Tuesday, 3 September 2013

8 months :: Baby Izul

28/8 lalu genaplah baby Izul 8 bulan. Alhamdulillah.
Review di KKIA pada 26/8.
Berat 8kg dah. Tinggi 70cm.
Sebelum ke KKIA review, bawa baby Izul ke klinik dulu.
Demam on off. Suhu badan dia tinggi pada sebelah malam.
Siang kadang-kadang je. Walaupun begitu, dia tetap aktif, makan minum ok.
Taklah risau sangat aku dibuatnya.
Pernah sekali suhu badan dia tinggi, aku dan suami mandikan dia dengan air paip sahaja.
Alhamdulillah, lepas mandi suhu pun turun dan dia dapat tidur lena sampai ke pagi.
Masa baby Izul demam, ada juga jiran yang suggest bagi dia minum air kembang semangkuk.
Tapi aku tak bagilah. Coz sendiri pun tak berani minum.
Apa lagi nak bagi baby minum. Memang taklah.
Jiran tue cakap nak bagi hilang panas dalam.
Tapi memikirkan risiko yang 'mungkin' berlaku, aku cuma bagi baby Izul minum air masak banyak-banyak.
Aku syak baby Izul demam nak tumbuh gigi.
Apa tak, asal nyusu malar menggigit. Belum tumbuh gigi pun dah sakit kalau dia gigit.
Kalau ada gigi lagilah bertambah-tambah sakit.
Apa pun demi mu anak, mak rela :P [relalah sangat. haha]
Setakat ini, baby Izul dah boleh duduk sendiri, merangkak dan sedang belajar berdiri sendiri.
Berjalan dalam walker dah boleh ;P Berjalan sendiri belum lagi. hihi
Makanan belum semua aku berani sumbat / bagi dia makan.
Setakat ini aku cuma bagi dia makan bubur+kurma, bubur+lobak, bubur+kismis, epal, pear, oren, pisang, biskut baby bites perisa lobak / pisang dan nestum beras.
Nestum beras aku bagi masa balik kampung beraya hari itu.
Dah habis pun setin kecil.
Ok, itu je kot perkembangan baby Izul setakat ini.
Jumpa next entry ;)

:: rindu newborn baby Izul ::


Bye.
Take care.



Tuesday, 27 August 2013

Cerita raya 2013

Raya tahun ini paling simple bagi aku.
Takde theme color bagai.
Pakai baju recycle je.
Family potrait pun tak ambil.
Gambar dengan ipar duai pun takde.
So sad :(
Apa pun kami happy dapat beraya tahun ini dengan orang baru iaitu baby Izul.
Raya pertama, pagi beraya dengan mak dan adik beradik aku.
Tengah hari, ke rumah SIL 3 beraya dan sedia untuk bertolak ke Sandakan.
Malam, bertolak ke Sandakan bersama-sama keluarga SIL 2.
Raya kedua, sampai ke bandar Sandakan dan beraya di rumah mertua hingga raya keenam.
Raya keenam, petang bertolak dari rumah mertua ke Telupid rumah BIL.
Malam, sampai Telupid rumah BIL.
Raya ketujuh, tengah hari bertolak dari Telupid ke KK.
Malam, sampai Tanjung Aru dengan selamat walau perjalanan balik diuji sedikit. Alhamdulillah
Raya kelapan dan sembilan, sepatutnya aku kerja.
Tapi terpaksa ambil leave sebab kesihatan tidak mengizinkan untuk bekerja.
Balik beraya dari Sandakan terus sakit.
Mungkin sebab cuaca, perjalanan jauh kot. Itu sebab sakit.
Penutup, aku selit gambar kami bertiga yang diambil sebelum bertandang ke raya open house kawan aku.
:D

:: syawal 2013 ::


Bye.
Take care.

Monday, 19 August 2013

Salam lebaran 2013 / 1434H

12 syawal.
Masih belum terlambat kan untuk aku wish selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin ?
Jika ada terkasar bahasa dalam penulisan di blog aku ini dan lain-lain.
Ampun maaf dipinta. *sekali lagi


♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.