Kedai Kak Siti :)


My lunch today 230512 at The Chicken Rice Shop 1Borneo.
Memula nak makan di Restoran Ayam Penyet Ria, dah siap duduk. 
Tapi ramai sangat orang + order pun lambat diambil. 
So, aku chow ke The Chicken Rice Shop. hehehe


Ini adalah hasil tangkapan yang tak seberapa dari Parkson Warehouse Sale. 
Bolehlah dari tiada kan. hehehe
Kalau ikut nafsu banyak tue aku tangkap. 
Tapi memandangkan gaji belum tentu keluar awal, tak jadilah. hehehe
Baju kerja dari Googles dan dress dari Nicole. Harga memang berbaloi :D

Sekian.


Monday 21 May 2012

Tiada tajuk

السلام عليكم & Hi :)

Apa khabar semua? Ada jugakah orang baca blog aku ini :P hahaha
Never mind lah kalau tiada, tidak juga aku paksa. hikhikhik
Entah apa-apa aku punya tajuk kan. Actually malas aku mau fikir tajuk apa.
Ini entry pun, entry rojak. Campur-campur punya update.
Sejak minggu lalu, aku tidak sedap hati ja. Macam-macam aku fikir.
Sampai my hubs pun marah sudah dengan aku. huhuhu :S
Sudahlah banyak fikir yang bukan-bukan, buat house chores pun malas.
Entah kenapa?!
Aku takut, excited dan lain-lain nie.Bercampur-campur perasaan aku ini. huhu
Tidak tahu kalau aku patut cerita di sini sebelum ada confirmation.
Tapi rasanya baik aku pendam dulu. Nanti aku share kalau confirm sudah ;P
Stop. Topik lain plak.
Alhamdulillah my Iful sudah menduduki peperiksaan penggal pertama di sekolah kebangsaan dan juga agama.
Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan.
Result peperiksaan maybe diberi dalam minggu ini.
Harap-harap semua keputusan baik biar tidak cemerlang. Amin
Mau bawa my Iful pergi UK Fun Fair sebelum tutup on 17 June 2012.
Ok. Itu sajalah aku update.
Malas mau banyak-banyak. Lagipun aku tidak tahu sudah apa yang mau ditulis.

Sekian.


Thursday 17 May 2012

Wedding Nuridah & Izmal

السلام عليكم & Hi :)

Ini adalah wedding pertama yang aku hadiri di Dewan SESB ;)
Hiasan pelamin simple tapi sedap mata memandang.
Best gak buat majlis di dewan, tapi yang tak best formal lah.
Semua pun mau segera. hehehe
Enjoy sebahagian photo yang dapat di capture pada hari itu ;P


Outfit photo lah konon. hehehe
My Iful yang capture :)


Tak sempat nak sembunyikan perut yang kekenyangan :P


The Pelamin


The pengantin baru. hehehe


we and the pengantin baru ;)


the wedding cake


capture by My Iful.


we <3 mother & son


the second outfit for pengantin. untuk majlis potong kek. hehehe


last photo sebelum balik. sayangnya kabur plak. huhuhu


we with banner pengantin. hehehe

Sekian.

Wednesday 16 May 2012

I'm back

السلام عليكم & Hi :)

I'm back.
Hampir seminggu aku tidak dapat melayari internet.
Alhamdulillah sekarang dah boleh.
Nanti senang dan masa mencukupi akan blog something interesting that happened to me and also my friend wedding that I attend on 12th May.
Harap ada jugalah yang merindui coretan aku disini ;P

Sekian.

Friday 4 May 2012

Perfume

السلام عليكم & Hi :)



Latest order perfume Jean Paul Gaultier Classique X Collection Jewel Edition from Lulu Collections :)
Yesterday punya order sudah sampai di tangan aku. [Read here] Syukur Alhamdulillah.
Aku takde cerita menarik nak dikongsi. So, aku share saja pembelian online aku.
Minta maaf kalau korang rasa niat aku nak berkongsi ini macam menunjuk-nunjuk walaupun hakikatnya tak.
Aku sebenarnya beli online jarang-jarang sekali. Tunggu ada income lebih or barang yang aku nak itu 'sale'.
Belian online pertama aku adalah kebaya manik indon. Percaya tak?
Itulah barang pertama yang aku beli online. Mahal plak tue[bagi akulah] dan sampai sekarang aku belum pernah lagi pakai kebaya itu.
Sepatutnya kebaya tue aku pakai ke majlis perkahwinan my ex-office mate tapi tetiba segan plak nak pakai. hahaha. Boleh macam tue :P
Ehhh melalut dah cerita. Back to title, ini adalah order kali kedua aku di kedai online Lulu Collections :D
Memang best berurusan dengan ownernya. Cepat je reply segala soalan/ pertanyaan etc.
Ok itu sahaja aku nak cerita ya. Nak keluar ke bank untuk transfer duit ke owner Lulu Collections.
Belum bayar lagi tapi owner dah pos dengan aku. hikhik :P
Selamat bercuti hujung minggu ;)


Sekian.

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.