Wednesday 21 October 2015

Tadika untuk baby Izul

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Aku dah survey dua tadika untuk baby Izul tahun depan (2016).
Kedua-dua tadika menepati piawaian aku.
~ Islamic teaching
~ Nursery on evening
~ Berdekatan dengan rumah
Tapi kami belum decide lagi nak hantar kat tadika yang mana.
Kena pertimbangkan baik-baik.
Sebab aku nak baby Izul bersekolah di sana sehingga ke usia 6 tahun.
Jadi kena pilih yang sebaiknya.
Mudah-mudahan pilihan kami adalah terbaik untuk baby Izul.

credit:: newyorker.tumblr.com
Terima kasih sudi baca.

Tuesday 20 October 2015

Zalora Voucher Code

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Untuk kalian yang suka membeli-belah.
Bolehlah check website Zalora.
Online shop yang mempunyai ratusan jenama di bawah satu bumbung.
Dua gambar di bawah adalah antara koleksi baju Zalora yang aku beli.

credit:: Zalora

credit:: Zalora

Dan banyak lagi yang aku tak ter-save gambarnya.
Untuk pembeli pertama yang membeli di Zalora, kalian boleh mendapatkan diskaun 15%.
Tapi dengan syarat kalian tak lupa masukkan kod berikut " ZBAPhTG ".
Jom, mari membeli-membelah di Zalora :D
Jangan terlupa masukkan kod " ZBAPhTG " untuk diskaun 15%.
Dah dua kali ingatkan. Tak tahu nak khabar macam mana lagi kalau kalian lupa juga.
hahahaha :P

Terima kasih sudi baca.

Monday 19 October 2015

Half day

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Hari ini aku ambil leave half day.
Ke Kepayan Perdana untuk renew insurance kereta mak.
Dari Kepaya Perdana aku ke UTC.
Memandangkan parking UTC yang terhad.
Aku park kereta mak di Masjid Negeri kemudian berjalan kaki ke UTC.
Selesai urusan di UTC, aku balik hantar kereta mak ke rumah.
Kemudian bertolak ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam i.e. bas.
Tak larat nak drive kereta mak ke tempat kerja.
Tak berkeyakinan. Lagi pun aku dah hampir setahun tak drive.
Lebih selesa menggunakan pengangkutan awam i.e. bas walaupun hakikatnya pengangkutan awam itu tidaklah seselesa mana pun.
Tapi hanya itu pilihan yang ada. Kenalah redha.
Ada terlintas di fikiran untuk beli kenderaan sendiri.
Tapi bila memikirkan kewangan kami yang terbatas.
Tangguhkanlah keinginan itu.
Redha saja guna bas atau jalan kaki.
Janji segala urusan dapat diselesaikan.
Semoga tahun depan, kami mampu mempunyai kenderaan sendiri. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kalian doakan kami ya.
Alhamdulillah.

credit:: naziman.tumblr.com
Terima kasih sudi baca.

Lembaran baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Lembaran baru untuk blog lama aku.

Semua post terdahulu aku telah revert ke draft.

Rasa apa yang aku post sebelum ini penuh kekhilafan.

Entah kenapa aku rasa hati tidak tenteram dengan post-post aku yang terdahulu.

Apa pun keburukan aku semuanya datang dari aku dan kebaikan itu dari Allah SWT.

Semoga selepas ini, aku akan lebih rajin menulis dan berkongsi cerita dengan kalian.

Terima kasih sudi baca.

Tuesday 22 September 2015

19 Sep 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Sabtu lepas adalah hari lahir husband dan wedding anniversary kami.
Takde sambut gempak-gempak.
In fact macam hari-hari biasa except aku buat kek coklat moist.
SIL and hubs niece datang malam bawa kek coklat moist too.
And the cake taste delicious :D

To my husband,

Happy birthday and happy anniversary to both of us <3 <3 <3
May our marriage blessed with love, joy, happiness and our bond stays till the end of time.

xoxo

Bye.
Take care.

Monday 7 September 2015

Karipap sardin

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Malam ahad lalu, berjaya buat karipap inti sardin.
Ini adalah first trial buat karipap inti sardin.
Walaupun kulit karipap ada tebal sedikit tapi inti sardin sedap.
Overall, semua puas hati.
Adik lelaki siap suruh aku jual lagi. hahaha
Resepi aku main agak-agak je.
Inti Sardin
Bahan-bahan
-Bawang bombay
-Sardin tin kecil
-Kentang saiz sederhana 3 biji
-Garam secukup rasa
Cara-cara
-Tumis bawang sampai garing.
-Masukkan kentang yang dipotong dadu.
-Masukkan sardin dan tumis hingga kering.
Kulit karipap
Bahan-bahan
-Tepung gandum
-Minyak masak
-Garam sedikit
-Air
Cara-cara
-Satukan tepung gandum dengan minyak masak dan garam.
-Masukkan air ke dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.-Kemudian tekap menggunakan acuan karipap, isi inti sardin dan kelim.
Yang biasa kelim manual boleh saja. Aku tak pandai. Kena guna acuan juga :P

Sabtu
Jalan-jalan ke Star City tengok Bundle Music Fest, Oceanus Waterfront Mall.
Sempat bawa my Iful ke saloon gunting rambut.
Hubs pun gunting rambut sekali.
Tak suka rambut panjang katanya. Padahal takde panjang sangat pun.

Ahad
Santai di rumah je. Buat donut love.

Itu adalah aktiviti minggu lalu aku.

Sekian.

Take care.
Bye.


Wednesday 2 September 2015

Donut

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Akhirnya aku berjaya juga buat adunan donut sendiri tanpa ada pertolongan atau tunjuk ajar dari mak.
Actually, donat adalah kuih yang paling aku fobia nak buat sendiri.
Coz, pernah ada pengalaman buruk dari kuih ini.

Last week, entah dari mana datang kerajinan aku nak buat adunan donut.
Memula uli, takut juga adunan tak jadi coz melekat-lekat di jari tepung-tepung tu.
Tapi bila dah uli sebati. Takde melekat pun.
Bagi rehat doh. Nak bagi dia kembang.
Masa tunggu doh kembang pun, nervous juga.
Takut tak kembang-kembang. hahaha
Tapi kembang juga.
Buat donut bentuk love. Coz takde acuan bulat donut tu.
Main tekap-tekap bentuk love.
Lepas tu bagi rehat lagi, nak biar dia kembang.
Then, baru goreng.
Gebu ok. Lembut lagi. (*thumbs up)
Tanya pendapat hubs, ok katanya. Lembut.
Anak-anak pun suka.
Gembira ok.
Buat sekilo tak cukup lepas dah bagi-bagi dengan jiran dan anak-anak buah.
Rasanya every weekend aku kena buat ni.
Sebelum ni selalu buat kek marjerin kukus je.
Tapi dah bosan plak, asyik kek marjerin kukus je.
Now, penangan donut plak.
Entah sampai bila boleh bertahan ;)

Ok.
Bye.

Happy Meal : Transformers Robot In Disguise & Littlest Pet Shop

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)



13 Aug - 19 Aug = Bumblebee & Scout Kerry

20 Aug - 26 Aug = Clampdown & Buttercream Sunday

27 Aug - 2 Sep = Grimlock & Regina Vogel

3 Sep - 9 Sep = Optimus Prime & Russell Ferguson

Thursday 20 August 2015

All is well

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Alhamdulillah.
Baby Izul dah tak perlu continue makan ubat.
Cuma kena monitor keadaan dia je.
Sekarang kena tunggu result "iron test" dia yang memakan masa sebulan.
Blood result sebelum ini tidak ditemui.
Dalam erti kata lain, hilang, no result.
Tak tahu nak salahkan siapa.
Redha ja.
Tunggu sebulan lagi untuk result "iron test" tu.

Ok.
Bye.

Monday 17 August 2015

New aircon at workstation

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Last week, aku ada mengadu about aircon area workstation aku yang rosak kan.
Today, technician datang periksa.
Malangnya aircon tidak dapat dibaiki lagi.
Katanya compressor aircon rosak.
Technician call my boss and they discuss.
And my boss setuju pasang aircon baru :D
Jenama Daikin Cooling King-L Series.
So, i'm happy coz my workstation sejuk-sejuk ;)

Aircon sebelum ini dah guna since April 2010 tau.
Service regularly tapi still rosak juga.
Maybe sebab i never off it except weekend. hahahaha
Sekian laporan dari saya :P

Ok.
Bye.

New weeks

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Dua hari sebelum temujanji baby Izul dengan doktor pakar.
Rasa berdebar-debar sangat.
Tak tahu keputusan ujian macammana?.
Semoga semuanya baik-baik saja.

Baby Izul sekarang aktif bukan main.
Macam-macam aktiviti dia boleh buat.
Suka tengok kartun Baymax :D
Main kereta. Time dia main kereta, janganlah cuba-cuba kacau dia.
Menangis okkk.
Walaupun kereta yang kau kacau tu bukan dia main pun.
Tapi tetap juga menangis.

Suka lari-lari dan lompat.
Asal nak keluar, cepat-cepat sarung selipar nak ikut keluar juga.
Suka provoke my Iful.
Sampai mengamuk-amuk my Iful.
My Iful geram sangat bila suruh dia mengalah dengan baby Izul.
Geram gitu-gitu je.
Hakikatnya tetap sayang adik dia. Dah adik-beradik.
Walaupun macammana pun tetap tak akan putus.

Ok.
Bye.

Friday 14 August 2015

Aidilfitri paling sunyi

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Raya aidilfitri tahun ini adalah paling sunyi buat aku.
Raya tanpa adik-beradik dan mak :(
Jalan beraya pun cuma ke rumah SIL saja.
Rumah kengkawan semua tak pergi :(
Sedihnya :'(

Paling sedih, gambar se-family pun tiada :'(
Ini paling menyedihkan!
Aku sudah plan tiap tahun nak bingkai gambar se-family tiap raya.
Tapi tahun ini, hajat aku tak tercapai :x

Ok.
Bye.

Aircon rosak

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Minggu ini adalah horrible weeks di tempat kerja bagi aku.
Tetiba je aircon area workstation aku rosak.
Technician janji datang hari ini.
Tapi belum muncul-muncul lagi.
Harap aircon dari bilik boss je sekarang ni.
Bolehlah. Terasa sejuk juga.

Sebenarnya teruja dan gementar menunggu minggu depan.
Teruja coz akhirnya dah boleh jumpa doktor pakar untuk review result darah baby Izul.
Gementar coz tak tahu macam mana result darah itu.
Hope semua baik-baik saja.
And i can't wait for the weekends.
Mau qadha tidur :D walaupun ianya cuma half hour saja.
Syukurlah dari tiada kan ;)

No activity planning for the weekends.
Mungkin akan bermain badminton with my Iful or any activity yang comes up.
Tunggu je. Malas nak planning.
Actually, aku teringin nak main monopoly board games with my Iful.
My fav board games masa kecil dulu.
Sanggup simpan duit belanja nak beli monopoly :D
Nanti nak carilah monopoly, boleh jadi aktiviti weekend kami ;)

Ok.
Bye.



Friday 31 July 2015

310715

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Selamat hari raya buat korang semua.
Masih mood raya ke?
Aku lama dah hilang mood beraya.
Takde pergi beraya mana-mana pun kecuali rumah SIL aku.

Sebenarnya, aku rindu mak :(
Belum jumpa since Ramadhan tu.
Raya pertama, mak ada datang ke rumah.
Tapi aku beraya di rumah SIL.
Tak dapat nak jumpa mak.

Banyak sebenarnya nak aku blog kan.
Tapi malas plak nak cerita.
Tak tahu nak mula dari mana.
Jadi aku buat post santai-santai macam ini saja.
Lebih baik, dari aku mula flash back.
Dari rajin terus malas kalau start flash back. hahahaha

Eh, malas plak aku nak sambung post.
Jadi, sampai sini je lah ya.
Jumpa di next entry ;) :P

Bye.
Take care.

Wednesday 8 July 2015

Bonus 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Sedihnya aku. Bonus 2014 aku langsung tak dapat.
Masa cny hari tu, tanya boss. Katanya nanti raya baru dapat.
Sampailah ni nak dekat raya, tak dapat juga.
Riki-riki tanya. Katanya tiada sebab baru transfer company baru.
Kesiannya aku!
Dah lah paling lama kerja. Kena transfer company sana sini.
Terima seadanya dengan harapan adalah bonus 2014 tu.
Kalau tau tiada, ermmmmm.
Apa-apa pun  terima je lah seadanya.
Syukurlah ada gaji bikin tampung kehidupan.
Anggap je bukan rezeki aku :'D
Ketawa dalam tangisan ;)
Alhamdulillah.

Bye.
Take care.

Thursday 18 June 2015

Ramadhan 1436H

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Alhamdulillah. Bersua kembali dengan bulan Ramadhan.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan tahun-tahun lalu.
Sahur hari ini aku masak lauk 2 jenis je.
Sayur pak choy masak sos tiram dan sup ayam rempah soto ;)
My Iful suka dengan masakan simple mamanya.
Gembira tengok dia makan bertambah.
Baby Izul pun bangun makan sahur juga.
Tapi makan ayam je. Tak nak makan nasi.
Sempat lagi tumpahkan segelas air. Tak pasal-pasal my Iful basah. hehehe
Oh, tak sabar nak balik. Nak tanya my Iful puasa full ke tak? :D
Mudah-mudahan dia istiqamah puasa sebulan Ramadhan kali ini.
Tahun lalu, puasa dia tak full. Mengikut mamanya bocor juga. hahaha
Selamat berpuasa kalian :)


p/s :: Alhamdulillah, permohonan balik awal sejam dari waktu kerja diluluskan :D


Friday 24 April 2015

Roller-coaster

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Hidup betul-betul macam roller-coaster.
Kejap di atas, kejap di bawah.
Kejap happy, kejap sedih.
Kejap senang, kejap susah.
Dan macam-macam lagi.
Walau bagaimanapun hidup itu, perjalanan mesti diteruskan.
Biar sendirian tanpa teman.
Kata mereka dalam kubur pun sorang-sorang.
Tapi mereka terlupa sorang-sorang kau meninggal.
Siapa akan mandikan jenazah kau?
Siapa akan kafankan jenazah kau?
Siapa akan sembahyangkan jenazah kau?
Siapa akan angkat jenazah kau?
Siapa akan tanam jenazah kau?
Dan siapa akan doakan jenazah kau?
Titik.
Muhasabah diri sendiri.



Bye.
Take care.




Why women leave men they love – What every man needs to know

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)


As a marriage counsellor working with men and women in relationship crisis, I help clients navigate numerous marriage counselling issues. While many situations are complex, there’s one profoundly simple truth that men need to know. It’s this – Women leave men they love.

They feel terrible about it. It tears the heart out of them. But they do it. They rally their courage and their resources and they leave. Women leave men with whom they have children, homes and lives. Women leave for many reasons, but there’s one reason in particular that haunts me, one that I want men to understand:

Women leave because their man is not present. He’s working, golfing, gaming, watching TV, fishing… the list is long. These aren’t bad men. They’re good men. They’re good fathers. They support their family. They’re nice, likeable. But they take their wife for granted. They’re not present.

Women in my office tell me “Someone could come and sweep me off my feet, right out from under my husband.” Sometimes the realization scares them. Sometimes they cry.

Men – I’m not saying this is right or wrong. I’m telling you what I see. You can get as angry or hurt or indignant as you want. Your wife is not your property. She does not owe you her soul. You earn it. Day by day, moment to moment. You earn her first and foremost with your presence, your aliveness. She needs to feel it. She wants to talk to you about what matters to her and to feel you hearing her. Not nodding politely. Not placating. Definitely not playing devil’s advocate.

She wants you to feel her. She doesn’t want absent-minded groping or quick release sex. She wants to feel your passion. Can you feel your passion? Can you show her? Not just your passion for her or for sex; your passion for being alive. Do you have it? It’s the most attractive thing you possess. If you’ve lost it, why? Where did it go? Find out. Find it. If you never discovered it you are living on borrowed time.

If you think you’re present with your wife, try listening to her. Does your mind wander? Notice. When you look at her, how deeply do you see her? Look again, look deeper. Meet her gaze and keep it for longer than usual, longer than comfortable. If she asks what you’re doing, tell her. “I’m looking into you. I want to see you deeply. I’m curious about who you are. After all these years I still want to know who you are every day.” But only say it if you mean it, if you know it’s true.

Touch her with your full attention. Before you lay your hand on her, notice the sensation in your hand. Notice what happens the moment you make contact. What happens in your body? What do you feel? Notice the most subtle sensations and emotions. (This is sometimes called mindfulness.) Tell her about what you’re noticing, moment to moment.

But you’re busy. You don’t have time for this. How about five minutes? Five minutes each day. Will you commit to that? I’m not talking about extravagant dinners or nights out (although those are fine too). I’m talking about five minutes every day to be completely present to the woman you share your life with. To be completely open – hearing and seeing without judgement. Will you do that? I bet once you start, once you get a taste, you won’t want to stop.

<Note – The gender dynamic outlined above is reversible. It can go both ways.>




Bye.
Take care.

Friday 10 April 2015

What's up April

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Eh, dah masuk bulan April rupanya.
Bulan GST.
Bulan permulaan untuk berjimat-cermat dan ikat nafsu.
Tak boleh beli barang kehendak dah, mesti beli barang KEPERLUAN je.
Bagi bold supaya sedar diri dan beringat. hehehe
Setakat 10hb ini, masih berjaya mengawal nafsu membeli-belah.
Beli barang keperluan je. Dulu, beli sayur pun nak ke supermarket.
Sekarang, beralih ke pasar. Lagi murah, beli banyak dapat ekstra diskaun.
Tempe, biasa beli sebungkus kecil 1rm.
Tapi berkat rajin beli banyak dengan seorang mak cik ni, dapat 2rm untuk 3 bungkus kecil.
Untung dan jimat disitu.
Sayur pun beli yang seplastik besar tu. Boleh masak untuk 3 hari.
Biasa beli sayur labu air, sawi, petola, kubis ja.
Hari tu lagi untung, dapat beli sotong sederhana kecil 1rm untuk sekilo.
Itu pun tak beli banyak. Beli 2kg je.
Takut muak plak nak makan sotong je hari2. hahaha
Tak tahu nak cerita apa lagi.
Nampaknya sampai sini je lah.
Jumpa di lain post ;)

Bye.
Take care.




Thursday 19 March 2015

My name

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)



Betul ke?
Kawan-kawan yang kena jawab!
Tapi sekarang takde masa nak bersosial sangat pun.
Life occupy with family and works.

Bye.
Take care.

Thursday 12 February 2015

Baby Izul 1st time warded

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

29 bulan lalu baby Izul warded di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah.
Discharge dari wad 6hb minggu lalu.
9 hari 8 malam yang buat baby Izul trauma kot.
Hari-hari kena minum ubat, masuk ubat melalui iv line, lain-lain jenis doktor periksa dan nurse yang kena monitor bp dia.
Cucuk iv line pun sampai 4 kali.
Percubaan cari urat lagilah berkali-kali.

Aku harap baby Izul kembali pulih dan aktif semula.
Sejak keluar dari wad, perasan dia tak macam dulu lagi.
Rasa sayu bila tengok dia.
Macam-macam bermain di fikiran.
Sempat tanya dengan diri sendiri "Ibu jenis apakah aku ini? Terbaikkah aku menjaganya?"

Lepas Chinese New Year ni, ada temujanji dengan doktor pakar.
Doakan semuanya baik-baik belaka ya.
Terima kasih.

Bye.
Take care.

Thursday 22 January 2015

Jan 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Permulaan tahun yang baik untuk aku.
Walau banyak yang perlu diuruskan.
Masalah pun bertambah, tapi buat endah tak endah je.
Malas nak fikirkan sangat. Lantaklah, tawakal ja. Ermmm
Oh, baby Izul now kakak aku yang jaga. Dah tak hantar ke rumah babysitter.
Sejak cuti sekolah hari tu lagi aku stop hantar.
Baby Izul lagi happy di rumah aku tengok.

My Iful kembali ke sekolah dah.
Body clock masih belum adjust. Lama cuti katakan. Untunglah.
My Iful dok balik-balik tanya bila aku cuti panjang macam dia?
Aku takde jawapan melainkan "kalau mama berhenti kerja, itu maknanya mama dah cuti panjang!" hahaha. Aku dok terfikir juga nak resign.
Bukan sebab stress kerja ke apa. Tapi nak tumpukan family.
Tapi komitmen aku membuatkan aku terpaksa bekerja juga.
Berkorban untuk keluarga takpelah. Bukan untuk orang lain.
Tapi KELUARGA juga. Bagi bold, supaya semangat sentiasa berkobar-kobar.

Rutin harian aku kembali semula.
Bangun, masak sarapan, bekal my Iful dan lunch untuk anak-anak.
Baby Izul pun pagi bangun awal juga. Tak tahu nak buat camne.
Asal aku gerak je nak bangun, dia pun ikut gerak juga bangun.
Teman memasak aku pepagi. Huru-hara juga kalau dia bangun dah.
Tapi masih boleh di-control walaupun kadang bikin sakit jantung. hehehe

Baby Izul masih breastfeeding dengan aku tapi sebelah malam je.
Siang dia minum air kosong. Dah try bagi susu formula.
Tapi dia tolak. Mak pun dah sound kata aku kedekut nak beli susu anak plak.
Padahal, memang baby Izul tak minum pun. Membazir je beli.
Aku perasan juga baby Izul lagi kuat makan berbanding my Iful masa umur sebaya.
Berat pun lagi ok dari my Iful. Walaupun aku tengok cenggitu ja badannya. hahaha

Ok bye. Takde penutup yang proper.
Aku pun tak tahu nak taip apa lagi.
Hentam je lah.
Nanti lagi seminggu / sebulan baru update lagi. hahahaha
Pemalash sungguh.

Bye.
Take care.


Monday 5 January 2015

2 years old baby Izul

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

28hb Dec tahun lalu, genaplah usia baby Izul 2 tahun.
Alhamdulillah, dapat buat makan-makan kecil-kecilan bersama keluarga.
Kengkonon tema Superman.
Tapi takde pun nak deko2 ala-ala Superman kecuali kek dan baju baby Izul.
Overall, baby Izul happy coz husband dapat balik dan melayan dia berdukung segala.
Ingatkan husband tak balik, meratapi nasib di facebook.
Terus tiba2 muncul depan rumah.
Surprise konon walaupun bukan surprise. hahahaha
Aku share sedikit photo buat tatapan kalian :)



Bye.
Take care.

p/s :: post pertama di tahun 2015 :D

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.