Assalamualaikum.
Our little baby is 11 months today!
Mama, Papa & Abg Iful love you so much.
Assalamualaikum.
Our little baby is 11 months today!
Assalamualaikum.
Tadi pagi browse tiket Kota Kinabalu ke Miri di Air Asia untuk mak dan adik bongsu.
Browse punya browse dapatlah date yang mana harga tiket murah.
Tapi masih mahal bagi aku coz harga tiket tue untuk separuh perjalanan je.
Mak dan adik bongsu sebenarnya nak ke Bintulu.
Tapi Air Asia takde direct flight ke Bintulu.
Kalau ikut plan, mak dan adik bongsu naik flight ke Miri.
Kemudian, kawan abang sepupu akan pick up mak dari airport Miri dan hantar ke Bintulu.
Masa buat panggilan untuk bagitahu mak date yang mana harga tiket murah.
Terlintas di hati check website Mas.
Dan tak sangka ada tiket harga murah + direct flight ke Bintulu.
Aku terus inform mak bagitahu date sekian-sekian, mak setuju, terus book.
Alhamdulillah, mak tak perlu pening-pening nak fikir transit mana-mana lagi.
Tinggal nak fikir muka abang sepupu macammana je.
Fyi, ini adalah pertemuan kali pertama untuk mak dan abang sepupu lepas lost contact for almost 20 years++.
Mak pun sedikit risau nak cam-kan wajah abang sepupu macammana.
20years++ muka mesti berubah banyak dari dulu.
hehehe
Bye.
Take care.
Assalamualaikum.
Weekend baru-baru ini, aku gunakan untuk mencuba memasak begedil daging.
Aku guna bahan-bahan simple sahaja.
First time masak katakan.
Kalau letak macam-macam dan tak menjadi. Tak ke rugi? >.<" hahaha
Nak resepi? Korang boleh google.
Cari mana resepi yang sesuai dengan tekak masing-masing.
Aku cuba resepi yang cuma menggunakan 3 bahan je iaitu kentang, corned beef dan bawang besar.
Malangnya, aku tak ingat langsung nak capture sekeping dua gambar untuk tatapan korang :(
Next time buat, akan capture sebagai kenangan. ahakz
Untuk Izul plak, aku masakkan dia bubur + bayam.
Ini kali pertama aku introduce dia dengan bayam.
Kalau ikut umur 6-7bulan dah boleh makan bayam kan.
Tapi aku tak bagi coz laki marah.
Dia pelik tengok aku masak bubur untuk Izul campur macam-macam.
Bila weekend je, aku boleh intro new food coz dia tak check :P
Laki selera dia terhad. Tak suka makan makanan yang dia tak pernah makan atau tak biasa makan.
Tak adventurous betul selera dia. haha
Iful plak, cuti sekolah ini dia sibuk main je dengan anak jiran.
Musim persekolahan memang takdelah masa nak main.
Dah cuti begini terus pulun main sampai makan pun tak ingat kalau tak panggil dia =.="
Aku suka je dia main-main dengan kawan-kawan dia daripada dok hadap tab main game.
Tapi kena pantau jugalah coz anak jiran ini kadang cakap bahasa pasar yang over.
Takut nanti Iful pun join juga cakap bahasa pasar / mencarut.
Aku plak rasa nak cuti panjang yang amat.
Bosan kena hadap kesesakan jalan raya untuk ke tempat kerja.
Ingat dah cuti sekolah begini tak sesak.
Tapi tetap juga sesak. huhuhu
Apa pun, hidup kena teruskan.
Cuti dah nyawa-nyawa ikan, baik simpan in case ada emergency apa.
Kita tak tahu kan.
Bye.
Take care.
Assalamualaikum.
13 hari telah berlalu setelah aku update A piece.
Maaf, aku tidak mungkin akan dapat update blog sekerap dulu.
Update hari ini pun kerna aku tidak akan tenteram selagi tidak mencoret. haha :P
Masuk bulan November, sepatutnya aku gembira sebab tidak akan keribut kejutkan my Iful untuk ke sekolah. Cuti sekolah katakan.
Tapi tidak ya! Itu hanya tinggal mimpi saja.
Aku serabut plak. Memikirkan baby Izul.
Ya, baby Izul.
Tahun depan pasti lebih mencabar dari tahun ini.
Aku sebenarnya sedang memikir pilihan terbaik untuk baby Izul.
Adakah perlu hantar ke taska? babysitter? SIL jaga?
Aku belum buat pilihan dan masih mencari-cari pilihan yang lain.
Arrangements yang aku buat tahun ini tidak akan dapat direalisasikan lagi.
Bila begini, membuak-buak perasaan aku untuk resign dan jadi suri rumah.
Tapi, aku tahu itu mustahil bagi keadaan aku sekarang.
Apa pun aku harap dapat jalan penyelesaian secepat mungkin agar aku tidak serabut lagi.
Bye.
Take care.
p/s:: doakan aku ?!