Wednesday 4 January 2012

Sesi persekolahan tahun 2012

السلام عليكم & Hi :)

Bagi yang tak tahu, negeri Sabah memulakan sesi persekolahan tahun 2012 pada hari ini.
Dari semalam aku sibuk mengalahkan anak nak kahwin. Siap potong bawang segala, sedia bahan-bahan untuk masak sarapan pagi. hikhik
Hari pertama persekolahan baby berjalan lancar except baby takde kerusi meja. Boleh?!
Anyway sebab aku sayang + kesian tengok my baby berdiri, aku terpaksa ambil kerusi dari dewan.
Meja takde aku jumpa, kalau tak sekali dengan meja juga aku angkat sedia untuk my baby :P huhuhu
Bas sekolah juga aku telah uruskan dan settle deposit. Hopefully baby dapat kenal bas sekolah dia dan tak tersilap naik bas. Ini aku tak berapa bimbang coz aku dah pesan dengan my little bro untuk tengok-tengokkan my baby.
FYI, my little bro primary six now. Kelas pun satu blok dengan kelas baby. Jadi aku pun kurang risau. Coz, nanti baby pandailah tue cari pak cik dia kalau ada apa-apa hal. hikhik

Masa sesi taklimat tadi, cikgu bagi highlight point-point yang penting iaitu :-

  • Guna nama penuh apabila berada di sekolah. -tak boleh guna nama panggilan, nama timangan or lain-lain nama :P
  • Kena sediakan baju T dan seluar panjang untuk emergency ;P -yang nie tak payah kot. coz dah pesan dengan baby. Jangan takut + malu untuk ke tandas ;)
  • Baju sekolah kena lengkap. -murid lelaki berkemeja pendek putih, berseluar panjang biru gelap dan bertali leher. Bagi murid perempuan yang memakai pinafore wajib memakai tali leher. Yang berbaju kurung, leher baju perlu dibutang dan yang bertudung tak boleh pin-pin tudung segala. hikhik
  • Rambut
  • dan lain-lain lagi. malas nak taip :P
Untuk sekolah agama aku tak tahu keadaan baby camne. Aku tak minta cuti hari nie.
Minta tolong dengan mak je. Nie pun aku kurang risau juga coz my little bro ada + sekolah agama dekat dengan rumah. Tak payah naik bas sekolah, jalan kaki saja boleh sampai :D

p/s ~ Esok, if possible aku tak nak ikut baby ke sekolah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)

♥ Blog Disclaimer

Blog Disclaimer
Take note. This blog, Memories Are Forever♥, is a personal blog, written and edited by me {Rinah}.
All views, emotions, thoughts or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner.
Comments are welcome but the blog owner is not responsible for the content in comments.
Any questions about this blog, feel free to contact me at admiregreen (at) hotmail (dot) com.