Tuesday, 18 June 2013

Bapa

Al Fatihah untuk arwah bapa.

Bapa pergi meninggalkan kami sekeluarga ketika aku di tingkatan 2.
Bapa pergi genap umur adik bongsu 2 tahun.
Bapa pergi tanpa pesanan.
Hari bapa pergi sepatutnya kenduri cukur jambul untuk anak abang sepupu.
Sempat melihat wajah terakhir bapa yang gigih menebuk corak di buah kepala.
Aku dan mak adalah orang terakhir yang bapa lihat sebelum bapa koma dan pergi.

Bapa berpendapatan rendah.
Kerja sebagai buruh kasar.
Tapi masih mampu memenuhi keperluan anak-anak.
Setiap hari raya Aidilfitri, bapa mesti bagi duit dengan mak untuk beli baju raya kami adik-beradik.
Setiap awal tahun persekolahan, bapa tidak lupa sediakan duit yuran dan barang-barang keperluan sekolah.
Dari kecil kami nda pernah rasa susah.
Bapa tidak mahu kami susah, biar dia yang susah.

Maaf, aku tidak dapat sambung lagi. T_Tskkk
Apa pun, bapa memang terbaik dan telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan ayah.
Kami adik-beradik takkan pernah lupa bapa.
Biarpun daddy ada, bapa tetap di ingatan.


source :: ierahanna.blogspot.com

p/s:: post ini ditulis dengan deraian airmata T_Tskkk dan aku tidak meminta simpati. ok

6 comments:

  1. Alfatihah untuk bapa anda...... abadikan jasa serta pengorbananya dalam ingatan kerana tanpa pengorbanannya siapalah kita sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. InsyaAllah, akan tetap terpahat di ingatan..

      Delete
  2. al-fatihah

    sentiasa sedekahkan al-fatihah ye setiap kali ingtka arwah.

    *thnks tau join GA ciksu. tunggu next month pulak ye :)

    ReplyDelete
  3. Hai Rinah.

    Al-Fatihah untuk arwah bapa Rinah. Jangan sedih2 ye.

    Uni recently posted : Seminar Empayar Perniagaan Internet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak Uni.

      Terima kasih. Tak sedih dah :)

      Delete

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.