Tuesday, 17 January 2012

Rutin

السلام عليكم & Hi :)

Sejak musim persekolahan bermula pada 4 Januari lalu. Rutin aku dah set setiap hari iaitu :-

  • 0530 - bangun, masak lauk untuk bekal Iful [my baby] ke sekolah, buat minuman dan lain-lain.
  • 0600 - kejutkan Iful untuk mandi, pakaikan uniform sekolah dan lain-lain. ~Iful nie kena rajin tolong pakaikan dia uniform sekolah untuk pagi sahaja. Kalau ke sekolah agama, dia sendiri pakai :) Pagi dia memang malas sikit + sejuk baru habis mandi kan. hikhik
  • 0630 - nie masa untuk turun tunggu bas sekolah. Kalau dah jam nie belum siap-siap, memang lewatlah jawabnya. setakat nie, baru sekali lewat tapi tak ketinggalan bas coz driver bas suruh bebudak panggil kat rumah. Alhamdulillah :) Iful dah jalan baru senang hati dan giliran aku untuk bersiap.
  • 0730 - tunggu kawan tumpang baru jalan ke tempat kerja :D
Untuk weekend, memang aku tak bangun awal. Bantai tidur sampai ke tengah hari :P

Kalau korang ada rutin lain dari aku boleh kongsikan kat ruangan comment ;) *Dipersilakan...

Last, photo Iful lengkap beruniform sekolah ;")























p/s ~ photo low quality dari hp aku. sila maklum. hikhik


No comments:

Post a Comment

Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)