Sempena mood ber-blog ada jom update ;P
Lama tidak bercerita tentang perkembangan baby Izul dan my Iful.
Mula cerita baby Izul dulu ya. Aku buat point-point je. Mau kaedah ringkas. hehe
- Sudah menguasai kebolehan bergolek. Bahkan pernah bergolek sehingga terjatuh dari katil dan buaian. Amazingly, dia nda nangis T_T Kalau aku yang nampak tue, suara ku mesti kedengaran 1kampung. Panik katakan :P
- Menjelajahi menggunakan tangan pun sudah boleh. Apa ja dia pegang. Paling dia suka main air. Time mandi mesti dia tepuk-tepuk tue air. Comel.
- Pandai menarik perhatian. Samaada menangis manja-manja, atau menggeliatkan badan dia. Nda pun baring mengiring dengan muka monyok / sedih. lol
- Pandai moody. Serius kadang ko tengah main-main dengan dia tetiba terus moody. Muka blur tiada perasaan. Kami kelucuan tengok. haha
- Tidak takut orang. Kalau jenjalan, orang / strangers agah-agah dia bawa main. Punya dia suka.
- Susah mo tangkap gambar dia sekarang, semua gegar. Ada ja dia buat. Paling cantik gambar dia haruslah time dia tidur ja. hehe
- Independent. Kadang letak dia dalam playpen dengan sun bear pun terus tertidur sendiri. Biasanya waktu pagi selepas dia makan / mandi. Dalam buaian, kalau dia sudah bangun. Selagi ada orang dia boleh nampak. Dia duduk je dendiam dalam buaian. Kami kadang nda perasan pun dia bangun kalau bukan dia buang patung sun bear dia. Ya, kalau dia bosan sudah dalam buaian. Pandai dia tolak / buang keluar sun bear dia. Kami pun terkejut hari tue, tetiba terkeluar sun bear dari buaian. Rupanya dia buang. hahaha
- Tengah asah-asah gigi dia. Belum keluar lagi.
- Suka makan bubur + kurma.
Sekarang my Iful plak.
- Nda tau kenapa tahun ini my Iful sangat liat mo bangun pagi. Sudah dikejutkan boleh lagi minta extra time mo tidur. Pagi nda sah kalau kami nda bergaduh. Ada-ada ja. haha
- Minta berhentikan dia dari sekolah agama. Aku dengar dia cakap gini, punya melenting aku. Kalau ikut hati, ya memang aku berhentikan. Tapi ikut logik akal memang tidaklah sampai darjah 6 dia mesti sekolah agama. Bukan apa, aku nie pun bukannya banyak masa / ilmu mo mengajar dia. Lagipun result exam penggal pertama dia baik. Lagi baik dari darjah 1. Padahal kalau ikut mesti exam darjah 2 lagi susah dari darjah 1 kan. Tapi boleh plak dia pass. Alhamdulillah.
- Hari-hari dok sound-sound "mak mo main game. mak mo main tab" Aku kalau hari biasa / sekolah bagi dia main 1 jam ja. Kalau weekend baru main lama-lama sikit itupun mesti kerja rumah siap etc.
- Badan dia maintain kurus. Kalau makan banyak baru nampak perut buncit. Itupun once in blue moon. Mood memilih makanan ja. Pening aku memikir.
- Abang penyayang. Tapi bikin takut bagi dia dukung baby Izul. Keberatan dia. Sampai termiring-miring dia demi mo mendukung baby Izul. hehe
Cerita tentang aku nanti-nantilah.
Mood raya belum mari. Barang-barang baby Izul je aku dah prepare kecuali baju melayu.
My Iful, aku dan hubs still zero. Gaji pun masuk jumaat depan.
Weekend tue baru sibuk nak membeli kot.
Kuih raya langsung takde :(
Tak tahu cukup ke tidak bajet. huhuhu
Bye.
Take care.
Blogwalking with love :) have a nice day ahead!! xoxo :)
ReplyDeletethank you.. enjoy your stay here :)
DeleteKalau tiba-tiba je kuar sun bear dari buaian, saya pun terkejut! Hihihi...
ReplyDeleteBestnya bubur nasi + kurma. Saya lum try lagi. Nanti nak tryla jugak.
kan.. punyalah terkejut, tak sangka langsung baby pndi buang2 dari buaian..
Deletebubur + kurma memang sedap.. natural flavor gitu.. cubalah, kot2 Aimi suka..