

Salam & Hi :)
Actually malas nak taip2. Tapi esok cuti kan. So, mesti nak buat entry last untuk tahun 2010 kan Hari nie aq dah dapat gaji. Walaupun seciput setelah double deducted untuk caruman epf
Tapi aq bersyukur juga lar. Dengan gaji nie dapat gak aq bawa baby jalan2 dulu sebelum dia start sekolah
Selain tue nak beli gift untuk baby afiq punya 2nd birthday
Ok tue je. Ringkas hahaha..
Salam & Hi :)
Salam & Hi :)
Tadi lunch aq keluar ke hospital. Nak jenguk adik ipar aq. Tetiba je dia dimasukkan ke hospital. Klinik cakap kurang darah. Tapi tak tahu lar keputusan hospital plak. Sebab tak sempat jumpa dia lagi. Masih diperiksa. Entah berapa lama dah dia kat dalam tue still juga jururawat cakap masih diperiksa. So, tak tahu lagi camne condition dia. Samaada admit di wad dulu or balik rumah. Lagipun kandungan dia baru 6bulan je. Harap2 takde apa2 yang parah sangat.
Salam & Hi :)
Xmas tahun nie sangat scary. Bayangkan ko tetiba nak makan then terkejut apabila melihat api yang telah marak memusnahkan rumah2. Fuh! Sangat scary. Alhamdulillah. Cuaca yang tidak berangin dan air pasang memudahkan bomba memadamkan kebakaran. Walaupun begitu. Aq masih rasa panik juga. Masa kejadian tue ramai dah sibuk mengangkat barang. Tapi aq langsung tidak terfikir untuk mengangkat apa2 pun. Yang aq angkat dokumen2 penting je dan handbag aq. Sampaikan cincin kawen aq pun aq lupa ambil xP Nasib baik api tidak merebak ke area kami. Alhamdulillah. Kalau ya. Takde apa2 yang dapat aq selamatkan. Nie kali kedua aq terlibat dengan bencana kebakaran. Tapi kebakaran pada tahun 2007 adalah lebih mengerikan. Hanya tinggal sebuah rumah lagi sebelum rumah kami dijilat api. Alhamdulillah rumah kami selamat juga pada kejadian itu dan sekarang. Alhamdulillah.
Salam & Hi :)
Kemarin teringin sangat nak makan pasta. Entah apa2 je kan tekak aq. Balik dari kerja singgah supermarket dulu beli bahan2nya. Tapi beli bahan yang simple je. Janji dapat masak dan makan. Dah ok. Nie bahan2 yang aq beli :-
Salam & Hi :)
Jalan2 di blog mat gebu. Ternampak percubaannya membuat spiral potato. Rasa ingin mencuba sendiri berkobar2. Mencari video cara untuk membuatnya. Jumpa kat you tube.
Salam & Hi :)
Pejam celik pejam celik dah sampai hujung tahun. Kalau tahun hijrah dah awal tahun. Tapi aq belum dapat bercuti2. Macam cuti2 malaysia gitu. My hubs dan aq juga sibuk bekerja. Kalau hubs off day aq kerja plak. Kalau aq cuti hubs keja plak. Macam tue je. Kadang2 sengaja tak datang kerja time hubs off day dengan harapan dapat lar berjalan bersama2. Tapi harapan tinggal harapan. Selalunya hubs buat taik mata je. Kalau berjalan pun pergi supermarket je :[ Beli barang dapur. Adakah?
Hajat di hati nak lar jalan2 bersama g pantai tanjung aru. Kalau ikutkan pantai tue memang dekat je dengan tempat tinggal kami. Tapi hubs tak nak plak g. Selalu g pantai tanjung aru nie dengan adik2 aq je. Dengan hubs macam belum pernah plak. Tiap kali nak ajak banyak je alasan hubs :[
Salam & Hi :)
Camne nak mula ya. Ermmmmm. Semalam aq sambung baca novel Breaking The Rules tue. Tapi rasa boring plak. Actually aq ada gak bawa p office. Tapi oleh kerana kesibukkan yang melanda. Tinggallah novel tue dalam handbag aq tak terusik langsung. hahaha :P Tapi kan malas betul nak habiskan novel nie.
So, aq baca lar buku horror gitu. Cerita vampire. Tajuknya The Vampire Armand by Anne Rice. Actually lama dah novel nie. Tapi dulu2 aq tak yakin lagi baca novel english gitu. Faham2 lar dulu kan orang kampung :P Buat aq addict dan mula membaca novel english adalah sebab novel Twilight Saga. Gila punya semangat aq dulu membaca novel Twilight. Asal ada ayat yang aq tak faham check kamus. Sangat gigih semata2 nak faham jalan cerita dia. Hubs aq pun cakap kalau tak faham buat apa baca? Aq jawab short and simple je "Apa guna kamus?" Dari situ hubs tak pernah dah komen2. hahaha :P Tapi paling berjasa yang telah mendorong aq untuk membaca novel english nie tak lain tak bukan shi ming. Dia lar yang sudi pinjamkan aq kesemua novel Twilight tue. Collection aq cuma lar Twilight Saga : New Moon tapi yang kecil punya lar. Shi ming punya semua ada. Lepas tue yang jenis besar punya lagi. Selesa ja baca sebab huruf2 dia besar.
Salam & Hi :)
Alhamdulillah. Lega hati aq. Settle dah school fee c baby. Takde perkara dah yang merunsingkan fikiran aq. hehe :) Camne ya baby first day sekolah nanti? Aq plak yang over excited sampai terbayang2. hahaha :D Harap2 dia dapat lar menyesuaikan diri. Bimbang juga aq kalau hari pertama tue dia tak nak ke sekolah :P Yela. Budak2 kan selalu excited sebelum sampai masanya. Tapi bila dah sampai tue banyak lar alasan aka kerenahnya.
Sabtu tue. Jadi gak aq ngan baby ke library :) Kami pinjam buku 16 buah. Campur2 lar. Baby pinjam buku untuk dia 4 buah. Tapi paling lucu boleh2 plak aq tak perasan salah satu buku dia pinjam tue bible kanak2. Patut lar orang kat kaunter tue tengok je aq :P Menyesal plak tak tengok bagus2 buku yang baby ambil. Penat je bawa balik rumah, tapi tak dapat nak membacanya :( The Lucky One aq dah habis baca. Best jalan cerita dia.
Ahad adalah hari yang indah. Hujan lebat sama dengan tidur syok ;) Tidur sama2 ngan baby punya best. Dan c baby tolong aq buat kerja rumah. Masak nasi [tapi air aq sukat], isi air minum dan lain2 kerja rumah. Best lar :D Jarang2 dia rajin tolong aq tau. Selalu main je kerja dia :P Tetiba buang tebiat rajin biar dia buat kerja rumah. hahaha. Time baby buat kerja rumah, aq plak membaca novel The Summoning. Best juga jalan cerita dia. Tapi yang tak bestnya dia ada part2 plak. Cerita dia belum habis lagi. Aq kena cari novel sambungan dia The Awakening. Tak tahu lar kalau kat library ada juga ke. Nanti next time aq g library baru check balik.
UPDATE
Salam & Hi :)
Alhamdulillah. Syukur sangat2. Kemarin settle juga urusan rumah. Kata En..... rumah kami dikecualikan dari diroboh sebelum mendapat rumah PPR. Alhamdulillah. Aq siap minta guarantee yang rumah conform takkan diroboh sebelum dapat rumah PPR. Ketawa En..... tue. Dia cakap bagitahu pegawai or sesiapa yang mau merobohkan rumah untuk tanya dengan dia. hahaha xD Alhamdulillah.
Kemarin, aq absent. Tak gi kerja langsung. Memula nak turun kerja. Malangnya hujan lebat di KK telah membantut hasrat aq untuk g kerja. Sudah lar takde bawa payung :(
Minat dengan novel2 karangan Nicholas Sparks telah menyebabkan aq menjadi ahli perpustakaan kemarin ;) Lama dah berminat menjadi ahli perpustakaan tetapi ada je halangan. Tapi kemarin memang terus takde halangan. hehehe ;P Aq telah meminjam 3 buah buku iaitu :-
Salam & Hi :)
Hari nie pagi2 lagi aq sudah tercegat di DBKK. Menunggu En..... sampai ke jam 10 lebih tapi tak muncul2. Lucky me, ada seorang En........ yang sudi menelefon En..... yang perlu aq jumpa. Malangnya, En..... yang perlu aq jumpa ini tidak akan masuk office pada pagi ini disebabkan ayahnya terlibat dengan kemalangan. Astagfirullah. So, esok pagi2 lagi aq perlu tercegat di depan DBKK untuk berjumpa En..... Insya Allah mudah2an semuanya akan berjalan lancar esok. Amin.
Salam & Hi :)
Takde idea nak update apa. Jadi hari nie buat wishlist je untuk tahun 2011. Hope dapat lar aq beli. hehehe xP