Monday 8 September 2014

Welcome back September

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Ya ampun. Lamanya tinggal blog.
Hampir terlupa sudah kewujudan blog ini. hahaha :P
Hello pembaca! *lambai-lambai tangan*
Sebenarnya aku takde apa pun nak update.
Sebelum buka dashboard, macam-macam cerita nak tulis.
Tapi bila buka *pop* semua hilang. Boleh cenggitu?! hahaha
Mari cerita perkembangan anak-anaklah.
Mak-mak katakan. hehehe ;)

#baby Izul
Ya Allah, cepat betul baby aku nie besar.
Banyak sudah kepandaian dia.
Hujung tahun nanti, masuk 2 tahun sudah.
Oh my, cepatnya masa berlalu.
Kadang rasa mahu dia cepatlah besar, boleh stop BF.
Tapi bila tinggal beberapa bulan nie, makin plak kerap BF dengan aku.
Bila malam, tengok dia BF. Mesti rindu nie kalau baby Izul sudah stop BF.
Sekarang kalau dia BF, sambil peluk aku.
Kadang siap tunggang aku macam naik motor pun ada. hahaha

#my Iful
Anak bujang aku yang banyak membantu buat kerja-kerja rumah yang ringan.
Walaupun perlu diberikan arahan / tunjuk ajar berulang-kali :P
Tapi still boleh juga membantu meringankan beban aku.
Kadang jaga baby Izul, tapi nda lama kedengaran suara tangisan baby Izul.
Berhabis disakatnya baby Izul.
Tapi kalau baby Izul amukan, siaplah my Iful.
Terus *pang* sedas kena di kepala / muka my Iful.
Kadang rambut my Iful kena. Kena tarik dek baby Izul.

#Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)
Saya dan suami kembali resume PJJ.
Lepas hari raya tue, dia bertolak kembali.
Saya redha je walaupun hati sebenarnya meronta-ronta tak nak dia kerja jauh-jauh.
Tapi apakan daya, rezeki hubs kerja di sana.
Fikir je ini semua demi kami dan anak-anak.
Kalau tidak, macam-macam bermain di fikiran.
Alhamdulillah, masih boleh mengurus anak-anak, dengan bantuan adik juga :)

#Family aku
Alhamdulillah, bulan Ogos adalah bulan berkat untuk mak aku.
Akhirnya, mak aku dapat juga membeli kenderaan sendiri.
Macam-macam drama, tapi akhirnya selesai.
Tinggal nak tukar nama kenderaan je lagi.
Gembira sangat untuk mak.

Rasanya, cukuplah update ringkas untuk hari ini.
Sampai ketemu lagi.
Bye.
Take care.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.