Thursday 13 February 2014

Workplace

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Masih bekerja di tempat sama tapi under company baru.
Masih berulang-alik ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam iaitu bas.
Setiap hari bekerja, aku kena menaiki empat buah bas. Every weekdays okkk!
Dari rumah naik bas ke bandar, dari bandar ke tempat kerja.
Dari tempat kerja ke bandar, dari bandar ke rumah.
Rasa penat betul walaupun sudah terbiasa.
Tapi sejak bertambah ahli keluarga iaitu baby Izul, penat dia makin menjadi-jadi.
Sebelum baby Izul lahir, balik rumah aku boleh rehat-rehat kejap.
Sekarang, sampai ja rumah baby Izul nampak terus menangis minta dukung, susu etc.

Disclaimer :: Aku bukan mengeluh!

Sampai ada satu tahap aku rasa mahu resign dan menjadi suri rumahtangga.
Tapi memang taklah. Resign itu impian aku ja.
Namun aku sangat-sangat bersyukur sebab naik bas.
Aku tak boleh bayangkan kalau aku memandu sendiri.
Mesti lagi penat dan stress.
Naik bas, orang lain yang pandu. Boleh lagi kita tidur-tidur ayam.
Itulah aku buat, asal naik bas lagi-lagi bas ber-aircond mesti mata terlelap.
Dapat juga top up tidur yang makin lama makin kurang. hehehe
Majikan aku juga baik walau ada kelemahan.
Tapi aku tutup mata ja kelemahan dia, biar kebaikan ja aku nampak.
Kalau tak makin stress, siapa merana? Aku juga.

Colleague aku pun ok walaupun lelaki.
Tapi best jugalah sebab boleh bertukar-tukar pendapat.
Tapi kami tidak rapat sangat. "Maksud aku rapat yang boleh keluar lunch sama-sama."
Lunch hour, biasanya aku makan di cubicle aku ja.
Depan pc, sambil makan sambil blog walking.

Ermmm, apa lagi aku nak cakap ya?!
Oh, kesimpulannya aku suka kerja aku sekarang.
Kalau tak suka mustahil aku boleh bertahan since 2010 berulang-alik naik bas empat kali sehari untuk ke tempat kerja ;P





Bye.
Take care.

4 comments:

  1. Hello Rinah, Holy Smoke! You naik empat bus pergi kerjah? Tada kawan ada kereta tinggal dekat rumah you?
    I guess you pagi bangun very early.
    Where I am too ada banyak orang tiggal up to 50, 90 miles away. But here we have double decker commuter trains. So these office people take a bus to train station, terus sampai Toronto downtown.

    But you in a way weather warm, unlike here, temp below -20c. If too much snow or roads too icy, she takes the bus, but will bundle up with hat, scarf, boots and a heavy winter coat.
    Anyway, you keep well, best regards.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Shane :) Yes, every weekdays, 4 times a day and it's my best ride to work, I think.
      Ada kawan, but our working time not same. So, can't tumpang or I might be late.
      I wish KK also have a commuter / LRT.

      Yeah, thank God I'm here in KK. Can't imagine if I were there. So cold.
      You too, have a great day.
      Regards

      Delete
  2. Aduh, tak dapat saya bayangkan Rinah berulang alik naik 4 buah bas setiap hari. Tapi begitulah semangat kita orang perempuan. Semangat kita memang luar biasa, betul tak? Lagi-lagi bila dah ada anak, kita takkan give up dengan begitu mudah. Kita akan berfikir dan buat pertimbangan dari segenap aspek sebelum mengikut kata hati sendiri. Moga Rinah terus kuat bekerja demi anak-anak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis Uni. Rinah pun tak sangka boleh bertahan juga. Betul, semangat orang perempuan ini luar biasa. Setuju dengan sis Uni :) Terima kasih.

      Delete

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.