السلام عليكم & Hi :)
Live Independently sama dengan hidup berdikari.
Aq start hidup berdikari selepas arwah ayah aq meninggal. Masa tue aq baru berumur 14 tahun masih di tingkatan 2. Memula tue, memang takde rasa macam kehilangan seorang ayah. Hidup tetap diteruskan. Lagipun mak langsung tak menunjukkan kesedihan or apa2 yang boleh membuat kami adik-beradik tidak keruan.
Tapi selepas beberapa bulan pemergian arwah ayah. Barulah kami merasai kesusahan yang datang satu persatu. Masa tue mak belum kerja. Lagipun masa arwah ayah masih hidup dia tak mengizinkan mak kerja. Jadi bila arwah ayah dah takde. Baru terasa betapa pentingnya mak kena bekerja. Barang kemas yang mak gunakan untuk perbelanjaan kami selepas pemergian arwah ayah makin berkurangan dan tidak lagi mencukupi.
Jadi mak terpaksa mencari kerja. Dan berjaya mendapat kerja sebagai tukang sapu or buruh di bangunan yang berdekatan tempat tinggal kami. Kerja mak sini aq rasa susah bagi mak yang belum pernah bekerja. Tapi mak tak pernah merungut.
Walaupun mak bekerja, gaji mak masih belum mencukupi untuk menampung kami 5 beradik. Jadi Par sebagai kakak sulung mencari kerja part time dan mendapat pekerjaan sebagai promoter di butik nike. Kakak terpaksa berkorban dengan membahagikan masa antara pelajaran, pekerjaan serta aktiviti sekolah. Kerja-kerja rumah plak diserahkan kepada aq dan adik-adik yang lain. Adik lelaki yang bongsu berumur 2 tahun terpaksa dihantar ke rumah jiran setiap pagi. Kerana mak serta kami adik-beradik masih bersekolah dan semuanya sesi pagi. Balik dari sekolah aq dan adik lelaki akan bergilir-gilir mengambil adik bongsu di rumah jiran.
Kehidupan kami selepas pemergiaan arwah ayah memang perit. Dan aq telah membuat kehidupan itu makin perit :( Tapi sekarang aq dah kembali dengan azam dan kekuatan baru untuk membuat ibu dan keluarga aq bahagia. Masa kami dalam kesusahan ini. Tiada saudara mara or kawan-kawan arwah ayah yang nak hulurkan bantuan. Sebaliknya memulaukan kami seolah-olah kami ini langsung tidak berharga.
Tapi setelah bertahun-tahun semuanya berlalu dan melihat keluarga kami senang [walaupun pada hakikatnya tidak lar senang aka berada.] dorang kembali bertanya khabar. Rasa dorang sangat tak berharga sudah. Kadang-kadang benci melihat mereka. Tapi mak tak pernah mengajar kami untuk kurang ajar dan tidak menghormati saudara mara atau kawan-kawan. Jadi kami hanya melayan sahaja.
Telah terbiasa dengan kehidupan 6 orang sahaja iaitu :-
#1 Mak
#2 Kakak sulung Par
#3 Aq :)
#4 Adik Ain
#5 Adik Mon
#6 Adik bongsu Lan
+ nenek yang jauh nun di sana :(
:: Love them so much include myself =P :: |
No comments:
Post a Comment
Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)