Showing posts with label 2nd Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 2nd Pregnancy. Show all posts

Wednesday, 14 November 2012

Review 31 weeks

Pagi ini aku ada review 31 minggu di KKIA.
Start hari ini, aku kena review ke KKIA 2 minggu sekali.
Dalam erti kata lain, sebulan 2 kali kena gi KKIA lah.
Hari ini, klinik penuh disebabkan kemarin dan esok holiday.
Ok, back to the topic!

Usia kandungan aku pada hari ini dah masuk 31 minggu 4 hari :)
Berat naik 300gm je dalam 2 minggu. Total berat 66.2kg for today ;P
Tekanan darah normal. Gula dan protein[urine] negatif.
Paras hemoglobin [Hb] 10.6 je. Naik 0.6 dari review yang lalu.
Nurse dah bagi nasihat mengenai pemakanan etc.
Hope bila aku datang balik review on 28/12 nanti, paras Hb aku naik dah. Amin.
Tinggi rahim baru 30cm. Naik 1cm dari review yang lalu.
Ermmm.. Itu je kot.
Ubat kena bagi yang 4 biji sekali makan. No more Obimin. huhuhu

Bye.
Take care.


Tuesday, 23 October 2012

Low Haemoglobin


Jumaat lalu [19hb] aku ada check up dengan Doktor di KKIA Pekan.
Berat bertambah tapi paras hb aku turun plak.
Drop dari 11.1 ke 10.1
Lebih rendah dari 1st low hb aku. Ini kali kedua hb aku low :(
Doktor pesan suruh makan makanan yang kaya "iron" macam sayur hijau, buah epal dan lain-lainlah.
Hope masa check up 1hb nanti, paras hb aku naik kembali.
Risau plak bila memikirkan yang nanti aku bersalin kena tambah darah. huhuhu

Monday, 8 October 2012

26 weeks/ Kerenah bakal abang


Kandungan aku dah masuk 26 weeks.
Berat naik bukan main. Bikin stress. Mau cakap kuat makan, nda juga. huhuhu
Tiada masalah kesihatan. Alhamdulillah.
Masalah emosi, ada :P

Bikin geram apabila anak bujangku tidak lagi ambil berat akan diriku :(
Aku bagi makan pun, dia tak makan habis dah.
Selalunya siap bertambah.
Tapi bila kat rumah mak, dia plak yang selongkar dapur cari makanan. Haish!
Bikin geram. Padahal aku dah berapa kali panggil dia makan, dia boleh buat tak tahu je :S
Malam pun tak pandai tidur awal dah. Main je kat rumah mak.
Aku panggil, siap jerit sampai terkeluar anak tekak dia boleh tak endah.
Last option, aku biarkan je dia. Peduli ko tidur lewat ka tidak, yang penting pagi ko kena bangun awal gi sekolah. Tak cukup tidur, salah sendiri.
Tak tahu kenapa perangai dia begini? Adakah sebab dia nak jadi abang dah?
So, sekarang pulun habis-habisan main.
Hari tue lagi bikin geram. Segala toys nya yang aku simpan dalam kotak nun tinggi atas almari, dia boleh turunkan. Siap berhamburan dalam bilik toys nya.
Aku balik, terkejut tengok bilik penuh dengan toys. Dehem2 dengan dia, signal suruh susun.
Dia buat don't know je. Ambik ko kena cubitan berbisa :P
Tapi lepas tue aku plak yang menyesal cubit dia. Boleh?! huhuhu
Apa-apa pun harap my Iful kembali pada perangai dulu, yang mendengar kata. Tak perlu nak terjerit-jerit sampai keluar anak tekak untuk panggil dia je. hahaha





Wednesday, 27 June 2012

11 weeks

السلام عليكم & Hi :)

Isnin aku ke KKIA untuk regular check up.
Timbang berat badan, urin test dan ambil ubat.
Takde prob kesihatan buat masa ini. Cuma kadang-kadang mengalami sakit pinggul.
Maybe aku terlalu duduk lama kot. huhuhu

Selasa, kemarin. Aku dah order birthday cake untuk my Iful.
Chocolate moist cake macam tahun lalu. Design aku bagi kebebasan sepenuhnya kat baker.
Lantaklah design apa. Yang penting nampak untuk budak 7 tahun punya. hehehe
Bukan apa coz my Iful tiada plak mahu request apa-apa biar aku hint-hint sudah.
Yang dia minta kek coklat sahaja ;)

My iful request nak ke beach pada hari jadi dia iaitu hari sabtu.
So, plan nak piknik reramai dengan my family.
Nanti ajak my sister dan anak-anak buah aku join sekali.
Hubs time tue, keja kot. So, tak dapat nak join piknik kami tue.
Tapi never mind lah, boleh aja lain kali kan.

Last week, aku super duper tired.
Kat opis tak juga sibuk melampau.
Tapi entah kenapa aku rasa penat sangat.
Rata-rata house chores semua, my hubs yang buat.
Terus rasa macam derhaka plak.
Ada gak tanya hubs kalau dia kisah.
Dia cuma cakap tidak apa, lagipun ayg kan mengandung.
Serba salah gak aku dibuatnya. huhuhu
Lain lagi permainan emosi, kalau dilayan boleh jadi perang dunia.
Alhamdulillah bersyukur sangat dapat suami macam hubs walau banyak kekurangan di mata orang lain tapi dimataku dia tetap sempurna :D

Perkembangan perut, makin ketara.
Kadang ada yang perasan, kadang tiada.
Tapi yang aku tahu, 12 weeks nanti tiada sudah seluar boleh muat sama aku kecuali legging.
Aku kalau boleh tak nak pakai legging, tapi seluar tue je yang selesa untuk perut aku. huhuhu
Oklah itu sahaja yang aku nak update.
Photo memang tiada. Hubs tidak galakkan aku bergambar.
Tapi biar dia suruh pun, aku tidak mahu juga.
Benci tengok muka sendiri. Ada ke macam nie? hahaha

Sekian.

Wednesday, 13 June 2012

9weeks

السلام عليكم & Hi :)

Aku dah boleh cope sebahagian morning sickness aku.
Tak macam dulu. Rasanya makin berkurangan kot.
Food cravings makin bertambah-tambah.
Ikan adalah favorite aku sekarang. Tapi mesti yang panas-panas atau baru masak.
Kalau sudah sejuk tue tidak juga aku mahu makan.
Belum lagi start minum Anmum Materna. Minum susu coklat biasa sahaja.
Perut semakin ketara. 2 jeans je yang still muat aku pakai coz getah, boleh regang ;P
Yang lain bye bye. Mau cari dress nanti untuk dipakai ke tempat kerja!
Kalau ikut Tips Mengetahui Jantina Bayi besar kemungkinan 2nd baby aku ini baby girl.
Tapi tak tahu betul ke tak. Nanti besar ckit baru aku scan betul-betul untuk confirmkan jantina baby.
Kalau my hubs punya instinct baby girl coz dia cakap aku punya perangai lain dari time aku mengandungkan my Iful ;P Lain je maksud my hubs kan.
Adakah lain perangai tue kebaikan or keburukan? Itu aku tak tahulah.
My hubs je yang boleh jawab soalan tue. hehehe :P
Lately, my Iful manja semacam je. Kejap-kejap cranky. Kami tercakap kuat dengan dia terus nangis.
Dah tue siap merajuk. Kena pujuk manja-manja. Bingung aku terus =.='
Tapi sayang adik sangat. Excited dia. Siap suruh cepat keluarkan adik :P hahaha
Aku bagitahu my Iful yang adik dia keluar bila dia darjah 2, adakah terus dia nak register darjah 2 plak. hahaha. Lucu aku dengan celoteh anak bujang aku nie.
Then, dia suka usap-usap perut aku cakap sama baby :D
My SIL cakap, maybe aku lambat dapat 2nd baby coz my Iful belum sedia.
Kalau aku belum rezeki, but now ada sudah :"D
Ok tue saja perkembangan aku setakat nie. Berat badan memang tak boleh cakap. Membesar bagai juara oh! Kalah berat badan time aku prengnant kan my Iful. huhuhu

Sekian.



♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.