Wednesday, 11 July 2012

Bual kosong

السلام عليكم & Hi :)

Sekejap lagi aku nak pulang. Tapi tangan ini tetiba TER-klik new post.
So, mari kita update bual-bual kosong. hehehe :P
Tadi pagi, aku awal-awal dah bersenam.
Bersenam dengan jalan kaki menghantar my Iful dan adik bongsu ke sekolah.
Boleh plak bas sekolah rosak lagi hari ini.
Lucky, kakak tue call aku awal-awal. Kalau tak, memang my Iful dan adik bongsu tak ke sekolah jawabnya.
Hari tue rosak juga, tapi tak inform awal-awal. Dah tengah hari gitu baru kakak tue call.
My Iful dan adik bongsu seronoklah, dapat cuti 1hari extra ;P
Oklah tue je bual kosong untuk hari ini ya.
Nak balik dah nie :)

Sekian.

Friday, 6 July 2012

Sakit kepala

السلام عليكم & Hi :)

Tak tahu kenapa dalam minggu ini aku asyik sakit kepala.
Nak makan panadol pun tak boleh coz aku takut effect dengan baby.
Cara nak hilangkan sakit kepala tue, aku tarik-tarik rambut sampai berbunyi bagi keluar angin dan tidur.
Kadang-kadang sampai keluar air mata tahan sakit kepala.
Tapi yang pelik sakit kepala aku ini selalunya pada waktu petang.
Kalau sampai rumah terus tarik-tarik rambut dan tidur, bangun nanti ok dah.
Adakah aku stress?
Adakah kerana cuaca?
Aku pun tak tahu. Kalau weekend ini still juga sakit kepala.
Isnin mesti ke klinik. huhuhu

Sekian.

Thursday, 5 July 2012

5th July

السلام عليكم & Hi :)

Wah! Lamanya aku tak update blog. Dah masuk bulan July pun.
OMGosh! Punyalah cepat masa berlalu.
Salam Nifsu/ Syaaban kepada follower-follower blog ini juga pembaca yang sudi membaca coretan aku yang entah apa-apa =.="
Last aktiviti aku untuk bulan Jun adalah piknik di First Beach Tanjung Aru bersama my Iful bagi meraikan birthday ke 7 nya. Ya Allah, dah bujang anak mama nie :D
Photo langsung tiada kerana semua sibuk bermandi-manda dan berseronokan di laut dengan aktiviti yang boleh menggelapkan kulit kecuali aku yang bertugas sebagai penjaga pondok aka pemberi minuman aka menyediakan makanan untuk mereka-mereka yang sibuk bermandi-manda bagai. hahaha
Cake cutting untuk my Iful plak diadakan pada siang 1/7 kerana pada malam 30/6 semua tertidur awal dek kerana penat bermandi-manda. hikhik
Photo ada. Tapi malas nak upload. Boleh?!

Cerita pasal kandungan plak ya, sudah masuk 12 weeks, my preggy bump haruslah makin ketara.
Dan saya perasan my preggy bump berbeza dari bump time mengandungkan my Iful.
Adakah benar baby saya kali ini girl? Hanya Allah SWT yang mengetahuinya.
Sejak masuk 12 weeks ini, my hubs telah melarang aku i} makan makanan yang pedas dan ii} minum minuman yang sejuk aka berais.
Memang tidak puas hatilah. Tapi untuk kebaikan baby kena tabah hadapinya.
Larangan no ii tue memang susah sangat nak praktikkan kat rumah.
Coz kat rumah, panas bukan main. Kalau kat opis, ok je coz sejuk dah dengan air cond. Tak minum sejuk-sejuk pun tak kisah. Tapi kalau kat rumah, memang tak boleh tahan. Mesti ngelat.

Ok itu sahaja update untuk hari ini. Jumpa minggu depan :P

Sekian.

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.