Wednesday 19 September 2012

Hubs 28th and Weds Anniversary 8th

السلام عليكم & Hi :)

Syukur Alhamdulillah. 8 tahun dah kami melayari bahtera rumahtangga.
Banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuh demi kebahagiaan rumahtangga kami.
Kadang-kadang aku macam tak percaya je kami boleh bertahan.
Tapi memang bukan senang nak jaga rumahtangga!
Teringat dulu-dulu aku hampir nak give up, tapi tak give up bila memikirkan perjalanan yang telah kami tempuhi. Macam quote di bawah nie.



Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin
Untuk hubs "Cayang abang <3" Doakan abang panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk kita sekeluarga. Amin


Tuesday 18 September 2012

Random

السلام عليكم & Hi :)

Seriously aku makin hari makin malas mahu update blog.
Tiada mood mahu cerita-cerita. *pembawaan baby kot :P
Sampai aku berkira-kira mahu tutup blog. Boleh?
Tapi macam sayang plak. So, aku biar ja ini blog tidak ber-update.
Harap ada jugalah reader yang singgah walau tidak ber-update sekali pun.

The Random

  1. Ahad lalu, aku jalan-jalan dengan adik dan my Iful p makan steamboat di 1borneo. Lamanya kami makan. Hampir 3 jam oh. Tapi puas hati kenyang. My iful pun sendawa bukan main, kenyang punya pasal. hahaha ;)
  2. Tetiba je tadi pagi masa otw ke tempat kerja teringat tentang buaya peliharaan arwah ayah. Serius! Aku tak tipu punya. Memang peliharaan arwah ayah! Buaya tue dah diambil oleh Jabatan Hidupan Liar selepas arwah ayah meninggal. Kalau tak silap, buaya tue ditempatkan di zoo Lok Kawi. Tak tahu betul ke tak? Coz belum pernah lagi p check sana zoo Lok Kawi.
  3. Kandungan aku dah masuk 23 minggu. Kawan aku cakap, perut aku besar dah. Dia siap pesan jangan banyak sangat makan, nanti baby besar, payah nak keluarkan. Rasa takut plak T_T
  4. Tengah memikir siapa akan menjaga baby bila cuti bersalin aku habis. Belum juga dapat jalan penyelesaian. Hubs siap offer nak jadi Mr Mama. #sosweet hehehe
  5. Minggu ini boleh bersenang-lenang, my boss outstation ;P
  6. Khamis ini, aku kena datang Kempen Penyusuan Susu Ibu untuk menyertai kuiz, sebagai wakil bagi Tanjung Aru. Hope dapat info yang berguna dan menang kuiz :) InsyaAllah. Amin.
Baiklah. Sekian sahaja update random dari aku.
Rasa dah banyak nie. hehehe

Thursday 6 September 2012

Salam 19 Syawal

السلام عليكم & Hi :)

Salam 19 Syawal buat pengunjung blog aku yang beragama Islam.
Dah setengah bulan raya baru ter-update blog aku. Dei =.="
Aku tak tahu nak update apa sebenarnya.
Tapi memikirkan blog aku yang makin hari makin usang.
Gigihlah juga aku meng-update.
How's your raya? Kebanyakan entry blogger-blogger yang lain semua happy sambut raya tahun ini.
Tapi lain plak dengan aku. Serius aku rasa raya tahun ini biasa sangat.
Tidak happening pun untuk aku. My Iful je yang excited.
Hubs pun tak fikir sangat, apa tidak kena kerja lagi dia time raya. NO CUTI! Ko ada? huhuhu
Apa pun kena jugalah bagi muka nampak happy, nanti lain plak orang tengok kalau muka muram di hari raya. Kan kan kan... hehehe
Family photo untuk raya tiada :X Tidak terlintas langsung aku mahu take photo.
Tak macam family kak Jemah. Acara wajib untuk mereka.
Banyak blog yang aku kena terjah selepas lama menyepi! Fesbuk aktif.
Aktif main game The Ville. Serius aku addict dengan game The Ville ini.
Kalau boleh hari-hari aku nak main. hahaha
Salam takziah juga untuk kak Filla atas pemergian adik bongsunya. Al Fatihah.
Baiklah, aku rasa cukuplah update ringkas dari aku.
Bukannya ada orang rindu pun :( kecuali Uncle Lee. hehehe
Hi Uncle Lee, if you happen to read this :D


Peace


♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.