Friday 29 July 2011

Eiffel Tower

السلام عليكم & Hi :)

Header baru ^^ 
Ada Eiffel Tower charm necklace hasil google :)
Background image pun Eiffel Tower juga.
Now I'm in ♥ with Eiffel Tower.
I'm in ♥ with Eiffel Tower.
I'm in ♥ with Eiffel Tower.
I'm in ♥ with Eiffel Tower.
I'm in ♥ with Eiffel Tower.
I'm in ♥ with Eiffel Tower.
I'm in ♥ with Eiffel Tower.




Salam Jumaat

السلام عليكم & Hi :)




Hari ini baru tergerak hati ini untuk update.
Macam biasa penyakit malas berkunjung. hehehe ;)
Mau cerita about my life. Tapi macam malas plak.
Bukan juga ada menarik. Macam biasa je.
Kehidupan rumahtangga pasang surut.
Syukur Alhamdulillah belum ada lagi perang meletus.
Minta dijauhkanlah!!!
Penyakit baby malas ke sekolah makin menjadi-jadi.
Buat otak aku serabut pepagi.
Rasanya kena bawa dia jenjalan ke taman rekreasi ;)
Coz lama dah tak jenjalan ke sana.
Kalau nak jalan malam boleh juga. Tapi hubs tak izinkan. huhuhu
Bulan Ramadhan muncul kembali :D
Aku harap Ramadhan kali ini aku dapat puasa full. Amin.
Ermmm. Apa lagi ya?
Owh. Ramadhan ini aku maybe tak update blog.
Blogwalking tetap ON!!!
Walaupun tak tinggal comment, aku tetap datang dan baca entry korang.
Korang rajin-rajinlah update blog ya ;D
Library pun aku cuti. Malas nak ulang-alik ke library time puasa. hehehe
Ok tue je lar.

Thursday 28 July 2011

Ramadhan

السلام عليكم & Hi :)



Nama saya Sya'ban, Saya ingin mengingatkn anda bhw jiran saya, Ramadhan akan dtg mengunjungi anda 3 hari lagi brsama isterinya, Rezeki & 2 org anaknya, Sahur & Iftaar.. Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan & Barakah. Mereka akan pulang selepas 30 hari dgn pesawat Eid Fitri Airlines. Hargai mereka & anda akan mendapat berkat.

Thursday 21 July 2011

Why?

السلام عليكم & Hi :)





Yesterday, aku keluar lunch ke 1b.
Aku pergi 1b bukan semata-mata nak lunch ke sana.
Tapi nak cari home theater + window shopping { kerja wajib. hehehe :P }
Memula aku ke giant.
Pusing-pusing berapa round, takde berkenan.
Then, aku ke kedai elektrik yang terkemuka!
Pusing-pusing berapa round, ada berkenan.
Puaslah aku dok tengok, belek dan cari harga.
Tapi tak jumpa plak.
So, aku panggillah promoter kat sana.
Boleh plak dia buat tak nampak!!!!
Bukan sekali aku panggil, tiga kali tau!!!!!
Cuba panggil promoter lain plak.
Takde respons juga.
WHY takde orang nak respond kat aku???
Adakah sebab aku selekeh dan muka orang takde duit!
Or muka aku macam budak-budak sesat kat kedai tue je!
Aku dengan perasaan geram dan kecewa berlalu pergi dari kedai itu :"S
Untuk mengubat hati yang terluka, aku ke marrybrown tapau bubur ayam untuk lunch.
Sampai opis, call hubs. Ajak dia ke karamunsing.
Balik kerja terus ke karamunsing.
Mencari dan terus mencari.
1st kedai dah berkenan. Tapi aku nak round dulu.
Masuk 1st kedai nie dorang terus served. Tanya nak cari apa? Bajet berapa?
Suka aku :D Aku pun cakap terus-terang nak survey2 dulu.
Promoter dia senyum je siap suruh datang balik.
2nd kedai berkenan dengan yang sama macam kat 1st kedai tue.
Tapi kat sini harga dia mahal plak.
3rd kedai berkenan dengan yang sama macam kat 1st kedai juga.
Harga murah sedikit berbanding 2nd kedai.
Tapi tak lawan harga kat 1st kedai.
Aku dan hubs pun kembali ke 1st kedai.
Tanya itu ini. Function apa? Warranty? Dan lain-lain lagi.
Siap try play mp3 dari pen drive aku lagi.
Kot-kot lar tak ngam kan ;)
Dan akhirnya bayar dan aku gembira dapat membeli home theatre baru :"D
Syukur Alhamdulillah...
1st kedai nie juga tempat aku beli peti ais.
Suka beli kat sini. Dorang peramah. Boleh tawar-tawar bagi certain items.
Servis pun ok ;D
So, kamu-kamu kalau nak beli barangan elektrik sila ke TOP KINABALU TRADING SDN. BHD ya!!!
Nak tawar-tawar boleh, yang penting jangan malu dan segan untuk bertanya :P
hehehehehe.


P/S~Entry nie rasanya Entry Khamis Spontan juga ;")

Wednesday 20 July 2011

WW : Marrybrown Coupon

السلام عليكم & Hi :)

Having marrybrown chicken porridge for m

Having marrybrown chicken porridge for my lunch today ;-) Sent by Maxis from my Z610i®

WW : Mother Bond

السلام عليكم & Hi :)

Tuesday 19 July 2011

MCD Double Cheese Burger

السلام عليكم & Hi :)



Seperti orang lain ;) Aku juga tidak ketinggalan me-redeem coupon ini!
Mcd api-api, cp dan 1b. hehehe
Tidak dinafikan berat aku tentunya naik :S



Oh blog!

السلام عليكم & Hi :)

I'm sorry blog for neglecting you :S
Lately I'm too emotional with some family matters.
I wish I can write here and ask for your opinion.
But I can't. It's too personal and lot of person involved.
Stop about that!

Lets continue to happy news ;)
a] Hubs got a new job that sound fun but not cool ;P hahaha
b] I got a new shoes. {Ini pun nak share :P Entah apa2 kan}
c] I can drive alone ;P
That's all for now.





Terima kasih.

Thursday 14 July 2011

Baby banyak kerenah

السلام عليكم & Hi :)



Fuh! 4 hari berturut-turut tak update.
Memang pemalas sungguh. hahaha
Tapi tak sebenarnya ;)
Kita busy kerja. Nak update pun masa tak cukup.
Kat tempat kerja pun busy, rumah pun busy juga.
Pening aku tau :'|
Tapi tak kisahlah ya, janji hari nie dapat update :-]

Baby buat kerenah sepanjang minggu nie.
Tak nak bangun pagi.
Tak nak sarapan.
Tak nak pergi sekolah.
Boleh!!!
Geram aku dengan baby. 
Hubs kat sini, dia buat perangai plak.
Mak cakap, baby takut bila dia balik dari sekolah bapa dia takde kat rumah.
Dia tak nak bapa dia kerja jauh-jauh dah. huhuhu
Kesian baby :-[
Tapi yang penting hubs dah janji takkan kerja jauh-jauh lagi.
Kami gembira :-D



Tuesday 12 July 2011

Asia Tour 2011 : Liverpool vs Malaysia

السلام عليكم & Hi :)



Jom sokong Malaysia FC :)

Sutera Harbour 11th 7k Sunset Charity Run 2011

السلام عليكم & Hi :)



Route map ^^



STARTING & FINISHING VENUE: Sutera Harbour Resort
DATE: Saturday, 16th July 2011 
TIME: 5.17 pm

Korang pergi ke? hehehe




Sunday 10 July 2011

Watching Transformers Dark Of The Moon f

Watching Transformers Dark Of The Moon for the 2nd time at gsc suria sabah. This time in 3d version. With hubs, baby, brother in law and his girlfriend. 3d version is the best. Sent by Maxis from my Z610i®

Creative display hanya d F.O.S cp ;-) Se

Creative display hanya d F.O.S cp ;-) Sent by Maxis from my Z610i®

Angkasawan negara di centre point kota k

Angkasawan negara di centre point kota kinabalu sabah. Pic ambil dari 3rd floor. Sent by Maxis from my Z610i®

Baby dipaksa gunting rambut. Mimik muka

Baby dipaksa gunting rambut. Mimik muka tidak boleh tahan. haha
Sent by Maxis from my Z610i®

Thursday 7 July 2011

Morning all :-D Live update dari wisma m

Morning all :-D
Live update dari wisma muis ;-)
Tunggu kawan berurusan.
Tadi masa hantar baby ke sekolah, tetiba rasa sebak.
Entah apa-apa. Tetiba je dapat feeling gitu. Benci owh :-S Tak suka.
Malam nie macam nak ikut mama baby afieq ke fun fair. Tapi baby mesti penat tue. Nanti ada lagi alasan baby mo escape school. huhu
Sent by Maxis from my Z610i®

Wednesday 6 July 2011

Baby with his new favorite toys. Su

Baby with his new favorite toys.
Suka tengok dia happy memain.
Nanti baby bosan main dah, gerenti minta beli baru pnya. hehehe

Tuesday 5 July 2011

Toys

السلام عليكم & Hi :)




Dah habis collect empat-empat toys nie.
Baby suka sangat :'D
Siap bawa aku main sama-sama dengan dia.
Aku macam biasa layan.
Main-main tiru sesi battle dari movie transformers ;D
Aku ter-over excited main mengalahkan baby.
Blur je baby tengok aku main. hahaha

Aku kesian dengan baby T_T
Baby asyiklah cakap rindu dengan hubs.
Sampaikan aku yang mendengar sebak plak.
Aku juga risau dengan hubs.
Hubs sakit T_Tskkk
Tak tahu keadaan dia camne.
Ada orang jaga ke tak? Makan? Ubat?
Risau aku :-|
Nak call line prob. Kejap ada kejap tiada.
Memang dugaan betul.

Monday 4 July 2011

Transformers : Dark of the moon

السلام عليكم & Hi :)



Last saturday tengok :D
Sangat best. Teruja aku tengok. Sampaikan baby nak ke tandas pun aku tahan =.=
Coz tak nak miss part yang best.
Tapi keluar juga ke tandas before part dorang battle di Chicago ;)
Masuk balik, sikit lagi terlebih jalan ke belakang. Lupa sudah duduk dimana. hehehe :P
Movie Transformers kali ini memang best. {Baca berapa kali dah aku mention best!!!}
Ticket adalah di sponsor oleh Siti Rara sebagai birthday gift. Thanks babe.
We all menonton berlima :) 1/2 Aku dan baby 3 Leey Ana 4/5 Siti Rara and bf [bf disini adalah kawan lelaki not the special one. hehe]

Sebelum tengok movie. Aku jenjalan dulu dengan mak.
Beli gift untuk diri sendiri :D Baca entry Gift for myself ^^
Belikan mak handbag murah. Tak cukup bajet dah nak beli memahal =.=
Then, p kfc untuk lunch semata-mata nak kumpul Transformers toys untuk baby :')




Toys 1,2 dan 3 dah dapat. Tinggal toys 4 Optimus Prime je.
Kfc wawasan dah kehabisan toys Optimus Prime.
Kena cari area lain. Kalau tak beli baby mengamuk :X
Hari tue birthday baby belikan dia yang toys 2.
Last saturday plak toys 1 dan 3.
Kalau dia tak nampak iklan kat tv tue maybe dia tak minta semua toys.
Tapi apakan daya dia dah nampak! LOL
 Itu aje. Boleh? hehehe ^^

Lelaki mengambil kesempatan

السلام عليكم & Hi :)



Happy monday semua.
Hari ini terlewat sedikit ke tempat kerja.
Kenapa? Hujan lebat.
Kalau naik kereta senanglah nak awal.
Tapi kalau naik pengangkutan awam. Faham2lah ;)
Kadang awal kadang lewat. hehehe
Owh. Nak cerita pasal lelaki mengambil kesempatan.

Kejadian satu
- Berlaku pada malam sabtu 2/7 di depan mata aku
- Dalam bas tanjung aru otw balik rumah


Hari sabtu tue aku jalan dengan baby dan mak ke cp. Tapi mak balik awal.
Aku dengan baby balik malam. Coz tengok wayang lagi. Yang itu nanti aku cerita di lain entry.
Keluar dari cinema memang dah jam 7 lebih. Jalan ke terminal dah jam 8pm.
Bas area tanjung aru memang dah takde. Tak tahu kenapa bas area tanjung aru selalu balik awal =.=
Ada dua tiga buah bas je yang ulang-alik dari tanjung aru ke terminal dan terminal ke tanjung aru biasanyalah.
Tapi hari tue satu bas je. huhuhu
Aku kalau berebut tempat duduk biasanya menanglah. hehehe
Dapat tempat duduk di belakang sekali. Aku duduk di bahagian kanan bas berdekatan cermin dan baby di pangkuan aku.
Sebelah aku plak lelaki dalam lingkungan 20an gitu dan orang tua lelaki. Then naik satu perempuan maybe dalam 20an dan duduk di antara orang tua dan lelaki 20an itu. 
Bas jalan ke tanjung aru. Tapi aku tengok lelaki 20an nie makin dekat dengan perempuan 20an tue.
Perempuan tue pun dapat duduk hujung2 je. Sebab lelaki tue makin undur ke tempat dia.
Tapi perempuan tue diam je. Ndak lama aku tengok miring2 sudah badan dia p belakang perempuan tue. Tapi perempuan tue tiada respons apa2 juga. So, aku ingat dorang couple lar. 
Sebab perempuan tue bukan sound juga lelaki tue dekat dengan dia.
Sekali perempuan turun di rumah pangsa. Lelaki tue tidak plak turun. 
Jadi kejadian yang aku nampak awal2 tue memang lelaki tue mengambil kesempatan lar.
Tapi yang aku buat hairan. Kenapa perempuan tue tidak sound ah??? 
Dia tahu juga lelaki tue memang mengambil kesempatan.


Kejadian dua
- Berlaku pada aku pagi tadi
- Dalam bas sepanggar otw ke tempat kerja


Aku dapat tempat duduk di sebelah lelaki dalam lingkungan 30an gitu.
Bas jalan dah. Then aku perasan kaki lelaki nie makin dekat dengan kaki aku.
Nak cakap tempat dia sempit, tidak juga. Sebab bukan juga badan dia besar. Kurus je pun.
Aku tunggu lagi kot-kot nanti dia alihkan juga kaki dia tue.
Tapi takkkkkkkk juga dia alihkan. Makin dekat lagi kaki dia. 
Aku jauhkan kaki aku dari dia. Then tengok kalau dia cuba dekatkan lagi kaki dia.
Dan sah-sah dia sengaja ok dekatkan kaki dia dengan aku.
Tak tahan tengok perangai dia macam tue, aku sound.


Aku : Ui, apa masalah ko nie?


Dia pura-pura ndak dengar kunu. Dia cakap...


Lelaki mengambil kesempatan : Uh...


Panas aku tengok muka dia, buat endah tak endah je. Terus aku cakap


Aku : Kaki ko bha kenapa makin dekat kaki aku. Luas lagi tempat ko tue. 


Terus dia alihkan kaki dia dari kaki aku. [Dalam hati aku, pandai pun ko behave]


Mak cik di kerusi sebelah aku pun tengok sudah kami. hehehe
Lepas tue ada penumpang turun. Aku boleh pindah p tempat duduk penumpang yang turun tadi tue.
Mak cik di kerusi sebelah tue pun tunjuk sudah tempat duduk kosong tue.
Tapi aku berbelah bagi mau tukar tempat duduk. Kalau aku tukar tempat duduk setelah aku sound dia, nampak macam dia yang menang kan! Aku tidak mau dia menang. Jadi aku duduk je sampai aku turun di destinasi aku. hehehe


Kalau tengok dialog aku tue bunyi memang macam kasar. Tapi ndak juga kan. hehehe
Benci aku lelaki macam begini. Selalu juga aku tengok kejadian-kejadian macam nie.
Tapi kebanyakannya perempuan diam je. Macam merelakan plak :'(
Kadang aku yang geram macam mau sound lelaki yang buat macam tue. Tapi kalau tuan punya badan diam je. Buat apa lah aku over sound2 orangkan. huhuhu
Bagi aku lelaki yang buat macam nie harus kena sound. Baru dia dapat pengajaran sikit.

Buat lelaki yang mengambil kesempatan,
Cuba kalau situasi begini jadi sama adik, anak, kakak, mak, sepupu perempuan atau nenek ko.
Ko ndak marah kah? Marahkan. Jadi?
Pandai2lah kamu fikir ah.

PERHATIAN
Entry ini aku tujukan buat lelaki yang mengambil kesempatan. Bukan semua lelaki!!! Jangan salah faham sudahlah. Bagi korang yang pernah berada di situasi begini. Sila komen dan bagi tahu apa reaksi kamu.

Saturday 2 July 2011

Gift for myself :-D Alhamdulillah. Beli

Bonia B691

Gift for myself :-D Alhamdulillah. Beli sama2 ngan mak. Kalau mak tak ikut,memang tak beli punya. Faham2lah harga bikin pening bagi aku yang berpendapatan rendah nie. huhu. Sent by Maxis from my Z610i®

Friday 1 July 2011

Welcome July

السلام عليكم & Hi :)

Salam Jumaat.
Hari ini dah masuk bulan Julai.
Argggggggghhhhhhhhhh. Cepatnya masa berlalu.
Wishlist aku belum dapat dipenuhi lagi T_Tskkk
Separuh pun tak masuk. Arggggggggggggggghhhhhhhh.




Owh. Tapi aku gembira.
Aku dapat header baru cantik ;D
Bukan satu lagi tue. Dapat empat.
hehehe :D

1st


2nd


3rd


4th


Cantikkan header aku tue ^^
Sis Fatin aka Gembala Kambing yang tolong buatkan.
Actually aku nampak dia buatkan header untuk sis Nurul Aima.
Terus aku pun nak juga.
Cuba nasib pi request ngan Sis Fatin di facebook.
Tup tup dapat plak.
Rezeki :)
Buat sis Fatin terima kasih banyak2 ^^

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.