Friday 19 December 2014

Hampir 2 tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Tak lama lagi baby Izul genap 2 tahun.
Alhamdulillah, masih fully bf. Takde tanda nak stop pun.
Genap 2 tahun baby Izul, aku akan stop pam EBM untuk dia.
Bagi dia direct feeding ja.
Ini perancangan aku. Tak tahulah berjaya ke tak.
Penat dah usung beg pam hari2 ke tempat kerja. hahahaha :P

Ok.
Bye.
Take care.

p/s :: takde mood nak update panjang2

Wednesday 26 November 2014

Cuti sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Arggghhh. Kenapa kerja tak cuti macam sekolah, mama? Why? Why?
Soalan bonus my Iful pada suatu hari cuti sekolah ;P
Sejak cuti sekolah, makin liat aku bangun awal.
Dulu, asal bunyi alarm terus bangkit.
Sekarang, kasih 2-3 kali snooze dulu baru bangun.
Lepas tu terkejar-kejar bersiap, masak etc.
Kena start refresh balik body clock.

Masih long distance marriage with husband.
Penat ok, urus rumah, anak-anak without husband disisi.
Lucky me, ada adik tolong.
Kalau tiada, entah boleh handle kah tidak?!

Cuti sekolah ini aku rancang nak bawa anak-anak bercuti konon.
Tapi rancangan dibatalkan.
Rasa tak boleh handle.
My Iful tak kisah juga. Tapi minta habuan lain.
Boleh plak dia minta repair tablet nya.
Skrin pecah hari tu. Saja delay hantar repair coz tidak mahu dia asyik dengan tablet.
Sekali dia teringat juga.
Nak tak nak, gajian nanti memang kena hantar repair.
Kalau tak, nda berhentilah my Iful berzikir hari-hari pasal tablet.
Siang malam. Dari aku nak turun kerja, balik kerja.
Asyik soalan "Dah repair tab aku mama?"
Boleh stress kalau dengar zikir begitu.
Kalau zikir yang betul-betul. Sejuklah kita mendengar. hehehe

Terus tiada idea mahu tulis apa lagi :P


Bye.
Take care.

Tuesday 4 November 2014

Dugaan November

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Tidak disangka bulan November menerima berita kurang baik.
Apa pun bersyukur kerana semuanya selamat. Alhamdulillah.
Harta dunia, boleh saja dibeli dan diperbaiki.
Tapi kalau nyawa melayang, tentunya tiada galang ganti.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya.
Amin.
Doakan semua kembali pulih seperti biasa ya.

Bye.
Take care.

Friday 31 October 2014

Rezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)




Monday 8 September 2014

Welcome back September

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Ya ampun. Lamanya tinggal blog.
Hampir terlupa sudah kewujudan blog ini. hahaha :P
Hello pembaca! *lambai-lambai tangan*
Sebenarnya aku takde apa pun nak update.
Sebelum buka dashboard, macam-macam cerita nak tulis.
Tapi bila buka *pop* semua hilang. Boleh cenggitu?! hahaha
Mari cerita perkembangan anak-anaklah.
Mak-mak katakan. hehehe ;)

#baby Izul
Ya Allah, cepat betul baby aku nie besar.
Banyak sudah kepandaian dia.
Hujung tahun nanti, masuk 2 tahun sudah.
Oh my, cepatnya masa berlalu.
Kadang rasa mahu dia cepatlah besar, boleh stop BF.
Tapi bila tinggal beberapa bulan nie, makin plak kerap BF dengan aku.
Bila malam, tengok dia BF. Mesti rindu nie kalau baby Izul sudah stop BF.
Sekarang kalau dia BF, sambil peluk aku.
Kadang siap tunggang aku macam naik motor pun ada. hahaha

#my Iful
Anak bujang aku yang banyak membantu buat kerja-kerja rumah yang ringan.
Walaupun perlu diberikan arahan / tunjuk ajar berulang-kali :P
Tapi still boleh juga membantu meringankan beban aku.
Kadang jaga baby Izul, tapi nda lama kedengaran suara tangisan baby Izul.
Berhabis disakatnya baby Izul.
Tapi kalau baby Izul amukan, siaplah my Iful.
Terus *pang* sedas kena di kepala / muka my Iful.
Kadang rambut my Iful kena. Kena tarik dek baby Izul.

#Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)
Saya dan suami kembali resume PJJ.
Lepas hari raya tue, dia bertolak kembali.
Saya redha je walaupun hati sebenarnya meronta-ronta tak nak dia kerja jauh-jauh.
Tapi apakan daya, rezeki hubs kerja di sana.
Fikir je ini semua demi kami dan anak-anak.
Kalau tidak, macam-macam bermain di fikiran.
Alhamdulillah, masih boleh mengurus anak-anak, dengan bantuan adik juga :)

#Family aku
Alhamdulillah, bulan Ogos adalah bulan berkat untuk mak aku.
Akhirnya, mak aku dapat juga membeli kenderaan sendiri.
Macam-macam drama, tapi akhirnya selesai.
Tinggal nak tukar nama kenderaan je lagi.
Gembira sangat untuk mak.

Rasanya, cukuplah update ringkas untuk hari ini.
Sampai ketemu lagi.
Bye.
Take care.


Wednesday 20 August 2014

7th Anniversary Sale Ladies Fashion

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Butik online shopping yang menawarkan baju-baju ladies dengan harga berpatutan.
Jangan lupa jenguk https://www.facebook.com/LadiesFashionTrading.
Sekarang ada sale yang boleh buat korang rambang mata.
Aku share coz aku pun baru je "terbeli" 8 helai. hahaha
Share di blog supaya korang pun "terbeli" sama, tidaklah aku sorang-sorang ;-)

Syarat-syarat pembelian ::

(1)Like Ladies Fashion Trading Pages, share SALE banner TO PUBLIC

(2)Email to ladieswebsite@yahoo.com or pm to facebook pages inbox for order
Tittle “ I shared already”
Let me know Code(color--option 1,option 2)
because stock limited, FB stock status is not accurate.

(3)Minimum purchase 2 items

(4) If purchase RM200(peninsula), RM250(Sabah & Sarawak) Free postage.

(5) Sale Period: 18 August----18 September 2014
Link ke album sale ::

rm5
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.503478689684462.120018.207674955931505&type=3

rm15
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.524472740918390.122869.207674955931505&type=3

rm25
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.592804010751929.1073741837.207674955931505&type=3

rm35
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.300900069942326.80531.207674955931505&type=3



Bye.
Take care.

p/s:: tiada mood nak update. update ini pun jadilah. hehehe


Friday 25 July 2014

Kisah kami berdua

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Apa khabar?
Hari ini dah jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan!
Tak tahu tahun depan sempatkah bertemu bulan Ramadhan? :-(
Alhamdulillah, mampu berpuasa walaupun aku masih menyusukan baby Izul.
Alhamdulillah, still boleh pump EBM untuk baby Izul. Rezeki baby Izul.
Walaupun tak banyak tapi aku tahu ianya mencukupi untuk baby Izul :-D


Persiapan raya korang macam mana?
Aku, tahun ini biasa-biasa saja.
Anak-anak aku dahulukan persiapan mereka.
Baju melayu, baju jalan, kasut raya dah dibelikan.
Untuk mama mereka dah ada. Tapi baju jalan-jalan, kasut, handbag takde ;-P
Tengoklah hujung minggu nanti kalau larat turun untuk beli barang diri sendiri plak.
Kalau tak larat, pakai je apa yang ada. Bukan kemana pun. hehehe


Kuih raya aku tahun ini takde kuih tunjuk-tunjuk.
Aku berjaya uli dan buat kuih raya sendiri.
Dan dibantu adik untuk membentuk corak ;-)
Gembira hati aku. Mak mesti bangga. hahahaha :-P
Sebab tahun-tahun sebelum ini, mak yang uli semua.
Aku dan adik-adik tukang bentuk. hehehe
Kuih raya aku setakat ini : semperit susu, biskut cornflakes, biskut kelapa versi bulat, biskut kelapa versi tekap-tekap, batang buruk.
Cukuplah 5 jenis. Ini pun tengah rancang nak tambah biskut koko plak.
Tengoklah nanti esok ataupun malam ini kalau kerajinan datang, bolehlah menguli biskut koko.


Ok. Tak tahu nak cerita apa dah.
Sampai sini je lah.
Buat pembaca blog aku, aku ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Salam Kosong Kosong".
Hati-hati di jalan raya dan dimana-mana kalian berada :-)




Bye.
Take care.


Friday 27 June 2014

Missing you

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Sorry blog.
Lama biarkan kau menyepi.
Tanpa dijenguk-jenguk.
Maafkanlah tuan mu.

Sedetik masa telah berlalu tanpa sedar.
Esok baby Izul genap 18 bulan.
Alhamdulillah, masih dipinjamkan-Nya.
Bulan Ramadhan juga bakal tiba.

Aku berazam untuk puasa penuh tahun ini. Insya Allah. Amin
Semoga masalah yang aku hadapi pada tahun lalu tidak terjadi lagi pada tahun ini.
Doakan ya.
Terima kasih.



Bye.
Take care.

Tuesday 10 June 2014

June 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Hello June, my favorite month just because its my birth month :D hahaha
Last Friday, officially berumur 26 tahun.
Nothing change so far. Still being myself.
Still perangai kebudak-budakkan. *husband cakap :P
Still kuat merajuk tak tentu pasal. Tapi dah pandai pujuk diri sendiri dengan shopping reward.
Lepas itu menyesal. hahahahahaha
Tiada celebrate. Mak balik ke Sipitang on that day.
So, no celebration.
Apa pun, I'm still happy.
Ada anak-anak disisi sudah mencukupi bagi aku.



Bye.
Take care.

Monday 26 May 2014

Ibu tinggal

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Husband kerja jauh sekarang.
Jadilah ibu tinggal 2 anak buat masa sekarang.
Sejak jadi ibu tinggal ini, masa memang kena atur sebaik mungkin.
Kalau tak, memang semua akan jadi kelam kabut.
Macam sekarang, aku cuba buat semua kerja sebelum tidur.
Jadi, bangun keesokkan paginya tidak juga kelam kabut.

Pagi aku bermula seawal 450am.
Masak bubur untuk baby Izul.
Masak lauk untuk lunch my Iful balik dari sekolah sekaligus lunch aku juga.
Siapkan barang-barang baby Izul untuk dibawa ke rumah babysitter.
Mandikan baby Izul, bagi makan sarapan etc.

Syukur Alhamdulillah. My Iful pandai bawa diri.
Masa aku sibuk-sibuk di dapur masak, dia bersiap sendiri.
Isi air dalam botol untuk dibawa ke sekolah, kemas buku etc.
Kadang tolong jaga baby Izul.
Baby Izul kadang pandai bangun awal juga.
Kalau tak nampak aku, mulalah nak buat drama.
My Iful pujuk2 dia, bagi dia tengok video Einstein baby. Ok dah.

My Iful ke sekolah, aku baru siapkan baby Izul plak.
Siap baby Izul, baru aku bersiap.
Kalau aku bersiap awal, memang tak senonoh jadinya.
Jadi aku prefer siapkan baby Izul dulu, baru aku bersiap.
Lepas bersiap, hantar baby Izul ke rumah babysitter.
Kemudian balik ke rumah kembali untuk susun dan sedia apa yang patut untuk petang nanti.
Baru bertolak ke tempat kerja.
Syukur sangat2 dapat babysitter yang tinggal berdekatan dengan rumah.

Baby Izul balik diambil oleh adik bongsuku.
Aku cuma hantar saja.
Kalau aku ambil dan hantar, memang penat bukan alang2. huhuhu
Balik dari kerja, masak dinner dan makan sama2 anak2.
Lepas itu cuci apa-apa yang patut dan sedia kelengkapan untuk esok plak.

Begitulah rutin aku setiap hari bekerja / bersekolah.
Baju aku dan uniform sekolah my Iful aku memang siap iron sedia untuk seminggu.
Save sikit masa aku.
Laundry pun aku buat seminggu sekali ja.
Tak larat ok nak me-laundry seminggu 2 kali.
Seminggu sekali ini pun, penatnya bukang alang2 juga.
Rasa nak tercabut pinggang.
Ke aku patut beli mesin auto supaya jimat masa me-laundry?
Sebab sekarang ini, aku cuma guna mesin semi-auto. hehehe







** Gambar masa bawa mereka makan-makan di Marrybrown hari itu.

Bye.
Take care.







Wednesday 14 May 2014

Online shopping #ZaloraMY

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Last week, aku sempat reward diri dengan ber-shopping di Zalora.
Dapatlah membeli baju peplum dua pasang.
Mula-mula nak beli sepasang je.
Tapi terkenan plak dengan baju kedua.
Main pejam mata je, add masuk cart.
Kemudian cepat-cepat buat payment.
Tak nak tetiba berubah fikiran. hahaha

Baju pertama

Baju kedua

Cantik tak pilihan aku?
Kedua-duanya belum dirasmikan lagi.
Mungkin akan jadi baru raya tahun ini kot :P

Tahu tak aku order kedua-dua baju ini pada hari rabu.
By khamis tengah hari, dah sampai di tangan aku.
Good job #ZaloraMY dan #GDEx
Servis cepat buat aku tidak serik untuk online shopping disini.
Untuk yang belum pernah membeli di Zalora.
Aku bagi korang voucher 15% off untuk pembelian pertama di Zalora.
Sebelum check out, korang jangan lupa isi voucher code { ZBAPhTG }.
Lepas dah isi, akan automatic deduct diskaun 15%.
Selamat ber-shopping :D

Bye.
Thank you.


Friday 9 May 2014

Settle

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Urusan pagi ini berjalan lancar walaupun Perkeso upgrading system, tak boleh terima bayaran.
Aku ke bank saja bayar Socso. Dalam bangunan Kwsp ada RHB bank juga.
Terus bayar sana. Settle urusan sana ke Lhdn plak.
Sekali system down juga sana. Tak boleh process payment.
Terpaksa guna kaunter segera.
Next week baru ke sana ambil resit lagi.

Hari ini baby Izul di rumah saja.
Adik lelaki tolong jaga.
Babysitter cuti, ada urusan keluarga.
Nak tak nak, terpaksa minta tolong adik lelaki jaga.
Sepatutnya adik bongsu yang jaga.
Tapi adik bongsu ke Sipitang temankan adik perempuan aku.
Alhamdulillah, adik lelaki sudi jaga.
Walau terpaksa korban waktu tidur [Adik lelaki kerja syif malam]
Syukur sangat-sangat.

Balik nanti, laundry seminggu menunggu aku.
Baju sekolah my Iful, baju kerja aku, baju baby Izul, baju rumah etc.
Rasanya tengah malam juga aku baru siap buat laundry.
Mesin semi auto katakan. Kena perah tenaga juga.
Tak macam mesin auto. hehehehe

Tapi sebelum start laundry kena masak dinner dulu.
Nanti anak-anak kelaparan plak.
Bila dah kenyang, pandailah dorang tidur sendiri macam minggu lalu. hehehe
Masuk je bilik lepas siap laundry. Dua beradik dah tertidur.
Sama posisi plak tue.
Ada capture photo untuk mms ke husband.
Tapi malas plak nak upload ke sini. Boleh?! hikhikhik

Weekend ini aku nak rehat / santai di rumah ja.
Malas nak keluar.
Lagipun weekends lalu dah keluar.
Maybe akan bake kek coklat.
Tekak dah teringin beberapa hari ini.
Bahan-bahan memang sedia ada.
Tapi mood nak bake, belum datang ;P

Enjoy your weekends ya :D

Bye.
Take care.



Thursday 8 May 2014

Tomorrow

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Esok dah jumaat. Yeah, TGIF <3
Before masuk office esok, aku kena pergi 4 tempat / bangunan untuk bayar bil-bil syarikat.
1) Perkeso
2) Telekom
3) Kwsp
4) Lhdn
Selepas settle urusan, baru masuk ke office.
Harap esok berjalan lancar.
Takde system down whatsoever. hehehe
Ok. Itu je nak cerita. Boleh?
Bolehlah. Sebab sebelum ini aku dah karang blog post panjang-panjang.
Tup tup, aku select all dan delete. Ko mampu?
huhuhu

Lagu favorite buat masa sekarang. Entah kenapa kena betul dengan jiwa aku.


Bye.
Take care.

Tuesday 29 April 2014

Misi berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Hari ini aku dah start hantar baby Izul ke rumah babysitter.
Alhamdulillah, dia tak menangis.
Cuma meronta sekejap coz nak ikut aku.
Tapi sekejap je, lepas itu siap bye bye aku T__Tskkk
Sedihnya aku rasa masa itu. Macam-macam perasaan bermain.

Baby Izul memang bangun awal.
Biasanya sebelum aku keluar bekerja, aku memang dah siap-siap bagi makan sarapan dan mandikan dia.
Pagi ini pun begitu. Tak juga menyusahkan babysitter ;)

Aku bekalkan baby Izul 2 portion bubur lobak + ayam untuk makan jam 10am dan 1pm.
Biskut untuk makan petang.
Susu EBM aku cuma bekalkan 3 botol setiap satu 4oz untuk minum jam 9am, 12pm, 3pm.
Sebelum itu aku kira nak bekalkan 2 botol saja, tapi takut tak mencukupi.

Susu EBM aku tak banyak stok pun. Stok aku cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tapi aku tahu ia mencukupi untuk baby Izul #MotherInstinct
Lagipun dia kerap minum air dan makan. Tak juga risau sangat :)
Aku harap sangat baby Izul dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.


:: baby Izul latest photo on 26th Apr 2014 ::


Bye.
Take care.

Friday 4 April 2014

Babysitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Sebelum hujung bulan ini, aku perlu latih / biasakan baby Izul tinggal dengan babysitter.
Tapi aku rasa mission ini sangat complicated.
Aku kurang yakin / berat hati nak lepaskan baby Izul dijaga orang lain selain family.
Aku rasa sangat buntu bila memikirkan hal ini berulang kali.
Kadang aku rasa macam nak resign dan jadi housewife.
Tapi itu memang impossible. Banyak komitmen lagi.
Erm *Sigh.
Macam-macam bermain di fikiran aku dari positif hingga ke negatif.
Aku geram dengan diri sendiri, kenapa tak boleh fikir baik-baik saja?!
Arghhhhhhhhhhhhhhh.

Monday 3 March 2014

14 months baby Izul

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Last Friday, baby Izul officially turning 14 months old.


:: Happy 14 months baby Izul :D ::


Bye.
Take care.

Monday 24 February 2014

Ibu, mama, umy, mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Sungguh berat dugaan seorang yang bergelar ibu, mama, umy, mak.
Walaupun kau sudah cuba sedaya-upaya untuk melindungi, mencegah, menjaga dan etc anak-anak dari segala-galanya, bila terjadi apa-apa pada anak itu. Kau juga dipersalahkan.
Tiada yang sudi mahu meringankan beban di hati.
Malah, dituding jari pulak. Dikatakan cuai, tidak pandai jaga anak dan etc.
Macam-macam dikatakan padahal bukan salah / kemahuan ibu, mama, umy, mak.
Tidakkah mereka tahu ada Qada dan Qadar? Yang ditentukan Allah SWT.
Tapi tetap juga insan bergelar ibu, mama, umy, mak dipersalahkan.




Bye.
Take care.

Tuesday 18 February 2014

Sick

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

I'm sick but can't apply MC because I think I can bear it for now.
Plus, I can't never rest if I at home.
There must be a thing I need to done.
Not complaining but it's a fact.
A mother can't afford to apply MC :'(



Bye.
Take care.

Thursday 13 February 2014

Workplace

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Masih bekerja di tempat sama tapi under company baru.
Masih berulang-alik ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam iaitu bas.
Setiap hari bekerja, aku kena menaiki empat buah bas. Every weekdays okkk!
Dari rumah naik bas ke bandar, dari bandar ke tempat kerja.
Dari tempat kerja ke bandar, dari bandar ke rumah.
Rasa penat betul walaupun sudah terbiasa.
Tapi sejak bertambah ahli keluarga iaitu baby Izul, penat dia makin menjadi-jadi.
Sebelum baby Izul lahir, balik rumah aku boleh rehat-rehat kejap.
Sekarang, sampai ja rumah baby Izul nampak terus menangis minta dukung, susu etc.

Disclaimer :: Aku bukan mengeluh!

Sampai ada satu tahap aku rasa mahu resign dan menjadi suri rumahtangga.
Tapi memang taklah. Resign itu impian aku ja.
Namun aku sangat-sangat bersyukur sebab naik bas.
Aku tak boleh bayangkan kalau aku memandu sendiri.
Mesti lagi penat dan stress.
Naik bas, orang lain yang pandu. Boleh lagi kita tidur-tidur ayam.
Itulah aku buat, asal naik bas lagi-lagi bas ber-aircond mesti mata terlelap.
Dapat juga top up tidur yang makin lama makin kurang. hehehe
Majikan aku juga baik walau ada kelemahan.
Tapi aku tutup mata ja kelemahan dia, biar kebaikan ja aku nampak.
Kalau tak makin stress, siapa merana? Aku juga.

Colleague aku pun ok walaupun lelaki.
Tapi best jugalah sebab boleh bertukar-tukar pendapat.
Tapi kami tidak rapat sangat. "Maksud aku rapat yang boleh keluar lunch sama-sama."
Lunch hour, biasanya aku makan di cubicle aku ja.
Depan pc, sambil makan sambil blog walking.

Ermmm, apa lagi aku nak cakap ya?!
Oh, kesimpulannya aku suka kerja aku sekarang.
Kalau tak suka mustahil aku boleh bertahan since 2010 berulang-alik naik bas empat kali sehari untuk ke tempat kerja ;P





Bye.
Take care.

Tuesday 11 February 2014

Bahana duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Isnin lalu aku tolong orang kirim duit.
Jumaat pagi, tetiba dia suruh aku ambil balik duit itu.
Kira cancel dan minta refund.
Tapi jumaat itu aku tak pergi coz hari pertama bekerja lepas cuti CNY.
Balik dari kerja, sampailah ke weekend dok masam muka dengan aku.
Senyum pun tiada. Tegur lagilah tiada.
Aku rasa gerammmmmmmmmmmm sangat-sangat masa ini.
Like seriously, ko punya alasan nda lojik untuk cancel.
Bukan 1 saja ejen bank kan. Takkan yang lain pun gulung tikar.
Isnin, aku bagitahu ke dia. Aku akan urus cancel / refund.
Tapi maybe duit akan kurang coz memang prosedur begitu.
Dia pun cakap oklah.
So, kemarin aku uruslah, isi borang untuk cancel / refund.
Tadi pagi aku bagitahulah aku dah isi borang untuk cancel / refund, tapi kena ambil masa dan duit akan berkurang. Dia pun ok.
Tapi tadi tengah hari, boleh plak dia call bagitahu duit dah selamat diterima / cash out.
Gila apa? Kan ko dah suruh cancel / refund, yang ko suruh "family" ko cash out lagi dah kenapa?
Sekarang aku serba salah coz aku dah isi borang segala untuk cancel / refund.
Silap-silap aku boleh dikenakan tindakan undang-undang coz buat cancel / refund report palsu.
Arghhhhh, tak tahu macam mana aku nak buat ini.
Patutkah aku ke bank semula dan bagitahu yang cancel / refund tidak perlu lagi coz penerima telah cash out? Atau aku tunggu je panggilan dari bank untuk bagitahu yang cancel / refund aku tidak berjaya?
Arggghhhh, anyone help.
Thank you in advance.




Bye.
Take care.

20 day challenge

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Mood aku ber-blog makin merundum.
Bagi merajinkan diri ini untuk ber-blog aku cari challenge yang senang aku update hari-hari.
Dan aku pilih 20 day challenge ini.




Day 1 - 20 dreams you have

Day 2 - 19 quotes you love

Day 3 - 18 names you like

Day 4 - 17 words you like

Day 5 - 16 things you do when you are alone

Day 6 -  15 things you don't like to do

Day 7 - 14 books you have read - would like to read - both

Day 8 - 13 songs you can't stop listening to

Day 9 - 12 facts about you

Day 10 - 11 things in your room

Day 11 - 10 blog posts you love

Day 12 - 9 videos you like

Day 13 - 8 things you are afraid of

Day 14 - 7 things that make a person undateable

Day 15 - 6 things that are making me dumber

Day 16 - 5 pictures of you when you were little

Day 17 - 4 places you want to go to

Day 18 - 3 letters to 3 different people

Day 19 - 2 people you probably shouldn't have dated

Day 20 - 1 phrase that describes you

Paling simple bagi aku.
Takde alasan nak fikir post apa nak publish.
Idea dah ada ;)
Mungkin bagi segelintir, day challenge ini nampak macam kebudak-budakan.
Tapi bagi aku tak.
Bila ada day challenge begini, baru rasa lama tak menulis something personal about myself.
hahahaha :D
Yang berminat, join-lah. Boleh aku tumpang baca.

Bye.
Take care.


p/s :: esok baru aku start ya. hari ini macam malas plak :P


Monday 10 February 2014

Januari

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Januari telah berlabuh, Februari kini menjelma.
Januari bulan yang mencabar buat aku.
Macam-macam hal berlaku.
Tapi aku bersyukur, semuanya aku dapat harungi. Alhamdulillah.

Aku berkira-kira untuk mengongsikan bersama kalian.
Tapi hati aku berat untuk mem-publish.
Mungkin ianya tidak sesuai aku kongsikan secara umum.
Biarlah aku simpan ia.

Aku bersyukur, bersyukur dan bersyukur atas segala kurniaan dan pinjaman Allah SWT.
Suami, anak-anak, ibu, adik beradik, keluarga dan sahabat handai tidak lupa juga sahabat alam maya.
Terima kasih Allah SWT atas segalanya.




Bye.
Take care.

Wednesday 15 January 2014

Rezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah pada tahun 2014.
Rezeki aku dan anak-anak :'D

1] Menang giveaway Simple-Dimple car fan. Spot my name?! hehehe





2] Pemenang : Top Commentator bulan July 2013 di blog mystorymory. Pengumuman pemenang [link].


3] Pemenang : Top Commentator bulan August 2013 di blog mystorymory. Pengumuman pemenang [link].


Sebelum ini aku pernah join giveaway Simple-Dimple [baca].
Tapi tak menang atas kecuaian aku sendiri.
Alhamdulillah, kali ini menang plak.
Memang tak expect menang sebab aku share link bila ada masa terluang je.
Aku kan tak online di luar waktu kerja ;P hehehe

Ini merupakan kali kedua dan ketiga aku menang Top commentator di blog mystorymory.
Kali pertama adalah pada bulan April 2013. Pengumuman pemenang [link].
Ini hadiah yang aku terima [baca].
Kain pasang itu telah pun selamat aku hantar ke tailor untuk dijadikan baju kurung asli.
Bahkan telah aku rasmikan dengan memakainya ke majlis perkahwinan abang kepada kawan sekolah rendah aku ;)
Nanti aku rajin {entah bila?} aku share gambar sini.
Apa pun semoga rezeki menang giveaway etc akan lebih banyak lepas nie :D
Amin.
hahaha. Macam tamak je macam tak je ;P

Bye.
Take care.

Monday 13 January 2014

Hello Kitty Fairy Tale collection

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Hadiah yang aku tunggu-tunggu sejak tahun lalu telah sampai.
Aku ada cerita pasal ini di post ini [link].
Sampai hari jumaat petang minggu lalu.
Colleague aku yang terima bagi pihak aku.
Aku keluar buang sampah. hehehe
Balik rumah, semua mahu minta.
Tapi takkan aku bagi punya, nanti tak cukup plak jadi collection. hikhikhik
Apa pun terima kasih McDonald's Malaysia.
Sila anjurkan contest banyak-banyak ya. Boleh juga join.
Mana tahu ada rezeki, boleh menang lagi ;)


:: My prize ::


Bye.
Take care.

Thursday 9 January 2014

Kembali ke sekolah 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Alhamdulillah, dah lima hari my Iful bersekolah.
Belum lagi mengadu apa-apa.
Aku harap tiadalah aduan apa-apa dalam tahun 2014 ini.
2/1/2014 my Iful start sekolah kebangsaan dan agama.
Bangunkan dia awal, dalam jam lima gitu.
Nak biasakan dia. No more snooze².
Seawal jam enam pagi, dia dah keluar rumah untuk tunggu bas.
Sekolah kebangsaan sesi pagi.
Sekolah agama sesi petang.
Masih sama rutin macam tahun lalu juga.
Cuma kena bangunkan dia awal dari tahun lalu.
Ada dua hari yang dia bawa bekal. Tetiba request, layankan ja.
Gambar kembali ke sekolah takde.
Aku keribut je pagi-pagi. Langsung tak ingat nak snap :P
Tapi kalau ambil gambar esok pun still aci juga kan?. hahaha
Yang aku tak berkenan ::-
• harga buku tambahan dah naik.
• sewa bas sekolah
Makanan kantin tak naik harga. Tapi portion dia yang mengecil. Ulasan my Iful.
Apa pun harap my Iful dapat belajar bersungguh-sungguh dan perbaiki mana-mana subjek yang dia lemah.




Bye.
Take care.





Wednesday 8 January 2014

WW :: 25 manners for kids

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

My goal for my Iful.
Biarlah tak berpelajaran tinggi.
Yang penting manners tip top. hehehe



Bye.
Take care.



Tuesday 7 January 2014

Welcome 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Post pertama aku untuk tahun 2014.
Harap lepas ini, lagi banyaklah post-post yang lain :P
27 Dec 2013 adalah hari terakhir aku bekerja di tahun 2013.
30 & 31 Dec 2013, aku terpaksa ambil cuti.
Bersyukur sangat boss approve cuti aku walaupun colleague aku bercuti sama pada hari tersebut.
Sambutan hari lahir baby Izul yang pertama belum tertunai.
InsyaAllah, rezeki lebih akan adakan pada cuti chinese new year nanti.
Pencapaian terbaik, baby Izul sudah boleh berjalan terkedek-kedek pada umur 1 tahun :D
Rumusan yang boleh aku simpulkan untuk tahun 2013 adalah tahun yang sangat mencabar dan PENAT.
Mak cakap, bila baby Izul dapat kaki, akan lebih penat lagi.
I guess tahun 2014 ini akan lebih mencabar dan DOUBLE PENAT dengan kenaikan harga barang-barang yang mula dirasai.
Walaupun begitu, aku tetap gembira.
Kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan aku juga.
Kegembiraan keluarga dikongsi bersama-sama.



Bye.
Take care.


♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.