السلام عليكم & Hi :)
Yang aku tahu empat(4) saja, iaitu :-
- Tengok mata ikan - Pilih ikan yang matanya masih segar dan nampak menonjol. Jangan sekali-kali beli ikan yang matanya kemerahan. Sah-sah dah lama punya stok :P Tapi tue lar kadang ada juga peniaga yang campurkan ikan lama dengan baru. huhuhu. Kena pandai pilih dengan teliti.
- Tekan badan ikan - Kalau ikan itu segar / fresh, kita tekan pun tak tinggal bekas. Lagipun ikan fresh, isinya masih padat.
- Tengok insang ikan - Pilih ikan yang insangnya masih merah.
- Bau ikan - Ikan segar / fresh tidak berbau hanyir atau buruk. hikhik
Ok! Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Last sekali, korang beli ikan kat mana? Aku selalu beli kat pasar malam je ;P
No comments:
Post a Comment
Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)