Tuesday, 5 April 2011

My family

السلام عليكم & Hi :)

Mari aq perkenalkan korang dengan family dan adik beradik aq ya ;)



# Nenek + mak
Nie lar first pic nenek yang dapat aq tatap buat pertama kalinya. Picca nie diambil masa mak dengan adik lelaki no 4 balik kampung. Bagi nenek pun, nie adalah first time dia bergambar :D Kalau bukan sebab kesiankan kami yang tak dapat balik ke kampung, nenek tak nak langsung ambil gambar. Dia tak biasa kata mak. Aq tak pernah lagi jumpa nenek face to face. Korang percaya ke??? Percaya lar kerana ianya memang benar belaka. Tak tahu lar kalau ada kesempatan untuk berjumpa nenek?!

#1 
Nie kakak sulung aq. Biasa panggil Par je. Kengkawan dia plak panggil dia Emma. Dah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata 1: Baby Abdul Taufiqul Hakim dan 2: Baby Abdul Taufiqul Karim. Kiranya nama anak dia sama je except belakang je beza. hehehe. Tak banyak cakap sangat. Rasanya aq lagi banyak bercakap dari dia. Masa sakit hari tue, dia siap komplen dengan adik #3 sunyi tanpa suara aq yang berkumandang :P Nakal!!

#2
Nie aq lar. Puan Rinah [bukan nama sebenar] Hirna [nama sebenar] hehehe :P 
Panggilan aq kat rumah adalah Bibie. [e tambah2 je bagi femez] Mak aq cakap aq dipanggil Bibie sejak dari kecil lagi. Nama nie diberi oleh anak jiran kami. Mak cakap, bila anak jiran panggil Bibie aq baru semangat nak pegi memain dengan dia. Kalau panggil nama sebenar aq buat don't know je. Entah apa-apa kan :P 

#3
Nie adik pompuan kami yang last. Ain nama panggilan manja gitew. Dah berkahwin gak. Cahaya mata 1 je aka Baby Ahmad Syaukat :D Nie orang harapan mak juga orang yang kami harapkan untuk menjaga mak dengan adik #4 dan #5. Dia paling cantik antara kami bertiga kan *-^ 

#4
Nie adik lelaki 1st. Panggilan kat rumah Mon [sebutan hendaklah macam Moon] Nie adik paling kamceng dengan aq. Banyak benda yang aq nak buat mesti minta tolong kat dia nie. Perangai yang aq tak suka dengan dia nie kuat jalan dan selalu buat mak risau. Geram taw!

#5
Nie adik bongsu. Azlan nama yang aq beri. Mak tambah Muhd je depan = Muhd Azlan. Panggilan kat rumah adalah Lan. Kalau panggil full maknanya dia berada dalam kesusahan :P
Paling jajal. Selalu bertengkar dengan aq. Sebab jelez dengan Baby. Ada macam tue ke???!
Dedulu masa aq bujang, dia nie lar yang aq kerap bawa jalan. Sampaikan aq dah macam mak dia plak.

Aq kesian tau dengan adik aq #5 nie. Arwah ayah aq meninggal masa hari jadi ke 2 dia. Before arwah ayah aq meninggal, mak cakap arwah dah tunjukkan tanda-tanda. Tapi mak tak faham. Kami lagi lar tak faham :'( 
Tak nak lar citer sediy :( 
huhuhu


Al - Fatihah
Semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.