Tuesday, 29 November 2011

Salam Maal Hijrah

السلام عليكم & Hi :)

++ source : google ++


Masih belum terlewat untuk aku meng-wish Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam dan tidak lupa juga untuk follower-follower blog aku yang setia walau aku update entry yang entah apa-apa. LOL
Harapan aku untuk tahun hijrah ini :-

  • buang perangai yang buruk dan tidak berguna.
  • belajar untuk menjadi muslimah 
  • dan lain-lain.............


p/s : miss p lewat bulan nie, ingatkan dah menjadi. hikhikhik ;P

Thursday, 24 November 2011

Update my baby

السلام عليكم & Hi :)



Sejak cuti sekolah bermula, baby makin banyak songeh. Belajar kat rumah pun malas.
Nak kita paksa baru terkedek-kedek nak belajar. Tue pun mewarna je.
Kalau nak menulis memang tak lar except ko duduk depan dia perhati.
Aku bukan apa. Takut nanti primary 1 dia tak dapat cope plak. huhu
Paling tak boleh blah main sampai malam kat rumah jiran!!! :"S
Kadang lepas mandi tue, boleh plak keluar balik main dengan anak jiran.
Aku dah sound still juga nak main. Sampai makin naik geram mak tau :"S
Bila dah start sound2 dia, boleh plak dia menangis. Menangis bukan main kuat, macam aku dera dia je.
Sampai jiran pun datang tanya. #Susah juga kalau jiran terlalu prihatin kan :')
Tak pasal2 aku kena explain dengan jiran. Then, tetiba dapat FREE NASIHAT yang teda pun kena-mengena.

nasihat : Dia manja bha nie dengan ko sebab dia anak tunggal. baik ko mengandung lagi! ada juga kawan dia. 

Like seriously, apa kena-mengena mengandung balik dengan anak aku menangis???
OhMySmurfs! sakit kepala aku memikir.
Ya, aku faham juga niat dia tue memang prihatin.
Tapi apa yang dia maksudkan baik ko mengandung lagi!. Macam aku plak yang tak mahu mengandung!!! What???
Aku dah lama berhenti merancang keluarga. Hujung2 tahun 2008 aku memang dah start stop sampailah sekarang. Tapi belum juga dapat rezeki.
Kadang2 rasa terkilan juga. Sebab ada kawan yang sebaya aku sampai 2-3 anak dah. Aku plak maintain 1 je. Ini pun kadang susah nak handle. huhuhu
Tapi aku tak kisah juga. Sebab rezeki orang lain-lain kan.
Ops! melalut dah. Cerita sepatutnya update my baby. hikhik.
Bye :P

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1

السلام عليكم & Hi :)

Aloha mi amore
Kalau korang baca blog aku dari awal, semestinya korang tahu aku adalah Twilight fan 
Aku suka baca novel dia. Jalan cerita dia lain dari yang lain. Buat aku curious nak tahu lebih lanjut.
Ketiga-tiga movie dia aku dah tengok ulang-ulang. Siap convert ke mp4 untuk tengok kat hp. Boleh? hahaha
Berbalik kepada title asal   Aku memang tak sabar tengok movie nie.
Sebab Breaking Dawn ini adalah buku yang paling aku suka. So, nak juga tengok movie dia camne kan.


++ movie poster ++


Suka tengok Charlie [bapa Bella] kat sini.  Scene yang bagus. Buat aku sebak juga.


++ wedding dress ++
Aku suka   


Pengantin baru otw ke Isle Esme. Honeymoon time  


Keseluruhan movie memang best. Berbaloi tengokkk dari movie pertama Twilight.
Nak tahu lebih lanjut baca ini --> review. Pendapat dia lebih kurang dengan aku juga.
Paling tak boleh blah. Boleh aku menangis bila c Jacob menangis. Emotional sangat aku nie.
Yang scene imprint memang good job. Aku pun bayangkan macam gitu bila baca dalam buku.
Baby Reneesmee pun comel. Tak sabar nak tengok part 2. hikhik

Rating aku bagi 4 dari 5 :D
Aku nak juga highlight semua. Tapi macam best plak tulis simple begini.
Buat orang teruja / mengamuk :P

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.