Monday, 18 November 2013

Begedil daging

Assalamualaikum.

Weekend baru-baru ini, aku gunakan untuk mencuba memasak begedil daging.
Aku guna bahan-bahan simple sahaja.
First time masak katakan.
Kalau letak macam-macam dan tak menjadi. Tak ke rugi? >.<" hahaha
Nak resepi? Korang boleh google.
Cari mana resepi yang sesuai dengan tekak masing-masing.
Aku cuba resepi yang cuma menggunakan 3 bahan je iaitu kentang, corned beef dan bawang besar.
Malangnya, aku tak ingat langsung nak capture sekeping dua gambar untuk tatapan korang :(
Next time buat, akan capture sebagai kenangan. ahakz

Untuk Izul plak, aku masakkan dia bubur + bayam.
Ini kali pertama aku introduce dia dengan bayam.
Kalau ikut umur 6-7bulan dah boleh makan bayam kan.
Tapi aku tak bagi coz laki marah.
Dia pelik tengok aku masak bubur untuk Izul campur macam-macam.
Bila weekend je, aku boleh intro new food coz dia tak check :P
Laki selera dia terhad. Tak suka makan makanan yang dia tak pernah makan atau tak biasa makan.
Tak adventurous betul selera dia. haha

Iful plak, cuti sekolah ini dia sibuk main je dengan anak jiran.
Musim persekolahan memang takdelah masa nak main.
Dah cuti begini terus pulun main sampai makan pun tak ingat kalau tak panggil dia =.="
Aku suka je dia main-main dengan kawan-kawan dia daripada dok hadap tab main game.
Tapi kena pantau jugalah coz anak jiran ini kadang cakap bahasa pasar yang over.
Takut nanti Iful pun join juga cakap bahasa pasar / mencarut.

Aku plak rasa nak cuti panjang yang amat.
Bosan kena hadap kesesakan jalan raya untuk ke tempat kerja.
Ingat dah cuti sekolah begini tak sesak.
Tapi tetap juga sesak. huhuhu
Apa pun, hidup kena teruskan.
Cuti dah nyawa-nyawa ikan, baik simpan in case ada emergency apa.
Kita tak tahu kan.

Bye.
Take care.






2 comments:

  1. ciksu selalu buat begedil kentang je.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. family kurang prefer kalau begedil kentang. mereka suka campuran corned beef juga :)

      Delete

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.