Wednesday, 19 January 2011

Kekalutan Hari Pertama Persekolahan

Salam & Hi :)

Terjumpa artikel nie kat fb. Memang sangat berguna bagi parent yang baru pertama kali. Aq setakat nie masih berusaha untuk baby agar dia lebiy tepati jadual tidurnya. Malam kadang2 lewat tidur coz kalau tidur petang mesti bangun around jam 7pm. Tapi kekadang paksa juga dia bangun awal sebelum maghrib. Kadang2 berjaya dan kadang2 tidak. Disebabkan lewat tidur kalau malam. Bangun pun mesti payah. Nasib baik saluran NTV7 ada buat tayangan kartun "Bob The Builder" jam 7am. So, sebelum 7am tue baby dapat bangun dan bersiap sambil tengok kartun. Jadi tak lar dia rasa macam terlalu awal. hehehe. Kalau weekend, kami dua2 takde bangun awal punya. Paling awal pun jam 9am gitu. Tapi jarang lar. Kadang2 bangun, minum2 jap baru continue tidur lagi :P Memang tak sihat jadual aq kan.

Kekalutan Hari Pertama Persekolahan

Adakah si manja anda akan memulakan persekolahan tidak lama lagi? Berikut adalah cara anda boleh membantu si manja menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Permulaan sekolah di tadika ataupun pusat asuhan adalah detik yang menarik bagi anak dan juga ibu bapa, ia bukan mudah, lebih-lebih lagi bagi si manja. Detik permulaan ini merupakan detik penyesuaian dan juga boleh merupakan detik yang membimbangkan. Ditinggalkan di sekolah tanpa ibu di dalam bilik yang penuh dengan kanak-kanak lain boleh menyebabkan kekhuatiran bagi si manja pada kali pertama.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang menakutkan. Jika anda mengambil langkah untuk menyediakan diri anda dan si manja untuk menempuh pengalaman baru ini, anda boleh mengurangkan sedikit kebimbangan anda sendiri dan juga si manja. Bantu anak anda menyesuaikan diri dalam persekitaran baru supaya dia boleh menerima situasi dan rasa keseronokan di sekolah, belajar dan berkenalan dengan kawan baru.

Buat Pilihan Yang Betul
Pilih tadika yang dapat memenuhi keperluan anak anda supaya dia dapat mengembangkan bakat dan keupayaannya. Ia penting untuk anda memastikan persekitaran pembelajaran selesa dan sesuai dengan personaliti atau keperibadian anak anda. Pastikan sama ada tadika menganjurkan hari terbuka atau hari orientasi untuk anda dan juga si manja. Ini memberi peluang baik untuk anda memerhatikan perjalanan kelas dan melihat bagaimana guru tadika mengendalikan kanak-kanak. Anda juga boleh berbincang dengan guru-guru tentang pembelajaran prasekolah, aktiviti harian dan juga perkara lain yang boleh menimbulkan kemusykilan anda. Sebaik-baiknya, bawa anak anda bersama agar dia dapat melihat dan mengalami persekitaran baru tetapi merasa selamat kerana anda berada di sisinya.

Jadikan Persekolahan Topik Menarik
Sentiasa bersemangat bila bercakap tentang prasekolah. Jelaskan kepada si manja mengapa dia perlu memulakan persekolahan, dan terangkan segala aktiviti menyeronokkan yang akan dinikmati mereka. Memang wajar si manja menyuarakan kebimbangan dan kegundahan, tetapi jangan diketepikan begitu sahaja. Sebaliknya, bincangkan dengan sabar untuk menghilangkan rasa takutnya.

Biasakan Dengan Rutin
Aturkan jadual tidur dan sarapan pagi si manja beberapa minggu sebelum hari pertama prasekolah. Ini akan membantu peralihan bila sekolah bermula. Anda juga boleh main sekolah olok-olok dengan si manja, dan mengatur jadual seperti yang akan dialami oleh si manja di tadika bagi membiasakannya dengan situasi di sekolah.

Tunggu Si Manja
Bila tiba hari pertama, luangkan beberapa jam pertama untuk bersama si manja di tadika. Tetapi jangan tunggu sepanjang hari sematamata untuk memerhatikannya. Si manja perlu membiasakan diri dengan ketiadaan anda. Memanjakan anak anda di saat ini tidak akan membantu menyenangkan situasi. Dan apabila menjemput si manja dari sekolah, pastikan anda datang awal! Ini akan membuat si manja merasa selamat.

Bualkan Tentang Sekolah
Tanya si manja bagaimana pengalaman hari pertama di sekolah. Tunjukkan minat terhadap aktivitinya. Anda juga patut memuji si manja kerana berjaya melalui hari pertama di sekolah. Ini akan membolehkan si manja tahu bahawa dia sudah melakukan yang terbaik. Dia akan berminat untuk ke sekolah semula.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.