Monday, 8 October 2012

26 weeks/ Kerenah bakal abang


Kandungan aku dah masuk 26 weeks.
Berat naik bukan main. Bikin stress. Mau cakap kuat makan, nda juga. huhuhu
Tiada masalah kesihatan. Alhamdulillah.
Masalah emosi, ada :P

Bikin geram apabila anak bujangku tidak lagi ambil berat akan diriku :(
Aku bagi makan pun, dia tak makan habis dah.
Selalunya siap bertambah.
Tapi bila kat rumah mak, dia plak yang selongkar dapur cari makanan. Haish!
Bikin geram. Padahal aku dah berapa kali panggil dia makan, dia boleh buat tak tahu je :S
Malam pun tak pandai tidur awal dah. Main je kat rumah mak.
Aku panggil, siap jerit sampai terkeluar anak tekak dia boleh tak endah.
Last option, aku biarkan je dia. Peduli ko tidur lewat ka tidak, yang penting pagi ko kena bangun awal gi sekolah. Tak cukup tidur, salah sendiri.
Tak tahu kenapa perangai dia begini? Adakah sebab dia nak jadi abang dah?
So, sekarang pulun habis-habisan main.
Hari tue lagi bikin geram. Segala toys nya yang aku simpan dalam kotak nun tinggi atas almari, dia boleh turunkan. Siap berhamburan dalam bilik toys nya.
Aku balik, terkejut tengok bilik penuh dengan toys. Dehem2 dengan dia, signal suruh susun.
Dia buat don't know je. Ambik ko kena cubitan berbisa :P
Tapi lepas tue aku plak yang menyesal cubit dia. Boleh?! huhuhu
Apa-apa pun harap my Iful kembali pada perangai dulu, yang mendengar kata. Tak perlu nak terjerit-jerit sampai keluar anak tekak untuk panggil dia je. hahaha





Friday, 5 October 2012

Melenggang perut


Tak lama lagi kandungan aku masuk 7 bulan.
Semalam borak-borak ngan mak. Tetiba keluar topik Melenggang perut.
Korang rasa perlu ke buat?
Kalau tanya aku memang tak perlulah kot.
Coz, dedulu time aku mengandungkan my Iful.
Aku takde buat gak. Alhamdulillah, aku dapat juga lahirkan my Iful tanpa apa-apa komplikasi.
My Iful pun membesar dengan sihat.

Bila cakap dengan mak, aku tak nak buat. Dia diam je. No response.
Kakak dan adik aku memang buat. Mak suruh kan.
Cuma aku rasa tak confident je buat.
Bukan apa, tue kan cuma adat.
Apa-apa hal semuanya dalam kekuasaan Allah SWT.
Tak kira ko melenggang perut ke atau tak.
Kalau Allah SWT dah tetapkan something terjadi. #Nauzubillah min zalik.
Kita pun tak boleh buat apa-apa.
Apa-apa pun minta dijauhkan lah.

Korang yang ada pengalaman, sila share di ruang komen kalau sudi.
Terima kasih.

Wednesday, 3 October 2012

Insurans AIA


Terkejut aku tetiba dapat call dari pihak Bonuslink. Konon lah.
Yang sebenarnya dari syarikat jual insurans.
Berhabis suruh aku sign up. Aku cakap tak nak.
Still gak paksa, nasib baik lama-lama dia beralah.
Kalau tak, terpaksa lah aku hang up sahaja. Tapi macam rude plak. huhuhu

Yang buat aku pelik, camne dorang boleh dapat nombor hp aku ya?!
Full name lagi, tapi yang tak best sebut nama arwah ayah aku salah lagi. Apakah?

Out of topic. Last night aku masak kek coklat kukus.
Guna periuk nasi as kukusan.
Memula keluarkan dari kukusan, cantik, gebu plak.
Tapi bila dah sejuk, kat tengah-tengah kek mendap plak. huhuhu
Entah apa yang aku terlebih ke or terkurang?

Apa pun, kek tetap sedap {sendiri masak sendiri puji :P}
Moist memang moist. Lunch hari ini, aku makan kek coklat kukus je ;") hehehe

Bye.

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.