Monday, 4 July 2011

Lelaki mengambil kesempatan

السلام عليكم & Hi :)



Happy monday semua.
Hari ini terlewat sedikit ke tempat kerja.
Kenapa? Hujan lebat.
Kalau naik kereta senanglah nak awal.
Tapi kalau naik pengangkutan awam. Faham2lah ;)
Kadang awal kadang lewat. hehehe
Owh. Nak cerita pasal lelaki mengambil kesempatan.

Kejadian satu
- Berlaku pada malam sabtu 2/7 di depan mata aku
- Dalam bas tanjung aru otw balik rumah


Hari sabtu tue aku jalan dengan baby dan mak ke cp. Tapi mak balik awal.
Aku dengan baby balik malam. Coz tengok wayang lagi. Yang itu nanti aku cerita di lain entry.
Keluar dari cinema memang dah jam 7 lebih. Jalan ke terminal dah jam 8pm.
Bas area tanjung aru memang dah takde. Tak tahu kenapa bas area tanjung aru selalu balik awal =.=
Ada dua tiga buah bas je yang ulang-alik dari tanjung aru ke terminal dan terminal ke tanjung aru biasanyalah.
Tapi hari tue satu bas je. huhuhu
Aku kalau berebut tempat duduk biasanya menanglah. hehehe
Dapat tempat duduk di belakang sekali. Aku duduk di bahagian kanan bas berdekatan cermin dan baby di pangkuan aku.
Sebelah aku plak lelaki dalam lingkungan 20an gitu dan orang tua lelaki. Then naik satu perempuan maybe dalam 20an dan duduk di antara orang tua dan lelaki 20an itu. 
Bas jalan ke tanjung aru. Tapi aku tengok lelaki 20an nie makin dekat dengan perempuan 20an tue.
Perempuan tue pun dapat duduk hujung2 je. Sebab lelaki tue makin undur ke tempat dia.
Tapi perempuan tue diam je. Ndak lama aku tengok miring2 sudah badan dia p belakang perempuan tue. Tapi perempuan tue tiada respons apa2 juga. So, aku ingat dorang couple lar. 
Sebab perempuan tue bukan sound juga lelaki tue dekat dengan dia.
Sekali perempuan turun di rumah pangsa. Lelaki tue tidak plak turun. 
Jadi kejadian yang aku nampak awal2 tue memang lelaki tue mengambil kesempatan lar.
Tapi yang aku buat hairan. Kenapa perempuan tue tidak sound ah??? 
Dia tahu juga lelaki tue memang mengambil kesempatan.


Kejadian dua
- Berlaku pada aku pagi tadi
- Dalam bas sepanggar otw ke tempat kerja


Aku dapat tempat duduk di sebelah lelaki dalam lingkungan 30an gitu.
Bas jalan dah. Then aku perasan kaki lelaki nie makin dekat dengan kaki aku.
Nak cakap tempat dia sempit, tidak juga. Sebab bukan juga badan dia besar. Kurus je pun.
Aku tunggu lagi kot-kot nanti dia alihkan juga kaki dia tue.
Tapi takkkkkkkk juga dia alihkan. Makin dekat lagi kaki dia. 
Aku jauhkan kaki aku dari dia. Then tengok kalau dia cuba dekatkan lagi kaki dia.
Dan sah-sah dia sengaja ok dekatkan kaki dia dengan aku.
Tak tahan tengok perangai dia macam tue, aku sound.


Aku : Ui, apa masalah ko nie?


Dia pura-pura ndak dengar kunu. Dia cakap...


Lelaki mengambil kesempatan : Uh...


Panas aku tengok muka dia, buat endah tak endah je. Terus aku cakap


Aku : Kaki ko bha kenapa makin dekat kaki aku. Luas lagi tempat ko tue. 


Terus dia alihkan kaki dia dari kaki aku. [Dalam hati aku, pandai pun ko behave]


Mak cik di kerusi sebelah aku pun tengok sudah kami. hehehe
Lepas tue ada penumpang turun. Aku boleh pindah p tempat duduk penumpang yang turun tadi tue.
Mak cik di kerusi sebelah tue pun tunjuk sudah tempat duduk kosong tue.
Tapi aku berbelah bagi mau tukar tempat duduk. Kalau aku tukar tempat duduk setelah aku sound dia, nampak macam dia yang menang kan! Aku tidak mau dia menang. Jadi aku duduk je sampai aku turun di destinasi aku. hehehe


Kalau tengok dialog aku tue bunyi memang macam kasar. Tapi ndak juga kan. hehehe
Benci aku lelaki macam begini. Selalu juga aku tengok kejadian-kejadian macam nie.
Tapi kebanyakannya perempuan diam je. Macam merelakan plak :'(
Kadang aku yang geram macam mau sound lelaki yang buat macam tue. Tapi kalau tuan punya badan diam je. Buat apa lah aku over sound2 orangkan. huhuhu
Bagi aku lelaki yang buat macam nie harus kena sound. Baru dia dapat pengajaran sikit.

Buat lelaki yang mengambil kesempatan,
Cuba kalau situasi begini jadi sama adik, anak, kakak, mak, sepupu perempuan atau nenek ko.
Ko ndak marah kah? Marahkan. Jadi?
Pandai2lah kamu fikir ah.

PERHATIAN
Entry ini aku tujukan buat lelaki yang mengambil kesempatan. Bukan semua lelaki!!! Jangan salah faham sudahlah. Bagi korang yang pernah berada di situasi begini. Sila komen dan bagi tahu apa reaksi kamu.

2 comments:

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.