Assalamualaikum.
Bila kita rasa susah.
Ketahuilah ada orang yang lagi susah dari kita.
Bersyukur dengan apa yang ada.
Janganlah membandingkan diri kita dan orang lain.
Kadang kala luaran itu tidak mencerminkan dalaman.
Cubalah untuk memahami daripada menghakimi.
Tegurlah secara berhemah / beradab.
Janganlah jatuhkan air muka mereka.
Bye.
Take care.
Wednesday, 30 October 2013
A piece
Monday, 28 October 2013
Baby Izul Officially 10 months
Assalamualaikum.
Wednesday, 16 October 2013
WW : baby Izul expressions
Assalamualaikum.
Gambar pagi kemarin :)
Sebelum beraya ke rumah SIL.
Hair stylish :: mama
Romper :: baby kiko
Teether :: nokia 101
hehe :P
Bye.
Take care.
Wednesday, 9 October 2013
Makanan baby Izul
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setakat ini aku masih boleh menyediakan makanan fresh untuk baby Izul.
Walaupun hanya bubur sahaja. hehe :P
Hari-hari aku memang masak bubur untuk baby Izul.
Sekali masak 60ml beras.
Cukup untuk baby Izul makan 3 kali sehari.
Antara menu baby Izul :-
- bubur + kurma
- bubur + lobak
- bubur + jagung [frozen]
- bubur + kismis
- bubur + brokoli
- bubur + peas [frozen]
- bubur + egg tofu
- bubur + telur kuning sahaja
- bubur + brokoli + ikan bilis
- bubur + brokoli tumis dengan unsalted butter
Bila disenaraikan baru 10 jenis rupanya bubur aku kenalkan dengan baby Izul.
Bubur baby Izul masih dikisar tapi tidak ditapis sudah.
Pernah bagi dia makan bubur yang tak dikisar, tapi dia hampir tercekik plak makan.
Terus takut nak bagi dia makan bubur yang tak dikisar.
Buah-buahan plak aku baru bagi dia makan pisang, pear, oren, apple, avocado dan betik.
Biskut untuk snack, aku bagi dia makan baby bites original atau baby bites pisang.
Nak juga introduce menu lain untuk baby Izul tapi aku takut coz baby Izul belum tumbuh gigi.
Agak susah disitu. Atau aku saja yang fikir susah? :P
Nestum pernah bagi dia makan juga. Pernah cerita disini kan.
Tapi aku tak beli lagi. Hanya setin kecil itu je.
Susu, masih fully breastfeed walaupun stok aku cukup-cukup makan.
Dah pernah bagi try minum susu formula, tapi dia lebih rela minum air dari susu formula.
Sebab itu aku cuba pastikan stok susu baby Izul mencukupi walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Janji dia dapat minum susu.
Eh, out topic plak. Ingat nak cerita makanan je :P haha
Korang pun masak hari-hari ke?
Kongsi cerita korang juga ya.
Bye.
Take care.
Tuesday, 8 October 2013
Rutin harian
Assalamualaikum.
Minggu ini di kk setiap pagi hujan. Rahmat Allah SWT.
Tapi bila hujan, malas pulak badan nak kerja.
Mau saja habiskan masa di rumah bersama-sama baby Izul.
Tapi kerja itu satu tugas, tanggungjawab juga ibadah.
Harus dilakukan jua.
Buat masa ini belum ada cerita menarik yang ingin aku kongsikan.
Hanya rutin harian seorang wanita bekerja + bf mother ;)
Bangun pagi sebelum subuh wajib. Kalau tidak merasalah drama pagi-pagi.
Untuk mengelakkan drama pagi, aku cuba bangun sebelum subuh.
Memasak bubur untuk baby Izul, kejutkan my Iful etc.
Aku rasa lega bila baby Izul bangun, aku dah siap masak buburnya.
Tinggal nak suap je.
Kalau belum, alamat kelam kabutlah aku dibuatnya.
Bangun baby Izul bawa dia main-main kejap then makan bubur.
Lepas makan baru bagi dia mandi dan tidurkan kembali.
Bila dia tidur, senang sikit aku bersiap.
My Iful senang. Lepas mandi, dia bersiap sendiri sudah.
Pandai dah nak pakai baju sekolah, tie dan sisir rambut sendiri.
Masa darjah 1, kalau aku tak bebel. Dia berdiri je tunggu aku pakaikan dia baju segala.
Syukurlah bila dah ada baby Izul, dia makin berdikari.
Kurang sikit keribut aku pagi-pagi. hehe
Kadang time bagi makan baby Izul, aku nda sedar pun my Iful bersiap.
Tahu-tahu nak salam dah :)
Baby Izul sekarang paling susah nak bagi tidur.
Coz dia bukan mahu berbuai macam dulu-dulu lagi.
Dia mesti tidur sambil direct latch.
Bila dia kenyang / tidur nyenyak, dia lepas.
Then, baru aku rush bersiap dan ke tempat kerja.
Sejak penutupan Terminal Wawasan, perjalanan aku makin jauh.
Kalau dulu-dulu, turun bas, naik bas. Sedar-sedar mahu sampai tempat kerja sudah.
Sekarang kena turun di depan Marina Court kemudian berjalan kaki ke wisma bandaraya / Shangrila.
Sebenarnya boleh saja aku naik City Bus ke sana, tapi City Bus lambat + jalan sesak.
Berjalan kaki lebih cepat sampai.
Tapi-tapi aku tetap juga lambat sampai ke tempat kerja.
Kadang lambat 10 minit, 20 minit. Tapi belum pernah lagi lambat sejam. hehe
Bye.
Take care.
♥ Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.