السلام عليكم & Hi :)
Jumaat lalu kiranya aku nak update coz Friday 13th kan.
Tapi boleh plak lupa nak update. Haish~
Dah half month July, next week Ramadhan akan bermula.
InsyaAllah, aku nak puasa full untuk tahun ini :D Amin
Pagi ini terbangun dengan sedikit rasa ketidakselesaan di perut.
Aku takut my Iful tertendang perut aku time tidur semalam.
Coz bangun tadi pagi, kaki dia dah melebihi bantal yang aku jadikan sebagai penghadang.
Ya Allah, minta dijauhkan perkara buruk pada kandungan aku ini. Amin
Hope tiada apa-apalah. Kalau rasa ketidakselesaan/ sakit itu still sampai aku petang.
Memang kena jumpa doktor nie!
Kandungan aku minggu ini dah 14 weeks.
Macam lama betul aku rasa dia membesar. hahaha :P
Weekend dia sangat aktif, tendang sana sini.
Aku, hubs dan Iful teruja habis!
Bila dia tendang, terus panggil dorang suruh tengok dan rasa.
My Iful siap tanya, kalau baby tendang sakitkah perut mama?
Aku senyum sambil explain dengan dia.
Best juga kalau anak sulung dah besar nie, sangat concern ok.
Siap tegur kalau aku tak makan, cakap nanti baby dalam perut lapar dan etc lagi.
Suka sangat :"D
Aku tak tahu Ramadhan aku nanti camne?
Dapatkah aku handle puasa + kerja + preggy + mother + wife!?
Kalau puasa + kerja + mother + wife aku dapat laluinya. Hope dengan pertambahan preggy pun begitu!
InsyaAllah, doakan aku lalui Ramadhan aku dengan lancar ya :)
Nanti nak bincang dengan my boss agar bulan Ramadhan nanti aku diberi pelepasan pulang awal.
Tak payah tunggu sampai habis office hour.
Harap-harap di approve lah. Kalau tak memang kena berbuka dalam bas jawabnya. huhuhu
Aku selesa kerja di office aku ini. Walaupun gaji kecik, banyak benda kena handle sendiri.
Tapi aku rasa sangat selesa coz tak banyak staff dan boss juga concern.
Cuma kadang-kadang rasa gaji tue kecik sangat macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang :P
Tapi aku pujuk hati, lebih baik ada yang ditunggu daripada tiada. hehehe
Macam panjang plak sudah aku taip nie.
Campur-campur punya cerita ja.
Jumpa lagi di next post ya :)
Sekian.