Tuesday 22 September 2015

19 Sep 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Sabtu lepas adalah hari lahir husband dan wedding anniversary kami.
Takde sambut gempak-gempak.
In fact macam hari-hari biasa except aku buat kek coklat moist.
SIL and hubs niece datang malam bawa kek coklat moist too.
And the cake taste delicious :D

To my husband,

Happy birthday and happy anniversary to both of us <3 <3 <3
May our marriage blessed with love, joy, happiness and our bond stays till the end of time.

xoxo

Bye.
Take care.

Monday 7 September 2015

Karipap sardin

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Malam ahad lalu, berjaya buat karipap inti sardin.
Ini adalah first trial buat karipap inti sardin.
Walaupun kulit karipap ada tebal sedikit tapi inti sardin sedap.
Overall, semua puas hati.
Adik lelaki siap suruh aku jual lagi. hahaha
Resepi aku main agak-agak je.
Inti Sardin
Bahan-bahan
-Bawang bombay
-Sardin tin kecil
-Kentang saiz sederhana 3 biji
-Garam secukup rasa
Cara-cara
-Tumis bawang sampai garing.
-Masukkan kentang yang dipotong dadu.
-Masukkan sardin dan tumis hingga kering.
Kulit karipap
Bahan-bahan
-Tepung gandum
-Minyak masak
-Garam sedikit
-Air
Cara-cara
-Satukan tepung gandum dengan minyak masak dan garam.
-Masukkan air ke dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.-Kemudian tekap menggunakan acuan karipap, isi inti sardin dan kelim.
Yang biasa kelim manual boleh saja. Aku tak pandai. Kena guna acuan juga :P

Sabtu
Jalan-jalan ke Star City tengok Bundle Music Fest, Oceanus Waterfront Mall.
Sempat bawa my Iful ke saloon gunting rambut.
Hubs pun gunting rambut sekali.
Tak suka rambut panjang katanya. Padahal takde panjang sangat pun.

Ahad
Santai di rumah je. Buat donut love.

Itu adalah aktiviti minggu lalu aku.

Sekian.

Take care.
Bye.


Wednesday 2 September 2015

Donut

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Akhirnya aku berjaya juga buat adunan donut sendiri tanpa ada pertolongan atau tunjuk ajar dari mak.
Actually, donat adalah kuih yang paling aku fobia nak buat sendiri.
Coz, pernah ada pengalaman buruk dari kuih ini.

Last week, entah dari mana datang kerajinan aku nak buat adunan donut.
Memula uli, takut juga adunan tak jadi coz melekat-lekat di jari tepung-tepung tu.
Tapi bila dah uli sebati. Takde melekat pun.
Bagi rehat doh. Nak bagi dia kembang.
Masa tunggu doh kembang pun, nervous juga.
Takut tak kembang-kembang. hahaha
Tapi kembang juga.
Buat donut bentuk love. Coz takde acuan bulat donut tu.
Main tekap-tekap bentuk love.
Lepas tu bagi rehat lagi, nak biar dia kembang.
Then, baru goreng.
Gebu ok. Lembut lagi. (*thumbs up)
Tanya pendapat hubs, ok katanya. Lembut.
Anak-anak pun suka.
Gembira ok.
Buat sekilo tak cukup lepas dah bagi-bagi dengan jiran dan anak-anak buah.
Rasanya every weekend aku kena buat ni.
Sebelum ni selalu buat kek marjerin kukus je.
Tapi dah bosan plak, asyik kek marjerin kukus je.
Now, penangan donut plak.
Entah sampai bila boleh bertahan ;)

Ok.
Bye.

Happy Meal : Transformers Robot In Disguise & Littlest Pet Shop

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)



13 Aug - 19 Aug = Bumblebee & Scout Kerry

20 Aug - 26 Aug = Clampdown & Buttercream Sunday

27 Aug - 2 Sep = Grimlock & Regina Vogel

3 Sep - 9 Sep = Optimus Prime & Russell Ferguson

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.