Thursday 28 June 2012

Tudung bawal

السلام عليكم & Hi :)

Setelah lama tidak memakai tudung bawal, aku sudah tidak pandai menggayakannya lagi.
Paling fed up sekali. Bila aku mahu pakai, tapi tidak boleh adjust ikut muka aku.
Damn! Buat aku mengamuk depan cermin pintu almari aku.
Last-last tudung bawal tue aku campak balik ke dalam almari.
Dan end up memakai shawl je. Lilit-lilit siap.
Damn! Kenapa aku nda pandai sudah nie?
Rindu oh mau pakai tudung bawal macam dulu. Lihat photo di bawah.


Sweetkan aku di sini :P
This photo capture by my bff Ema at 1Borneo Hypermall. #IMissYouDear
My first time jejakkan kaki ke 1Borneo walaupun telah lama dibuka secara rasmi. Pity me :(
hahaha. Tapi sekarang bosan sudah di 1B. Kalau aku rajin check in di four square boleh jadi mayor sudah. hahaha. #JustKidding :P


Sekian.




Wednesday 27 June 2012

11 weeks

السلام عليكم & Hi :)

Isnin aku ke KKIA untuk regular check up.
Timbang berat badan, urin test dan ambil ubat.
Takde prob kesihatan buat masa ini. Cuma kadang-kadang mengalami sakit pinggul.
Maybe aku terlalu duduk lama kot. huhuhu

Selasa, kemarin. Aku dah order birthday cake untuk my Iful.
Chocolate moist cake macam tahun lalu. Design aku bagi kebebasan sepenuhnya kat baker.
Lantaklah design apa. Yang penting nampak untuk budak 7 tahun punya. hehehe
Bukan apa coz my Iful tiada plak mahu request apa-apa biar aku hint-hint sudah.
Yang dia minta kek coklat sahaja ;)

My iful request nak ke beach pada hari jadi dia iaitu hari sabtu.
So, plan nak piknik reramai dengan my family.
Nanti ajak my sister dan anak-anak buah aku join sekali.
Hubs time tue, keja kot. So, tak dapat nak join piknik kami tue.
Tapi never mind lah, boleh aja lain kali kan.

Last week, aku super duper tired.
Kat opis tak juga sibuk melampau.
Tapi entah kenapa aku rasa penat sangat.
Rata-rata house chores semua, my hubs yang buat.
Terus rasa macam derhaka plak.
Ada gak tanya hubs kalau dia kisah.
Dia cuma cakap tidak apa, lagipun ayg kan mengandung.
Serba salah gak aku dibuatnya. huhuhu
Lain lagi permainan emosi, kalau dilayan boleh jadi perang dunia.
Alhamdulillah bersyukur sangat dapat suami macam hubs walau banyak kekurangan di mata orang lain tapi dimataku dia tetap sempurna :D

Perkembangan perut, makin ketara.
Kadang ada yang perasan, kadang tiada.
Tapi yang aku tahu, 12 weeks nanti tiada sudah seluar boleh muat sama aku kecuali legging.
Aku kalau boleh tak nak pakai legging, tapi seluar tue je yang selesa untuk perut aku. huhuhu
Oklah itu sahaja yang aku nak update.
Photo memang tiada. Hubs tidak galakkan aku bergambar.
Tapi biar dia suruh pun, aku tidak mahu juga.
Benci tengok muka sendiri. Ada ke macam nie? hahaha

Sekian.

Friday 22 June 2012

Samsung Smart Camera DV300F or Samsung Smart Camera WB150F

السلام عليكم & Hi :)

Akhir-akhir ini aku selalu update tanpa gambar atau pun gambar yang diambil oleh hp murah aku =.='
Kualiti gambar yang diambil oleh hp murah aku plak memang sangat low quality.
Jadi aku nak penuhi wish list aku iaitu membeli sebuah kamera baru ;D
Bila ada kamera baru mesti syok nak bergambar. hehehe
Survey-survey di pasaran, aku tertarik dengan [2] dua kamera keluaran Samsung iaitu :

1. Samsung Smart Camera DV300F 

DV300F
DualView™ Digital Camera
  • Wireless-Enabled
  • 16MP CCD Sensor
  • 3.0" TFT Back LCD Screen
  • 1.5" LCD Front Screen



2. Samsung Smart Camera WB150F


WB150F
Long Zoom Digital Camera
  • Wireless-Enabled
  • 18x Optical Zoom
  • 14MP CCD Sensor
  • 720p HD Movie Recording


Antara kedua-dua kamera ini, korang rasa mana yang lebih menarik?
For me, cukuplah Samsung Smart Camera DV300F  :'D
16 Mega pixel tue!
Harap-harap dapatlah tertunai wish list aku nie ;P


Image courtesy of Samsung. TQ


Tuesday 19 June 2012

Boy or Girl?

السلام عليكم & Hi :)

Nak tak nak kena update blog gak! Dah lah last update khamis lalu. huhuhu
Tittle post Boy or Girl? Kenapa?



Coz rata-rata kawan, mak cik, strangers yang nampak perut aku mesti cakap baby Girl.
Sedangkan hati aku cakap baby boy. hehehe
Tapi aku nda kisahlah baby boy ka or baby girl, janji sihat walafiat, cukup sifat/ akal.
Kalau my Iful dia memang mahu baby girl sebab dalam family aku belum ada baby girl.
Anak kakak [2] dan adik [1] aku semua pun lelaki. {no dlm kurungan jumlah anak ;)}
Sebelah in law pun begitu 5 girl je. Starring banyak.
So, kalau dapat girl lagi boleh lawan starring sudah. hahaha
Oklah entry ringan-ringan je.

Sekian.

Thursday 14 June 2012

Anmum Materna

السلام عليكم & Hi :)

Kemarin update bagitahu belum start minum susu Anmum Materna kan.
Balik dari kerja kemarin, tetiba hubs suruh beli susu Anmum Materna.
Aku memula tak nak coz kiranya 4month nanti baru aku start minum.
Tapi hubs dah paksa beli. Haruslah dengar kata suami dan beli susu Anmum Materna perisa coklat ;)
Mesti perisa coklat ya. Kalau perisa asli susu tue, tak lalu kat tekak aku.
Sia-sia je nanti minum tapi muntahkan balik. Tak ke membazir tue :P

Mak semalam masak rojak ayam :D Ya Allah, sedap sangat! Tapi aku tak makan banyak coz nak makan telur tomato masakan mak. kalau tak, memang aku bedal 2piring bagi licin. hehehe
Dan semalam adalah paling lewat aku tidur. Serius lewat, hampir 12am baru tertidur.
Dah lah pagi jam 5am kena bangun sediakan bekal my Iful.
Alhamdulillah dapat gak bangun walaupun mata sangatlah mengantuk. huhuhu

Oh lupa plak. Yesterday sempat singgah kedai mama Syaffieq.
Tak sangka dia prepare birthday gift untuk aku walaupun dah terlewat.
Serius terharu sangat T_T
Buat mama Syaffieq terima kasih sudi bagi hadiah untuk aku. Walaupun ko rasa hadiah tue tak seberapa tapi aku suka sangat dan bermakna untuk aku :"D
Nak tahu hadiah apa mama Syaffieq bagi aku? Baca di bawah.

Mama Syaffieq hadiahkan aku selendang tokyo dan brooch comel.
Actually aku memang mau juga beli nie selendang tokyo. Tapi tiadalah aku berkesempatan untuk survey diluar. Kalau survey butik online, memang hari-hari. hahahaha
Syok borak-borak dengan mama Syaffieq tentang pengalaman bersalin sampai hubs bagi signal balik.
Coz dah lambat. Macam tak puas plak berborak dengan mama Syaffieq.
InsyaAllah 20hb nanti lepas balik dari KKIA jumpa Doc singgah kedai dia lagi :)

Sekian.

Wednesday 13 June 2012

9weeks

السلام عليكم & Hi :)

Aku dah boleh cope sebahagian morning sickness aku.
Tak macam dulu. Rasanya makin berkurangan kot.
Food cravings makin bertambah-tambah.
Ikan adalah favorite aku sekarang. Tapi mesti yang panas-panas atau baru masak.
Kalau sudah sejuk tue tidak juga aku mahu makan.
Belum lagi start minum Anmum Materna. Minum susu coklat biasa sahaja.
Perut semakin ketara. 2 jeans je yang still muat aku pakai coz getah, boleh regang ;P
Yang lain bye bye. Mau cari dress nanti untuk dipakai ke tempat kerja!
Kalau ikut Tips Mengetahui Jantina Bayi besar kemungkinan 2nd baby aku ini baby girl.
Tapi tak tahu betul ke tak. Nanti besar ckit baru aku scan betul-betul untuk confirmkan jantina baby.
Kalau my hubs punya instinct baby girl coz dia cakap aku punya perangai lain dari time aku mengandungkan my Iful ;P Lain je maksud my hubs kan.
Adakah lain perangai tue kebaikan or keburukan? Itu aku tak tahulah.
My hubs je yang boleh jawab soalan tue. hehehe :P
Lately, my Iful manja semacam je. Kejap-kejap cranky. Kami tercakap kuat dengan dia terus nangis.
Dah tue siap merajuk. Kena pujuk manja-manja. Bingung aku terus =.='
Tapi sayang adik sangat. Excited dia. Siap suruh cepat keluarkan adik :P hahaha
Aku bagitahu my Iful yang adik dia keluar bila dia darjah 2, adakah terus dia nak register darjah 2 plak. hahaha. Lucu aku dengan celoteh anak bujang aku nie.
Then, dia suka usap-usap perut aku cakap sama baby :D
My SIL cakap, maybe aku lambat dapat 2nd baby coz my Iful belum sedia.
Kalau aku belum rezeki, but now ada sudah :"D
Ok tue saja perkembangan aku setakat nie. Berat badan memang tak boleh cakap. Membesar bagai juara oh! Kalah berat badan time aku prengnant kan my Iful. huhuhu

Sekian.



Friday 8 June 2012

Morning sickness

السلام عليكم & Hi :)

Seriously 2nd pregnancy aku kali ini over sangat morning sickness-nya.
Kadang-kadang sampai aku nak absent je dari datang kerja.
But cannot lah nanti takde maternity leave, dapat notis pembuangan plak. hahaha

Paling aku tak boleh tahan is sakit kepala. Ya Allah, betul-betul aku tak tahan.
Kedua is bau-bauan. Aku ke tempat kerja kan guna pengangkutan awam, so korang bayangkanlah berapa banyak bau-bauan yang aku terhidu. But for now, aku dah dapat penawar iaitu tutup hidung dengan tisu yang dititiskan minyak kapak. Alhamdulillah, berkesan.
Ketiga is rasa lapar padahal baru je makan. Then, bila makan sesuap tup tup dah kenyang plak.
Sayang makanan aku terpaksa dibuang, tapi kadang aku simpan jugalah. Cuma aku tak lalu makan balik makanan tue. Kalau kat rumah senang, ada my Iful tolong habiskan. hehehe

Buat kerja-kerja rumah pun malas. Tapi gigihkan diri juga buat.
Nanti hubs fed up plak. Dah lah baru balik dari kerja, kena buat house work lagi.
Tak pasal-pasal meletus perang dunia. hahaha
Paling best ada anak besar macam my Iful is senang nak minta tolong dia buat kerja-kerja rumah yang ringan like sapu bilik, susun barang mainan dia; pinggan mangkuk dan lain-lain lagi.
Kadang-kadang tue suruh dia masak nasi, tapi sukatan air aku yang sukatlah.
Kalau ikut sukatan dia, tak pasal-pasal makan bubur plak untuk dinner. hahaha
Tapi masak nasi nie kadang-kadang je, macam tak best plak suruh my Iful masakkan nasi. Giler kentang pemalash mama dia. hahaha
Sedikit perkembangan dari aku yang morning sickness. huhuhu

Sekian.

Wednesday 6 June 2012

WW : My 24th birthday cake

السلام عليكم & Hi :)



A rainbow cake.
Cutting session tonight ;)
Happy birthday to me, myself and I.

Tuesday 5 June 2012

Telur masin

السلام عليكم & Hi :)

Kemarin petang balik dari opis, aku singgah Pekan Tanjung Aru.
Hajat dihati nak beli minyak masak.
Tapi entah kenapa, tetiba plak teringin nak makan Telur masin.
Terus cepatkan langkah kaki menuju ke Wholesale supermarket.
Malangnya kat wholesale, stok telur masin dah habis.
Aku masih gigih juga mahu mencari telur masin, maka aku ke pasar.
Tup tup stok telur masin di pasar pun habis juga.
Kira-kira mau surrender sudah, tapi teringat plak Kedai Lai Yaip.
So, aku pun ke sana. Alhamdulillah ada. Terus beli 4 biji :)
Hari ini lunch aku telur masin + nasi putih = marvelous, yummy
Ok itu sahaja cerita telur masin.
hahahaha :P

Sekian.

Monday 4 June 2012

4th June

السلام عليكم & Hi :)

Tiada bha cerita menarik yang aku mahu kongsikan di sini.
Bukan apa, sejak berbadan dua ini malas betul aku berjalan kemana-mana.
Bahkan ke toilet pun malas :P bhahahahaha
Tapi macam nda best plak kalau aku biarkan blog ini tidak ber-update.
So, update cincai sajalah. Janji ada orang bilang[kata]. hahaha
Besok aku dapat sudah my rainbow birthday cake :D
Memandangkan sis homemade bakery tue hantar sebelah pagi, maka aku terpaksa tugaskan my adik bongsu untuk ambil kek itu.
Dan aku juga kena pinjamkan hp untuk my adik bongsu supaya senang mahu dihubungi. hehehe
Aku sangat excited dengan birthday cake aku kali ini!
Sebab lama sudah aku teringin mahu rainbow cake as my birthday cake. hehehe
Minggu ini last sudah school holiday, tapi aku masih hutang Fun Fair lagi dengan my Iful.
Bukan apa, malas bha aku pi sana, terlampau ramai orang.
Mahu pigi time awal, yang baru buka baru ngam. Tapi tue lah belum dapat kasih conform time & date sama hubs. Nanti kalau aku berdua je dengan my Iful pergi, dia kecil hati lagi.
So, ini kena tunggu kata putus dari hubs lah.
20hb nanti aku ada appointment dengan obegyn. Hope tiada apa-apalah teruk nanti.
Bukan apa, aku nda sedap hati nie. Beberapa hari ini, aku mimpi buruk. huhuhu

“Rabbanaksyif ‘annal ‘azaaba innaa mu’minuuna”

Sekian.

Friday 1 June 2012

1st June

السلام عليكم & Hi :)



1st day month of June.
My favorite month.
My birthday will be coming soon! Can't wait to see my rainbow birthday cake :D
And my baby bump is 2months on my birthday ;P
My son 7th years birthday :)
And so much happiness, good news etc! #pray





♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.