Friday, 25 July 2014

Kisah kami berdua

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Apa khabar?
Hari ini dah jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan!
Tak tahu tahun depan sempatkah bertemu bulan Ramadhan? :-(
Alhamdulillah, mampu berpuasa walaupun aku masih menyusukan baby Izul.
Alhamdulillah, still boleh pump EBM untuk baby Izul. Rezeki baby Izul.
Walaupun tak banyak tapi aku tahu ianya mencukupi untuk baby Izul :-D


Persiapan raya korang macam mana?
Aku, tahun ini biasa-biasa saja.
Anak-anak aku dahulukan persiapan mereka.
Baju melayu, baju jalan, kasut raya dah dibelikan.
Untuk mama mereka dah ada. Tapi baju jalan-jalan, kasut, handbag takde ;-P
Tengoklah hujung minggu nanti kalau larat turun untuk beli barang diri sendiri plak.
Kalau tak larat, pakai je apa yang ada. Bukan kemana pun. hehehe


Kuih raya aku tahun ini takde kuih tunjuk-tunjuk.
Aku berjaya uli dan buat kuih raya sendiri.
Dan dibantu adik untuk membentuk corak ;-)
Gembira hati aku. Mak mesti bangga. hahahaha :-P
Sebab tahun-tahun sebelum ini, mak yang uli semua.
Aku dan adik-adik tukang bentuk. hehehe
Kuih raya aku setakat ini : semperit susu, biskut cornflakes, biskut kelapa versi bulat, biskut kelapa versi tekap-tekap, batang buruk.
Cukuplah 5 jenis. Ini pun tengah rancang nak tambah biskut koko plak.
Tengoklah nanti esok ataupun malam ini kalau kerajinan datang, bolehlah menguli biskut koko.


Ok. Tak tahu nak cerita apa dah.
Sampai sini je lah.
Buat pembaca blog aku, aku ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Salam Kosong Kosong".
Hati-hati di jalan raya dan dimana-mana kalian berada :-)




Bye.
Take care.


♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.