Thursday, 23 December 2010

Bestnya percutian..

Salam & Hi :)

Pejam celik pejam celik dah sampai hujung tahun. Kalau tahun hijrah dah awal tahun. Tapi aq belum dapat bercuti2. Macam cuti2 malaysia gitu. My hubs dan aq juga sibuk bekerja. Kalau hubs off day aq kerja plak. Kalau aq cuti hubs keja plak. Macam tue je. Kadang2 sengaja tak datang kerja time hubs off day dengan harapan dapat lar berjalan bersama2. Tapi harapan tinggal harapan. Selalunya hubs buat taik mata je. Kalau berjalan pun pergi supermarket je :[ Beli barang dapur. Adakah?

Hajat di hati nak lar jalan2 bersama g pantai tanjung aru. Kalau ikutkan pantai tue memang dekat je dengan tempat tinggal kami. Tapi hubs tak nak plak g. Selalu g pantai tanjung aru nie dengan adik2 aq je. Dengan hubs macam belum pernah plak. Tiap kali nak ajak banyak je alasan hubs :[


Masa balik kampung hubs hari tue. Ingat dapat lar aq p melawat rumah Agnes Keith. Tapi memang tak dapat langsung. Bila aq nak jalan ada je halangan. Sampai ke balik langsung takde jalan kemana2 except g kenduri.

Rumah Agnes Keith

Rumah Agnes Keith-Sandakan

Sekiranya anda bersiar-siar di sepanjang Jalan Istana di Sandakan, Rumah Agnes Keith yang menjadi sebutan ramai semestinya tidak boleh dilepaskan. Dengan halaman rumput yang menghijau dan tembok papan ala kolonialnya, kediaman ini telah dipulihara oleh pihak Muzium Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti Persekutuan

Kuarters kerajaan British ini yang dikenali sebagai Newlands, dahulunya telah didiami oleh penulis Amerika yang terkenal iaitu Agnes Newton Keith yang menulis Land Below The Wind pada 1939. Dua buku lain yang menuruti kejayaan buku pertama, bertajuk Three Came Home (1946) dan White Man Returns (1951). Melainkan buku yang kedua, buku Land Below the Wind dan White Man Returns telah ditulis di rumah yang terletak di atas sebuah bukit tempat beliau menikmati pemandangan indah Teluk Sandakan di sebelah hadapan dan Laut Sulu di sebelah belakangnya.

Newlands telah dibina semula sekitar tahun 1946/47 dan merupakan bangunan kayu kekal yang pertama dibina oleh kerajaan selepas Perang Dunia Kedua. Bangunan tersebut dibina di atas tapak asal rumah yang telah musnah semasa perang.

Rumah tersebut menjadi kediaman bagi Agnes dan keluarganya, Henry (yang juga dikenali sebagai Harry) George Keith, yang telah menjawat jawatan Pemulihara Hutan dan anak mereka, George. Apabila keluarga Keiths meninggalkan Sabah pada tahun 1952, rumah tersebut telah diduduki oleh Pemulihara Hutan yang menggantikannya, pegawai-pegawai perhutanan, sukarelawan dan kakitangan yang lain. Meskipun, Keluarga Keith tidak pernah kembali ke Sabah, rumah tersebut tetap dikenali sebagai rumah Agnes Keith oleh para pelawat yang tidak putus-putus datang untuk melihat rumah tersebut.

Hari ini, rumah tersebut telah dipulihara dan ditukar menjadi rumah warisan, yang menyediakan selayang pandang tentang kehidupan semasa Borneo Utara British. Rumah tersebut diberikan kemasan perabot dan antik kolonial ala kolonial. Galeri yang terdapat di tingkat pertama menerangkan kisah wanita hebat ini, buku-bukunya, dan keluarganya. Korelasi garisan masa Keluarga Keith yang bermula pada 1873 sehingga 2004, melakarkan kisah lalu keluarga ini dan kisah masa kini mereka.

“Rumah yang baru ini sangat indah. Penjelajah di seluruh dunia akan datang melihatnya, dengan membawa kamera mereka dan menjerit lihatlah!” (Agnes Keith, White Man Returns, 1951, hlm.87)


Motif sebenarnya post ini adalah aq perlu bercuti2. Nak g tempat2 menarik di sabah. Nak menjelajah. 
Ok itu saja ;P



No comments:

Post a Comment

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.