Wednesday 21 October 2015

Tadika untuk baby Izul

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Aku dah survey dua tadika untuk baby Izul tahun depan (2016).
Kedua-dua tadika menepati piawaian aku.
~ Islamic teaching
~ Nursery on evening
~ Berdekatan dengan rumah
Tapi kami belum decide lagi nak hantar kat tadika yang mana.
Kena pertimbangkan baik-baik.
Sebab aku nak baby Izul bersekolah di sana sehingga ke usia 6 tahun.
Jadi kena pilih yang sebaiknya.
Mudah-mudahan pilihan kami adalah terbaik untuk baby Izul.

credit:: newyorker.tumblr.com
Terima kasih sudi baca.

Tuesday 20 October 2015

Zalora Voucher Code

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Untuk kalian yang suka membeli-belah.
Bolehlah check website Zalora.
Online shop yang mempunyai ratusan jenama di bawah satu bumbung.
Dua gambar di bawah adalah antara koleksi baju Zalora yang aku beli.

credit:: Zalora

credit:: Zalora

Dan banyak lagi yang aku tak ter-save gambarnya.
Untuk pembeli pertama yang membeli di Zalora, kalian boleh mendapatkan diskaun 15%.
Tapi dengan syarat kalian tak lupa masukkan kod berikut " ZBAPhTG ".
Jom, mari membeli-membelah di Zalora :D
Jangan terlupa masukkan kod " ZBAPhTG " untuk diskaun 15%.
Dah dua kali ingatkan. Tak tahu nak khabar macam mana lagi kalau kalian lupa juga.
hahahaha :P

Terima kasih sudi baca.

Monday 19 October 2015

Half day

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Hari ini aku ambil leave half day.
Ke Kepayan Perdana untuk renew insurance kereta mak.
Dari Kepaya Perdana aku ke UTC.
Memandangkan parking UTC yang terhad.
Aku park kereta mak di Masjid Negeri kemudian berjalan kaki ke UTC.
Selesai urusan di UTC, aku balik hantar kereta mak ke rumah.
Kemudian bertolak ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam i.e. bas.
Tak larat nak drive kereta mak ke tempat kerja.
Tak berkeyakinan. Lagi pun aku dah hampir setahun tak drive.
Lebih selesa menggunakan pengangkutan awam i.e. bas walaupun hakikatnya pengangkutan awam itu tidaklah seselesa mana pun.
Tapi hanya itu pilihan yang ada. Kenalah redha.
Ada terlintas di fikiran untuk beli kenderaan sendiri.
Tapi bila memikirkan kewangan kami yang terbatas.
Tangguhkanlah keinginan itu.
Redha saja guna bas atau jalan kaki.
Janji segala urusan dapat diselesaikan.
Semoga tahun depan, kami mampu mempunyai kenderaan sendiri. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kalian doakan kami ya.
Alhamdulillah.

credit:: naziman.tumblr.com
Terima kasih sudi baca.

Lembaran baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Lembaran baru untuk blog lama aku.

Semua post terdahulu aku telah revert ke draft.

Rasa apa yang aku post sebelum ini penuh kekhilafan.

Entah kenapa aku rasa hati tidak tenteram dengan post-post aku yang terdahulu.

Apa pun keburukan aku semuanya datang dari aku dan kebaikan itu dari Allah SWT.

Semoga selepas ini, aku akan lebih rajin menulis dan berkongsi cerita dengan kalian.

Terima kasih sudi baca.

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.