Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)
Isnin lalu aku tolong orang kirim duit.
Jumaat pagi, tetiba dia suruh aku ambil balik duit itu.
Kira cancel dan minta refund.
Tapi jumaat itu aku tak pergi coz hari pertama bekerja lepas cuti CNY.
Balik dari kerja, sampailah ke weekend dok masam muka dengan aku.
Senyum pun tiada. Tegur lagilah tiada.
Aku rasa gerammmmmmmmmmmm sangat-sangat masa ini.
Like seriously, ko punya alasan nda lojik untuk cancel.
Bukan 1 saja ejen bank kan. Takkan yang lain pun gulung tikar.
Isnin, aku bagitahu ke dia. Aku akan urus cancel / refund.
Tapi maybe duit akan kurang coz memang prosedur begitu.
Dia pun cakap oklah.
So, kemarin aku uruslah, isi borang untuk cancel / refund.
Tadi pagi aku bagitahulah aku dah isi borang untuk cancel / refund, tapi kena ambil masa dan duit akan berkurang. Dia pun ok.
Tapi tadi tengah hari, boleh plak dia call bagitahu duit dah selamat diterima / cash out.
Gila apa? Kan ko dah suruh cancel / refund, yang ko suruh "family" ko cash out lagi dah kenapa?
Sekarang aku serba salah coz aku dah isi borang segala untuk cancel / refund.
Silap-silap aku boleh dikenakan tindakan undang-undang coz buat cancel / refund report palsu.
Arghhhhh, tak tahu macam mana aku nak buat ini.
Patutkah aku ke bank semula dan bagitahu yang cancel / refund tidak perlu lagi coz penerima telah cash out? Atau aku tunggu je panggilan dari bank untuk bagitahu yang cancel / refund aku tidak berjaya?
Arggghhhh, anyone help.
Thank you in advance.
Bye.
Take care.


