Tuesday 16 August 2011

Kompleks Karamunsing Lucky Draw, Pre Raya Shopping

السلام عليكم & Hi :)

1st of all, I wanna say sorry blog for neglecting you and disappointing my follower :"(
Macam biasa jawapan standard #1busy dan #2 laptop problem!!!
Pasal tue tak dapat nak update selalu. LOL




2nd nak ucap thanks kepada semua follower saya sebab sudi follow blog saya yang cerita entah apa-apa :P
Terima kasih banyak-banyak korang sebab follow blog admiregreen.blogspot.com ^_^




Back to the title ;P
Hari tue saya ada cerita saya beli home theater baru kan ;). Baca Entry Ini.
Masa beli home theater tue, kebetulan Kompleks Karamunsing sedang mengadakan Lucky Draw setiap 15hb. Dengan pembelian tersebut, saya mendapat beberapa keping kopun Lucky Draw :)




Majlis pengumuman Pemenang Lucky Draw bermula pada jam 7pm. Memula plan nak berbuka di Kompleks Karamunsing je. Tapi last minute change plan, sementara tunggu masuk waktu berbuka kami jenjalan window shopping di Sinsuran. Tapi akhirnya terbeli juga ;P Beli baju melayu untuk baby. Baby tak sabar minta beli, nak tak nak belikan dia je. Masa beli nie, saya cuba-cuba tawar. Bagi lar harga rendah dari tanda harga kat baju tue. Bos tue tak nak bagi plak bagi harga yang saya tawar tue. Saya apa lagi, letak baju tue dengan slow motion. Pura-pura nak berlalu pergi. Tapi dia tahan plak ;) dia bagi harga RM 1 tinggi dari harga tawar saya. Dan saya haruslah beli, dah berjaya kan taktik saya. hehehe
Dengan taraf kehidupan yang tinggi pada masa kini, kita haruslah pandai membajet :"D
Masa bayar ke kaunter, cashier tengok harga pada bil dan tanda harga kat baju, muka terus kelat.
Mesti tak dapat komisen kot. Dah bagi harga runtuh. hikhik


Jalan-jalan lagi. Tengok baju untuk saya plak. Tapi takde lagi berkenan.
Ada pun takde saiz untuk saya. Kesian saya. huhuhu :'(
Tengok jam dah hampir waktu berbuka. Terus menuju ke pasar malam filipina.
Kebanyakan gerai dah penuh. Jalan ke dalam sikit, dapat gerai yang boleh memuatkan kami berempat :P
Masuk gerai tue, baru je saya nak duduk. Tetiba pekerja lelaki tue suruh kami pindah ke belakang.
Katanya nak bagi penuh meja belakang tue. Saya pun cakap nak duduk sini je, nanti yang lain datang dorang boleh duduk kat belakang. Dia tak nak bagi juga. FINE.
Saya berdiri dan terus jalan ke belakang, tapi saya tak duduk area gerai dorang.
Saya pindah gerai lain. Lelaki tue terus panggil saya balik. Tapi saya tak nak dah.
Hubs pun blur tengok saya. Tapi dia tak cakap apa-apa. Dia tahu dah saya tengah bengang =.='
Keputusan saya untuk berpindah tempat memang tepat. Coz tempat duduk yang kami dapat tue lebih berangin. hehehe :D




Hidangan untuk berbuka kami adalah :-
* bakso ayam dan nescafe panas untuk saya
* nasi goreng daging dan milo ping untuk hubs
* soto daging dan milo ping untuk adik lelaki saya
* soya untuk baby
* kuih-muih
Jumlah keseluruhan makanan kitaorang RM 20+ je. Kira murah lar bagi empat orang makan. hehehe
Kalau makan kat KFC plak, harga tue hanya untuk 2 orang saja. huhuhu
Masa bayar, saya hampir ditipu lagi. Boleh dorang terlebih kira. Nasib baik saya dah kira awal-awal.
Kalau tak sia-sia rugi RM. huhuhu. Kerana sikap saya nie, hubs bole plak samakan saya dengan mak Shin Chan. Korang ada tengok episod sabtu 13/8 lalu tue? Kalau ada tengok tahu lar kenapa hubs samakan saya dengan mak Shin Chan. hehehehe ;)




Lepas makan, kitaorang pun gerak ke Karamunsing dengan harapan dapat menang Lucky Draw.
Tapi hampa. Takde menang apa pun. Kopun yang saya dapat memang tak lucky :(
Dan sekian laporan aktiviti saya kemarin.


Terima kasih sudi baca.


p/s~saya akan digunakan bagi menggantikan aku dari entry sebelum nie ;) kalau sudi, sila komen ^^


2 comments:

  1. Hi Rinah, its okay, hari raya coming, everyone busy getting ready, shopping etc.
    You just have fun and keep well.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. @Uncle Lee
    Hello Uncle Lee,
    Thanks for comment here. Appreciate it :)
    Have fun too.

    ReplyDelete

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.