Monday, 29 April 2013

Berkursus

Kemarin aku menghadiri kursus PC Maintenance di AMC.
Lepas datang kursus ini, knowledge tentang PC bertambah.
Biarpun basic saja diajar.
Tapi itu sudah memadai.
Tidak juga senang-senang ditipu oleh seller atau promoter. hehe
Dan aku tetiba mahu build sendiri PC.
Part-part semua beli yang asing-asing konon.
Tapi itu semua POYO. hahaha :P
Saja je berangan lebih.
Takde masa aku nak build sendiri PC.
Masa sekarang pun dah pack dengan kerja, menguruskan rumahtangga, anak-anak etc.
Tapi still boleh curi-curi masa untuk menghadiri kursus ICT. hehe
Actually hubs memula tidak mengizinkan aku.
Katanya weekend adalah masa untuk keluarga.
Sudahlah weekday bekerja, kalau weekend lagi berkursus.
Mana masa untuk keluarga?
Tapi lepas berhujah, pujuk-pujuk akhirnya dia benarkan juga. ;)
Dapatlah aku join kursus PC Maintenance dan ilmu pun bertambah. Alhamdulillah.
Rabu ini aku attend lagi kursus untuk tambahkan ilmu.
Hope rabu ini kursus berjalan lancar.
Last, aku nak ucap thanks banyak-banyak untuk Janet [whom I meet at the course] yang sudi tumpangkan kami ke terminal bas wawasan. Appreciate it.

p/s :: orang yang nda berkereta kalau ditumpangkan oleh orang yang berkereta memang terasa heaven betul. smooth je perjalanan. hehe :)


Bye.
Take care.

Spammer

Seriously, hate them but still envy them.
Never give up promoting their blog, site etc.
Hope I too never give up coz everything happen for a reason.
So, yeah. Don't give up :)
Dear me, please don't give up.
:D


Thursday, 25 April 2013

Life Goes On

Everyday same routine except weekend.
Home, work, bus etc.
How I wish to be WAHM.
I didn't want to be jobless.
So, WAHM are the perfect solution.
But with my profession, I can't be WAHM except if I'm the boss. hahaha :P
Anyway still grateful for the life I had choose for myself and my small family.
Even some people still think negative. But I don't give a damn what people thinking.
I rather enjoy my life than listen or doing what other people think its right.
Learn from mistakes and gain more experience along.
Hope everything has a silver lining for me.

Bye.
Take care.

p/s :: going home now  :)


Wednesday, 24 April 2013

280413 - 4 months

W : 6.6 kg
H : 66 cm
4 months


Kemarin 23hb April, check up baby Izul untuk 4 bulan.
Alhamdulillah, perkembangan baby Izul mengikut umur.
Berat naik ke 6.6 kg. Panjang 66 cm.
Aku tanya nurse kalau baby Izul boleh minum air ke tak?
Nurse tue tanya balik aku kenapa nak bagi minum air?
Aku pun bagitahu yang ada orang-orang suruh minum air.
Kata orang-orang itu baby Izul tekak dia kering asyik minum susu je.
Nak jawab balik pun susah. Orang berusia dari kita.
Yang penting aku tak buat apa yang dorang suruh dah lah.
Nurse tue cakap baby bawah 6 bulan belum boleh minum air.
Nanti 6 bulan boleh dah minum air dan makan.
Aku dengar sambil senyum je dengar jawapan nurse.
Harap tak dengar lagi omelan orang-orang yang pandai.
hehehe

Bye.
Take care.


Friday, 19 April 2013

Mix

Salam jumaat.
Bila hari jumaat aku mesti rasa happy, apa nda weekend sudah esoknya.
Weekend paling ditunggu-tunggu untuk orang yang bekerja.
Boleh rehat-rehat, dating ka :P atau luangkan masa untuk beriadah bersama keluarga.
Hari jumaat juga buat aku flash back masa mau melahirkan baby Izul 28 Dec tahun lalu.
Hari yang terindah buat aku :D

Banyak betul beza dulu dan sekarang.
Aku ingat lagi, dulu-dulu [zaman aku] duit 1rm nilai dia amat tinggi.
Boleh beli gula-gula, aiskrim, keropok etc.
Sekarang nilai duit 1rm macam sen-sen ja nilai dia. huhu
Barang-barang runcit / rumah pun murah.
Biarpun gaji rendah, masih boleh saving.
Sekarang? Ermmm

Dulu, orang murah je senyuman.
Sekarang nda sudah. Mata tengok hp ja, mulut pun senyum sama hp ja.
Tiada sudah senyum atau cerita-cerita sekadar berbasa-basi. <-- betul ka?
Naik bas, semua pun buat hal masing-masing.
Main hp ja, tidak pun dengar lagu di ear phone.
Rata-rata orang aku tengok semua pun sumbat telinga dengan ear phone ja.
Eh, apa aku tulis nie?!
hahahaha
Ok stop. Nanti lain-lain lagi aku tulis.
Banyak aku mau share di blog nie, tapi bila mau tulis. Terus rasa macam nda mau share. huhu
Entah apa-apa kan.

Bye.
Take care.

Thursday, 18 April 2013

Online Shop Review:: Theshop-A-blog

:: fb copy ::

Fb : TheshopAblog Blogspot
Blog : theshop-A-blog
Owner : Shakina Farhan

Bagi yang tak tahu, aku beli Medela Harmony Sterile / Sealed pack Breastpump pre order di online shop ini.
Feedback memang cepat.
Aku pun tak expect Shakina akan reply email cepat. hehehe
MHS ini pre order, korang boleh je bayar deposit, balance bayar bila barang sampai atau bayar habis.
Mana-mana korang prefer lah.
Aku bayar deposit je dulu, barang sampai kat Shakina baru aku bayar habis balance.
Then, baru Kina pos kat aku.
Kalau korang berminat, sila jangan malu segan serbu je.
Aku dah letak link-link berkenaan di atas.

Bye.
Take care.



Saya pilih MALAYSIA

Sebagai rakyat Malaysia, saya akan mengundi.

Ini adalah kali pertama saya akan mengundi.
Hope semua dipermudahkan. 
Nak undi siapa? Tak tahu lagi.
Apa pun undi itu rahsia. hehehe
Kedai kopi, perhentian bas, kaki lima dan lain-lain tempat, rata-rata topik terhangat semuanya pasal undi.
Kurang sudah kedengaran tentang pencerobohan di Lahad Datu.
Apa pun harap siapa pun memerintah akan kekalkan Malaysia aman damai.

Bye.
Take care.

p/s :: sayang Malaysia, sayang Sabah..

Wednesday, 17 April 2013

WW : Motherhood Quote












all photo found via google.

Tuesday, 16 April 2013

Roll over


Selamat petang korang J
Kemarin kita busy sekejap.
Sampai nak blog pun tak dapat.
Sebenarnya kita nak cerita tentang baby Izul.
On 14th, baby Izul akhirnya roll over without help.
OMG punya excited kami.
Siap cheering dekat baby Izul. "Go Go Baby Izul"
Tapi tue lah, sekejap je. Sampai sekarang dok tunggu-tunggu dia roll over balik, tak juga roll over.
Maybe on 14th tue dia tak tersengaja roll over kot. Hehehe
Baby Izul sekarang suka betul hisap jari tangan dia especially jari telunjuk :P
Before tidur dalam buaian, lepas direct feeding, lepas bottle feeding, baring-baring etc, nda pandai berhenti hisap jari tangan dia.
Bila kita tegah dia, terus pandai stop hisap jari tangan dia. 
Bikin geram tapi still cute.
My mak cakap, baby Izul nak start makan dah.
Kita pun perasan gak, yang baby Izul sekarang berminat dengan makanan.
Bila kami makan, dia mesti pandang je.
Ikut plan kita, kita nak start bagi makan baby Izul bila dah masuk 4 bulan.
Mungkin bagi ibu-ibu yang lain, 4 bulan adalah terlalu awal.
Tapi bila tengok baby Izul punya gaya sekarang, memang sesuai dah.
Kalau ikut mak dia suruh bagi makan dah.
Tapi kita tetap nak tunggu baby Izul 4 bulan. hehehe
Lagipun kita nak beli periuk baru dan lain-lain peralatan untuk persediaan makan baby Izul.
My mak cakap harus beli baru.
Kita memula rasa macam membazir. Tapi bila fikir-fikir, memang kena beli baru.
Periuk sekarang bukan takde. Tapi dah guna untuk masak macam-macam. 
Rasa memang tak sesuai untuk masak 1st food baby Izul.
So yeah, kena beli periuk barulah. hehehe
Mangkuk, sudu, dan cup dah ada. Hadiah dari my BIL masa confinement hari tue.
Nanti kita update, bila dah berjaya bagi makan baby Izul ya.



Bye.
Take care.



Thursday, 11 April 2013

Red FM

Hari-hari aku di opis dengar channel radio nie.
Lucu dengar kelatah dj. Kadang tersenyum aku sendiri.
Kadang terus ketawa kuat dengar jokes dorang. hahaha
Best! Korang pun cuba dengar.
Lagu-lagu pun nice. Biarpun ulang-ulang :P

p/s :: esok aku late ke opis, ada meeting ibubapa dan guru kat sekolah my Iful. hope takde complain apa-apa dan prestasi pelajaran my Iful meningkat. Amin

p/s II :: kerana UBS accounting aku busy. napalah smart lock @ dongle ini old school betul. huhuhu

Bye.
Take care.

Review : Medela Harmony Sealed Pack Breastpump

Ini review aku untuk Medela Harmony Sterile / Sealed Pack Breastpump.
Nak tahu aku beli di mana? Boleh baca post aku sebelum ini ;) {Klik}
MHS Breastpump ini sangat best ok!!! Serius aku suka sangat.
Suction dia lembut. Tak rasa sakit langsung kecuali memang nipple ko luka ke etc.
So, mungkin akan rasa sakit dan tak selesa.
MHS Breastpump ini satu-satunya breastpump manual yang ada 2-Phase Expression Techonolgy.
Mula-mula korang boleh guna Stimulation phase bagi merangsang pengeluaran susu.
Lepas tue, baru guna Expression phase. My favorite phase. hehehe
Lupa bagitahu plak :P
Dalam setiap sterile / sealed pack mengandungi :-

  • 1 - Medela Harmony manual breastpump
  • 1 - 24mm [medium] PersonalFit breastshield 
  • 1 - 5 oz/150mL BPA-free breastmilk bottle with lids
  • 1 - Valve
  • 1 - Membrane
  • 2 - Spare membranes
  • 1 - Bottle stand
  • 1 - Instructions manual

Bagi yang tak tahu pasang. Jangan risau coz MHS Breastpump ini memang dah sedia dipasang.
Lagipun part dia tak banyak. Tak payah baca manual pun boleh juga pasang. hahaha ;P
Tak tahu plak kalau beli yang dalam kotak tue dah sedia pasang ke tak?.
Gambar bawah adalah MHS Breastpump aku dan hasil pumping pertama :'D


:: My MHS Breastpump bersama Sun Bear {patung favorite baby Izul} ::

Cuma satu je aku tak berkenan dengan MHS Breastpump ini iaitu saiz PersonalFit breastshield dia.
24mm [medium] besar untuk aku. hahaha
Keseluruhan, memang berpuas hati dengan MHS Breastpump ini.
Stok susu pun makin bertambah. #Alhamdulillah.
Last, gambar baby Izul senyum gembira.

:: precious smile ::

Bye.
Take care.

Tuesday, 9 April 2013

090413 - Medela Harmony

Tajuk aku letak date hari ini sahaja. Malas nak fikir tajuk. huhuhu
Last Friday, akhirnya aku terima Medela Harmony Sterile / Sealed Pack Breastpump.
Breastpump ini aku pre order dari kedai online blogger Shakina Farhan {link}
Sejak awal bulan Mac hari itu aku place order.
Memula aku nak place order untuk bulan Mac. Tapi order dah penuh.
So, terpaksalah aku place order untuk awal bulan April.
Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, sampai juga bulan April.
Dan Medela Harmony Sterile / Sealed Pack Breastpump aku terima.
Walaupun ada problem dengan penghantaran. huhu
Review nanti aku post ya. Ini cuma pemberitahuan yang kita ada Breastpump baru :D
hahaha

Bye.
Take care.



Thursday, 4 April 2013

KK Food Fest 2013


Kalau takde halangan ;)


Wednesday, 3 April 2013

Bos tegur masuk tandas lama

OMG! Malunya aku.
Rasa mau nyorok bawah meja ja.
Boleh plak bos tanya aku before dia keluar opis.


  • Boss :: Ina ko ok ka? ko sakit ka? kenapa beberapa hari nie saya tengok ko balik-balik masuk tandas lama? *ayat lebih kurang 
  • Me :: Tidakla boss. ok jg. [sambil senyum] #awkward moment betul

Mahu ja aku bagitahu boss, yang aku di tandas lama sebab pam susu. huhuhu

Korang tolong bagi pendapat ya!

" Patutkah aku bagitahu boss aku di tandas lama sebab pam susu? "

Please help me T___T

Tidur dalam buaian

Sebelum bersalin, aku memang dah berhasrat tak nak bagi baby Izul tidur berbuai.
Malangnya hasrat aku tak kesampaian.
Baby Izul start tidur berbuai pada hari ke 44 aka last pantang.
Sebelum tue memang bagi dia tidur dalam playpen je.
Malam baru tidur sama-sama kat katil.
Tapi sejak baby Izul masuk umur sebulan, tidur dia tak selena dulu.
Kerap kali terkejut dan menangis.
Nak bagi dia tidur lena balik mesti goyang-goyang sambil dukung dia kat lengan.
Memang payah, coz kalau letak dia masa belum tidur lena.
Menangis lah baby Izul.
Last option, beli buaian terus. huhuhu
Lepas tidur berbuai, baru aku senang nak buat kerja.
Mandi, makan etc. Baby Izul pun tidur lena dah.
No more tidur terkejut-kejut. hehehe


:: lena tidur, #likeaboss ::


Ramai cakap tidur berbuai ini tak bagus dan ada keburukan.
Tapi bagi aku menyenangkan sangat.
My Iful dulu lagilah awal tidur berbuai.
Belum sebulan umur dah berbuai.

Bye.
Take care.


Monday, 1 April 2013

280313 - 3 months

Baby Izul 3 bulan sudah hari khamis lalu.

Aku ambil cuti half day sebelah petang untuk bawa baby Izul check up di KKIA.
Keesokkan harinya 29hb Mac, cuti Good Friday lagi.
Dapatlah extra day untuk cuddle dengan baby Izul dan my Iful.
Memang cuddle berhabis lah. Tiada jalan kemana-mana.
Di rumah ja, tengok movie yang tahun lalu nda tengok coz mengandungkan baby Izul. *movie seram / potong-potong orang / zombie etc ;)
Checkup di KKIA.
Berat baby Izul meningkat dari bulan lalu [5.5kg] ke 6.1kg.
Tinggi pun naik 2cm juga. Baby Izul 62cm sudah.
Kena suntik lagi. Nangis juga tapi nda kuat macam suntikan 2 bulan lalu.
Ubat demam, nurse tidak bagi coz ada lagi ubat demam yang kena bagi masa suntik 2 bulan.
Syukur Alhamdulillah, baby Izul tidak demam juga.
Aku risau-risau sudah nie. Kalau dahi dia panas sikit pun, terus aku tuam dengan sapu tangan basah.
Takut betul aku kalau dia demam.
Umur 3 bulan nie, baby Izul pandai sudah tolak-tolak badan dia mo minta dukung.
Comel betul tengok. Kadang suka main-mainkan dia. Konon mo dukung dia, tapi p cium dia berhabis.
Terus biut mulutnya merajuk nie. Comel lagi. hehehe :")
Kalau biut mulutnya sudah, cepat-cepatlah pujuk. Kalau nda, terus nangis kuat tue macam kesakitan.
Sama kalau biut mulutnya merajuk, janganlah ko cakap "andu, andu, cian, andu bha" nangis terus nie baby Izul. Aku suka betul sakat dia begitu. Sampai hubs pun marah.
Aku perasan perangai baby Izul dan my Iful masa baby jauh beza.
Tapi nda kisahlah, orang cakap, lain anak lain perangai biarpun adik beradik.
Genap 1 bulan baby Izul minum susu botol dari 730am ke 630pm.
Aku takut juga kalau baby Izul tidak serasi minum susu aku dari botol.
Syukur mahu juga dia minum. Tapi kalau sampai sudah aku di rumah, biarpun sudah minum susu dari botol.
Tetap juga dia mahu direct feed. Aku main bagi je.
Tapi hubs aku tak berapa galakkan. Takut dia muak, terlampau kenyang etc.
Apa-apa pun aku harap susu aku mencukupi untuk baby Izul.




280213 - 2 months

Baby Izul dah 2 bulan.
Masuk umur 2 bulan, baru baby Izul berjaga time siang.
Yang 1 bulan tue, baby Izul bangun kejap untuk minum susu, burp, lepas tue tidur balik ja.
Jarang-jarang dia bangun / berjaga lama-lama time siang. hehe
Sudah pandai senyum-senyum. Balik-balik bawa dia main. Syok nie.
My Iful lagi advance, siap dia mo bagi makan baby Izul keropok lagi. huhu =.='
Check up di KKIA.
Berat menaik ke 5.5kg dari 4.4kg masa 1 bulan hari tue.
Tinggi pun naik juga. Dari 58cm ke 60 cm. Naik 2cm je :)
Rasa excited tengok perkembangan baby Izul.
Suntikan kali ini, baby Izul melalak kuat.
Nasib baik dia diam gak lepas menyusu.
Sebelum disuntik, baby Izul dah menangis coz dikejutkan dari tidur.
Baby Izul memang tak suka orang kejutkan dia dari tidur!
Hubs cakap ikut perangai aku. hehehe :P



p/s :: backdated post. aku update je untuk track perkembangan baby Izul.

280113 - 1 months

1 bulan sudah baby Izul :)
Full moon kalau cina. hehehe
Check up di KKIA.
Berat dah naik. Dari 2.95kg (newborn) ke 4.4kg.
Makin meninggi juga. Dari 50cm (newborn) ke 58cm.
Nurse cakap still ada jaundice. *sedikit
Tapi aku tengok ok je pun. Blur juga aku.
Tak tahu camne nurse tengok.
Apa pun baby Izul sihat walafiat. Syukur Alhamdulillah.
Baby Izul kena suntik time membuang air besar.
Nurse mau cepat sampai mau kasi bersih baby Izul pun tidak dapat.
Sudahlah baby Izul membuang banyak sampai terkeluar dari diapers lagi. hahaha
Nurse pun terkejut tengok tembus-tembus sudah di seluar baby Izul.
Memang kenangan oh.



p/s :: backdated post. aku update je untuk track perkembangan baby Izul.

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.