Monday 24 February 2014

Ibu, mama, umy, mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Sungguh berat dugaan seorang yang bergelar ibu, mama, umy, mak.
Walaupun kau sudah cuba sedaya-upaya untuk melindungi, mencegah, menjaga dan etc anak-anak dari segala-galanya, bila terjadi apa-apa pada anak itu. Kau juga dipersalahkan.
Tiada yang sudi mahu meringankan beban di hati.
Malah, dituding jari pulak. Dikatakan cuai, tidak pandai jaga anak dan etc.
Macam-macam dikatakan padahal bukan salah / kemahuan ibu, mama, umy, mak.
Tidakkah mereka tahu ada Qada dan Qadar? Yang ditentukan Allah SWT.
Tapi tetap juga insan bergelar ibu, mama, umy, mak dipersalahkan.




Bye.
Take care.

Tuesday 18 February 2014

Sick

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

I'm sick but can't apply MC because I think I can bear it for now.
Plus, I can't never rest if I at home.
There must be a thing I need to done.
Not complaining but it's a fact.
A mother can't afford to apply MC :'(



Bye.
Take care.

Thursday 13 February 2014

Workplace

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Masih bekerja di tempat sama tapi under company baru.
Masih berulang-alik ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam iaitu bas.
Setiap hari bekerja, aku kena menaiki empat buah bas. Every weekdays okkk!
Dari rumah naik bas ke bandar, dari bandar ke tempat kerja.
Dari tempat kerja ke bandar, dari bandar ke rumah.
Rasa penat betul walaupun sudah terbiasa.
Tapi sejak bertambah ahli keluarga iaitu baby Izul, penat dia makin menjadi-jadi.
Sebelum baby Izul lahir, balik rumah aku boleh rehat-rehat kejap.
Sekarang, sampai ja rumah baby Izul nampak terus menangis minta dukung, susu etc.

Disclaimer :: Aku bukan mengeluh!

Sampai ada satu tahap aku rasa mahu resign dan menjadi suri rumahtangga.
Tapi memang taklah. Resign itu impian aku ja.
Namun aku sangat-sangat bersyukur sebab naik bas.
Aku tak boleh bayangkan kalau aku memandu sendiri.
Mesti lagi penat dan stress.
Naik bas, orang lain yang pandu. Boleh lagi kita tidur-tidur ayam.
Itulah aku buat, asal naik bas lagi-lagi bas ber-aircond mesti mata terlelap.
Dapat juga top up tidur yang makin lama makin kurang. hehehe
Majikan aku juga baik walau ada kelemahan.
Tapi aku tutup mata ja kelemahan dia, biar kebaikan ja aku nampak.
Kalau tak makin stress, siapa merana? Aku juga.

Colleague aku pun ok walaupun lelaki.
Tapi best jugalah sebab boleh bertukar-tukar pendapat.
Tapi kami tidak rapat sangat. "Maksud aku rapat yang boleh keluar lunch sama-sama."
Lunch hour, biasanya aku makan di cubicle aku ja.
Depan pc, sambil makan sambil blog walking.

Ermmm, apa lagi aku nak cakap ya?!
Oh, kesimpulannya aku suka kerja aku sekarang.
Kalau tak suka mustahil aku boleh bertahan since 2010 berulang-alik naik bas empat kali sehari untuk ke tempat kerja ;P





Bye.
Take care.

Tuesday 11 February 2014

Bahana duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Isnin lalu aku tolong orang kirim duit.
Jumaat pagi, tetiba dia suruh aku ambil balik duit itu.
Kira cancel dan minta refund.
Tapi jumaat itu aku tak pergi coz hari pertama bekerja lepas cuti CNY.
Balik dari kerja, sampailah ke weekend dok masam muka dengan aku.
Senyum pun tiada. Tegur lagilah tiada.
Aku rasa gerammmmmmmmmmmm sangat-sangat masa ini.
Like seriously, ko punya alasan nda lojik untuk cancel.
Bukan 1 saja ejen bank kan. Takkan yang lain pun gulung tikar.
Isnin, aku bagitahu ke dia. Aku akan urus cancel / refund.
Tapi maybe duit akan kurang coz memang prosedur begitu.
Dia pun cakap oklah.
So, kemarin aku uruslah, isi borang untuk cancel / refund.
Tadi pagi aku bagitahulah aku dah isi borang untuk cancel / refund, tapi kena ambil masa dan duit akan berkurang. Dia pun ok.
Tapi tadi tengah hari, boleh plak dia call bagitahu duit dah selamat diterima / cash out.
Gila apa? Kan ko dah suruh cancel / refund, yang ko suruh "family" ko cash out lagi dah kenapa?
Sekarang aku serba salah coz aku dah isi borang segala untuk cancel / refund.
Silap-silap aku boleh dikenakan tindakan undang-undang coz buat cancel / refund report palsu.
Arghhhhh, tak tahu macam mana aku nak buat ini.
Patutkah aku ke bank semula dan bagitahu yang cancel / refund tidak perlu lagi coz penerima telah cash out? Atau aku tunggu je panggilan dari bank untuk bagitahu yang cancel / refund aku tidak berjaya?
Arggghhhh, anyone help.
Thank you in advance.




Bye.
Take care.

20 day challenge

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Mood aku ber-blog makin merundum.
Bagi merajinkan diri ini untuk ber-blog aku cari challenge yang senang aku update hari-hari.
Dan aku pilih 20 day challenge ini.




Day 1 - 20 dreams you have

Day 2 - 19 quotes you love

Day 3 - 18 names you like

Day 4 - 17 words you like

Day 5 - 16 things you do when you are alone

Day 6 -  15 things you don't like to do

Day 7 - 14 books you have read - would like to read - both

Day 8 - 13 songs you can't stop listening to

Day 9 - 12 facts about you

Day 10 - 11 things in your room

Day 11 - 10 blog posts you love

Day 12 - 9 videos you like

Day 13 - 8 things you are afraid of

Day 14 - 7 things that make a person undateable

Day 15 - 6 things that are making me dumber

Day 16 - 5 pictures of you when you were little

Day 17 - 4 places you want to go to

Day 18 - 3 letters to 3 different people

Day 19 - 2 people you probably shouldn't have dated

Day 20 - 1 phrase that describes you

Paling simple bagi aku.
Takde alasan nak fikir post apa nak publish.
Idea dah ada ;)
Mungkin bagi segelintir, day challenge ini nampak macam kebudak-budakan.
Tapi bagi aku tak.
Bila ada day challenge begini, baru rasa lama tak menulis something personal about myself.
hahahaha :D
Yang berminat, join-lah. Boleh aku tumpang baca.

Bye.
Take care.


p/s :: esok baru aku start ya. hari ini macam malas plak :P


Monday 10 February 2014

Januari

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Januari telah berlabuh, Februari kini menjelma.
Januari bulan yang mencabar buat aku.
Macam-macam hal berlaku.
Tapi aku bersyukur, semuanya aku dapat harungi. Alhamdulillah.

Aku berkira-kira untuk mengongsikan bersama kalian.
Tapi hati aku berat untuk mem-publish.
Mungkin ianya tidak sesuai aku kongsikan secara umum.
Biarlah aku simpan ia.

Aku bersyukur, bersyukur dan bersyukur atas segala kurniaan dan pinjaman Allah SWT.
Suami, anak-anak, ibu, adik beradik, keluarga dan sahabat handai tidak lupa juga sahabat alam maya.
Terima kasih Allah SWT atas segalanya.




Bye.
Take care.

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.