Showing posts with label Izul. Show all posts
Showing posts with label Izul. Show all posts

Wednesday, 21 October 2015

Tadika untuk baby Izul

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Aku dah survey dua tadika untuk baby Izul tahun depan (2016).
Kedua-dua tadika menepati piawaian aku.
~ Islamic teaching
~ Nursery on evening
~ Berdekatan dengan rumah
Tapi kami belum decide lagi nak hantar kat tadika yang mana.
Kena pertimbangkan baik-baik.
Sebab aku nak baby Izul bersekolah di sana sehingga ke usia 6 tahun.
Jadi kena pilih yang sebaiknya.
Mudah-mudahan pilihan kami adalah terbaik untuk baby Izul.

credit:: newyorker.tumblr.com
Terima kasih sudi baca.

Thursday, 12 February 2015

Baby Izul 1st time warded

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

29 bulan lalu baby Izul warded di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah.
Discharge dari wad 6hb minggu lalu.
9 hari 8 malam yang buat baby Izul trauma kot.
Hari-hari kena minum ubat, masuk ubat melalui iv line, lain-lain jenis doktor periksa dan nurse yang kena monitor bp dia.
Cucuk iv line pun sampai 4 kali.
Percubaan cari urat lagilah berkali-kali.

Aku harap baby Izul kembali pulih dan aktif semula.
Sejak keluar dari wad, perasan dia tak macam dulu lagi.
Rasa sayu bila tengok dia.
Macam-macam bermain di fikiran.
Sempat tanya dengan diri sendiri "Ibu jenis apakah aku ini? Terbaikkah aku menjaganya?"

Lepas Chinese New Year ni, ada temujanji dengan doktor pakar.
Doakan semuanya baik-baik belaka ya.
Terima kasih.

Bye.
Take care.

Monday, 5 January 2015

2 years old baby Izul

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

28hb Dec tahun lalu, genaplah usia baby Izul 2 tahun.
Alhamdulillah, dapat buat makan-makan kecil-kecilan bersama keluarga.
Kengkonon tema Superman.
Tapi takde pun nak deko2 ala-ala Superman kecuali kek dan baju baby Izul.
Overall, baby Izul happy coz husband dapat balik dan melayan dia berdukung segala.
Ingatkan husband tak balik, meratapi nasib di facebook.
Terus tiba2 muncul depan rumah.
Surprise konon walaupun bukan surprise. hahahaha
Aku share sedikit photo buat tatapan kalian :)



Bye.
Take care.

p/s :: post pertama di tahun 2015 :D

Monday, 3 March 2014

14 months baby Izul

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Last Friday, baby Izul officially turning 14 months old.


:: Happy 14 months baby Izul :D ::


Bye.
Take care.

Thursday, 28 November 2013

Happy 11 months baby Izul

Assalamualaikum.

Our little baby is 11 months today!

He can standing now without help, take a few steps before fall and driving his push car like a pro. 

In this photo, he can't drive like a pro. But now, he can. 
Unbelievable, my baby not so baby anymore.




Happy almost birthday baby Izul :D
Mama, Papa & Abg Iful love you so much.


Bye.
Take care.

Monday, 28 October 2013

Baby Izul Officially 10 months

Assalamualaikum.


Hari ini genap baby Izul 10 bulan.
Banyak sudah ragamnya.
Sekarang kalau aku keluar dari bilik dan dia nampak, nda sah kalau nda menangis.
Menangis olok-olok ok. Sangat berbeza dengan my Iful dulu.
Kebolehan terbaru adalah menggelongsor turun dari tilam.
Weekend baru-baru ini aku saksikan sendiri dia menggelongsor turun.
Banyak kali percubaan juga dia buat.
Ada sekali dapat turun tapi terbaring plak di lantai.
Nasib baik lantai kayu. Kalau simen? T__T
Memang bikin takut bila baby Izul belajar kebolehan baru dia ini.
Kena extra precaution.
Untuk elakkan "malang tidak berbau".
Yang paling bikin heart attack, aku masuk bilik lepas mandi.
Tengok-tengok dia di lantai sudah sedang meneroka.
Sedangkan sebelum itu, dia nyenyak tidur.
Nasib baik takde benda berbahaya di lantai.
Aku dah pesan kat my Iful, apa-apa jenis mainan yang boleh muat mulut baby Izul kena buang.
Kalau tak nak buang, kena simpan elok-elok.
Jangan sampai adik dia termakan.

Bye.
Take care.

Wednesday, 16 October 2013

WW : baby Izul expressions

Assalamualaikum.

Gambar pagi kemarin :)
Sebelum beraya ke rumah SIL.
Hair stylish :: mama
Romper :: baby kiko
Teether :: nokia 101
hehe :P


Bye.
Take care.

Wednesday, 9 October 2013

Makanan baby Izul

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setakat ini aku masih boleh menyediakan makanan fresh untuk baby Izul.
Walaupun hanya bubur sahaja. hehe :P
Hari-hari aku memang masak bubur untuk baby Izul.
Sekali masak 60ml beras.
Cukup untuk baby Izul makan 3 kali sehari.
Antara menu baby Izul :-
- bubur + kurma
- bubur + lobak
- bubur + jagung [frozen]
- bubur + kismis
- bubur + brokoli
- bubur + peas [frozen]
- bubur + egg tofu
- bubur + telur kuning sahaja
- bubur + brokoli + ikan bilis
- bubur + brokoli tumis dengan unsalted butter
Bila disenaraikan baru 10 jenis rupanya bubur aku kenalkan dengan baby Izul.
Bubur baby Izul masih dikisar tapi tidak ditapis sudah.
Pernah bagi dia makan bubur yang tak dikisar, tapi dia hampir tercekik plak makan.
Terus takut nak bagi dia makan bubur yang tak dikisar.
Buah-buahan plak aku baru bagi dia makan pisang, pear, oren, apple, avocado dan betik.
Biskut untuk snack, aku bagi dia makan baby bites original atau baby bites pisang.
Nak juga introduce menu lain untuk baby Izul tapi aku takut coz baby Izul belum tumbuh gigi.
Agak susah disitu. Atau aku saja yang fikir susah? :P
Nestum pernah bagi dia makan juga. Pernah cerita disini kan.
Tapi aku tak beli lagi. Hanya setin kecil itu je.
Susu, masih fully breastfeed walaupun stok aku cukup-cukup makan.
Dah pernah bagi try minum susu formula, tapi dia lebih rela minum air dari susu formula.
Sebab itu aku cuba pastikan stok susu baby Izul mencukupi walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Janji dia dapat minum susu.
Eh, out topic plak. Ingat nak cerita makanan je :P haha
Korang pun masak hari-hari ke?
Kongsi cerita korang juga ya.

Bye.
Take care.


Tuesday, 3 September 2013

8 months :: Baby Izul

28/8 lalu genaplah baby Izul 8 bulan. Alhamdulillah.
Review di KKIA pada 26/8.
Berat 8kg dah. Tinggi 70cm.
Sebelum ke KKIA review, bawa baby Izul ke klinik dulu.
Demam on off. Suhu badan dia tinggi pada sebelah malam.
Siang kadang-kadang je. Walaupun begitu, dia tetap aktif, makan minum ok.
Taklah risau sangat aku dibuatnya.
Pernah sekali suhu badan dia tinggi, aku dan suami mandikan dia dengan air paip sahaja.
Alhamdulillah, lepas mandi suhu pun turun dan dia dapat tidur lena sampai ke pagi.
Masa baby Izul demam, ada juga jiran yang suggest bagi dia minum air kembang semangkuk.
Tapi aku tak bagilah. Coz sendiri pun tak berani minum.
Apa lagi nak bagi baby minum. Memang taklah.
Jiran tue cakap nak bagi hilang panas dalam.
Tapi memikirkan risiko yang 'mungkin' berlaku, aku cuma bagi baby Izul minum air masak banyak-banyak.
Aku syak baby Izul demam nak tumbuh gigi.
Apa tak, asal nyusu malar menggigit. Belum tumbuh gigi pun dah sakit kalau dia gigit.
Kalau ada gigi lagilah bertambah-tambah sakit.
Apa pun demi mu anak, mak rela :P [relalah sangat. haha]
Setakat ini, baby Izul dah boleh duduk sendiri, merangkak dan sedang belajar berdiri sendiri.
Berjalan dalam walker dah boleh ;P Berjalan sendiri belum lagi. hihi
Makanan belum semua aku berani sumbat / bagi dia makan.
Setakat ini aku cuma bagi dia makan bubur+kurma, bubur+lobak, bubur+kismis, epal, pear, oren, pisang, biskut baby bites perisa lobak / pisang dan nestum beras.
Nestum beras aku bagi masa balik kampung beraya hari itu.
Dah habis pun setin kecil.
Ok, itu je kot perkembangan baby Izul setakat ini.
Jumpa next entry ;)

:: rindu newborn baby Izul ::


Bye.
Take care.



♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.