Tuesday 29 November 2011

Salam Maal Hijrah

السلام عليكم & Hi :)

++ source : google ++


Masih belum terlewat untuk aku meng-wish Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam dan tidak lupa juga untuk follower-follower blog aku yang setia walau aku update entry yang entah apa-apa. LOL
Harapan aku untuk tahun hijrah ini :-

  • buang perangai yang buruk dan tidak berguna.
  • belajar untuk menjadi muslimah 
  • dan lain-lain.............


p/s : miss p lewat bulan nie, ingatkan dah menjadi. hikhikhik ;P

Thursday 24 November 2011

Update my baby

السلام عليكم & Hi :)



Sejak cuti sekolah bermula, baby makin banyak songeh. Belajar kat rumah pun malas.
Nak kita paksa baru terkedek-kedek nak belajar. Tue pun mewarna je.
Kalau nak menulis memang tak lar except ko duduk depan dia perhati.
Aku bukan apa. Takut nanti primary 1 dia tak dapat cope plak. huhu
Paling tak boleh blah main sampai malam kat rumah jiran!!! :"S
Kadang lepas mandi tue, boleh plak keluar balik main dengan anak jiran.
Aku dah sound still juga nak main. Sampai makin naik geram mak tau :"S
Bila dah start sound2 dia, boleh plak dia menangis. Menangis bukan main kuat, macam aku dera dia je.
Sampai jiran pun datang tanya. #Susah juga kalau jiran terlalu prihatin kan :')
Tak pasal2 aku kena explain dengan jiran. Then, tetiba dapat FREE NASIHAT yang teda pun kena-mengena.

nasihat : Dia manja bha nie dengan ko sebab dia anak tunggal. baik ko mengandung lagi! ada juga kawan dia. 

Like seriously, apa kena-mengena mengandung balik dengan anak aku menangis???
OhMySmurfs! sakit kepala aku memikir.
Ya, aku faham juga niat dia tue memang prihatin.
Tapi apa yang dia maksudkan baik ko mengandung lagi!. Macam aku plak yang tak mahu mengandung!!! What???
Aku dah lama berhenti merancang keluarga. Hujung2 tahun 2008 aku memang dah start stop sampailah sekarang. Tapi belum juga dapat rezeki.
Kadang2 rasa terkilan juga. Sebab ada kawan yang sebaya aku sampai 2-3 anak dah. Aku plak maintain 1 je. Ini pun kadang susah nak handle. huhuhu
Tapi aku tak kisah juga. Sebab rezeki orang lain-lain kan.
Ops! melalut dah. Cerita sepatutnya update my baby. hikhik.
Bye :P

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1

السلام عليكم & Hi :)

Aloha mi amore
Kalau korang baca blog aku dari awal, semestinya korang tahu aku adalah Twilight fan 
Aku suka baca novel dia. Jalan cerita dia lain dari yang lain. Buat aku curious nak tahu lebih lanjut.
Ketiga-tiga movie dia aku dah tengok ulang-ulang. Siap convert ke mp4 untuk tengok kat hp. Boleh? hahaha
Berbalik kepada title asal   Aku memang tak sabar tengok movie nie.
Sebab Breaking Dawn ini adalah buku yang paling aku suka. So, nak juga tengok movie dia camne kan.


++ movie poster ++


Suka tengok Charlie [bapa Bella] kat sini.  Scene yang bagus. Buat aku sebak juga.


++ wedding dress ++
Aku suka   


Pengantin baru otw ke Isle Esme. Honeymoon time  


Keseluruhan movie memang best. Berbaloi tengokkk dari movie pertama Twilight.
Nak tahu lebih lanjut baca ini --> review. Pendapat dia lebih kurang dengan aku juga.
Paling tak boleh blah. Boleh aku menangis bila c Jacob menangis. Emotional sangat aku nie.
Yang scene imprint memang good job. Aku pun bayangkan macam gitu bila baca dalam buku.
Baby Reneesmee pun comel. Tak sabar nak tengok part 2. hikhik

Rating aku bagi 4 dari 5 :D
Aku nak juga highlight semua. Tapi macam best plak tulis simple begini.
Buat orang teruja / mengamuk :P

Tuesday 22 November 2011

Tentang bola

السلام عليكم & Hi :)

Aloha mi amore (✿ ♥‿♥)
Pertama sekali nak ucapkan TAHNIAH kepada pasukan bola sepak MALAYSIA! ٩(-̮̮̃•̃)۶
Korang memang terbaikkkkkk. Caya lar. [Eh eh bila plak aku minat bola nie???]
Masa tengok live di tv3 semalam memang berdebar-debar. Macam aku plak yang main di stadium. hikhik
Memang sengit perlawanan semalam. Macam main gusti pun ada. hahaha
Apa-apa pasukan MALAYSIA dah buat yang terbaik. TAHNIAH sekali lagi! ٩(-̮̮̃•̃)۶


p/s : Khairul Fahmi terbaikkk  (ñ_ñ) [hubs puji dia berhabis tau. aku plak yang menjelez! tetiba] hahaha

Monday 21 November 2011

Breaking Dawn Part 1 movie review

السلام عليكم & Hi :)

Aloha mi amore Smiley
Nak bagitahu ketidaksabaran aku nak tonton Breaking Dawn Part 1. ~ngee
Makin excited apabila movie review telah dibaca. hohoho
Cepatlah hari khamis menjelma Smiley  LOL




p/s : team Edward. teehee

Friday 18 November 2011

Gelang mutiara

السلام عليكم & Hi :)

Aloha mi amore Emoticon
Apa khabar korang? [tetiba buang tebiat kan :P] hahaha
Actually, kemarin lagi aku mahu meng-update blog nie. Tapi nda sempat. [trip busy :P]
Aku masuk office pun dah jam 11am lebih. Mahu update pun macam nda sempat ja.
Fikir mahu taip apa pun mahu ambil masa 1jam juga.
[Bukan alang-alang lamanya berfikir, tapi entry macam harammm juga] hikhik




Nampak photo gelang mutiara di atas!
Hari ini aku bergaya dengan memakai gelang mutiara nie ;) [memang buang tebiat]
Lama sudah aku simpan gelang mutiara nie. Dari tahun 2009 lagi.
Tapi masih shining owh mutiara dia, macam baru lagi. Kena sinaran matahari terus lip lap lip lap.
Terus bangga aku memakai gelang mutiara Sabah nie Smiley

Semalam ada tengok bola ke? Aku ada ;) Nda pernah-pernah aku tonton bola, tetiba semalam berhabis bha aku layan. Hubs pun hairan nie. Sampai dicakapnya aku buang tebiat. hahaha.

Aku sama lil bro ja tonton bola tue sampai habis. Hubs sama baby sudah dibuai mimpi. hikhik
Mulut aku bising betul semalam. Sampai menyumpah-yumpah bha sebab geram. huhuhu
Tapi akhirnya MALAYSIA menang juga 1-0
Tahniah MALAYSIA Smiley nda sia-sia aku berjaga gara-gara mau tengok bola ja. hahaha
Itu saja entry buang tebiat aku.
Bye. Have a great weekend.

Wednesday 16 November 2011

Telatah anak bujangku

السلام عليكم & Hi :)



Balik rumah kemarin. Tengok baju + jeans untuk dipakai jenjalan bersepah di lantai.
Terkejut mak tau ;P
Bila masa anak bujangku nie jalan???
Rupanya dorang jalan ke KFC dengan family jiran :)
Buka almari, tengok-tengok kamera tidak terletak di kedudukan asal.
Tanya my lil brother samaada dia ambil ke tak? Lil brother cakap takde plak.
Dia siap suruh tanya dengan baby. Panggil baby yang bermain di rumah jiran.

Dialog


Aku : B siapa kacau kamera mama?


Baby : Nda tahu.


Aku : Bukan Baby ka? Pak cik Mon cakap baby yang kacau! Kasih tahu mama betul-betul!!!


Baby dengan muka takut-takut jawab : Mak, tadi kami jalan bha dengan kawan aku. Aku mau bergambar. Aku bawa lar kamera. Tapi kamera nie nda hidup. Penat aku tekan-tekan.


Aku : Dui nah anak mama nie. Pintar bangat. Camnekan mau hidup kalau nda ada bateri. [ketawa berabis aku. hahahahaha]


Baby terus amukan, sebab aku ketawakan dia. hahaha. Dah pesan dengan dia jangan kacau / bawa kamera tanpa izin mama ;)
Macam-macam hal anak bujang aku nie! hikhik

p/s - so cute baby mau take photo dengan kawan dia [from Peninsular] yang mau balik nda lama lagi. :)

Tuesday 15 November 2011

Bosan

السلام عليكم & Hi :)

Aku bosan dengan template blog aku sekarang.
Dari tadi pagi aku cuba-cuba godek template.
Ingat nak design baru. Tapi hampa. Takde yang melekat / ngam dengan jiwa ini.
huhuhu.
Nak tukar simple template ke picture window template. Tapi coding comment dan lain-lain tak dapat tukar.
huwarggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh
Tutorial coding yang aku guna pun tak dapat cari / google.
Kalau tak senang je. Ermmmmmmmmmm

Monday 14 November 2011

Day by day [2]

السلام عليكم & Hi :)

++ Mama and baby ++


Aloha!!!
Cuti sekolah dah bermula. Ringan sikit bebanan. Tapi pening plak coz baby teda kerja lain. Main ja. hohoho
Photo diatas diambil ketika majlis graduasi baby 3/11 yang lalu.
Masa nie baby masih demam. Tapi semangat nak naik pentas, demam pun tak kisah. hikhik


++ The Chicken Dance ++


++ Lagu latar ++


Baby join persembahan "The Chicken Dance" pada majlis perpisahan sekolah.
Spontan nie. Takde latihan bagai. hikhik.
Kalau ikutkan baby memang takde ikut apa-apa persembahan. Tapi aku nie main hentam suruh dia berbaris.
Ingatkan nak ambil sijil dah. Rupanya nak buat persembahan.
Baby dengan muka blur terpaksa ikut. hahaha.


++ Ayam BBQ ++


Ini 1st time masak ayam bbq. Atas permintaan baby yang balik-balik nak makan ayam bbq ;)
Nasib baik menjadi gak. Baby siap makan bertambah. Sedap katanya :D
Mana aku tak bangga, anak puji katakan. hahaha
Senang je nak masak nie. Main campak2 je bahan-bahan.
Paling penting sekali harus perap ayam dengan sos bbq. Aku guna sos bbq life. Tengok photo di bawah.


++ Life BBQ Sauce ++


Malam sabtu, baby dan hubs ke rumah BIL. Tidur kat sana.
Aku kat rumah sendiri, layan dvd marathon. hehehe.
Cerita weekend aku ;)
Bye

Friday 11 November 2011

Ada apa 11.11.11?

السلام عليكم & Hi :)

Untuk aku :-

- pendaftaran sekolah rendah my baby. dapat kelas 1 Smart.
- ambil result peperiksaan akhir tahun my little brother.

Itu saja. By the way, hari ini Jumaat.
Aku adalah sangat happy coz weekend again ;)
Tomorrow baby ada Majlis Perpisahan. WAJIB datang.
Today last day school for year 2011!
Tapi tadi pagi aku tak hantar plak my baby ke sekolah.
So, Yesterday is my baby last day lah. hahaha.
Have a great weekend Mi Amore :)




Hope your enjoy this song for the weekend ^_^

Tuesday 8 November 2011

艋舺耀輝 Monga Yao Hui (ntv7)

السلام عليكم & Hi :)



P/S : Shi Ming, inilah drama yang aku cerita dengan ko hari tue! 


Kemarin melepas tonton drama nie. Gara-gara baby tengok kartun kat tv3.
Biasanya memang dah sedia tukar channel ntv7 bila jam 5.50pm.
Aku addict cerita ini! Siap cari kat you tube lagi.
Jumpa memang jumpa. Tapi takde malay translate.
Memang tak faham langsung apa dia cakap. hikhik.
Sekarang Shu Jun dah jadi artis. Siap tukar nama jadi Haru lagi. #pelik nama dia. hikhik
Kesian Yao Hui T_T Boleh plak dia hilang ingatan.
Rasa nak ketuk kepala dia bagi ingatan dia kembali. #geram grrrrrrrrr
hahaha. Ok. Gotta go now. Bye

Soffiya

السلام عليكم & Hi :)



Drama Soffiya nie aku layan kadang-kadang saja. Tapi hari nie memang wajib tonton. Episod akhir kan ;D
Aku macam dah boleh agak apa akan terjadi? hikhik
Tak nak citer kat sini nanti silap, sendiri malu. huhuhu
Kita tonton dulu malam nie, esok baru highlight ;)
Ok. Bye.

Salam Aidiladha

السلام عليكم & Hi :)



Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam :)
Masih belum terlambat untuk saya wish kan kan. hikhik
How's your Aidiladha celebration?
Saya adalah tak berapa nak menggembirakan :'(
Why? Because saya dan baby tak sihat.
Langsung tak feel raya Aidiladha.
Tapi makan daging memang tak boleh lepaskan.
Lebih-lebih lagi kalau mak masak hitam. Memang terbaikkkk!!!
Oh! yeah.

Kalau ikutkan badan nie, hari nie pun memang malas nak datang kerja.
Tapi kena datang juga. Tak nak manjakan badan nie, nanti terbiasa plak.
Cukuplah 3 hari terlantar sakit kat rumah.
Luckily, hubs ada. Dia lah managed semua kerja-kerja rumah. #Thanks hubs
Kalau hubs tak tolong, memang rumah macam tongkang pecah. hikhik

Ok. Gotta go now. Later will continue. [maybe ;P] Bye.

Wednesday 2 November 2011

Hello November

السلام عليكم & Hi :)



Akhirnya, bulan Oktober telah berlalu.
Kalau dulu-dulu time sekolah, happy sangat bila dah masuk bulan November.
Tapi sekarang rasa macam takde perbezaan pun. hikhik.
Sama je. Kerja tetap on! Cash haruslah on juga! :P

Cuti aku dah di-approved ;D
Tapi tak happy coz semalam baby demam :'(
Suhu badan dia tinggi sangat. Lepas bagi minum ubat baru turun sedikit tapi still panas juga.
Siap gilir-gilir dengan hubs lap badan baby dengan air sejuk.

Alhamdulillah. Pagi tadi demam dia dah kurang. InsyaAllah sembuhlah hari ini.
Kalau masih panas gak, esok baby tak dapat pergi Graduation Day dia lah.
huhuhu. Sedih mak :P

Korang ada tonton drama Cinta Elysa semalam? Eh...
Elysa dan Aril dah nikah. Sangat suka :D
Tak sabar nak tunggu episod akan datang!

Ok. Gotta go now. Bye

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.