Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Friday, 11 November 2016

Komitmen

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Mulai bulan Nov ini, komitmen bulanan saya bertambah.
Kena bajet dengan sebaiknya.
Dengan harga barang-barang yang semakin meningkat.
Memang kena bajet betul-betul.

Monday, 13 February 2012

My Alphabet

السلام عليكم & Hi :)


Actually, tag ini aku dapat dari tumblr. 
Tak tahu nak update apa coz photo tak upload lagi.
Nanti dah upload baru cerita. Lagipun tak best rasanya nak cerita tanpa photo ;P

Courtesy Of Google. TQ


My Alphabet

A- Available : No

B- Birthday : 6 Jun 

C- Crushing On : Paul Wesley. LOL

D- Drink you last had : Nescafe.

E- Easiest person to talk to : My hubs

F- Favorite song : Depends on my mood. LOL

G- Grossest memory : IDK

H- Hometown : Likas, maybe ;P

I- In love with : My hubs

J- Jealous of : Someone who knows how to handle their child ;)

K- Killed someone : No except kill cockroach.

L- Longest friendship : Nurul ^^ 12 years

N- Number of siblings : 5

O- One wish : Fulfill everyone wish :D

P- Person who called you last : My friend L.

Q- Question you’re always asked : Where you have been?

R- Reason to smile : 9gag :P

S- Song you last sang : 2 become 1. LOL

T- Time you woke up : 0530 am

U- Underwear color : Purple. LOL

V- Violent moment you had : Fighting with mosquito. LOL

W- Worst habit : Speak loud =.="

X- X-rays you had : Tooth in 2010.

Y- Your last kiss : My hubs

Z- Zodiac sign : Gemini

The end. Kalau rajin sila buat! Tak paksa pun ;)

Wednesday, 18 May 2011

Friends wedding

السلام عليكم & Hi :)

Akhirnya kawan aq nie kawen juga. Itu pun setelah dilangkah bendul oleh adik-adiknya. hehehe
Majlis nie aq hadiri pada 16 Mei 2011 bersamaan isnin tue.
Aq memang takde plan nak pergi sebab dapat tahu pun last minute sudah.
But aq rasa macam hipokrit plak kalau tak pergi. Coz bila jumpa dia selalu gak tertanya dia :P
So, bila dah sampai seru dia. Takkan tak pergi plak kan :P
Baby aq tak bawa time nie. Kengkonon nak jadi single :P
Tak sebenarnya aq tak bawa coz baby takde tidur petang. Takut plak dia tertidur masa majlis tue.
Layan pic yang terpaksa di edit sedikit. Dan abaikan bila pic tak berapa clear or blur kerana semua pic adalah diambil menggunakan hp.



:: with mama baby syaffieq ::

Mama baby syaffieq yang bagitahu aq. Kalau tak sampai ke sudahnya aq tak tahu tentang majlis nie :P


:: with milah ::
Ini adik mama baby syaffieq. Single and maybe available ;)


:: with baby syaffieq ::


:: pinggan aq =P ::
Nampak ckit je kan. Sebenarnya tak. Jenuh juga aq habiskan.



:: The pelamin ::
Pelamin nie aq suka. Lain dari yang lain design dia. Tapi tikar getah tue yang bikin spoil. huhuhu
Maybe nanti adik lelaki aq kawen akan datang, boleh lar minta pelamin camnie :P hehehe


:: My gorgeous friend Nanang ::
Akhirnya bergelar isteri juga :)


:: The bride and groom ::


:: bride and groom ::


:: we with the bride and groom ::


:: me with the bride aka my gorgeous friend ::


:: we jadi bride and groom ::


:: pengantin lama =P ::


:: bride and groom in modern outfit ::


:: with the cake ::


:: potong jangan tak potong ::


:: suap-suap ::


:: minum dulu nanti tecekik plak makan kek ::


:: with bride and groom plus adik pengantin pompuan ::
To them a newly wed :)










To mama and papa syaffieq :)











Terima kasih.


Wednesday, 11 May 2011

Greek Boss, Dream Proposal

السلام عليكم & Hi :)


:: Greek Boss, Dream Proposal ::



Greek Boss, Dream Proposal - Barbara McMahon

Description

Cruising around the Greek islands, Nikos Konstantinos should be admiring their beauty – but he only has eyes for his yacht’s pretty new chef! For independent Sara Andropolous, resisting the devastatingly handsome Nikos is a full-time job in itself…

Novel ini dibaca tengah malam semalam dan khatam hinggalah ke subuh. hehe
Tidur awal dengan harapan dapat tidur lebih. Tapi hampa apabila terjaga di tengah malam plak.
Pusing kanan, pusing kiri meniarap dan lain-lain posisi tapi still juga tak boleh continue tidur :P
Akhirnya mengambil keputusan untuk membaca novel ini. Aikkk macam drama plak. hahaha

Result adalah negative. Masa dapat tak tahu nak describe my feeling. Samaada hampa or gembira.
Rasanya dua2 kot. hehehe :P


Terima kasih.





Wednesday, 4 May 2011

Live Independently

السلام عليكم & Hi :)

Live Independently sama dengan hidup berdikari.
Aq start hidup berdikari selepas arwah ayah aq meninggal. Masa tue aq baru berumur 14 tahun masih di tingkatan 2. Memula tue, memang takde rasa macam kehilangan seorang ayah. Hidup tetap diteruskan. Lagipun mak langsung tak menunjukkan kesedihan or apa2 yang boleh membuat kami adik-beradik tidak keruan.

Tapi selepas beberapa bulan pemergian arwah ayah. Barulah kami merasai kesusahan yang datang satu persatu. Masa tue mak belum kerja. Lagipun masa arwah ayah masih hidup dia tak mengizinkan mak kerja. Jadi bila arwah ayah dah takde. Baru terasa betapa pentingnya mak kena bekerja. Barang kemas yang mak gunakan untuk perbelanjaan kami selepas pemergian arwah ayah makin berkurangan dan tidak lagi mencukupi.

Jadi mak terpaksa mencari kerja. Dan berjaya mendapat kerja sebagai tukang sapu or buruh di bangunan yang berdekatan tempat tinggal kami. Kerja mak sini aq rasa susah bagi mak yang belum pernah bekerja. Tapi mak tak pernah merungut.

Walaupun mak bekerja, gaji mak masih belum mencukupi untuk menampung kami 5 beradik. Jadi Par sebagai kakak sulung mencari kerja part time dan mendapat pekerjaan sebagai promoter di butik nike. Kakak terpaksa berkorban dengan membahagikan masa antara pelajaran, pekerjaan serta aktiviti sekolah. Kerja-kerja rumah plak diserahkan kepada aq dan adik-adik yang lain. Adik lelaki yang bongsu berumur 2 tahun terpaksa dihantar ke rumah jiran setiap pagi. Kerana mak serta kami adik-beradik masih bersekolah dan semuanya sesi pagi. Balik dari sekolah aq dan adik lelaki akan bergilir-gilir mengambil adik bongsu di rumah jiran.

Kehidupan kami selepas pemergiaan arwah ayah memang perit. Dan aq telah membuat kehidupan itu makin perit :( Tapi sekarang aq dah kembali dengan azam dan kekuatan baru untuk membuat ibu dan keluarga aq bahagia. Masa kami dalam kesusahan ini. Tiada saudara mara or kawan-kawan arwah ayah yang nak hulurkan bantuan. Sebaliknya memulaukan kami seolah-olah kami ini langsung tidak berharga.

Tapi setelah bertahun-tahun semuanya berlalu dan melihat keluarga kami senang [walaupun pada hakikatnya tidak lar senang aka berada.] dorang kembali bertanya khabar. Rasa dorang sangat tak berharga sudah. Kadang-kadang benci melihat mereka. Tapi mak tak pernah mengajar kami untuk kurang ajar dan tidak menghormati saudara mara atau kawan-kawan. Jadi kami hanya melayan sahaja.

Telah terbiasa dengan kehidupan 6 orang sahaja iaitu :-
#1 Mak
#2 Kakak sulung Par
#3 Aq :)
#4 Adik Ain
#5 Adik Mon
#6 Adik bongsu Lan
+ nenek yang jauh nun di sana :(


:: Love them so much include myself =P ::




Terima kasih



P/S -> Entry ini sepatutnya dipublish pagi tadi. Tapi emosi telah mengganggu jiwa dan memerlukan rehat. Actually cerita ini sangat panjang. Part kena halau dah takde tempat tinggal tue paling buat jiwa kacau. So, tak dapat lar nak ditaip di sini.

Thursday, 21 April 2011

IDK how to name the title

السلام عليكم & Hi :)

Today aq sepatutnya return buku p library dah.
Tapi aq tak bawa buku coz tadi pagi awal keluar gi temankan my Auntie berurusan.
Nak juga aq bawa buku-buku tue. Tapi berat sangat.
So, balik nie aq terpaksa balik rumah then turun KK balik.
Nak suruh my siblings hantar. Tapi tak tahu kalau dorang nak ke?

Hari nie baby punya school ada aktiviti Tabikarama.
Aq tak pergi coz baby tak terpilih untuk join :(
Tapi baby pergi juga lar untuk beri sokongan pada rakan sekelas dia.
Memula tue aq tak nak bagi dia pergi. Tapi mak suruh je dia pergi daripada memain kat rumah sensorang. Bagus pergi tengok aktiviti tue. Aq ikutkan je lar mak aq.
Minta tolong my sista Ain + baby Shaukat untuk temankan baby ^_^

Plan nak p Telupid jumpa hubs maybe cancel.
Coz rasa tak cukup plak 3 hari je kat sana.
Tapi lama dah tak jumpa hubs :(
Baby pun balik2 sebut je nak jumpa hubs.
Ya Allah tolong lar hamba-Mu nie.
Tak tahu camne nak buat keputusan T_Tskkk


:: baby n hubs ::


Barang yang aq order online dah sampai kemarin. Pepagi aq dah gi pejabat pos.
Tapi pos laju belum hantar barang lagi. Kalau tunggu alamat aq lewatlah gi kerja.
So, minta tolong adik lelaki aq ambil bila sampai.
Tapi my adik nie lebih utamakan kawan dia daripada sista dia.
Lambat2 lagi dia pergi. Dia datang pejabat pos dah tutup.
Tapi dia tak call bagitahu aq dia tak sempat ambil.

Balik dari kerja. Aq semangat lar nie nak tengok hasil shoppink online aq.
Sekali takde plak. Baru dia gtaw dia tak sempat ambil.
Geram sangat2 kat dia. Sampai nangis :P
Lepas tue sms hubs suruh call aq. Hubs call.
Aq meluahkan segala ketidakpuashati aq sambil nangis2 lagi :P
Aq pun tak tahu lar kalau hubs faham ke butir bicara aq.
Tahu lar kalau menangis nie suara pun jadi lain dah :P
Lepas dah luahkan dengan hubs baru hati nie senang. 
Dah berhenti nangis dah. hehehe

Adakah aq keterlaluan? -Ya kot-


:: muka sediy + nangis ::

Tapi tadi pagi. Mak kesayangan aq pujuk aq dengan tawarkan diri nak gi ambil.
Sayang sangat kat my mak. hehehe
Caya lar mak. Mak juga lar harapan aq. So, sekarang aq tak sediy2 dah.
hehehe
Entry rojak yang entah apa-apa.


P/S ~ entry mengada-ada.


Terima kasih.





Wednesday, 20 April 2011

Just my luck

السلام عليكم & Hi :)

Last night, layan movie Just My Luck.
Lakonan Lindsay Lohan dan Chris Pine *-*
Movie nie dah lama tahun 2006 lagi. Baru tahun nie dapat tengok =.=
Sangat ketinggalan diri ini taw :(
Tapi tak kisahlah lambat cepat. Janji dapat tengok :)


:: Just My Luck ::



Summary
In Manhattan, Ashley Albright is a lucky woman and very successful in the agency where she works. The clumsy Jake Hardin is an unlucky aspirant manager of the rock band McFly, who is unsuccessfully trying to contact the entrepreneur Damon Phillips to promote his band. When Ashley meets Jake in a masquerade party, they kiss each other, swapping her fortune with his bad luck.
Source : imdb.com


Masa naik bas tadi pagi. Ada someone bayar tambang aq.
Paling tak bole blah. Bole plak aq tengok je someone tue dengan muka blur.
Sampai lupa nak ucap terima kasih. Tak! Sebenarnya tak lupa cuma mulut terkunci je :(
Sangat tak bersyukur aq ini T.T
Adakah kejadian ini "Just My Luck" ?
hehehehe
Entah apa-apakan. Kecoh je aq nie :P


Terima kasih.



Monday, 18 April 2011

Our happy moment

السلام عليكم & Hi :)

Past weekend = Our happy moment together with baby :D
Sabtu tak jadi jalan coz lewat bangun :P
Ahad nak tak nak kena jalan gak. Janji tetap janji kan *-^
Jalan dari rumah 1200am.
Sampai KK terus gi KFC plaza wawasan.
Makan time *-*


:: baby yang snap =) ::


:: baby control ::


:: baby n our food ::


Masa order, boleh plak staf KFC tue terlupa bagi Cheesy Wedges.
Nasib baik aq teringat. Kalau tak rugi je bayar. hohoho
Lepas makan kenyang2, CP mariiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Misi mencari jeans bermula dan berakhir dengan jayanya.
Dapat rembat 3 pasang. Sangat gembira hati ini ^_^
Singgah game kejap bawa baby memain.
Then, balik.
Sekian saja laporan aktiviti hujung minggu ;P


:: sempat posing ::


:: testing posing at fitting room =P ::


Terima kasih.



Tuesday, 5 April 2011

My family

السلام عليكم & Hi :)

Mari aq perkenalkan korang dengan family dan adik beradik aq ya ;)



# Nenek + mak
Nie lar first pic nenek yang dapat aq tatap buat pertama kalinya. Picca nie diambil masa mak dengan adik lelaki no 4 balik kampung. Bagi nenek pun, nie adalah first time dia bergambar :D Kalau bukan sebab kesiankan kami yang tak dapat balik ke kampung, nenek tak nak langsung ambil gambar. Dia tak biasa kata mak. Aq tak pernah lagi jumpa nenek face to face. Korang percaya ke??? Percaya lar kerana ianya memang benar belaka. Tak tahu lar kalau ada kesempatan untuk berjumpa nenek?!

#1 
Nie kakak sulung aq. Biasa panggil Par je. Kengkawan dia plak panggil dia Emma. Dah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata 1: Baby Abdul Taufiqul Hakim dan 2: Baby Abdul Taufiqul Karim. Kiranya nama anak dia sama je except belakang je beza. hehehe. Tak banyak cakap sangat. Rasanya aq lagi banyak bercakap dari dia. Masa sakit hari tue, dia siap komplen dengan adik #3 sunyi tanpa suara aq yang berkumandang :P Nakal!!

#2
Nie aq lar. Puan Rinah [bukan nama sebenar] Hirna [nama sebenar] hehehe :P 
Panggilan aq kat rumah adalah Bibie. [e tambah2 je bagi femez] Mak aq cakap aq dipanggil Bibie sejak dari kecil lagi. Nama nie diberi oleh anak jiran kami. Mak cakap, bila anak jiran panggil Bibie aq baru semangat nak pegi memain dengan dia. Kalau panggil nama sebenar aq buat don't know je. Entah apa-apa kan :P 

#3
Nie adik pompuan kami yang last. Ain nama panggilan manja gitew. Dah berkahwin gak. Cahaya mata 1 je aka Baby Ahmad Syaukat :D Nie orang harapan mak juga orang yang kami harapkan untuk menjaga mak dengan adik #4 dan #5. Dia paling cantik antara kami bertiga kan *-^ 

#4
Nie adik lelaki 1st. Panggilan kat rumah Mon [sebutan hendaklah macam Moon] Nie adik paling kamceng dengan aq. Banyak benda yang aq nak buat mesti minta tolong kat dia nie. Perangai yang aq tak suka dengan dia nie kuat jalan dan selalu buat mak risau. Geram taw!

#5
Nie adik bongsu. Azlan nama yang aq beri. Mak tambah Muhd je depan = Muhd Azlan. Panggilan kat rumah adalah Lan. Kalau panggil full maknanya dia berada dalam kesusahan :P
Paling jajal. Selalu bertengkar dengan aq. Sebab jelez dengan Baby. Ada macam tue ke???!
Dedulu masa aq bujang, dia nie lar yang aq kerap bawa jalan. Sampaikan aq dah macam mak dia plak.

Aq kesian tau dengan adik aq #5 nie. Arwah ayah aq meninggal masa hari jadi ke 2 dia. Before arwah ayah aq meninggal, mak cakap arwah dah tunjukkan tanda-tanda. Tapi mak tak faham. Kami lagi lar tak faham :'( 
Tak nak lar citer sediy :( 
huhuhu


Al - Fatihah
Semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.

Tuesday, 29 March 2011

Author blog sakit

السلام عليكم & Hi :) Make Your Own Gifts Here

Kemarin aq ambik emergency leave. Main calling2 je. Tak larat betul nak gi kerja.
Weekend aq memang takde bangun dari katil. Tidur terus.
Nak bangun gi tandas pun kena tunggu sampai aq tak boleh tahan dah baru gi.
Sakit sangat kepala, perut lagi memulas dan memacam lar.
Nie kali kedua aq sakit perut macam nie.
Tapi yang first tue ada ok ckit coz kena inject.
Yang kedua nie, doc tak bagi inject. Suruh minum ubat je.
Punya lar sakit aq menahan. Makan ubat pun macam takde feeeeeeeel langsung :'(
Laundry, baby, masak aka makanan aq semua adik beradik dan mak aq yang tolong.
Cayangggggggggggggg dorang banyak22222222222222222222
Terharu juga dengan baby. Tolong sediakan besen untuk aq muntah.
Siap ambil sapu tangan yang dibasah sedikit air untuk tuam dahi aq :)
Bangga mak :D
Nie first time aq sakit 3hari berturut-turut tak boleh bangun dari katil.
Asal bangun je kepala berpinar2. Sakit Tuhan je tau.
Paling aq tak boleh lupa muntah kat tepi jalan. Dah tue banyak orang lalu lalang.
Kuyak owh :P
Then, tersalah tekan pin kad bank mak. Sampai kena blok.
Alhamdulillah kemarin dah settle. Aq gagahkan je diri kemarin temankan mak gi bank.
Azab juga aq berjalan kemarin. Kejap2 cari tandas. Cirit.
Naik lenguh kaki aq ulang alik ke tandas. huhuhu
Dan kerana kegagahan aq temankan mak gi bank kemarin.
Mak hadiahkan aq tudung :D
hehehe. Bukan aq sorang je. Semua adik beradik pun mak bagi. Except adik2 lelaki aq lar.
Okie itu je.

Thursday, 24 March 2011

Berat badan

السلام عليكم & Hi :) Make Your Own Gifts Here

Morning *-*
Hari nie kan tetiba rajin nak update blog pepagi. hehehe :P
Pagi tadi aq terlewat bangun. Alarm bunyi jam 6. Aq bagi snooze sampai jam 630.
Tapi tak bangun2 gak :P Tup tup terjaga jam 640 dah.
Kelam kabut terus kejutkan baby mandi. Then, bersiap.
Tapi aq mesti lambat coz nak buat bekal untuk c baby lagi.
Last2 baby pi sekolah sendiri. Memula tue tak yakin nak bagi dia pergi.
Tapi baby cakap ok gak. So biar je baby pergi. Jahatkan aq!!! huhuhu :(
Tapi kan aq tak bimbang coz sekolah baby dekat je. Lagipun ramai gak bebudak satu sekolah dengan dia jalan kaki sendiri. Bagi baby berdikari lar. hehehe

Erkkk. Bukan aq nak cerita pasal berat badan ke??? Bengong silly
Hari nie aq pakai baju kurung tahun lepas. Tapi kan skirt baju kurung nie longgar plak.

Padahal aq minta jahit ngam2 dengan saiz aq. Dah tue aq siap pakai leggings lagi kat dalam.
Masih gak longgar. Hairan plak aq surprise
Takkan lar aq dah turun berat badan???
Or nie imaginasi aq je kot. hehehe
Kalau turun bagus juga cool Dapat lar berangan nak pakai baju sendat2 day dreaming
hehehe. Tak lar aq gurau je.
Tapi tak kisah lar berat badan aq turun ke tak coz muka aq tetap gak tembam sigh


Friday, 11 March 2011

Aku dan tahi cacing

السلام عليكم & Hi :)

Tahi cacing! Korang dengar je rasa gelikan. Coz bunyi tahi = yakkkkkk dan cacing = geliiiii.
Tapi korang tahu tak tahi cacing nie ada kebaikan dia tersendiri. Tahi cacing nie boleh menyembuhkan luka yang melecur. Macam terkena minyak panas ke, air panas ke. Tapi kalau terkena asid tue. Aku tak tahu kalau boleh sembuh ke tak? Rasanya belum ada lagi orang try kot.


Mesti korang tertanya-tanya tetiba aku buat entry pasal aku dan tahi cacing. Baik mari teruskan penceritaan kita. Kejadian nie berlaku masa aku form 2 tahun 2002 lar. Arwah ayah aku baru-baru je meninggal. Masa tue bulan puasa. [banyaknya masa :P] Mak puasa. Aku tak :P So, mak nak makan donut nanti berbuka. Mak dah adun dah tepung. Kemudian mak g kerja. Mak suruh aku goreng petang sebelum waktu berbuka.


Kemudian mak pergi kerja balik. [bila ingat mak keja panas2 time dedulu, rasa sediy sangat T_Tsssssssskkkkkkkkkkk] Mak balik dari kerja. Aku baru nak goreng donut tue. Coz nak tanya mak dah kembang ke tak?[tak biasa memasak lagi] Mak cakap goreng biar dia goreng lar. Tapi tengok keadaan mak yang kepenatan. Tak sampai hati plak. So, offer diri untuk masak.


Masa masak tue. Aku perasan satu donut tue tak kembang sangat. Ada gelembung udara gitu. Aku plak bodoh nau. Adakah pergi tengok dekat-dekat! Tetiba meletup tue gelembung udara kat donut dan muka aku kena percikan minyak. Kat area muka kiri. Mata kiri aku pun pedih. Dan dan disitu juga aku meraung sambil panggil mak. Mak pun terkejut. Kelam kabut matikan dapur. Bawa aku keluar dari dapur.


Masa tue, muka aku pedih sangat dan aku pejam mata. Coz mata kiri aku pedih sangat. Dalam fikiran aku, aku dah buta. [masa nie betul2 aku fikir aku buta, gila kentang punya imaginasi] Mak  ada baca-baca ayat dan letak air ludah dia kat area yang kena minyak tue. [adik aku yang bagitahu] Tapi muka aku masih pedih. Dan aku tak berhenti menangis. Sampaikan hajat mak nak buka puasa dengan donut panas terbantut. Mak terpaksa buka puasa minum air suam je :'( Semuanya gara-gara aku :(


Esoknya bila tengok muka aku. Aku menangis lagi. Luka kat muka aku lebih kurang macam gambar kat bawah tapi area kiri je. Kanan tompok kecil-kecil je. Nasib baik masa tue sekolah dah cuti. Kalau sekolah, memang aku escape je memanjang tue. Tak sanggup bagi orang tengok muka aku. Kat rumah pun aku berkerudung dengan kain batik je. Takut orang nampak dan ejek. Dengan adik-beradik aku pun, aku tak nak dorang tengok.




Hari kedua or ketiga lepas kena minyak tue. Auntie aku datang. Dia pun terkejut juga tengok muka aku. Dan dia suggest pakai tahi cacing. [Contoh tahi cacing gambar bawah] Dia siap tunjukkan lagi contoh tahi cacing tue. Dia pesan lagi mesti yang baru punya. Tak boleh yang dah keras. Masa nie, aku memang geli juga lar. Siap hidu-hidu lagi tahi cacing tue:P Nak tahu ada bau ke tak. Tapi memang takde bau, bau tanah je. hehehe.


Aku pun try lar guna tahi cacing tue. Sapu kat area yang ada luka tue. Bila kering, aku sapu lagi. Kat halaman rumah kami banyak tahi cacing, jadi tak susah nak cari-cari lagi. Hari-hari aku sapu je. Dan akhirnya ia ada perubahan. Luka tue jadi kering. Lepas tue dia tanggal sendiri.


Dan akhirnya muka aku kembali seperti asal. Langsung takde bekas or kesan. Macam kejadian tue tak pernah berlaku. Tapi aku rasakan tahi cacing tue boleh sembuhkan luka aku coz doa mak aku. Siapa tahu? Sebab semua di dunia nie berlaku atas kekuasaan Allah SWT kan.  Kejadian nie aku tak pernah lupa. Padahal dah berapa tahun dah. Maybe kalau muka aku tak pulih. Aku tak kawen kot :P Takde hubs, Takde baby, Takde entry nie ;P


:: tahi cacing ::

{pic google}

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.