Tuesday 31 January 2012

Pen

السلام عليكم & Hi :)

OhMySmurfs! boleh plak courier boy yang selalu deliver / pick up doc dari tempat kerja aku nie minta pen dengan aku. #Unbelievable  
Sorry lah dik, akak tak dapat nak bagi pen dengan ko ya! Bukan kedekut! Harta office kena strict sikit, nanti ada apa-apa hal terjadi di kemudian hari, aku juga yang dipersalahkan. huhuhu

my fav pen :)



Monday 30 January 2012

#1 Kisah my baby dengan alam persekolahan

السلام عليكم & Hi :)

Hari khamis bersamaan 26 Januari 2012 adalah hari yang paling mencabar bagi my baby.
Kenapa? Inilah hari pertama baby ketinggalan bas sekolah untuk pulang ke rumah.
Jam dah hampir pukul 2 petang tapi baby dan my lil bro tak muncul-muncul juga.
Aku dah tak sedap hati. Tapi gigih juga memikirkan alasan-alasan kelewatan itu iaitu :- 1}bas rosak 2}hantar bebudak lain dulu yang tinggal jauh. huhuhu. Walaupun dah fikir alasan, tangan aku tak henti-henti call driver bas sekolah baby. Malangnya, nombor itu tidak digunakan lagi. Boleh!?
Tengok jam dah 2 petang, aku ready dah nak jalan cari dorang kat sekolah.
Akan tetapi hajat itu tidak kesampaian apabila baby muncul dengan my lil bro bermandikan peluh. :'(
Rupa-rupanya dorang ketinggalan bas dan terpaksa jalan kaki balik ke rumah.
OhMySmurfs! Sungguh aku ngeri membayangkan sekiranya terjadi sesuatu ketika dalam perjalanan pulang. #Alhamdulillah tiada apa-apa yang terjadi
Keesokannya aku gigih menemankan baby menunggu bas untuk menanyakan hal itu dengan driver bas sekolah baby. Dan, dia langsung tidak mengetahui akan perkara itu kerana suaminya yang pick up.
Tapi dia berjanji yang perkara tersebut tidak akan berulang lagi dan siap tukar-tukar contact. #Alhamdulillah
Hari ini dia membuktikan janjinya dengan menghubungi aku apabila melihat baby tidak pulang bersama-sama my lil bro. Aku plak gabra terus call rumah dengan kadar segera. Rupanya baby dah balik ikut trip yang pertama. #Alhamdulillah
Aku sebenarnya kesian juga dengan driver bas sekolah ini coz terpaksa ambil murid-murid berkali-kali disebabkan perubahan jadual waktu yang mula berkuatkuasa pada hari ini 30 Januari 2012.
Murid dari tahun 1 hingga 6 berbeza-beza masa balik mereka. Dan tentulah murid tahun 6 aka my lil bro yang paling lewat balik. huhuhu


Alolo ^^ dah bujang anak aku. Rasa tak percaya je. LOL



Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M)

السلام عليكم & Hi :)

I'm back from CNY holiday ^^ Blog pun dah bersawang tinggal lelama.
Janji nak update melalui hp pun tak tepati. huhuhu
Anyway, korang macam mana? Harap semuanya sihat walafiat dan bersemangat untuk bekerja.
Balik dari bercuti nie, gigih aku menapak ke bank pepagi lagi untuk ambil borang permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M).
Alhamdulillah borang dah selamat diambil, mengisi butiran ja belum.
Pada pendapat aku Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M) sesuai untuk orang yang susah menabung. LOL.
Sebelum nie aku berkira-kira untuk ambil loan ASB, tapi masih dalam cadangan.
Tup tup keluar plak Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M) nie, memang peluang yang terbaik bagi aku. Layak memang layak tapi kelulusan tue tak tahu plak camne ya.
Nak tahu lebih lanjut check di http://www.sara1malaysia.com.my.

Friday 20 January 2012

Happy Chinese New Year

السلام عليكم & Hi :)

Hari nie aku kerja half day je. Kejap lagi aku dah boleh balik dah ^^
Office akan bercuti sehingga 29-1-2012. #heaven 


My honey lukam & red packet :")
Thanks boss & mr c.


Ini biskut koko pertama yang berjaya aku bake. Walaupun banyak dugaan iaitu biskut hangus dan macam2 lagi. huhuhu. Yang sebenarnya aku nak buat kek koko! LOL
Tapi adunan jadi biskut plak. huhuhu


Buat semua blogger, follower dan lain-lain selamat bercuti dan happy chinese new year buat yang merayakannya especially Chewy, Uncle Lee etc........



Thursday 19 January 2012

Terkunci di dalam tandas

السلام عليكم & Hi :)

Oh My Smurfs.. kejadian ini baru je berlaku kat aku tadi T_____________Tskkk
Sungguh aku tak sangka di hari khamis ini kejadian ini berlaku. LOL
Memang dugaan betul. Syukur Alhamdulillah, mr manager kebetulan ada di office. Dialah yang membantu aku keluar dari tandas tadi. #awkwardmoment
Tak terbayang aku sekiranya aku sendirian ketika berlaku kejadian ini =.='''
Mr manager pun siap tanya aku juga the question. huhuhuhu
Pagi memang toilet dah terkunci sendiri. Tapi aku dapat buka plak dari luar guna pisau cucuk2 lock.
So, aku assume ok saja. But now kena diri sendiri :'(

p/s ~ lucky my office got 2 toilet. from now on, i have to use the other toilet the men in my office always used.

Wednesday 18 January 2012

WW : Emelyn Wedding

السلام عليكم & Hi :)

Wedding invitation yang pertama aku attend for the year 2012. [hope aq rajin attend weds invitation tahun ini]
Thanks to Papa Syaffieq for taking the photo and mama Syaffieq for uploading at facebook ;) hehehe
Enjoy the photo!



Shawl aku tiada fesyen lain. Balik-balik begitu juga. Berapa kali sudah mau try pakai fesyen lain, sampai google2 cara pemakaian shawl/ selendang/ pashmina. Tapi malar, tiada juga ter-try bha. huhuhu

2

3

4

5

6

7

8
My fav photo :) Baby Syaffieq so cheeky + happy. Maybe sebab birthday dia. hikhik.
Sedih tidak datang celebrate birthday Baby Syaffieq malamnya :'( 
Ini yang susah kalau pengangkutan awam harapan :P

9
Aku rasa kerdil plak berdiri next to Mila. Walaupun ber-wedges tetap dia juga yang tinggi. huhuhu


p/s ~ walau photo bukan kepunyaan aku. tapi sebab letak kat blog aku, watermark aku mesti ada ;)


Tuesday 17 January 2012

Rutin

السلام عليكم & Hi :)

Sejak musim persekolahan bermula pada 4 Januari lalu. Rutin aku dah set setiap hari iaitu :-

  • 0530 - bangun, masak lauk untuk bekal Iful [my baby] ke sekolah, buat minuman dan lain-lain.
  • 0600 - kejutkan Iful untuk mandi, pakaikan uniform sekolah dan lain-lain. ~Iful nie kena rajin tolong pakaikan dia uniform sekolah untuk pagi sahaja. Kalau ke sekolah agama, dia sendiri pakai :) Pagi dia memang malas sikit + sejuk baru habis mandi kan. hikhik
  • 0630 - nie masa untuk turun tunggu bas sekolah. Kalau dah jam nie belum siap-siap, memang lewatlah jawabnya. setakat nie, baru sekali lewat tapi tak ketinggalan bas coz driver bas suruh bebudak panggil kat rumah. Alhamdulillah :) Iful dah jalan baru senang hati dan giliran aku untuk bersiap.
  • 0730 - tunggu kawan tumpang baru jalan ke tempat kerja :D
Untuk weekend, memang aku tak bangun awal. Bantai tidur sampai ke tengah hari :P

Kalau korang ada rutin lain dari aku boleh kongsikan kat ruangan comment ;) *Dipersilakan...

Last, photo Iful lengkap beruniform sekolah ;")























p/s ~ photo low quality dari hp aku. sila maklum. hikhik


Friday 13 January 2012

Tak faham

السلام عليكم & Hi :)

Aku serius tak faham dengan orang yang nak holiday jejauh nun oversea sana tapi hutang. Boleh?!
Aku tak faham kenapa orang nak berlagak benda yang tiada?
Aku tak faham kenapa seseorang tue susah nak lupakan benda yang dah berlalu?
Aku tak faham kenapa aku nak susah hati, sakit kepala pening fikir camne nak selesaikan masalah orang lain? Sedangkan masalah aku sendiri pun banyak tak selesai!
SERIUS aku tak faham!!!
Banyak sangat serius pun susah :P Baik baca blog Serius - Obe. ;)

















LOL


Thursday 12 January 2012

Transport

السلام عليكم & Hi :)

Tahun 2012 aku tak tumpang kawan lagi untuk ke tempat kerja. Kenapa? Sebab aku segan. Boleh?! huhuhu
Tetiba banyak benda muncul di fikiran yang membuat aku runsing. Aku tahu aku tak patut fikir begitu. Tapi still juga aku fikir begitu. Syaitan punya kerjalah nie! LOL

Tadi pagi hampir sejam aku menunggu bas TA datang. Ada 3 buah bas mini datang, malangnya ketiga-tiga bas semuanya penuh. So, tak dapat naik :'(
Biasanya aku main rebut sahaja. Tapi hari ini tidak dapat coz berbaju kurung. Nanti time rebut-rebut jatuh tersungkur, sendiri malu!!!
Mau nda mau tunggu saja bas yang lain dan menyebabkan aku terlewat ke sampai ke tempat kerja.
Nasib baik bos tahu aku tinggal jauh. Dah tue kena naik bas 2 kali. Sehari 4 kali naik bas ulang-alik. Kalau tak lama dah aku dibuang kerja. huhuhu

Bas nie plak, kalau tidak ditunggu berderet-deret datang. Kalau ditunggu lambat plak muncul. Haissssssssshhhh






Study

السلام عليكم & Hi :)

Aktiviti wajib setiap malam hari persekolahan maynababy.com
Weekend malam tak study, siang sahaja. Malam khas bagi acara menonton kartun Shin Chan untuk sabtu dan Boboiboy untuk ahad.
Tengok photo di bawah! Seriusnya hubs mengajar c iful. Comellllll berganda-ganda maynababy.com
Siapa nampak roti??? hikhik. Klas kan!!! Atas pencil box diletak bha. Macam kan teda piring maynababy.com



















p/s ~ mau update banyak-banyak hari nie kalau sempat.

Friday 6 January 2012

Yesterday, 'terbeli'

السلام عليكم & Hi :)

Kemarin aku ke library. Tapi pergi library lama je.
Library baru kat Suria Sabah tue, aku tak tahu dah buka ke tak.
So, better aku drop je buku-buku yang aku nak return kat box di library lama ;)

Dari library aku jenjalan ke Sinsuran cuci mata.
Masuk kedai jual tudung/ shawl segala, hajat di hati nak tengok-tengok je.
Tup Tup terkenan plak dengan satu inner neck nie. Aku memang dah lama aim aim nak beli.
Tapi tak juga tercapai-capai hajat. Sekali nampak inner tue kemarin terus berkenan, apa lagi? Harus beli.
#Dah rasmi hari nie ;) and tak suka coz pandai ke depan. Nak cakap longgar, tak juga coz dah pin. Maybe rambut aku halus kot :P hahaha

Lepas tue jenjalan lagi ke CP. Nak cuci mata saja tapi 'terbeli' juga. huhuhu
Beli apa? Beli shawl kat Tamma ;')
Orang KK memang kenal sangat Tamma nie. Syurga kain, tudung dan macam-macam lagi ^^
'Terbeli' 3 shawl ;D Nie belum rasmi.
Nanti gi orang kawen baru rasmi :P hikhik

Sabtu nie, aku ada jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan Junior high school aku dulu [jemputan melalui facebook] Aku tak sure dapat datang ke tak.
Coz aku kena attend mesyuarat di sekolah baby + beli buku kerja + bayar bayaran tambahan dan lain-lain. huhuhu
Aku rasa serba salah plak kalau tak pergi :(

Office alone

السلام عليكم & Hi :)

Best sangat bila sorang-sorang kat office :'D
Takde nak control apa-apa. Pasang lagu kuat-kuat pun takde yang marah.
Dan macam-macam lagi ke-best-an dia. Tapi Tapi Tapi...
Ada keburukan juga, contoh :- bila ko gi melabur, tetiba dengar telefon office berbunyi.
Bukan sekali dering, berdering-dering banyaknya.
Tapi ko masih melabur. How? :P [always happen to me. terus hilang konsentrasi nak melabur. LOL]
Lain lagi tetiba posmen hantar barang or dokumen. hikhik ;P


p/s ~ ini bukan complain tapi luahan hati. hahaha

Thursday 5 January 2012

Tahun 2011

السلام عليكم & Hi :)

Dah 5 hari di tahun baru 2012 baru nak terhegeh-hegeh nak update tahun 2011 :P hahaha
2011 penuh dengan pengalaman pahit, manis dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah walaupun banyak dugaan dan cabaran, aku bersyukur sangat dapat menempuhi semuanya.
Hopefully di tahun 2012 ini semuanya berjalan lancar :D Amin
Aku malas nak highlight cerita-cerita, so sampai sini je ;P
Bye

Wednesday 4 January 2012

Sesi persekolahan tahun 2012

السلام عليكم & Hi :)

Bagi yang tak tahu, negeri Sabah memulakan sesi persekolahan tahun 2012 pada hari ini.
Dari semalam aku sibuk mengalahkan anak nak kahwin. Siap potong bawang segala, sedia bahan-bahan untuk masak sarapan pagi. hikhik
Hari pertama persekolahan baby berjalan lancar except baby takde kerusi meja. Boleh?!
Anyway sebab aku sayang + kesian tengok my baby berdiri, aku terpaksa ambil kerusi dari dewan.
Meja takde aku jumpa, kalau tak sekali dengan meja juga aku angkat sedia untuk my baby :P huhuhu
Bas sekolah juga aku telah uruskan dan settle deposit. Hopefully baby dapat kenal bas sekolah dia dan tak tersilap naik bas. Ini aku tak berapa bimbang coz aku dah pesan dengan my little bro untuk tengok-tengokkan my baby.
FYI, my little bro primary six now. Kelas pun satu blok dengan kelas baby. Jadi aku pun kurang risau. Coz, nanti baby pandailah tue cari pak cik dia kalau ada apa-apa hal. hikhik

Masa sesi taklimat tadi, cikgu bagi highlight point-point yang penting iaitu :-

  • Guna nama penuh apabila berada di sekolah. -tak boleh guna nama panggilan, nama timangan or lain-lain nama :P
  • Kena sediakan baju T dan seluar panjang untuk emergency ;P -yang nie tak payah kot. coz dah pesan dengan baby. Jangan takut + malu untuk ke tandas ;)
  • Baju sekolah kena lengkap. -murid lelaki berkemeja pendek putih, berseluar panjang biru gelap dan bertali leher. Bagi murid perempuan yang memakai pinafore wajib memakai tali leher. Yang berbaju kurung, leher baju perlu dibutang dan yang bertudung tak boleh pin-pin tudung segala. hikhik
  • Rambut
  • dan lain-lain lagi. malas nak taip :P
Untuk sekolah agama aku tak tahu keadaan baby camne. Aku tak minta cuti hari nie.
Minta tolong dengan mak je. Nie pun aku kurang risau juga coz my little bro ada + sekolah agama dekat dengan rumah. Tak payah naik bas sekolah, jalan kaki saja boleh sampai :D

p/s ~ Esok, if possible aku tak nak ikut baby ke sekolah.

Tuesday 3 January 2012

Teruja Perpustakaan Negeri Sabah

السلام عليكم & Hi :)

Aku bolehlah dikatakan pengunjung tegar Perpustakaan KK yang mana aku kunjungi sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Khamis lalu 29/12/2011 aku ke sana untuk mengembalikan buku dan novel yang aku pinjam sebelum dikenakan denda. hikhik :P
Dan alangkah terkejutnya aku apabila pengawal memberitahu Perpustakaan KK telah ditutup dan akan mula beroperasi pada Januari 2012 di Suria Sabah. WTH
Anyway aku sedikit keliru dan bingung kerana langsung tidak mengetahui tentang perpindahan ini.
Lalu aku pun masuk ke laman sesawang http://www.ssl.sabah.gov.my/Versi_Melayu/index.html untuk mencari info mengenai perpindahan ini.
Malangnya aku tidak menjumpai apa-apa info yang dapat memberikan maklumat terperinci melainkan Perutusan Pengarah. [print screen di bawah]


Setelah membaca Perutusan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, aku juga ikut teruja dengan beliau.
Baca perenggan 4 " Pembinaan bangunan baru perpustakaan di Tanjung Aru membuat saya merasa sangat teruja. Ini adalah kerana keluasan tanah perpustakaan akan menjadi dua kali ganda besarnya daripada tapak asal dengan tapak letak kereta yang luas. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalamnya akan menjadi yang terbaik di antara perpustakaan awam yang ada sekarang dan ianya akan menjadi perpustakaan awam yang pertama dibina berkonsepkan “bangunan hijau” di negara ini. " Siapa tak teruja? Bha orang Tanjung Aru siap sedia ah. LOL

Baca Perenggan 5 " Sementara itu sebuah perpustakaan Kanak-kanak akan dibina di tapak asal Perpustakaan Kota Kinabalu dan sebuah lagi perpustakaan lain yang mempunyai keluasan 6000 kaki persegi akan dibuka di Suria Sabah. " Ini saja info yang aku dapat mengenai Perpustaakan di Suria Sabah. LOL

Khamis 5/1/2012 ini, baru aku ke Suria Sabah untuk melihat dan merasmikan Perpustakaan itu :P 

Berbalik pada cerita Perpustakaan baru yang akan dibina di Tanjung Aru berhadapan Taman Perdana kot kalau tak silap info. Sana je kawasan yang luas ;) Tengok print screen di bawah untuk melihat proposed design Perpustakaan baru.

nice kan ;)


Ada ciri-ciri bangunan hijau tak?




♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.