8P Tips Rumahtangga
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Sumber : Jom Kahwin
8P Tips
1. Puji.
- Nak puji apa ya ;P Tapi kan kalau aq puji2 hubs dia mesti cakap aq ada buat salah or nak minta beli something. hehehe :P
2.Peluk.
- Peluk ya selalu juga. Tapi baby mesti di tengah2 tue. Nampak je aq duduk dekat2 hubs, mulalah baby datang terus duduk kat tengah. Boleh?
3. Penghargaan.
- Nie selalu juga lar. Tapi kadang hubs tak berkenan plak apa yang aq belikan dia :P
4. Perhatian.
- Nie hubs yang tak buat. T_Tskkkkkk Tapi sekarang ok dah. Yala berjauhan kan.
5. Persefahaman.
- Susah sikit. Kadang tue sampai bertengkar dibuatnya. Namun begitu, hubs memang bertolak ansur.
6. Pergaulan.
- Part aq ok. Hubs je kadang bikin ragu.
7. Percutian.
- Ini belum terlaksana lagi. Tapi kalau bercuti balik kampung hubs dikira. Itu je lar. hehehe.
8. Permohonan.
- Insya Allah. Semoga Allah SWT merestui rumahtangga kami. Amin. [Korang pun doakan ya.]
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your visit. Please leave a comment, so I know you stopped by! :)