Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan

السلام عليكم & Hi :)


Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak dan juga selamat berpuasa kepada semua yang sudi singgah blog aku yang entah apa-apa ini.
Semoga Ramadhan kali ini kita diberkati dan diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa. InsyaAllah. Amin.



Nak minta maaf kat korang kalau kalau ada terkecil/ termakan/ terasa hati dengan segala penulisan aku di blog ini.
Sesungguhnya aku memang tak berniat untuk membuat korang terkecil/ termakan/ terasa hati!



Tidak lupa ucapan terima kasih kepada my boss kerana approve aku untuk balik awal pada bulan Ramadhan nanti ;)
Jasamu sangat dihargai boss. Harap-harap dapat bonus raya tahun ini. Amin.
Sempat lagi. hehehehehe

Isnin aku datang office lewat sedikit. Aku ada check up di Klinik Kesihatan Ibu&Anak.
Hope takde apa-apalah yang membimbangkan. Doakan aku ya.

Last, happy weekend :"D

Sekian.

Wednesday 18 July 2012

Skuad Era KK, Potato Spring

السلام عليكم & Hi :)

Termiss nak dapat free gift/ stuff dari Skuad Era KK :(
Depan mata aku bha, tapi sayang time itu aku tengah tunggu makanan aku sampai.
Yang sebenarnya, boleh saja aku pigi. Tapi seganlah aku dengan my boss dan mr manager.
Sudahlah dibelanja makan, boleh lagi pigi jalan tinggal makanan yang belum sampai. huhuhu
Hope ada lagi next time dia pigi ronda-ronda sini :) #thinkpositive


Potato spring lama sudah aku mahu makan.
Akhirnya hajat aku tercapai!
Balik dari kerja isnin itu, aku nampak ada gerai baru di kawasan kampung tempat tinggal aku.
Balik rumah cepat-cepat hantar beg, then keluar dengan my Iful nak pi check it out gerai baru itu.
Tak sangka plak dia ada jual potato spring.
Aku apa lagi terus beli. Aku dan my Iful sangat suka kecuali my hubs.
Nda berapa dia suka, dia makan sikit ja. Terus bagi my Iful habiskan. hehehe





Monday 16 July 2012

16th July

السلام عليكم & Hi :)

Jumaat lalu kiranya aku nak update coz Friday 13th kan.
Tapi boleh plak lupa nak update. Haish~
Dah half month July, next week Ramadhan akan bermula.
InsyaAllah, aku nak puasa full untuk tahun ini :D Amin

Pagi ini terbangun dengan sedikit rasa ketidakselesaan di perut.
Aku takut my Iful tertendang perut aku time tidur semalam.
Coz bangun tadi pagi, kaki dia dah melebihi bantal yang aku jadikan sebagai penghadang.
Ya Allah, minta dijauhkan perkara buruk pada kandungan aku ini. Amin
Hope tiada apa-apalah. Kalau rasa ketidakselesaan/ sakit itu still sampai aku petang.
Memang kena jumpa doktor nie!

Kandungan aku minggu ini dah 14 weeks.
Macam lama betul aku rasa dia membesar. hahaha :P
Weekend dia sangat aktif, tendang sana sini.
Aku, hubs dan Iful teruja habis!
Bila dia tendang, terus panggil dorang suruh tengok dan rasa.
My Iful siap tanya, kalau baby tendang sakitkah perut mama?
Aku senyum sambil explain dengan dia.
Best juga kalau anak sulung dah besar nie, sangat concern ok.
Siap tegur kalau aku tak makan, cakap nanti baby dalam perut lapar dan etc lagi.
Suka sangat :"D

Aku tak tahu Ramadhan aku nanti camne?
Dapatkah aku handle puasa + kerja + preggy + mother + wife!?
Kalau puasa + kerja + mother + wife aku dapat laluinya. Hope dengan pertambahan preggy pun begitu!
InsyaAllah, doakan aku lalui Ramadhan aku dengan lancar ya :)
Nanti nak bincang dengan my boss agar bulan Ramadhan nanti aku diberi pelepasan pulang awal.
Tak payah tunggu sampai habis office hour.
Harap-harap di approve lah. Kalau tak memang kena berbuka dalam bas jawabnya. huhuhu

Aku selesa kerja di office aku ini. Walaupun gaji kecik, banyak benda kena handle sendiri.
Tapi aku rasa sangat selesa coz tak banyak staff dan boss juga concern.
Cuma kadang-kadang rasa gaji tue kecik sangat macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang :P
Tapi aku pujuk hati, lebih baik ada yang ditunggu daripada tiada. hehehe

Macam panjang plak sudah aku taip nie.
Campur-campur punya cerita ja.
Jumpa lagi di next post ya :)

Sekian.

Wednesday 11 July 2012

Bual kosong

السلام عليكم & Hi :)

Sekejap lagi aku nak pulang. Tapi tangan ini tetiba TER-klik new post.
So, mari kita update bual-bual kosong. hehehe :P
Tadi pagi, aku awal-awal dah bersenam.
Bersenam dengan jalan kaki menghantar my Iful dan adik bongsu ke sekolah.
Boleh plak bas sekolah rosak lagi hari ini.
Lucky, kakak tue call aku awal-awal. Kalau tak, memang my Iful dan adik bongsu tak ke sekolah jawabnya.
Hari tue rosak juga, tapi tak inform awal-awal. Dah tengah hari gitu baru kakak tue call.
My Iful dan adik bongsu seronoklah, dapat cuti 1hari extra ;P
Oklah tue je bual kosong untuk hari ini ya.
Nak balik dah nie :)

Sekian.

Friday 6 July 2012

Sakit kepala

السلام عليكم & Hi :)

Tak tahu kenapa dalam minggu ini aku asyik sakit kepala.
Nak makan panadol pun tak boleh coz aku takut effect dengan baby.
Cara nak hilangkan sakit kepala tue, aku tarik-tarik rambut sampai berbunyi bagi keluar angin dan tidur.
Kadang-kadang sampai keluar air mata tahan sakit kepala.
Tapi yang pelik sakit kepala aku ini selalunya pada waktu petang.
Kalau sampai rumah terus tarik-tarik rambut dan tidur, bangun nanti ok dah.
Adakah aku stress?
Adakah kerana cuaca?
Aku pun tak tahu. Kalau weekend ini still juga sakit kepala.
Isnin mesti ke klinik. huhuhu

Sekian.

Thursday 5 July 2012

5th July

السلام عليكم & Hi :)

Wah! Lamanya aku tak update blog. Dah masuk bulan July pun.
OMGosh! Punyalah cepat masa berlalu.
Salam Nifsu/ Syaaban kepada follower-follower blog ini juga pembaca yang sudi membaca coretan aku yang entah apa-apa =.="
Last aktiviti aku untuk bulan Jun adalah piknik di First Beach Tanjung Aru bersama my Iful bagi meraikan birthday ke 7 nya. Ya Allah, dah bujang anak mama nie :D
Photo langsung tiada kerana semua sibuk bermandi-manda dan berseronokan di laut dengan aktiviti yang boleh menggelapkan kulit kecuali aku yang bertugas sebagai penjaga pondok aka pemberi minuman aka menyediakan makanan untuk mereka-mereka yang sibuk bermandi-manda bagai. hahaha
Cake cutting untuk my Iful plak diadakan pada siang 1/7 kerana pada malam 30/6 semua tertidur awal dek kerana penat bermandi-manda. hikhik
Photo ada. Tapi malas nak upload. Boleh?!

Cerita pasal kandungan plak ya, sudah masuk 12 weeks, my preggy bump haruslah makin ketara.
Dan saya perasan my preggy bump berbeza dari bump time mengandungkan my Iful.
Adakah benar baby saya kali ini girl? Hanya Allah SWT yang mengetahuinya.
Sejak masuk 12 weeks ini, my hubs telah melarang aku i} makan makanan yang pedas dan ii} minum minuman yang sejuk aka berais.
Memang tidak puas hatilah. Tapi untuk kebaikan baby kena tabah hadapinya.
Larangan no ii tue memang susah sangat nak praktikkan kat rumah.
Coz kat rumah, panas bukan main. Kalau kat opis, ok je coz sejuk dah dengan air cond. Tak minum sejuk-sejuk pun tak kisah. Tapi kalau kat rumah, memang tak boleh tahan. Mesti ngelat.

Ok itu sahaja update untuk hari ini. Jumpa minggu depan :P

Sekian.

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.