Thursday, 22 January 2015

Jan 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Permulaan tahun yang baik untuk aku.
Walau banyak yang perlu diuruskan.
Masalah pun bertambah, tapi buat endah tak endah je.
Malas nak fikirkan sangat. Lantaklah, tawakal ja. Ermmm
Oh, baby Izul now kakak aku yang jaga. Dah tak hantar ke rumah babysitter.
Sejak cuti sekolah hari tu lagi aku stop hantar.
Baby Izul lagi happy di rumah aku tengok.

My Iful kembali ke sekolah dah.
Body clock masih belum adjust. Lama cuti katakan. Untunglah.
My Iful dok balik-balik tanya bila aku cuti panjang macam dia?
Aku takde jawapan melainkan "kalau mama berhenti kerja, itu maknanya mama dah cuti panjang!" hahaha. Aku dok terfikir juga nak resign.
Bukan sebab stress kerja ke apa. Tapi nak tumpukan family.
Tapi komitmen aku membuatkan aku terpaksa bekerja juga.
Berkorban untuk keluarga takpelah. Bukan untuk orang lain.
Tapi KELUARGA juga. Bagi bold, supaya semangat sentiasa berkobar-kobar.

Rutin harian aku kembali semula.
Bangun, masak sarapan, bekal my Iful dan lunch untuk anak-anak.
Baby Izul pun pagi bangun awal juga. Tak tahu nak buat camne.
Asal aku gerak je nak bangun, dia pun ikut gerak juga bangun.
Teman memasak aku pepagi. Huru-hara juga kalau dia bangun dah.
Tapi masih boleh di-control walaupun kadang bikin sakit jantung. hehehe

Baby Izul masih breastfeeding dengan aku tapi sebelah malam je.
Siang dia minum air kosong. Dah try bagi susu formula.
Tapi dia tolak. Mak pun dah sound kata aku kedekut nak beli susu anak plak.
Padahal, memang baby Izul tak minum pun. Membazir je beli.
Aku perasan juga baby Izul lagi kuat makan berbanding my Iful masa umur sebaya.
Berat pun lagi ok dari my Iful. Walaupun aku tengok cenggitu ja badannya. hahaha

Ok bye. Takde penutup yang proper.
Aku pun tak tahu nak taip apa lagi.
Hentam je lah.
Nanti lagi seminggu / sebulan baru update lagi. hahahaha
Pemalash sungguh.

Bye.
Take care.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.