Tuesday, 8 August 2017

Cerita 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)



Lamanya aku tinggalkan blog ni tak ber-update.
Setengah tahun tak buka² dan update.
Takde cerita menarik sangat pun.
Eh, kecuali satu cerita ni ;-)


Friday, 2 December 2016

Dilemma

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Dah bulan Disember.
Masih dalam dilemma nak bagi baby Izul sambung sekolah di Tadika sekarang atau pindah Tadika baru 😟😟😟

Tuesday, 15 November 2016

Ada apa dengan usia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)


Usia : lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); umur. - Kamus Pelajar 
Situasi di sekolah agama my Iful 

Monday, 14 November 2016

Appreciation


To laugh often and much, to win the respect of intelligent people and the affection of children, to earn the appreciation of honest critics and endure the betrayal of false friends, to appreciate beauty, to find the best in others, to leave the world a bit better, whether by a healthy child, a garden patch... to know even one life has breathed easier because you have lived. This is to have succeeded! - Emerson

Friday, 11 November 2016

Komitmen

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Mulai bulan Nov ini, komitmen bulanan saya bertambah.
Kena bajet dengan sebaiknya.
Dengan harga barang-barang yang semakin meningkat.
Memang kena bajet betul-betul.

Thursday, 10 November 2016

Wajah baru blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Cantik tak blog saya?
Saya sangat suka wajah baru blog ini.
Nampak macam my personal website.
Padahal masih domain blogger juga.

Wednesday, 9 November 2016

Donald Trump won the 2016 USA election

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)



US presidential election: Donald Trump is elected president of the US.
Donald Trump will be the 45th President of the United States.

Malaysia election next year.

"May the odds be ever in your favor."

Terima kasih sudi baca.

MYTV broadcasting basic decoder

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)



Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan DTT.

Klik [MYTV] untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak.

Tuesday, 8 November 2016

Denda dan hukuman di sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Masa bersekolah dahulu, denda dan hukuman yang pernah saya dapat adalah :-

  • berdiri di luar kelas / atas kerusi / sampai habis masa guru mengajar
  • rotan di tapak tangan
  • cubit di pinggang [oleh ustazah]
  • ketuk ketampi
  • jari kena ketuk dengan pemadam papan hijau [yang kayu tu]
  • pungut sampah
  • cuci tandas
  • lari 2 round di padang
Ya Allah, banyak juga rupanya denda dan hukuman yang pernah saya dapat dulu.
Rasa macam budak nakal pulak. hahahaha
Seingat saya, masa kena denda ini. Tak pernah pun mengadu kat mak dan arwah bapa.
Sebab tahu kesalahan diri sendiri dan tak nak kena hukum lagi kat rumah.
Selalu pesan dengan my Iful kalau tak buat salah, guru takkan denda.
Kalau guru denda, maknanya ada buat salahlah tu.
Tapi kalau denda sampai mendatangkan kecederaan memang saya takkan berdiam diri.

Baru-baru ini datang program bersama ibubapa di SK my Iful.
Ada ibu bertanya "kenapa anak dia kena rotan oleh guru besar?"
Sedangkan tiada surat amaran 1, 2 dan 3.
Kejadian ini dah pun berlalu, guru besar tu pun dah pindah.
Guru besar baru dan guru-guru ni terpinga-pinga juga dengar luahan ibu tu.

Tapi pada pendapat saya, ibu tu patut tanya secara peribadi dengan guru besar dengan segera.
Tak perlu pun tunggu sampai program bersama ibubapa baru nak bagitahu.
Kalau betul sangat tak puas hati, kenapa tak jumpa guru besar dan minta penjelasan kan.
Apa pun sebab ibu tu saya tak tahulah.
Tapi kalau saya, saya akan datang ke sekolah esoknya dan minta penjelasan.
Kalau memang kesalahan anak saya teruk dan patut dapat hukuman begitu.
Saya up lagi kat rumah hukuman tu!

Ibubapa pun patutnya kena bersikap terbuka dan bertolak ansur.
Tak bolehlah nak percaya cakap anak 100%.
My Iful kalau mengadu, saya terus tanya. Silap siapa? Guru ke diri sendiri.
Bila dia jawab "sendiri", saya akan beritahu dia "nak hadiah dari mama juga?".
Terus berhenti merungut dia. hahaha
Cakap dengan dia kalau salah sendiri, jangan merungut.
Terima denda tu dengan redha, lepas ni jangan ulangi lagi kesalahan kalau tak nak kena denda.
Sekian coretan saya.

Terima kasih sudi baca.

Sunday, 30 October 2016

De'Xandra Inspired Perfume

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

PINNED POST

De'Xandra ialah EDP yang TAHAN LEBIH LAMA setanding original.

Ketahanan baunya melebihi 8 jam dan jika wangiannya serasi dengan si pemakai ia tahan sehingga 1 ke 2 hari pada pakaian.

Di inspirasikan dengan PERFUMES JENAMA ANTARABANGSA. Dengan pengalaman selama 5 tahun dalam dunia perfumes, kami membantu menyediakan perfumes dengan jenama yang TERKENAL DAN LARIS di pasaran.

✔ READY STOCK
✔ 35ml , EDP
✔ Boleh di bawa solat
✔ Produk bumiputra (halal)
✔ Tahan Lama (lebih dari 8 jam)
✔ Mudah di bawa ke mana-mana (ringan / travel perfumes)
✔ Pati Original & Alkohol First Grade
✔ Setanding Produk Antarabangsa
✔ Haruman terkenal (TOP perfume)
✔ Inspirasi dari perfumes2 JENAMA ANTARABANGSA
✔ Menepati citarasa & permintaan Rakyat Malaysia

Harga pasaran :: (SM) RM 65 sahaja (SS) RM 70 sahaja
Postage :: (SM) RM 7 (SS) RM 10

Nak order boleh email admiregreen@hotmail.com atau whatsapp +60168364706
























Hugo Boss Bottled by Hugo Boss

Armani Code by Giorgio Armani

Polo Red by Ralph Lauren

Dunhill Desire Red by Alfred Dunhill

Bleu De Chanel by Chanel

Pour Homme Extreme by Bvlgari

Acqua Di Gio by Giorgio Armani

1 Million by Paco Rabbane

212 VIP by Carolina Herrera

Polo Black by Ralph Lauren

Allure Homme Sport by Chanel

Terima kasih sudi baca.

Friday, 7 October 2016

Cerita 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Ya ampun, hampir setahun aku tidak berkongsi cerita di blog ini.
Last post aku adalah mengenai Tadika untuk baby Izul.
Macam-macam hal berlaku pada tahun 2016.
Ada baik, ada buruk. Tapi semua tu aku anggap lumrah kehidupan.
Terima je dengan redha. Dah ketetapan Ilahi.

Tengah berjinak-jinak dengan food fermentation.
Pernah dengar "Sauerkraut"?
Kalau tak pernah dengar boleh google untuk info lebih lanjut.
Malas plak nak cerita panjang2.
Takut tersalah bagi info, maklumlah aku pun baru belajar juga.

Alhamdulillah, keluarga, kerja, kesihatan semua baik-baik saja.
Aku pun dah sembuh dari hand fracture. Cumanya masih sakit sikit.
Tulang baru nak sembuh kot. Sakitnya masih boleh bearable lagi.
Tak tahu nak cerita apa lagi. Jumpa di post lain hari. Bye : )

Terima kasih sudi baca.

Wednesday, 21 October 2015

Tadika untuk baby Izul

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Aku dah survey dua tadika untuk baby Izul tahun depan (2016).
Kedua-dua tadika menepati piawaian aku.
~ Islamic teaching
~ Nursery on evening
~ Berdekatan dengan rumah
Tapi kami belum decide lagi nak hantar kat tadika yang mana.
Kena pertimbangkan baik-baik.
Sebab aku nak baby Izul bersekolah di sana sehingga ke usia 6 tahun.
Jadi kena pilih yang sebaiknya.
Mudah-mudahan pilihan kami adalah terbaik untuk baby Izul.

credit:: newyorker.tumblr.com
Terima kasih sudi baca.

Tuesday, 20 October 2015

Zalora Voucher Code

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Untuk kalian yang suka membeli-belah.
Bolehlah check website Zalora.
Online shop yang mempunyai ratusan jenama di bawah satu bumbung.
Dua gambar di bawah adalah antara koleksi baju Zalora yang aku beli.

credit:: Zalora

credit:: Zalora

Dan banyak lagi yang aku tak ter-save gambarnya.
Untuk pembeli pertama yang membeli di Zalora, kalian boleh mendapatkan diskaun 15%.
Tapi dengan syarat kalian tak lupa masukkan kod berikut " ZBAPhTG ".
Jom, mari membeli-membelah di Zalora :D
Jangan terlupa masukkan kod " ZBAPhTG " untuk diskaun 15%.
Dah dua kali ingatkan. Tak tahu nak khabar macam mana lagi kalau kalian lupa juga.
hahahaha :P

Terima kasih sudi baca.

Monday, 19 October 2015

Half day

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Hari ini aku ambil leave half day.
Ke Kepayan Perdana untuk renew insurance kereta mak.
Dari Kepaya Perdana aku ke UTC.
Memandangkan parking UTC yang terhad.
Aku park kereta mak di Masjid Negeri kemudian berjalan kaki ke UTC.
Selesai urusan di UTC, aku balik hantar kereta mak ke rumah.
Kemudian bertolak ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam i.e. bas.
Tak larat nak drive kereta mak ke tempat kerja.
Tak berkeyakinan. Lagi pun aku dah hampir setahun tak drive.
Lebih selesa menggunakan pengangkutan awam i.e. bas walaupun hakikatnya pengangkutan awam itu tidaklah seselesa mana pun.
Tapi hanya itu pilihan yang ada. Kenalah redha.
Ada terlintas di fikiran untuk beli kenderaan sendiri.
Tapi bila memikirkan kewangan kami yang terbatas.
Tangguhkanlah keinginan itu.
Redha saja guna bas atau jalan kaki.
Janji segala urusan dapat diselesaikan.
Semoga tahun depan, kami mampu mempunyai kenderaan sendiri. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kalian doakan kami ya.
Alhamdulillah.

credit:: naziman.tumblr.com
Terima kasih sudi baca.

Lembaran baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Lembaran baru untuk blog lama aku.

Semua post terdahulu aku telah revert ke draft.

Rasa apa yang aku post sebelum ini penuh kekhilafan.

Entah kenapa aku rasa hati tidak tenteram dengan post-post aku yang terdahulu.

Apa pun keburukan aku semuanya datang dari aku dan kebaikan itu dari Allah SWT.

Semoga selepas ini, aku akan lebih rajin menulis dan berkongsi cerita dengan kalian.

Terima kasih sudi baca.

Tuesday, 22 September 2015

19 Sep 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Sabtu lepas adalah hari lahir husband dan wedding anniversary kami.
Takde sambut gempak-gempak.
In fact macam hari-hari biasa except aku buat kek coklat moist.
SIL and hubs niece datang malam bawa kek coklat moist too.
And the cake taste delicious :D

To my husband,

Happy birthday and happy anniversary to both of us <3 <3 <3
May our marriage blessed with love, joy, happiness and our bond stays till the end of time.

xoxo

Bye.
Take care.

Monday, 7 September 2015

Karipap sardin

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Malam ahad lalu, berjaya buat karipap inti sardin.
Ini adalah first trial buat karipap inti sardin.
Walaupun kulit karipap ada tebal sedikit tapi inti sardin sedap.
Overall, semua puas hati.
Adik lelaki siap suruh aku jual lagi. hahaha
Resepi aku main agak-agak je.
Inti Sardin
Bahan-bahan
-Bawang bombay
-Sardin tin kecil
-Kentang saiz sederhana 3 biji
-Garam secukup rasa
Cara-cara
-Tumis bawang sampai garing.
-Masukkan kentang yang dipotong dadu.
-Masukkan sardin dan tumis hingga kering.
Kulit karipap
Bahan-bahan
-Tepung gandum
-Minyak masak
-Garam sedikit
-Air
Cara-cara
-Satukan tepung gandum dengan minyak masak dan garam.
-Masukkan air ke dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.-Kemudian tekap menggunakan acuan karipap, isi inti sardin dan kelim.
Yang biasa kelim manual boleh saja. Aku tak pandai. Kena guna acuan juga :P

Sabtu
Jalan-jalan ke Star City tengok Bundle Music Fest, Oceanus Waterfront Mall.
Sempat bawa my Iful ke saloon gunting rambut.
Hubs pun gunting rambut sekali.
Tak suka rambut panjang katanya. Padahal takde panjang sangat pun.

Ahad
Santai di rumah je. Buat donut love.

Itu adalah aktiviti minggu lalu aku.

Sekian.

Take care.
Bye.


Wednesday, 2 September 2015

Donut

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Akhirnya aku berjaya juga buat adunan donut sendiri tanpa ada pertolongan atau tunjuk ajar dari mak.
Actually, donat adalah kuih yang paling aku fobia nak buat sendiri.
Coz, pernah ada pengalaman buruk dari kuih ini.

Last week, entah dari mana datang kerajinan aku nak buat adunan donut.
Memula uli, takut juga adunan tak jadi coz melekat-lekat di jari tepung-tepung tu.
Tapi bila dah uli sebati. Takde melekat pun.
Bagi rehat doh. Nak bagi dia kembang.
Masa tunggu doh kembang pun, nervous juga.
Takut tak kembang-kembang. hahaha
Tapi kembang juga.
Buat donut bentuk love. Coz takde acuan bulat donut tu.
Main tekap-tekap bentuk love.
Lepas tu bagi rehat lagi, nak biar dia kembang.
Then, baru goreng.
Gebu ok. Lembut lagi. (*thumbs up)
Tanya pendapat hubs, ok katanya. Lembut.
Anak-anak pun suka.
Gembira ok.
Buat sekilo tak cukup lepas dah bagi-bagi dengan jiran dan anak-anak buah.
Rasanya every weekend aku kena buat ni.
Sebelum ni selalu buat kek marjerin kukus je.
Tapi dah bosan plak, asyik kek marjerin kukus je.
Now, penangan donut plak.
Entah sampai bila boleh bertahan ;)

Ok.
Bye.

Happy Meal : Transformers Robot In Disguise & Littlest Pet Shop

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)



13 Aug - 19 Aug = Bumblebee & Scout Kerry

20 Aug - 26 Aug = Clampdown & Buttercream Sunday

27 Aug - 2 Sep = Grimlock & Regina Vogel

3 Sep - 9 Sep = Optimus Prime & Russell Ferguson

Thursday, 20 August 2015

All is well

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Alhamdulillah.
Baby Izul dah tak perlu continue makan ubat.
Cuma kena monitor keadaan dia je.
Sekarang kena tunggu result "iron test" dia yang memakan masa sebulan.
Blood result sebelum ini tidak ditemui.
Dalam erti kata lain, hilang, no result.
Tak tahu nak salahkan siapa.
Redha ja.
Tunggu sebulan lagi untuk result "iron test" tu.

Ok.
Bye.

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.