Tuesday 30 August 2011

Baby wishes

Baby ucapkan selamat hari raya aidilfitri ;-) Peace no war.

Selamat hari raya

Salam Aidilfitri buat semua :-D Sent by Maxis from my Z610i®

Monday 29 August 2011

Biskut cornflakes. 1st time cuba. Resipi

Biskut cornflakes. 1st time cuba. Resipi yang sangat mudah dan tidak memerlukan bahan2 yang banyak. Sedap B-) tak sia2 cuba. Sent by Maxis from my Z610i®

My 1st fruit cake. Fresh from oven ;-) S

Yesterday I bake my 1st fruit cake. Fresh from oven ;-) Sent by Maxis from my Z610i®

Friday 26 August 2011

Last day before raya holidays

السلام عليكم & Hi :)

Hello semua ^^
How are you today?
I'm super duper happy today.
You know why? Read the title to know the answer :P




Nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua follower-follower blog saya, blogger-blogger, kawan-kawan alam maya dan realiti, tidak dilupakan buat keluarga, keluarga mertua dan sahabat handai sekalian.
Ampun maaf dipinta ikhlas dari sudut hati :)
Maafkan saya sekiranya terkasar bahasa dan lain-lain.




Hati sayu terkenang bulan Ramadhan akan berlalu tak lama lagi :'(
Adakah ini Ramadhan terakhir saya?
Adakah ini Ramadhan terakhir saya?
Adakah ini Ramadhan terakhir saya?
Hanya Allah SWT yang mengetahui.





p/s ~ kemungkinan takkan dapat pergi facial T_Tskkkk


Happy birthday Sister Parma

السلام عليكم & Hi :)



Dear Parma ♥ 
You made my childhood special ♥ . 
And although the times have gone, the sweet memories shall never fade ♥ 
May you have a great life ahead ♥  
Wish you a very happy and warm birthday ♥ 
Love you my sweet sister ♥ ♥ ♥ ♥ ♥




No but..truly the best sister I have!!!!





Thursday 25 August 2011

Thank you Allah

السلام عليكم & Hi :)



For today.
For everything.



Contest "AKIRA GAYARAYA" di suriafm sabah facebook

السلام عليكم & Hi :)

Contest nie dari minggu lalu lagi saya nampak.
Tapi malas nak upload gambar.
Minggu nie baru upload. hehehe
Hope dapat menang lar!!!! Amin.
Hadiah adalah ketuhar@oven. Terbaikkk ^o^
Ini gambar yang saya upload ke wall page facebook suriafm sabah.




Lupa plak kena buat slogan juga. Nak tahu slogan saya apa?
Go check it kat link nie Contest.
Dah alang-alang kat sana check. Bolehlah korang tekan butang Like!!!!
Terima kasih :)


Wednesday 24 August 2011

Whitening Facial Treatment + Jacuzzi + Sauna @ Cahaya Ratu Beauty Centre (Putatan Square)

السلام عليكم & Hi :)

HIGHLIGHTS
  • 80% OFF for Whitening Facial Treatment + Jacuzzi + Sauna @ Cahaya Ratu Beauty Centre
  • Only RM35 instead of RM178
  • Located in Putatan Square
~11 simple steps in Whitening Facial Treatment:
  • Double cleanse
  • Scrub
  • Steam
  • Pimple Extraction
  • Ultrasound Machine
  • Face Point massage
  • Shoulder Massage
  • Soft mask
  • Refreshing Toner
  • Day Cream
~Benefits of Whitening Facial Treatment (60mins):
  • Complexion Lightening
  • Minimizes appearance of pores
  • Smooth fine lines
  • Hydrating
  • Moisturising
  • Soothing & calming
  • Benefits of Jacuzzi (15mins):
  • Relaxing body & mind
  • Immediately rejuvenated & refreshed
  • Extra energy
  • Whitening
  • Slimming
~Benefits of Sauna (30mins):
  • Weight Loss
  • Detoxification
  • Negative Ions and Blood Pressure

Our appointment this saturday 27th August.
Can't wait ^o^
So excited!!!!!!!
Will be going with mama Syaffieq :)


Monday 22 August 2011

Zakat Fitrah

السلام عليكم & Hi :)




Korang dah bayar zakat fitrah?
Kalau belum, baik cepat-cepat bayar.
Takut-takut nanti terlupa plak.
Alhamdulillah, semalam hubs dah bayar zakat kami untuk tahun ini :)
Persiapan raya takde lagi. Tunggu income masuk.
huhuhu.
Dahulukan yang penting dulu. hehehe
Bagi yang tak tahu, kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah tahun ini adalah RM 7.00 seorang.
:)


Friday 19 August 2011

Selamat tinggal Lesen Percubaan

السلام عليكم & Hi :)

Saya tahu saya jarang update blog :'(
Takde aktiviti menarik untuk dikongsikan lagi.
Lepas Ramadhan baru saya cuba untuk update hari-hari ;)


Hari ini saya kerja half day je.
Pagi saya pergi renew lesen.
Tapi before tue pergi cuci gambar.
Salah cuci gambar kemarin. Membazir je kena cuci 2 kali -.-




Saya dah tak pakai lesen Percubaan dah. Tapi saya masih belum mahir sangat memandu nie =.=''
Bayangkan dalam 2 tahun saya pegang lesen Percubaan tue, saya memandu ada berapa kali je.
Siap boleh dikira dengan jari lagi. hahaha :P
Tapi tak kisah lar. Janji dah ada lesen. LOL




Masa kat JPJ tadi, saya dapat nombor giliran favorite saya 7088. Paling mahal 88 lar. hehehe
Sebelum tue saya check nombor pendaftaran kenderaan kat papan kenyataan JPJ.
Dan baru saya tahu rupanya nombor favorite saya 6688 adalah nombor pendaftaran popular :D
Mesti mahal tue kan kalau nak ambil nombor tue!!?


Prosedur nak renew lesen sekarang senang je. Takde pun minta salinan kad pengenalan.
Sedangkan saya pun dah siap-siap copy 2 keping kad pengenalan.
My friend cakap kena ada copy. Maybe dulu punya prosedur kot.
Lesen P saya pun tak kena ambil. Dorang gunting je bucu dia then dorang bagi saya balik.
Saya ingat kena ambil. Rugi saja saya colour copy plus laminate. huhuhu


Lagi satu kalau kita renew lesen before expired, kita cuma boleh renew [1]setahun je.
So, tadi saya renew setahun punya je. Next year, saya kena renew lagi.
Memula, ingat nak renew 2tahun. Tup tup 1tahun je dapat.
Kalau nak datang Isnin boleh lar. Tapi Isnin nanti saya susah nak escape dari office.
Lagipun minggu terakhir bekerja. Harus bekerja dengan sepenuhnya, nak cuti raya kan :P




Malam nie saya nak hantar adik bongsu ke Hotel Le Meridien :'D
Ada majlis berbuka puasa bersama Engineer Petroleum.
Tapikan majlis tue habis jam 930malam, saya tak tahu nak buat apa sampai habis function tue :(
Or maybe saya hantar adik ke Hotel then balik rumah. Jam 930malam baru turun ambil dia balik.
Tapi bila saya dah balik, saya mesti tertidur awal punya. huhuhu
Pusing kepala saya memikir.


Sekian :)


Tuesday 16 August 2011

Kompleks Karamunsing Lucky Draw, Pre Raya Shopping

السلام عليكم & Hi :)

1st of all, I wanna say sorry blog for neglecting you and disappointing my follower :"(
Macam biasa jawapan standard #1busy dan #2 laptop problem!!!
Pasal tue tak dapat nak update selalu. LOL




2nd nak ucap thanks kepada semua follower saya sebab sudi follow blog saya yang cerita entah apa-apa :P
Terima kasih banyak-banyak korang sebab follow blog admiregreen.blogspot.com ^_^




Back to the title ;P
Hari tue saya ada cerita saya beli home theater baru kan ;). Baca Entry Ini.
Masa beli home theater tue, kebetulan Kompleks Karamunsing sedang mengadakan Lucky Draw setiap 15hb. Dengan pembelian tersebut, saya mendapat beberapa keping kopun Lucky Draw :)




Majlis pengumuman Pemenang Lucky Draw bermula pada jam 7pm. Memula plan nak berbuka di Kompleks Karamunsing je. Tapi last minute change plan, sementara tunggu masuk waktu berbuka kami jenjalan window shopping di Sinsuran. Tapi akhirnya terbeli juga ;P Beli baju melayu untuk baby. Baby tak sabar minta beli, nak tak nak belikan dia je. Masa beli nie, saya cuba-cuba tawar. Bagi lar harga rendah dari tanda harga kat baju tue. Bos tue tak nak bagi plak bagi harga yang saya tawar tue. Saya apa lagi, letak baju tue dengan slow motion. Pura-pura nak berlalu pergi. Tapi dia tahan plak ;) dia bagi harga RM 1 tinggi dari harga tawar saya. Dan saya haruslah beli, dah berjaya kan taktik saya. hehehe
Dengan taraf kehidupan yang tinggi pada masa kini, kita haruslah pandai membajet :"D
Masa bayar ke kaunter, cashier tengok harga pada bil dan tanda harga kat baju, muka terus kelat.
Mesti tak dapat komisen kot. Dah bagi harga runtuh. hikhik


Jalan-jalan lagi. Tengok baju untuk saya plak. Tapi takde lagi berkenan.
Ada pun takde saiz untuk saya. Kesian saya. huhuhu :'(
Tengok jam dah hampir waktu berbuka. Terus menuju ke pasar malam filipina.
Kebanyakan gerai dah penuh. Jalan ke dalam sikit, dapat gerai yang boleh memuatkan kami berempat :P
Masuk gerai tue, baru je saya nak duduk. Tetiba pekerja lelaki tue suruh kami pindah ke belakang.
Katanya nak bagi penuh meja belakang tue. Saya pun cakap nak duduk sini je, nanti yang lain datang dorang boleh duduk kat belakang. Dia tak nak bagi juga. FINE.
Saya berdiri dan terus jalan ke belakang, tapi saya tak duduk area gerai dorang.
Saya pindah gerai lain. Lelaki tue terus panggil saya balik. Tapi saya tak nak dah.
Hubs pun blur tengok saya. Tapi dia tak cakap apa-apa. Dia tahu dah saya tengah bengang =.='
Keputusan saya untuk berpindah tempat memang tepat. Coz tempat duduk yang kami dapat tue lebih berangin. hehehe :D




Hidangan untuk berbuka kami adalah :-
* bakso ayam dan nescafe panas untuk saya
* nasi goreng daging dan milo ping untuk hubs
* soto daging dan milo ping untuk adik lelaki saya
* soya untuk baby
* kuih-muih
Jumlah keseluruhan makanan kitaorang RM 20+ je. Kira murah lar bagi empat orang makan. hehehe
Kalau makan kat KFC plak, harga tue hanya untuk 2 orang saja. huhuhu
Masa bayar, saya hampir ditipu lagi. Boleh dorang terlebih kira. Nasib baik saya dah kira awal-awal.
Kalau tak sia-sia rugi RM. huhuhu. Kerana sikap saya nie, hubs bole plak samakan saya dengan mak Shin Chan. Korang ada tengok episod sabtu 13/8 lalu tue? Kalau ada tengok tahu lar kenapa hubs samakan saya dengan mak Shin Chan. hehehehe ;)




Lepas makan, kitaorang pun gerak ke Karamunsing dengan harapan dapat menang Lucky Draw.
Tapi hampa. Takde menang apa pun. Kopun yang saya dapat memang tak lucky :(
Dan sekian laporan aktiviti saya kemarin.


Terima kasih sudi baca.


p/s~saya akan digunakan bagi menggantikan aku dari entry sebelum nie ;) kalau sudi, sila komen ^^


Thursday 11 August 2011

11.08.2011

السلام عليكم & Hi :)









#True



#I will



#miss you dear :"(


#really2 true



#yes. you are. my hubs <3





Update ringkas je ;)
Cepat sungguh masa berlalu!
Pejam celik, pejam celik dah 11 Ramadhan :D
Alhamdulillah masih dapat berpuasa.
1st Ramadhan, jam 2pagi aku dah bangun.
Mak suruh bangun. Katanya nak sama2 masak sahur.
Tunggu2 mak bangun. Takde munculnya.
Last2 mak bangun dah jam 3pagi.
Aku awal sejam bangun. Bagitahu mak aku bangun dari jam 2pagi lagi.
Mak boleh ketawakan aku plak. Katanya jam 3pagi. Aku yang tersalah dengar. hehehe
{Excited nak puasa sampai tersalah dengar lar plak :P}
hahahaha
Dan Ramadhan seterusnya aku bangun untuk sahur jam 3pagi.
Ramadhan akhir2 ini plak, hubs yang kejutkan aku ;P
Paling best!!!!!! Bangun bangun hidangan dah sedia :D
Tinggal makan je. Rajin hubs aku kan!!!
hahaha. Actually dia bagi panas lauk je pun ;P
Tapi kira rajin juga lar kan.
Baby awal2 dah request baju raya.
Bingung aku dibuatnya. Dah bagitahu banyak kali, nanti nak dekat raya baru beli.
Tapi tak pandai faham2 juga. Siang malam asyik tanya je bila nak beli baju raya dia.
Rasanya dia begitu coz kawan2 sekolah lain cerita kot dorang dah sedia beli baju raya.
Baby sekali je bangun ikut kami sahur. Katanya nak puasa.
Tapi bila ke sekolah, nak bawa air plak.
hahaha.
Ok. Itu je.
Ending macam gitu je. Hik hik



Wednesday 10 August 2011

WW : Rain please come

السلام عليكم & Hi :)


Tuesday 9 August 2011

London Riot

السلام عليكم & Hi :)


LONDON -- The gritty north London neighborhood of Tottenham exploded in anger Saturday night after a young man was shot to death by police.
Two patrol cars, a building and a double-decker bus were torched as rioters clashed with officers in front of the Tottenham Police Station, where people had gathered to demand "justice" for the death of a 29-year-old killed in an apparent gunfight.
"It's really bad," said local resident David Akinsanya, 46. "There are two police cars on fire. I'm feeling unsafe."
Sirens could be heard across the city as authorities rushed reinforcements to the scene. In Tottenham shop windows were smashed as residents looted the stores, pushing shopping carts full of stolen goods down the street.
Officers in riot gear and on horseback pushed up against the demonstrators. Akinsanya put the number of demonstrators at between 400 and 500. Police said there were about 300 people gathered.
Miles from the tourist hotspots of central London, Tottenham is one of the most deprived areas in all of England, with nearly half of all children living in poverty, according to campaigners.
In 1985, Tottenham was the scene of a deadly riot after a local woman suffered heart failure when her home was raided by the police. The Tottenham riots were among the most violent in the country's history, with one officer stabbed to death as he tried to protect firefighters and nearly 60 others were hospitalized.
source : huffingtonpost

#pray for London..terutama umat islam yang berada disana..

Wednesday 3 August 2011

WW : Disconnect

السلام عليكم & Hi :)


source : tumblr

Tuesday 2 August 2011

Salam 2nd Ramadhan

السلام عليكم & Hi :)

Selamat berpuasa kepada semua umat islam, rakan-rakan blogger sekalian juga follower2 blog saya.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadat puasa pada tahun ini.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan tahun lalu.
Marilah kita bersama-sama mengambil peluang untuk mengaut "harta" sebanyak mungkin.
:)


NIAT PUASA (HARIAN)


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

DOA BERBUKA PUASA


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

DOA SELEPAS BERBUKA PUASA


Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.




♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.