28/8 lalu genaplah baby Izul 8 bulan. Alhamdulillah.
Review di KKIA pada 26/8.
Berat 8kg dah. Tinggi 70cm.
Sebelum ke KKIA review, bawa baby Izul ke klinik dulu.
Demam on off. Suhu badan dia tinggi pada sebelah malam.
Siang kadang-kadang je. Walaupun begitu, dia tetap aktif, makan minum ok.
Taklah risau sangat aku dibuatnya.
Pernah sekali suhu badan dia tinggi, aku dan suami mandikan dia dengan air paip sahaja.
Alhamdulillah, lepas mandi suhu pun turun dan dia dapat tidur lena sampai ke pagi.
Masa baby Izul demam, ada juga jiran yang suggest bagi dia minum air kembang semangkuk.
Tapi aku tak bagilah. Coz sendiri pun tak berani minum.
Apa lagi nak bagi baby minum. Memang taklah.
Jiran tue cakap nak bagi hilang panas dalam.
Tapi memikirkan risiko yang 'mungkin' berlaku, aku cuma bagi baby Izul minum air masak banyak-banyak.
Aku syak baby Izul demam nak tumbuh gigi.
Apa tak, asal nyusu malar menggigit. Belum tumbuh gigi pun dah sakit kalau dia gigit.
Kalau ada gigi lagilah bertambah-tambah sakit.
Apa pun demi mu anak, mak rela :P [relalah sangat. haha]
Setakat ini, baby Izul dah boleh duduk sendiri, merangkak dan sedang belajar berdiri sendiri.
Berjalan dalam walker dah boleh ;P Berjalan sendiri belum lagi. hihi
Makanan belum semua aku berani sumbat / bagi dia makan.
Setakat ini aku cuma bagi dia makan bubur+kurma, bubur+lobak, bubur+kismis, epal, pear, oren, pisang, biskut baby bites perisa lobak / pisang dan nestum beras.
Nestum beras aku bagi masa balik kampung beraya hari itu.
Dah habis pun setin kecil.
Ok, itu je kot perkembangan baby Izul setakat ini.
Jumpa next entry ;)
Bye.
Take care.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)