Monday 26 May 2014

Ibu tinggal

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Husband kerja jauh sekarang.
Jadilah ibu tinggal 2 anak buat masa sekarang.
Sejak jadi ibu tinggal ini, masa memang kena atur sebaik mungkin.
Kalau tak, memang semua akan jadi kelam kabut.
Macam sekarang, aku cuba buat semua kerja sebelum tidur.
Jadi, bangun keesokkan paginya tidak juga kelam kabut.

Pagi aku bermula seawal 450am.
Masak bubur untuk baby Izul.
Masak lauk untuk lunch my Iful balik dari sekolah sekaligus lunch aku juga.
Siapkan barang-barang baby Izul untuk dibawa ke rumah babysitter.
Mandikan baby Izul, bagi makan sarapan etc.

Syukur Alhamdulillah. My Iful pandai bawa diri.
Masa aku sibuk-sibuk di dapur masak, dia bersiap sendiri.
Isi air dalam botol untuk dibawa ke sekolah, kemas buku etc.
Kadang tolong jaga baby Izul.
Baby Izul kadang pandai bangun awal juga.
Kalau tak nampak aku, mulalah nak buat drama.
My Iful pujuk2 dia, bagi dia tengok video Einstein baby. Ok dah.

My Iful ke sekolah, aku baru siapkan baby Izul plak.
Siap baby Izul, baru aku bersiap.
Kalau aku bersiap awal, memang tak senonoh jadinya.
Jadi aku prefer siapkan baby Izul dulu, baru aku bersiap.
Lepas bersiap, hantar baby Izul ke rumah babysitter.
Kemudian balik ke rumah kembali untuk susun dan sedia apa yang patut untuk petang nanti.
Baru bertolak ke tempat kerja.
Syukur sangat2 dapat babysitter yang tinggal berdekatan dengan rumah.

Baby Izul balik diambil oleh adik bongsuku.
Aku cuma hantar saja.
Kalau aku ambil dan hantar, memang penat bukan alang2. huhuhu
Balik dari kerja, masak dinner dan makan sama2 anak2.
Lepas itu cuci apa-apa yang patut dan sedia kelengkapan untuk esok plak.

Begitulah rutin aku setiap hari bekerja / bersekolah.
Baju aku dan uniform sekolah my Iful aku memang siap iron sedia untuk seminggu.
Save sikit masa aku.
Laundry pun aku buat seminggu sekali ja.
Tak larat ok nak me-laundry seminggu 2 kali.
Seminggu sekali ini pun, penatnya bukang alang2 juga.
Rasa nak tercabut pinggang.
Ke aku patut beli mesin auto supaya jimat masa me-laundry?
Sebab sekarang ini, aku cuma guna mesin semi-auto. hehehe







** Gambar masa bawa mereka makan-makan di Marrybrown hari itu.

Bye.
Take care.







Wednesday 14 May 2014

Online shopping #ZaloraMY

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Last week, aku sempat reward diri dengan ber-shopping di Zalora.
Dapatlah membeli baju peplum dua pasang.
Mula-mula nak beli sepasang je.
Tapi terkenan plak dengan baju kedua.
Main pejam mata je, add masuk cart.
Kemudian cepat-cepat buat payment.
Tak nak tetiba berubah fikiran. hahaha

Baju pertama

Baju kedua

Cantik tak pilihan aku?
Kedua-duanya belum dirasmikan lagi.
Mungkin akan jadi baru raya tahun ini kot :P

Tahu tak aku order kedua-dua baju ini pada hari rabu.
By khamis tengah hari, dah sampai di tangan aku.
Good job #ZaloraMY dan #GDEx
Servis cepat buat aku tidak serik untuk online shopping disini.
Untuk yang belum pernah membeli di Zalora.
Aku bagi korang voucher 15% off untuk pembelian pertama di Zalora.
Sebelum check out, korang jangan lupa isi voucher code { ZBAPhTG }.
Lepas dah isi, akan automatic deduct diskaun 15%.
Selamat ber-shopping :D

Bye.
Thank you.


Friday 9 May 2014

Settle

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Urusan pagi ini berjalan lancar walaupun Perkeso upgrading system, tak boleh terima bayaran.
Aku ke bank saja bayar Socso. Dalam bangunan Kwsp ada RHB bank juga.
Terus bayar sana. Settle urusan sana ke Lhdn plak.
Sekali system down juga sana. Tak boleh process payment.
Terpaksa guna kaunter segera.
Next week baru ke sana ambil resit lagi.

Hari ini baby Izul di rumah saja.
Adik lelaki tolong jaga.
Babysitter cuti, ada urusan keluarga.
Nak tak nak, terpaksa minta tolong adik lelaki jaga.
Sepatutnya adik bongsu yang jaga.
Tapi adik bongsu ke Sipitang temankan adik perempuan aku.
Alhamdulillah, adik lelaki sudi jaga.
Walau terpaksa korban waktu tidur [Adik lelaki kerja syif malam]
Syukur sangat-sangat.

Balik nanti, laundry seminggu menunggu aku.
Baju sekolah my Iful, baju kerja aku, baju baby Izul, baju rumah etc.
Rasanya tengah malam juga aku baru siap buat laundry.
Mesin semi auto katakan. Kena perah tenaga juga.
Tak macam mesin auto. hehehehe

Tapi sebelum start laundry kena masak dinner dulu.
Nanti anak-anak kelaparan plak.
Bila dah kenyang, pandailah dorang tidur sendiri macam minggu lalu. hehehe
Masuk je bilik lepas siap laundry. Dua beradik dah tertidur.
Sama posisi plak tue.
Ada capture photo untuk mms ke husband.
Tapi malas plak nak upload ke sini. Boleh?! hikhikhik

Weekend ini aku nak rehat / santai di rumah ja.
Malas nak keluar.
Lagipun weekends lalu dah keluar.
Maybe akan bake kek coklat.
Tekak dah teringin beberapa hari ini.
Bahan-bahan memang sedia ada.
Tapi mood nak bake, belum datang ;P

Enjoy your weekends ya :D

Bye.
Take care.



Thursday 8 May 2014

Tomorrow

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Esok dah jumaat. Yeah, TGIF <3
Before masuk office esok, aku kena pergi 4 tempat / bangunan untuk bayar bil-bil syarikat.
1) Perkeso
2) Telekom
3) Kwsp
4) Lhdn
Selepas settle urusan, baru masuk ke office.
Harap esok berjalan lancar.
Takde system down whatsoever. hehehe
Ok. Itu je nak cerita. Boleh?
Bolehlah. Sebab sebelum ini aku dah karang blog post panjang-panjang.
Tup tup, aku select all dan delete. Ko mampu?
huhuhu

Lagu favorite buat masa sekarang. Entah kenapa kena betul dengan jiwa aku.


Bye.
Take care.

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.